Posts Tagged ‘ yusry KRU ’

Ya…Ini bukan gurauan.
Mungkin tersebarnya berita mengenai ‘gosip’ bahawa Yusry KRU dan Lisa Surihani akan berkahwin pada tahun depan, ramai pakwe-pakwe yang frust kerana mereka bakal kehilangan gadis pujaan hati mreka.

Jangan cepat berputus asa wahai kaum Adam sekalian yang masih single & bujang. Berita ini mungkin mampu buat anda gembira walau tak banyak dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh KRU.

Walaupun statement “Yusry mengakui bahawa hubungannya bersama Lisa Surihani semakin serius” … anda masih boleh berharap. ekekeke.

sekilas : Bertuah menjadi Lisa Surihani. =)

Besshnyeeee….suwiiit jerk!

Aku memang minat Lisa dari awal kemunculan beliau di persada seni. Walaupun waktu mula-mula dia berlakon orang tak beri perhatian sangat. tapi adegan romantik dia dengan Farid Kamil dalam filem buat aku rasa oh bertuahnya badan. wajah ayu lembut-lembut je. tapi takde la aku macam orang-orang lelaki yang buat entry “oh lisa..oh lisa” gile apa orang ingat aku tak normal. hehehe…

Dan Yusry adalah zaman kegemilangan time aku sekolah dedulu. memang kalau KRU orang pandang Yusry dulu kot! Dan sekarang beliau adalah seorang duda. Teett!! Kisah apa pada duda, tapi lihatlah sekarang aset yang dimiliki oleh KRU. of course terpalit kepada individu dalam KRU tu kan. seperti yang korang tahu Yusry memiliki sebuah kenderaan mantop Lamborghini (betul tal aku eja?) aku secara jujurnya tak pernah tengok kereta dia ni. tapi kalau di gugel….keluar lah ini.

Nampak?? hehe…ini gambar kat Puncak Perdana kalau tak silap aku. Yusry kan khabarnya menjadi pensyarah UiTM.aku ambil dari sini. maybe budak ni belajar kat situ kot!

Kalau digandingkan Lisa dan Yusry = Tak dapek den nak kato la! hahaha…tapi bertuah ler Lisa dapek Yusry. Tapi rasa-rasanya ni khabar angin untuk promosi filem terbaru KRU tak? korang tahu jela KRU ni. strategi tak nak hengat kan. Selalu-selalu ada je yang luar biasa.


Ini aku hambik kat mana dah tak ingat. gugel jek! sorry tuan punya gambar!huhu…

sekilas: yang baik kita doa-doakan dipercepatkan…=)