• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts tagged UITM

Entry baru yang tidak menarik

May25
2010
5 Comments Written by Sekilas

yeah…ini adalah entry baru yang tidak menarik. kenapa? haa…itulah yang kita tak tahu.

ia akan jadi tidak menarik kerana tiada isi. atau mungkin kerana ia memang tak menarik di mata orang lain yang membacanya.

tapi tak kisahlah ia menarik atau pun tidak..janji ia merupakan entry baru daripada aku kan?

Keputusan contest dah umum..bercuti pun sudah. poket sudah kosong. duit gaji je tak dapat2 lagi..al maklumlah, gaji ku di ujung bulan baru diterima.  ader orang ajak aku gi karok pun aku kena double kompom dorang yang belanja..sebab aku memang takde sen..hihihi…

orang mesti duk pelik, apesal aku tak gi bercuti pada hari wesak sambung sabtu ahad…yela ini aku cuti semalam macam rugi je kan…tapi nak wat camne..semalam jerlah hari-hari yang ada untuk menggunakan benda-benda FREE dan murah! hahaha…

mesti korang tak paham kan? takpe..memandangkan entryini pun tidak menarik, memang korang tak kan paham ape aku tulis ni.

oh yer…Nuffnang ada buat contest lagi tu tengok Toy Story 3…so, korang yang kaki wayang, apa lagi sila buat entry tu. aku? oh..aku mempunyai masalah malas updet blog skrang, apetah lagi nak wat karangan pasal Toy story tuh. so..kalau kroang wat korang dapat…takde geng nak gi..korang leh harapkan aku yek…kalau aku buat, nak ajak My Cinta kompom dia takmo..sebab dia tak layan cerita kartun camni..hehehe..

Buat sahabat sejati forever and ever.. Situ Juliza Dzali..Selamat hari konvokesyen…Sorry tak dapat pergi majlis konvo ko arini. aku kerja la..lagi pun kau sidang pagi. kalau petang mesti aku leh cabut pi sana. :P apa-apa pun tahniah! akhirnya kau konvo jugak…

ini gambar bestfriend aku di cilok dari FB Attila Razmie.

Dari kiri Julie, Attila, Linda, aku

tahniah buat rakan-rakan yang lain..aku tuju kat julie special sket, sebab dia bestfriend aku. so yg lain jangan kecik ati yer..korang pun aku ucap tahniah jugak..selamat maju jaya!

sekilas : selamat bekerja!

Posted in contest, friends, movie, Nuffnang - Tagged bestfriend, konvokesyen, Nuffnang

Aku terfikir : Macam mana dia ambil air sembahyang?

Apr23
2010
15 Comments Written by Sekilas

Pagi tadi aku tengah memikirkan barang apa yang aku kena bawa untuk ke Kedah. Dalam sibuk berfikir aku teringat aku kena bawa telekong. kemudian, aku fikir lagi boleh ke kalau kita sembahyang (wanita) pakai stokin dan hanya sarung telekung muka jela. takyah pakai kain (kalau pakai seluar). lepas tu aku fikir lagi…*banyak sangat berfikir aku ni*…terus aku mengimbau kejadian beberapa tahun lalu..

Waktu tu aku menjalani latihan untuk LIBK (Latihan Intensif Bakal Komander) kat UiTM. eh yeke…? aku tak ingat la kejadian ni time LIBK atau time latihan Jambori Komander. Ketika itu dah masuk azan Maghrib. Kitorang semua pelatih-pelatih ni bergegas masuk bilik berebut mandi, tukar baju solat..sebab jadi komander kononnya kena punctual. takleh lambat nanti kena denda. maka aku dan rakan-rakan bergegas secepat mungkin ni.

*rindu zaman komander*

Tapi ade seorang Komander yang senior la. dia ditugaskan untuk berkawal atau mungkin menjaga kami la pelatih-pelatih ni…dia masih lengkap berpakaian seragam komander masuk surau kemudian dia alaskan tempat kaki dia dengan surat khabar tak silap aku.. *dia memakai pakaian lengkap termasuk kasut boot* Kemudian dia solat. Dia solat dekat-dekat ngan pintu keluar surau tu la.

google sini

Aku pandang dia sembahyang dengan pakaian seragam tu dengan kasut tak buka sebagainya. Lepas sembahyang dia terus keluar dan berada di tempat dia bertugas.

Dalam hati aku bertanya :

Macam mana dia ambil air sembahyang? Dia tak buka dulu ke boot dia tu? atau dia dah ambil siap-siap dan jaga air sembahyang dia?

Tapi aku cuma membuat kesimpulan…Islam itu amat mudah. Di mada sahaja dan dalam apa jua situasi kita dapat beribadah. *insaf kejap*huhuhu…

sekilas : tapi aku tetap fikir, macam mana dia ambil air sembahyang?

Posted in me - Tagged komander, komander kesatria

Giler! aku dah sepatutnya mula merisaukan keadaan aku.

Dec23
2009
44 Comments Written by Sekilas

Bulan ini telah membuktikan aku telah tamat belajar selama 6 bulan!! kalau ikut dari tarikh konvo memang la 2 bulan baru. tapi kalau ikutkan dari aku blah dari UiTM tu…aku dah tinggalkannya selama 6 bulan. 3 tahun belajar diploma..keje 6 bulan then sambung balik belajar ijazah 2 tahun 6 bulan…bukan jangkamasa yang pendek. dan untuk tempoh peninggalan aku selama 6 bulan ini…hakikatnya aku masih tiada pekerjaan tetap..

boleh tak korang bayangkan?? bila aku takde pekerjaan tetap..macam mana aku nak bayar duit PTPTN sebanyak RM27,000 yang belum lagi aku campur dengan kos pentadbiran 3% pada setiap tahun. WEYH..RM27k tu….aku mampu beli sebji kereta atau rumah atau kahwin atau pun aku mampu melabur untuk meniaga…tapi aku telah gunakannya untuk belajar dan percayalah aku ada guna untuk shopping. bila aku habis belajar, aku apply kerja sana sini….SEMUA nak PENGALAMAN! akhirnya, apa yang jadi pada graduan seperti aku yang mengambil jurusan perfileman?? sonang la cakap!! memang bersepah kerja untuk aku kat luar tu terutamanya dalam production house. sape kata aku takde dapat temuduga kerja kat production.? sapa kate??

Aku dapat satu interview kat FLOWVER ENTERTAINMENT RESOURCES. dia mintak aku bayar RM180 untuk bayaran pendahuluan kos pentadbiran dia. tapi penyudahnya, sampai sekarang aku tak dipanggil bekerja. gile bodohkan aku? 6 bulan yang lalu okey aku minta kerja kat situ. terang-terang aku kena tipu!! tapi lakhanat tu takmo bagi balik duit aku. bila aku tengok balik agreement aku..haram jadah!! agreement untuk consult aku jer. memang aku menyumpah 7 keturunan dia hidup susah! kat resit plak tulis no refundable! bila aku mengadu kat Jabatan Tenaga Kerja kat sini…takleh wat ape!

so pada korang-korang semua…jangan kena tipu lagi dengan company S*** ni…ingat nama AZAM, DANI, ALAM….aku still leh nampak lagi iklan kat surat khabar untuk company ni…memang S***…

lepas tu dapat interview kat company RUMAH KARYA CITRA. kalau korang tahu company siapa bagus la. ini company Erma Fatima. Dia suh aku datang interview untuk kerja akaun. then bila dia tanya aku, apa aku leh buat. aku cakap aku tahu kerja-kerja production and aku tahu wat skrip. time tu lagi 2-3 hari nak raya. Dia suh aku bagi contoh skrip yang pernah aku buat. aku dah emailkan. and then suh aku buat skrip pasal yoga..nak kena pikir konsep DLL. Sah-sah aku blur…langsung…smp tarikh dateline lepas raya..aku tak buat sebab takde idea (at the moment aku still kerja lagi la kat KSM)..kawan aku kerja situ..dia keje untuk admin. kemudian, kena buat kerja-kerja production..berhempas pulas siang malam…macam-macam kerja selain dari PM..kerja dah macam kuli salah seorang staff kat situ…tapi gaji kau tak bergerak..takde extra…now, dia dah quit! kerja kerani kat Terengganu.

Lepas tu dapat call kerja kat production Damansara. title post for the company “Journalist” …ko kalau dah baca journalist mestila ingat jadi wartawan ke…kalau kerja setakat research buat report, dan sewaktu dengannya okey. tapi bukan kerja itu..kena jadi PM merangkap pengarah, director cari krew sendiri…dan bla bla bla…so…aku kena buat semua itu untuk gaji yang sama. dah lah iklan kerja lain, dapat kerja lain.

Dapat temuduga SPA…untuk jawatan Penerbit Rancangan B27…tapi akhirnya aku gagal temuduga itu tanpa sebab yang ku ketahui. aku datang awal, pakai baju sekemas yang boleh..lengkap semua dokumen…jadi calon pertama yang masuk bilik..jawab semua soalan dengan baik..KECUALI soalan merapu dia..”Apa masalah sebenar Indonesia dan Malaysia?” bila aku bagi jawapan dia tak puas hati…dia sendiri yang bagi jawapan kat aku..cerita pang pung pang…macam emosional sangat pasal isu tu…aku cuma leh pandang dengan tiada makna.

dan sekarang…aku apply semua kerja malah ke tahap kerani pun aku apply. Ada juga yang kata “kelayakan anda begitu mengkagumkan” tapi aku tetap tak dapat jawatan kerani yang nak SPM je pun.

Bila aku try mintak kerja-kerja yang di dalam bidang aku, semua nak pengalaman. pengalaman bukan sikit-sikit 3-4 tahun oke…bidang lain pun sama. even dia tulis apa-apa kelayakan sekalipun..tapi mesti terselit juga PENGALAMAN 2 TAHUN DIPERLUKAN. atau paling-paling tidak..MESTI TAHU BERBAHASA MANDARIN.

so….di mana aku ingin dapatkan wang untuk bayar hutang aku kat PTPTN ni?? semakin hari semakin bertambahlah hutang tu nanti dengan kos pentadbiran yang dorang cas. *SIGH* .

Aku jenguk laman web PTPTN…dorang siap bagi formula jadual bayaran balik duit pinjaman. tapi aku sepatah haram tak paham..korang agak korang leh paham tak jadual ni?

Sekarang aku masih lagi mencuba dan terus mencuba mendapatkan pekerjaan tetap agar aku dapat bayar bali semua hutang aku dengan ptptn tu…! umur 18 tahun lagi dah berhutang. penyudahnya sampai usia 24 tahun ni…aku masih buntu untuk bayar hutang-hutang tu semua..

sekilas : kalau korang ada kerja kosong tuk aku, meh bagi aku try!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in info, me - Tagged Flowver entertainment resource, hutang, production house, PTPTN, rumah karya citra

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Tips dan cara membuat syabu
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Resepi : Kek Batik
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Perkongsian : Pengalaman Melahirkan Anak Pertama
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Korang nak belajar buat dadah?

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress