Hi. Sekarang usia kandungan aku dah masuk 36 minggu. Masa yang sangat sesuai untuk aku berhati-hati dengan sebarang kemungkinan kalau kesayanganku ini nak keluar melihat dunia ini.
Dan seperti biasa, perasaan nebes itu selalu je hadir. Untuk hilangkannya, aku selalu duk research pasal minggu-minggu terakhir kandungan ni, agar aku lebih bersedia menghadapi kelahiran.
Waktu aku pergi kelas antenatal dulu (rujuk entri ini) ada doktor kat situ terangkan mengenai urutan Perineum. Bagi aku ibu mengandung harus tahu mengenai urutan ini untuk mengelak episiotomi iaitu kena gunting dan jahitan selepas bersalin.
![]()
Ini la namanya episiotomi.. Tempat yang akan di gunting tu. huhuhu
Doc kata, kemungkinan dapat jahitan itu sangat tinggi kalau time duk teran tu kita terangkat bontot, pastu kepala baby besar, jadi kena gunting dan yang seumpama dengannya. Kita boleh elakkan. Maksud elakkan di sini BUKANLAH CONFIRM punyalah tak kena episiotomi. Maksudnya kita boleh la cegah dengan membuat persiapan. Ada lah caranya.
Dengan urutan Perineum, kemungkinan untuk kita elak episiotomi ada. Aku tertarik dengan kata doc tu. Dia pun buatlah demo dengan patung kat depan kitorang time kat kelas tu. Tapi kata doc, tunggu kandungan dah cecah 35 minggu barulah boleh buat urutan itu. Time tu aku baru 32 minggu kot. Jadi, sekarang ni dari last week aku sedang berusaha melakukan urutan ini demi mengelakkan episiotomi.
Sure punya kita yang baru first time ni rasa takut sangat pasal episiotomi tu. errr..ke aku je yang rasa cuak sangat. hehehe..
Pertama kali melakukannya memang akan rasa sakit. Doc dah pesan tu. Kalau sakit buat setakat yang mampu. Nanti dah hari-hari buat kita tak rasa sakit lagi.
Yup! first time buat tu memang sakit. Seelokknya buatlah selepas mandi sebab bahagian perineum lebih lembut dan selesa bila disentuh.
Teknik urutan perineum
1. Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina. Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.
sumber : http://www.oxfordradcliffe.nhs.uk/forpatients/090427patientinfoleaflets/090924perinealmassage.pdf*Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perineum (macam mana nak urut, jari nak letak kat mana) korang boleh gugel sendiri ek. Aku segan nak letak gambar tu kat sini. huhuhu…
harap-harap ia mampu beri informasi kepada ibu mengandung. Selamat untuk korang dan aku sendiri.
sekilas : baby bergerak aktif saat ini. best wooo!




