• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged ulasan filem

Filem : Khurafat ~ mendebarkan!

Dec21
2010
9 Comments Written by Sekilas

Seperti yang sedia maklum, filem Khurafat merupakan filem terbaru arahan anak Datuk Yusuf Haslam..iaitu Syamsul Yusof yang ala-ala-ensem gitew…auuww! tak kuasa la hai.

Gambar Ehsan Kak Ina KL

Semalam merupakan preview filem tersebut di Midvalley bersama para media dan bloggers. Ramai artis-artis dan teman-teman yang aku kenali hadir semalam. Antara artis yang aku ‘kenal’ ialah Liyana Jasmay, Syamsul, Rahim maarof, Datuk Yusuf, Aziz M.Osman & isteri nya yang vogue, Sabrina Ali, Maya Karin, Yusry KRU, Norman KRU, Scha dan ramai lagi la…dan antara teman-teman blogger yang hadir ialah Kak Ina KL, Anakperak, CikHel, Rabiatul, Hamzah dan awek, Ery dan temannya, Bean dan isteri (dan mungkin ada yang aku tertinggal) Dan tak semana Azwan Hashim pun ada oke! patutlah beriyer dia ajak aku join preview ‘Aku Tak Bodoh’ dulu. Rupanya Su kan keroje ngan GBSB. Su pun ada skali semalam bagi tiket. Kawannya CikHel jugak! cait! echa gitu nama ko hel…hahaha Helena Aisha okey! sila ngaku!

Sinopsis :

Johan baru sahaja mengahwini Aishah. Dia pulang bercuti di kampung kerana ingin menjenguk ibu dan adiknya. Selepas pulang daripada masjid bersama Pak Imam, Ada orang kampung memberi tahu Pak Aziz dirasuk hantu. Dari situ Johan tahu Pak Aziz telah ‘membela’ sesuatu dan Pak Imam Mengatakan ia adalah khurafat kerana meminta tolong dan mempercayai selain daripada Allah. Bekas kekasih Johan, Ana frust menonggeng bila Johan dah kawen.Dia tak boleh lupakan Johan. Jadi dia datang jumpa Johan dan merayu Johan kembali pada dia. Tapi Johan kan dah kawen. Sejak dari itu, Johan dan Aishah di ganggu oleh hantu-hantu ni la. Persoalannya, siapa yang cuba membuat kehidupan mereka sengsara??siapa???? kalau nak tahu pi tengok sendiri la.! hihihi….

Khurafat bukan macam filem seram Melayu yang biasa kita tengok. kalau sebelum ni Jangan Pandang Belakang merupakan filem seram yang bagus..tapi aku fikir filem Khurafat mungkin ada peningkatan bagus. hihi…maksudnya, Syamsul tidak mahu Khurafat berada se’level’ dengan JPB la kan. mestila ada peningkatan prestasi. eh macam naik kereta plak.

Pelakon-pelakon filem ni memang cemerlang. lakonan mereka berjaya menarik penonton untuk turut sama join rasa takut tersebut. bunyi dan segala macam efek cahaya toksah cakapla…memang buat korang ternanti-nanti apakah yang terjadi. aku tak cakap main-main. walaupun berlagak macam tak takut, tapi sebenarnya kita bagaikan dapat menyelami perasaan dorang. dapat feel la macam duk dalam movie tuh.

Nama pun cerita seram. korang nak expect ape lagi dalam filem seram. mesti la lightingnya suram…muziknya suspen…dan ada hantu. Tapi Syamsul bukan sahaja menggunakan elemen hantu untuk merasa takut, tapi korang bayangkanlah macam mana seorang lelaki yang mendukung jenazah yang dh dikapankan di tengah hutan waktu malam..seram tak seram ko…Memang Terbaik.

Dan kalau korang nak tahu, scene van jenazah jatuh ke dalam gaung tu, penonton ramai yang tepuk tangan termasuk aku. sebab Syamsul memang berani dan mahu menggunakan aksi stunt yang benar-benar menjadi. Dulu kalau KL Drift dia menggunakan kenderaan betul apabila berlakunya kemalangan begitu juga dengan babak ni. Van jenazah yang jatuh ke dalam gaung tu benar-benar berlaku dan aku memang mengucap banyak kali kot! sebab aku fikir dalam tu ada jenazah…! Jenazah oke! kompom sekali shoot dan ada banyak kamera. itu yang aku kagum dengan Syamsul ni kalau buat babak yang ada aksi-aksi camni.

Aku respect kat Sabrina Ali & Syamsul sebab berani melakonkan watak-watak kat bilik mayat, dikafan dan di dalam kubur. well, jangan berani melakukannya je..harap-harap artis-artis ni pun sedar jugak lah dengan apa yang dorang lakukan.

Satu je yang aku geram dengan watak Johan tu…tiap kali dia nampak ‘benda’ tu..memang la dia macam berani-berani takut. Tapi at least, mulut tu terkumat-kamit la baca apa-apa surah sebab ternampak-’benda-benda’ macam ni kan. Jadi sebenarnya aku marah kat Syamsul ni la. apesal dia tak buat macam tu…ni tutup mata , berlari… tu jela..Sebab kalau kita nampak ‘benda’ ni kita kenalah mohon pada Allah minta dijauhkan syaitan ni mengganggu kita. Sebab kekadang ‘benda’ ni tengok je kita atau saja-saja nak muncul depan kita. jadi pada siapa nak mohon kalau bukan pada Allah kan.

Jalan cerita filem ni, memang mantap! korang takkan menduga sebenarnya kenapa Syamsul dan keluarganya di ganggu oleh hantu-hantu ni.? kalau korang nak tahu kenapa? jangan lupa saksikan filem ni di pawagam berdekatan pada 13 Januari 2011. Pasti menggegarkan jantung anda…

aku bagi 9/10…mendebarkan!

Nak menang Maxis iPad + WIFI Maxis Modem?

Dapatkan Prepaid BlackBerry BBM plan dari DiGi

Jom tengok video terbaru kat YouTube..best woo..

sekilas : Tak puas nak tengok lagi..boleh tak? hahaha

Posted in Artis, friends, movie - Tagged blogger, khurafat, liyana jasmay, Maya KArin, scha, syamsul yusuf, yusry KRU

Review : Filem Muzikal MAGIKA

Sep30
2010
12 Comments Written by Sekilas

bertukarr……Ting… akulah puteri gunung ledang yang digila-gilakan oleh Sultan Melaka. hahaha…..*oke dialog tu takde langsung dalam cerita ni*

Dek kerana hasutan daripada Azwan Hashim peminat no satu Dato CT tu dan ahli setia SITI ZONERS..kelas kau aku promote kau ngan siti zoners lagik. aku telah mengajak My Cinta pi tonton dan menang filem terbaru terbitan KRU Studios iaitu MAGIKA.


Pengarah Filem MAGIKA, Edry Abdul Halim

Waktu tengok trailer aku terasa nak tengok tu sebanyak 50%. bila aku tengok seorang member si Syahman duk updet facebook dengan segala macam dialog dalam Magika, keinginan melonjak 70%.  bila Azwan plak sama 2 kali 5 macam Syahman…aku terus teruja dan jadi 98% nak tengok. *eh mana pergi 2% lagik? sukati aku la nak bagi berapa peratus pun kan?*

jadi semalam tanpa dirancang terus berdesup jumpa My Cinta. wohaa…bestnye dapat jumpa dia. hahahaha…lain plak. tapi semalam dia tak berapa sihat. so tak happening sangat. nak gi makan pun tak sempat. pas tengok wayang pun terus balik je. cian dia ek..hari ni pun kurang sihat lagi. semoga cepat sembuh ye sayang.

Sape belum tengok trailer MAGIKA…meh layan dulu trailer dia.

Sinopsis :

Mengisahkan dua beradik iaitu Ayu dan Malik yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta. Malik ni cenggeng sket kalau citer pasal mak dia. sebab eh mak dia meninggal dunia kerana dermakan buah pinggang kat dia. jadi dia ni merajuk lari pi duk kat hutan time maghrib. Ayu ni pun pi la cari dia. sampailah dua beradik ni termasuk dalam dunia magika. ala-ala dunia bunian la kan..kena sorok dek bunian. sebab tu jangan kuar time-time maghrib ni pi hutan.

Dunia Magika sangatlah pelik dengan bermacam-macam orang kat situ. Ada Puteri Gunung Ledang yang gemok, Nenek Kebayan dengan jamunya yang beramuankan air mata budak, Orang Minyak, Pak Pandir, Badang..eh..ramai lagi la. Bermula nya bila Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan. JAdi Ayu nak selamatkan adik dia, dia terjumpa dengan Badang. so Badang ni la banyak tolong Ayu untuk dapatkan Malik semula. MAcam-macam orang yang Ayu jumpa dan macam-macam pengalaman yang dia dapat.

Ending dia…?? happy Ending la. Malik terselamat. apa da…

Komen best dari aku :

- Lagu-lagu yang ada dalam MAGIKA memang best dan sedap di dengar. aku palingggg suka yang M. Nasir nyanyi. walaupun 2 baris je…tapi aku suka dengar. “Nak kemana kamu bertiga, Jangan sampai bangunkan Naga”. Lirik tu memang best for me. hehe..

- Aku suka watak Bendahara Puteri Gunung Ledang yang dilakonkan oleh Sabri Yunus. Scene dia mungkin satu tu je. tapi waktu mula-mula dia muncul tu pun aku dah gelak. Pastu Bendahara kecek Kelantan okey! Dialog dia memang lucu. korang patut rasa ia lawak, sebab My Cinta gelak ye. dia tu susah sket nak gelak dalam wayang. serius je tengok…citer kartun pun serius. *sebab tu nak tengok citer kartun takleh ajak dia*

- Bawang merah dan bawang putih memang pilihan yang tepat! first2 tengok My Cinta kata “eh kembar ke dorang” bukan la..itu kan Sharifah Aleya & Sharifah Amani. dorang berdua memang nampak cute skali. hehehe…

- Logik..bicara soal logik…korang kalau tengok cerita Alice Wonderland ke? Harry Porter ke? logik ke? takkan la kan..tapi sebab dia movie, aku percaya semuanya dalam cerita tu. Maknanya apa…? maknanya jalan cerita dia di atur dengan baik. walaupun mungkin la ada satu dua babak yang korang rasa “lar..takkan macam tu pun..” contoh la. Tapi Karya Edry ini bagi aku memang bagus dan ia satu langkah abru dalam dunia perfileman kita sekarang.

- Effect? CGI? haa…kalau bab-bab ni kita dah boleh tengok hasil kerja KRU before diz ngan Cicakman. kali ni ia lebih menarik. Penggunaan warna dalam filem ni la kekadang leh buat orang konpius sket. kejap warnanya terang, kejap kekuningan. aku tak pasti sama ada ia memang nak tunjukkan beza warna tu ataupun ia terjadi kerana kesan khas/ teknik CGI yang nak digunakan untuk filem ni. Yang menarik bagi aku ialah babak Maya Karin yang diklon banyak kali kat sungai tu, Jambatan kat Tasik Chini dan first transformasi M. Nasir nak jadi Naga tu. mula-mula tu memang nampak real. tapi sayang dapat kejap je efek camtu. tetiba terus jadi Naga.

- Lawak! yes…filem ini boleh buat kroang ketawa. Watak Orang Minyak, watak Hang Tuah and the geng, Of course Bendahara, Mahsuri, dan ramai lagi la yang boleh buat korang gelak.

- Kesemua pelakon dalam filem ni semua yang bagus-bagus dan popular di dalam industri. walaupun…ye..Walaupun…hanya satu babak je dorang lakonkan. tapi dorang lakonkan dengan baik. terutama untuk Vanida Imran, Adibah Noor, Norman Hakim, Nabil dan M. Nasir. My Cinta kata “Lar sekejap je watak dorang” ye..sekejap sayang. tapi sekejap itu pun berbaloi bukan untuk movie ni. oh ye..lagi-lagi Maya Karin…nampak macam takde function jer dia dalm filem ni…tapi sebab dia lawa..aku layan kan aje. hahaha…

Komen yang tak best bagi aku :

- aku suka watak Badang. ala-ala romantik gitu. tapi sayangnya watak ini dibawa oleh Mawi. aku fikir mungkin ada lagi pelakon lain yang lebih sesuai. tapi agaknya tak ramai yang boleh menyanyi kot. lagi suara Mawi for me ..best la. *dulu kan aku minat mawi..hahaha*

- Aznil. Watak Pak Pandir shud be lawak la kan. memang lawak watak dia. tapi Aznil suka macam berlakon over acting tau. entah la..mungkin kot pengarah suh wat camtu. kalau pengarah suka nak wat camne. tapi aku tak suka. boleh? *dalam cicakman pun aku tak gemar sangat dia lakonkan profesor Klon tu*

- Kenapa mesti bapak Malik (Jalaludin Hasan ) pun menyanyi…hahaha…suara dia langsung tak best. but nice try.

- Rasanya kalau tak tunjukkan arwah mak Malik pun takpe. biar lah misteri sikit. tapi mungkin sebab nak bagi semangat kat Malik, penulis skrip kena keluarkan watak tu. oh ye, mak Malik adalah lakonan Ogy Ahmad Daud yang berlakon sebagai Puan Khatijah.

- Maya Karin memang takde function. tapi sekali lagi takpe. Dia cantik. hahahaha!

okeyla…itu ajer review dari aku. time aku tengok semalam kat eCurve…memang ramai gile orang. penuh ye panggung wayang tu. bangga kejap sebab korang semua sokong filem Melayu. Walaupun begitu daku berikan 8 /10 untuk filem ini. Kalau korang kata cerita ni tak logik….ada aku kisah! cerita kalau nak logik buat realiti TV la.

Tiada yang mustahil dalam MAGIKA kalau kita berimaginasi. pewiiitt!

credit : gambar cilok kat sini

sekilas : admire kat M. Nasir boleh? hahaha


Posted in Artis, cinta, me, movie - Tagged MAGIKA, review

apa entri yang dikatakan berilmiah?

Jun29
2010
1 Comment Written by Sekilas

dulu sewaktu aku belajar di UiTM, Pensyarah selalu bising-bising mahukan satu ulasan filem yang berilmiah. Ramai kawan-kawan yang menghantar assigment telah di ‘reject’ oleh para pensyarah ini. aku termasuk daripadanya.ulasan filem satu muka surat pun tulis merapu. paling femes sekali semua nak cerita pasal konti, pemilihan pelakon, lighting, dan kamera. memang itu ilmiah..tapi mereka yang tak belajar filem juga rasanya boleh mengulas seperti itu. aku faham kehendak pensyarah itu. tapi, aku memang tak pandai mengulas. haha…

setahun sudah aku meninggalkan alam universiti. aku sudah lama tidak mengulas filem secara ilmiah. sudah lama tidak mencari quatation yang berguna untuk dibahaskan bersama kawan-kawan. lama juga aku tidak menyentuh aspek-aspek teknikal. dulu waktu masih belajar, kalau menonton wayang, kami bukan sahaja melihat jalan cerita. kami tengok lighting, tengok pergerakan kamea, tengok konti pelakon, tengok letak duduk pelakon, metafora, dan sebagainya.

kalau dulunya arwah Dr. Anuar Rai mengajar, sekecil-kecil benda di dalam filem pun dia masih boleh kaji dan menyatakan ia bersebab di adakan di dalam filem. contohnya babak seorang lelaki minum air dan gelasnya diletakkan di atas meja. persoalan yang akan dikaji, kenapa gelas tersebut diletak di atas meja di bahagian tengah-tengah. pasti bersebab. mula la pelbagai idea kreatif pelajar-pelajar akan keluar…sedangkan pengarah takde nak bawa maksud apa-apa pun. dah takde tempat nak letak, letak jela..kebetulan plak pelakon letak kat tengah2..ye tak? kalau korang apa yang korang fikir? hurm..bergantung jugak pada jalan cerita.

kadang-kadang idea akan diterima, kadang-kadang ada juga pensyarah yang memperlekehkan kami pelajar-pelajar..idea tidak berkembang, tak ilmiah, budak sekolah pun boleh menjawab seperti itu dan sebagainya.

Sekarang ini, kalau aku tengok wayang, aku terus menghayati cerita dan beremosi tanpa memikirkan, pelakon itu memakai baju yang lain dalam babak yang sama, atau cahaya di bahagian mukanya gelap…tahu-tahu aku menangis sebab terlalu sedih heronya mati, atau mungkin gelak ketawa sekuat hati kerana lawaknya cerita itu.

itu bercerita tentang ulasan filem sewaktu aku belajar dulu. rasanya aku tak mampu untuk buat ulasan seperti itu sekaran ini. banyak aje terma-terma yang aku dah lupa. dan tokoh-tokoh filem berapa sangat yang boleh aku ingat. lagi pulak kerjaya aku sekarang tidak menggunakan istilah-istilah filem. huhuhu…semakin aku melupakan pengajian filem ku di universiti. aku kagum melihat kawan-kawan yang berada di dalam industri sebenar yang diimpikan. niat aku masih tak tercapai. dan mungkin jauh perginya dari diri aku ini.

bagaimana pula aku ingin membuat entri yang berilmiah di dalam blog aku ni? siapakah tokoh-tokoh yang perlu aku sebutkan. hurm, rasanya dalam blog bersifat peribadi ini juga tiada entri yang berilmiah. sekadar cakap-cakap kosong dari aku. kisah hidup, kisah cinta, kawan..melepaskankan rasa marah. geram. suka dan duka.  masih adakah pembaca yang ingin mengunjungi blog ini membaca kisah-kisah itu. atau mereka sebenarnya mahukan penulisan yang berilmiah yang boleh dijadikan panduan dan rujukan.

jika itu yang kalian cari, maaflah tiada di sini. aku tiada daya atau lebih kasarnya aku dah tak suka berfikir secara ilmiah. entah kenapa…otak ini tidak mahu belajar mengkaji di sekitar. mungkin perlukan latihan satu hari nanti agar kembali cergas. aku tidak mahu menjadi lembab dicampurkan dengan bodoh kerana tidak dapat berfikir secara kreatif. aku ingin maju kehadapan dan menjadi orang yang berjaya.

sekian sahaja entry yang sebenarnya tiada faedah!

sekilas : lihat..di manakah enrty yang berilmiah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in me, merapu - Tagged entry ilmiah, ilmiah

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Hari Kejadian
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • 4 Bulan Sebelum

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress