• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts tagged wanita

Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai wanita

Oct19
2011
2 Comments Written by Sekilas

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.

share dari facebook.

sekilas : Semoga semua umat Islam dapat masuk syurga.

Posted in Kisah-kisah itu, masyarakat - Tagged Wanita lebih ramai dari lelaki

Andai Lelaki Tahu

Apr27
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan
yang terbaik untuk anda………

p/s : Nukilan ini aku copy dari FB. Tak tahu siapa punya yang asal. please inform me if you know ya!
p/s/s : ada beberepa perenggan dibuang, sebab terlalu panjang, dan daku ambil yang menarik!

sekilas : Saya mahu dia tahu.

Posted in cinta, info - Tagged cinta

9 Deadly words used by a woman

Jul21
2010
6 Comments Written by Sekilas

1) Fine
This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

2) Five Minutes
If she is getting dressed, this means a half an hour.

3) Nothing
This is the calm before the storm. This means something, and you should be on you toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

4) Go Ahead
This is a dare, not permission. Don’t do it!

5) Loud Sigh
This is actually a word, but is non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to #3 for the meaning of nothing).

6) That’s Okay
This is one of the most dangerous statements a woman can make to a man. That’s okay means she wants to thinks long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

7) Thanks
A woman is thanking you, do no t question, or faint. Just say you’re welcome. ( I want to add in caluse here – this is true, unless she says ‘Thanks a lot’ – that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say ‘you’re welcome – that will bring in ‘Whatever’)

8)Whatever
Is a woman’s way of saying F- YOU!

9) Don’t worry about it, I got it.
Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doint it herself. This will later result in a man asking ‘What’s wrong?’. For woman’s response refer to #3.

so, lelaki di luar sana. sila ambil perhatian ye! kadang-kadang cakap dalam bahasa Melayu pun ada makna jugak kan. sama je.

sekilas : Whatever! hahaha

Posted in info, masyarakat - Tagged ayat maut, deadly words, woman

Wajarkah ujian kehamilan dijalankan?

May13
2010
15 Comments Written by Sekilas

ini adalah berita pantas yang dibaca oleh Jay di HotFM pagi tadi, di mana mungkin lepas ni kerajaan akan menjalankan ujian kehamilan ke atas pelatih PLKN wanita agar kejadian seperti pelatih melahirkan anak di tandas tidak berlaku.

Tetapi….cadangan ini telah dibantah oleh Dato’ Shahrizat kita di menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Dia ni kalau bab-bab yang melibatkan wanita pantas bertindak memberikan respon. baguih dok ado..tapi ape kate dia terus je memberi cadangan bagaimana nak mengelakkan kejadian seperti itu untuk berulang lagi.

aku ingat..jangankan PLKN la…sekolah-sekolah pun kena wat camtu gak. kan selalu ade spotcheck kan kat sekolah tengok rambut panjang ke, kuku panjang ke, pakai stokin ke tak…pakai singlet ke tak, bawa pisau ke bagai kan..haa..ape kata buat plak spot check pertengahan tahun secara mengejut untuk pelajar perempuan.

huhuhu…memandai je aku kan bagi cadangan camtu..tapi mana tahu ia dapat membantu kes buang anak camni. sebab banyak dah di kalangan budak sekolah berlaku benda camni. ..cegah biarlah dari mereka sekolah tu lagi. kalau dah lepas skolah, dah takleh wat ape dah ar kan kan…sendiri mau ingat la.

so ape pendapat korang..? patut tak ujian kehamilan tu di lakukan untuk pelatih PLKN? sebab sekarang ada yang membantah ni…

sekilas : aku rasa patut jer.

Posted in Isu Semasa, masyarakat - Tagged keluarga dan masyarakat, menteri pembangunan wanita, pelatih PLKN lahirkan anak di tandas

Empat wanita tayang payudara

Feb08
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

hahaha….nak tunjuk perasaan pun nak tayang payudara….lagi ramai la mat-mat kat luar tu yang nak tengok demonstrasi ko..pompuan-pompuan…kalau kat Malaysia ni buat….tak sempat demonstrasi kot, gerenti dah kene raba dah..hancusss…

 

SEORANG anggota keselamatan menarik keluar seorang wanita yang tidak berbaju di sebuah pusat pengundian di Kiev semalam.

 KIEV – Empat wanita muda sanggup mendedahkan payu dara mereka dalam satu tunjuk perasaan di sebuah pusat pengundian di sini semalam.

Menurut seorang jurugambar agensi berita AFP, wanita itu yang merupakan anggota kumpulan pergerakan kewanitaan kemudian ditarik keluar oleh pengawal-pengawal keselamatan sebelum seorang calon pilihan raya, Viktor Yanukovich tiba.

“Cukuplah merogol demokrasi kami,” kata wanita-wanita tersebut yang membawa poster yang tertera ayat seperti ‘tolong, rogol.’

Keempat-empat wanita itu tidak memakai baju cuma seluar jean dan pelekat di bahagian payu dara mereka.

Wanita-wanita itu memberitahu pemberita bahawa mereka menunjuk perasaan bagi menunjukkan bahawa demokrasi sudah mati di Ukraine tetapi ia tidak ditujukan kepada Yanukovich dan Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko. – AFP

sumber : Kosmo

sekilas : Len kali jangan wat lagi eh…

Posted in info - Tagged demonstrasi

kisah seorang wanita

Dec13
2009
3 Comments Written by Sekilas

 

Kisah benar yang berlaku…huhuhu….macam la nak citer hantu kan.

 

Dulu wanita ini hidup tidak senang sangat.

Duduk rumah setinggan. Jalan berlopak-lopak menuju ke rumah. Atapnya ada yang bocor. Bilik berkongsi-kongsi dengan adiknya.

Dulu wanita ini hidup social tapi masih lagi ingat pesan ibunya. Jangan buat benda jahat dan jangan sentuh benda tak elok.

Dulu adik beradikanya punya pelbagai masalah. Ada yang tidak bersekolah, ada yang nakal pada zaman-zaman itu dan sukar untuk dikawal.

Dulu wanita ini ramai peminat. Sampai ada yang sanggup menunggu jawapan setiap saat tanpa jemu.

Dulu wanita ini tidak cerdik macam yang lain. Keputusan SPM tidak cemerlang tapi Alhamdulillah dapat lulus persekolahan.

Dulu wanita ini pernah mencintai seorang lelaki sepenuh hati. Tapi sayang lelaki itu sudah bertunang. Digagahkan hati untuk terima kenyataan. Meneruskan hubungan tanpa ada kepastian.

Dulu wanita ini kurang mendapat kasih sayang dari seorang lelaki yang digelar ayah. Ayahnya merantau jauh di mata sehinggakan setahun sekali sahaja dapat berjumpa.

Dulu wanita ini juga punya masalah, sehingga sanggup tidak pulang ke rumah. Tapi demi kasih pada ibunya dia tak rela untuk menyakiti hati orang yang melahirkannya itu. Pulang juga dan dipekakkan telinga mendengar segala caci maki.

Aku kenali wanita ini, ketika usiaku 13 tahun. Kami bersama-sama sertai pasukan bola jaring. Beralih pula dengan bola baling. Prestasi kami dalam sukan cemerlang. Begitu juga dengannya. Atau paling mudah untuk ku katakan, dia lebih cemerlang di dalam sukan berbanding aku.

Kami satu pasukan rumah sukan ketika sekolah dahulu. Aku tak lupa nyanyian rumah sukan kami ketika kami sama-sama menyanyikannya. Kami masuk acara lari berganti. Lompat jauh. Lompat kijang. Tapi aku gagal bersaing dengannya acara 100 meter. Kakinya panjang. Maklumlah orangnya tinggi.

Tipu kami tak pernah buat nakal zaman sekolah. Kami pernah ponteng sekolah bersama-sama. Lepak di Paragon Point, kemudian di Federal Bowl KL. Aktiviti kami hanya bermain bowling dan berjumpa kawan-kawan. Sumpah, kami tak buat jahat.

Bila study, wanita ini agak ketinggalan. Kelas kami juga tak sama. Dia aliran perdagangan. Aku aliran Akaun. Apa ada pada kelas dan kedudukan? Kami tetap berkawan.

Satu ketika dulu, dia pernah berkata “Mak aku tak bagi ajak kawan-kawan datang rumah. Rumah aku buruk. Takut malukan aku. Tapi kau dah biasa. Aku tahu kau tak kisahkan?” tak pernah aku fikir ke situ. Aku berkawan dengan dia sama macam orang lain. Dan dia memang antara kawan baik dan terbaik bagi aku.

Tipu kalau aku kata aku tak pernah berantakan dengan wanita ini. Kami pernah tak bertegur sapa di sekolah. Gara-gara sikapnya yang kasar dan nampak pentingkan diri. Okey, aku juga pentingkan diri. Tapi gaduh budak-budak kami, bukan bertarik-tarik tudung macam budak-budak sekolah sekarang. Angkat kain tendang-tendang orang. Dulu, otai-otai perempuan sekolah hanya lipat lengan baju dan cakap kurang hajar.  Time tu pun orang dah panggil otai. Sekarang kena tunjuk skill tendang dan memukul, baru leh cakap otai kan…sambil-sambil tu minta kawan sekolah rakam guna hp.itu sekarang. Bukan zaman kami dulu.

Tapi aku tak tahu macam mana kami berbaik. Kami kawan macam biasa jugak. Mak dia pernah berkata “korang ni kalau dunia ni terbalik atas bawah pun, korang tetap berjumpa dan berkawan” sambil-sambil tu mak dia akan gelak ketawa dan tepuk-tepuk bahu aku. Aku senyum je.

Wanita ini cun! Pada aku dia memang la cantik. Kalau tak, takkan pulak ada yang dengki nak amik semua lelaki yang sukakannya. Aku tak nak sebut mana-mana nama. Benda dah lepas. Lama sangat dah berlalu.

Mana tak cun, dia ni anak kacukan. Hehehe… Aku Cuma pernah berjumpa dengan ayahnya sekali seumur hidup aku. Dan akhirnya, aku dapat tahu ayahnya dah pun meninggal dunia. Tapi bukan di Malaysia. Di negara lain. Sedihkan kita tak dapat jumpa jenazah ayah sendiri. Tapi dia tetap tabah.

Habis sekolah, aku sambung pengajian di universiti. Wanita ini teruskan kehidupan baru dengan bekerja. Tapi, selagi belum ada rasa bersedia. Cuba jela kerja apa pun sekejap je bertahan. Banyak juga tempat dia bekerja. Sehinggakan ramailah kenalan dia di merata tempat. Takdelah nak kata dia popular macma artis. Tapi kalau ditimpa susah, ada jugaklah kawan yang dapat membantu. Alhamdulillah, walaupun kawan-kawan semua nakal ketika itu, tapi mereka baik dengan wanita ini. Dia pandai pilih kawan.

Kami still keep in touch. Aku belajar pun bukan jauh sangat pun. Shah Alam – Pandan Indah, jauh sangat ke?

Kadang-kadang bila lepak, ingat zaman-zaman sekolah. “kau ingat tak time hari jadi kau dulu. (usia aku 16 tahun). Kita lepak bawah jambatan ni (taman KLCC) waktu hujan. Kemudian, kau berangan nak mandi hujan kalau kau bawa baju spare.” Kata dia.

Memang itu lah yang akan di sebut ketika lewati taman KLCC tu. Kemudian, raikan hari jadi aku dengan makan sizzling di food court KLCC. Sizzling tu harganya RM5.50 kalau letak telur. Budak sekolah ketika usia itu, rasa macam gempak je makan dengan harga itu. padahal KFC lagi mahal kan.

 Time tu tipula kalau aku kata kami tak bercinta monyet. Tapi cinta dia lain. Waktu aku bercinta dia single. Bukan takde orang yang minat. Dia sukakan orang lain. Orang tu pula lambat sikit dia baru dapat bercinta. Jadinya biasa-biasa kalau aku melepak dengan bf aku, dia akan lepak dengan kawan-kawan bf ku. Kami like a family. Kami kenal ibu ayah akak abang adik….ipar…hehehe…seluruh keluarga bf aku dulu tu jadi kawan kitorang. tapi jodoh aku dengan bf ku dulu pun tak panjang. KLCC tu banyak jadi saksi.

Zaman dulu, ada budak hiphop, budak skate…sekarang pun ada. Tapi sekarang korang tengok ada ke guard KLCC tu nak bagi korang duduk melepak depan tangga sambil bersila dan buat bulatan. Macam ada puak-puak la. Silap-silap kena bunyi wisel dan dihalau. Lepas 10 malam pun dah takleh lepak taman okey. Maksiat gitu! Dulu kami melepak ramai-ramai. Bukan couple-couple yer..jadi suasana happening. Banyak konsert-konsert buat kat KLCC. Dapat tengok free. Sekarang, aku hanya boleh senyum ingat semua tu.

Tapi, rapat-rapat kami pun tak semua perkara aku tahu tentang dia sebab aku dah tak dapat jumpa dia macam selalu ketika sekolah dulu. Kawan aku pun dah bertambah. Jurang kami sikit berubah. Tapi aku atau dia tetap berhubung dan masih melepak. Sebab tu bila tiba-tiba wanita ini cakap dia nak kawen aku terkejut beruk. Sebab lelaki pilihannya itu bukan orang Malaysia. Banyak kali aku tanya keputusannya. Maklumlah usia masih muda (aku masih belajar okey, baru 2 tahun pengajian).

Dia kata “lelaki ini nak ubah hidup aku. Nak dapatkan aku secara sah. Mak aku pun setuju dari tengok aku takde hala tuju”.

Alhamdulillah…kalau ibu dah restu semuanya berjalan lancar. Perkahwinan benar-benar mengubah kehidupannya. Dulu dia ada seorang bapa angkat (aku consider bapa angkat sebab lelaki ni banyak  bantu keluarga dia dan dia juga ada anak-anak sebaya kami). Bapa angkat dia kata, “lelaki yang nak kawen dengan dia ni memang seorang yang berani. Kalau dia dah amek keputusan nak kawen, bermakna lelaki ini memang dah bersedia untuk mengawal dia, melembutkan hatinya dan dapat menerimanya seadanya”.

Kenapa bapa angkatnya kata begitu? Wanita yang saya kenali ini hatinya keras. Perwatakannya kasar. Dia cepat marah kalau ada yang tak kena, atau tak dapat melakukan sesuatu. Tapi hatinya sangat baik. Hanya orang yang benar-benar memahaminya akan terimanya seadanya. Tapi pada aku, ramai yang dapat menahan rasa hati bila berdepan dengan wanita ini. sebab kadang-kadang aku sendiri pelik. Macam mana la lelaki-lelaki yang sukakannya boleh bertahan dengan dia yang cepat sangat nak marah dan mengamuk kalau ada yang tak kena. Sedangkan aku sendiri pun duk terasa hati.Itulah maksud bapa angkatnya. Bakal suaminya itu benar-benar dapat menerimanya dan bersedia mengawal keadaan.

Aku percaya Allah itu Maha Adil dan berkuasa. Dengan mengikat satu hubungan yang sah. Akhirnya dia dapat hidup yang lebih baik dari sebelumnya. Biarpun ramai yang menyangka hidupnya senang selepas berkahwin tapi tiada siapa yang tahu apa yang berlaku dalam mahligai yang dibinanya.  Mereka berusaha dari bawah membuka satu perniagaan. Berkat kegigihan suami dan kesabarannya, perniagaannya maju biarpun pernah mengalami kegagalan pada peringkat awalnya.

Wanita ini seperti keadaannya sebelum berkahwinnya memang mudah marah. Alhamdulillah, suami sangat sabar menghadapi keadaan. Beruntung wanita ini memilikinya yang dapat bertolak ansur. Pergolakan rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Jangan memandang kesenangan orang lain dengan mudah. Cabaran mereka sangat sukar. Suami banyak memberi tunjuk ajar dan membimbing wanita ini dengan baik. Dan suaminya itu juga baik sekali dengan ku.kami memang berkenalan dulu sebelum wanita ini mengambil keputusan untuk berkahwin.

Wanita ini pernah katakan “orang ingat aku ni kawen terus hidup senang, macam-macam dugaan tau. Lagi-lagi baru nak meniaga. Pernah jugak duit simpanan terus susut sebelum amik keputusan untuk meniaga.” Benar. Bukan senang untuk terus senang. Banyak cabarannya.

Tapi siapa sangka. Wanita yang dulu katanya malu untuk ajak kawan-kawan datang ke rumah, wanita yang tidak cemerlang keputusannya di dalam SPM, wanita yang pernah gagal bercinta dengan seorang lelaki yang pernah bertunang, wanita yang punya adik beradik yang nakal, wanita yang menjadi harapan keluarga ini lah yang telah merubah segalanya.

Adik beradiknya bukan seperti dulu lagi. Mereka mampu berdikari sendiri. Tidak lagi menyusahkan keluarga. Malah ada yang sudah mendirikan rumahtangga dengan hasil sendiri tanpa perlu bantuan wanita ini.

Rumahnya bukan lagi seperti dulu. Dengan keluarga yang bahagia, memiliki dua puteri yang sangat comel. Suami berikan sebuah rumah yang selesa biarpun bukan macam rumah Mawi atau Linda Onn. Hidup sederhana yang diamalkannya dilihat sebagai langkah yang bijak. Dia bersyukur membuat keputusan berkahwin pada usia muda.

Dan kini wanita ini lah yang banyak meluangkan masa denganku. Dia tidak pernah lupakan aku walaupun hidupnya senang. Kami masih lagi keluar bersama. Gelak ketawa dan mengimbau segala kenangan lalu.

Suaminya begitu memahaminya. Asalkan dengan ku dan orang-orang yang dikenalinya, restu suami selalu mengiringi. Aku sendiri menjadi malu berdepan dengannya. Aku yang berhempas pulas, belajar setinggi yang ku mampu…tapi masih lagi belum capai kejayaan seperti yang dimilikinya.

Banyak perkara yang kami kongsi bersama biarpun usia meningkat dewasa. Perkara yang baik kami simpan buat panduan agar hidup lebih bertambah baik.

Tiada apa lagi yang mampu ku katakan tentang dirinya selain bangga dengan kejayaannya dan bertuah menjadi salah seorang kawan kepadanya.

Tujuanku coretkan kisah ini kerana aku merasakan dia terlalu baik melayaniku. Sedangkan tiada apa yang dapat aku balas sebagai rakan selain terus mendoakan kejayaan dirinya dan keluarga dunia akhirat.

Sahabatku,

Kiranya kau membaca coretan ini, aku ingin kau tahu tidak pernah terniat dihati ini untuk menumpang segala kesenangan yang kau miliki. Amat memadai bila kau tak pernah lupakan rakan-rakanmu. Bukan hanya aku, tapi mereka-mereka yang pernah kau kenali. Aku bangga dengan sikapmu itu. Yang paling penting, kasih sayangmu pada keluarga. Kau berusaha memberi kebahagiaan kepada ibumu dan adik beradikmu. Tahniah! Akhirnya kau mampu membuka mata orang-orang yang pernah menjatuhkan keluargamu. Maafkan aku kiranya aku pernah melakukan silap terhadapmu. Semoga kau terus tabah menghadapi kehidupanmu di masa hadapan.

Ikhlas dariku,

Achik.

Sekilas : Sebenarnya coretan ini juga aku tulis bersempena hari jadiku pada 14 Disember ini. wanita ini keluar meraikannya lebih awal denganku. Terima kasih. Aku takkan lupa semuanya tentang kita.

Posted in friends, me - Tagged bff, sahabat

Hidup dengan wanita

Dec10
2009
1 Comment Written by Sekilas

HIDUP DENGAN WANITA..

“buat mereka yang terpaksa hidup dengan wanita,
berhasrat hidup dengan wanita dan yang berhasrat untuk hidup dengan
wanita-wanita…”

Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s
tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.  Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang  tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.  Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

     JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA,
     NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
     JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN,
     NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA

Yang sementara itu tidak  akan menyelesaikan masalah.  Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, itulah suisnya.

             AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.
             HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.
             PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.
 

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri negara ataupun women gladiator.  isikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandung-kan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” lain.

Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan  tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan.

             LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN
             DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI.
             SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN
             SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal  lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah,rosaklah jantung, hati dan limpa.

Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita  menuju Allah, PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADANYA . Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.

           JANGAN  MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH,
           KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI.

sekilas : hmmm….

Posted in info

Betapa ramainya wanita yang berkerjaya di sektor awam / kerajaan

Nov25
2009
Leave a Comment Written by Sekilas

Sebenarnya…ayat yang betul..betapa ramai nya orang pompuan ni naik bas pegi keje..huhuhu. dan betapa ramainya lelaki yang mempunyai kenderaan walaupun motor je yek..atau mungkin sebenarnya ayat yang paling best untuk di gunakan ialah. BETAPA RAMAINYA WANITA DI DUNIA INI. okey, jelas?

 


 tengok-tengok, berapa ramai je orang lelaki?

Korang tengok la sendiri betapa ramainya umat manusia yang digelar wanita/perempuan/ gadis/ anak dara/ mak dara dan yang sewaktu dengannya. Ini baru dekat Parcel D, Putrajaya. Belum lagai tengok kat Parcel E, Parcel C dan kawasan-kawasan sekitar Putrajaya. Belum lagi kau jenguk-jenguk kat KTM Serdang, kat Puduraya, kat KL Sentral, Putra LRT dan stesen-stesn bas lain di KL ni. kat Shah Alam, PJ, Langat…kat Seremban, kat Terengganu, kat Ipoh…ha..mana lagi…

membuktikan kaum hawa ciptaan Allah ini sudah semakin bertambah. Ingatkah kita kata ustaz dan ustazah seperti yang telah dinyatakan di dalam al-Quran bahawa wanita itu akan menjadi semakin ramai daripada lelaki. Dan ini adalah tanda-tandanya kita bukannya lama lagi di dunia ini. Dunia ini akan musnah…dan percayalah kita kepada kejadian-kejadian yang bakal berlaku ini…

Eh, dah melalut dah aku ni. macam nak bagi ceramah/syarahan pulak. Sebenarnya aku ni nak mengingatkan diri aku sendiri jer. kalau korang rasa, korang pun tetiba macam mengingatkan diri sendiri..Alhamdulillah. Cewah!

TAPI…akan ada tetapinya di dalam cerita-cerita aku ni. KENAPA kalau aku naik bus metro bernombor 68 tu, penuh je mat-mat Bangla, mat-mat Nepal, Indon, Filipina dan yang seangkatan dengannya. Tensi taw! asik nak kena berhimpit jerk dengan dorang-dorang ni. Memenuhkan bas jer…kalau warga Malaysia tu takpela jugak kan…acceptable jugak lah (tetiba nak speaking plak kan). Pastu kalau wangeeeee….takpe jugak…hahahaha….(ada jugak orang kita yang tak wange..kan kan kan?)

Okey takpela…sebenarnya aku harus menerima hakikatnya, tiap-tiap pagi dan petang, pegi balik kerja..aku kene bersesak dengan ramai orang..kene berebut dengan ramai orang untuk naik bas dan sampai ke destinasi ku.

moral of the story : jangan mengeluh. ngeee….

sekilas : lega dah skit rasa tu…sebab……RAHSIA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in masyarakat, me - Tagged lelaki, Parcel D, Putrajaya, Wanita lebih ramai dari lelaki

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Tips dan cara membuat syabu
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Resepi : Kek Batik
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Perkongsian : Pengalaman Melahirkan Anak Pertama
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Perbelanjaan Perkahwinan

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress