seperti yang aku bagitahu. aku dah tengok Ong Bak 3 bersama My Cinta. jadi marilah sama-sama kita mengetahui apakah yang terdapat dalam filem ini yang aku nanti-nantikan sejak aku melihat trailer nya di merata tempat.

Sinopsis :
Ong Bak 3 adalah kesinambungan filem terdahulunya Ong Bak dan Ong Bak 2. aku pernah review pasal Ong Bak 2. korang boleh klik kat link tersebut untuk mengetahui aku suka filem tu dan tak sabar nak tengok yang ketiga ni. waktu last scene dalam Ong Bak 2 aku ingat Tien mati. jadi filem ketiga ini banyak mengisahkan penderitaan Tien yang menjadi mangsa belasahan daripada orang-orang Tuan Rajasena. Dia kan nak balas dendam kat raja tu sebab pembunuh upahannya bunuh ahli keluarga Tien. sekarang ade pulak musuh baru Rajasena iaitu Crow Demon. Dia tu pun ada niat nak rampas kuasa Rajasena. Lepas kena belasah teruk, Tien diselamatkan dan memulihkan dirinya di perkampunga Arokaya. Kat sini Tien jumpa girlfriend dia balik. Sementara Rajasena telah dibunuh oleh Crow Demon, kuasa pemerintahan berada di bawah Crow Demon. Crow Demon telah menyebabkan kematian di perkampungan dan mereka yang hidup dijadikan hamba abdi termasuk girlfriend Tien ni. Kesudahannya..hero tetap menang!
okey aku malas nak cerita panjang pasal sinopsis dia. sebab aku sendiri tak berapa nak faham plot cerita ni yang bercampur aduk sampaikan aku tak tahu mana satu flashback atau pun kisah semasa yang sedang berlaku. siap dalam wayang tu terus aku cakap kat My Cinta, “ape ni, tak faham la”
Apa yang menarik :
- seperti biasa aksi berlawan dari Tien memang mengancam. begitu juga aksi dari Crow Demon.
- aku suke watak Crow Demon. buruk, jahat. dan buat aku menyampah dan geli. haha..
- Filem ini mempertaruhkan satu sisi pertarungan melalui gerak tari Khon yang lengkap dengan gerakan karakter jin, monyet dan protagonis.
- props dalam filem ni bagusla. kat perkampungan tu, time kena bakar semua tu. it’s real la memang ade orang bakar. pastu yang gajah batu tu tiba-tiba macam jadi hidup tu. okela..aku nampak smart jugak la.
Apa yang tak menarik :
- Plot cerita tah apa-apa tah. buat aku tak faham. orang lain aku tak tahu la faham ke tak? tapi kejap flashback, kejap macam ada bayangan. entah la..pening aku! kalau korang faham bagusla. aku tak.
- tak konsisten. waktu Tien nak pulihkan diri, berlatih sorang-sorang kejap ade jambang, kejap takde jambang. kalau ye pun nak buat konon-konon dia dah bercukur. tunjuk la sket dia berehat ke ape ke. ini asik berlatih jer, mestila kita ingat dia berlatih tanpa henti. so, takde kesinambungan.
- banyak yang tak logik. Tien dah kena belasah teruk-teruk, dah lunyai la kata orang. kene hentak kat dada, muka, sampai kepala lutut pun kena hentam dengan tukul. kalau betul-betul dah pecah tau kepala lutut tu, dah takleh bangun. tangan kena ketuk lagi, bukan perlahan kuat. itu mahu retak atau patah terus. tapi Dia masih hidup dengna jayanya walaupun keadaan dia lemah giler. tak mampos-mampos jugak.
- time yang sepatutnya Tien kena pancung, tetiba ada perutusan cakap Tien tu milik raja dia. tah ape-ape tah. itu adalah salah satu jalan camne penulis skrip ni nak lepaskan Tien dari mati. tapi memang tak logik. tiba-tiba jerk datang perutusan tu.
- di penghujung babak, ada plak vision dari Tien konon-konon girlfriend dia mati dan dia berlawan sampai kan dia kena bunuh sendiri dengan Crow Demon. aku suka scene ni. tapi itu cuma bayangan dia! kenapa dia tak buat realitinya Tien mesti mati…aku suka je bila crow Demon senang-senang bunuh dia. simple! tapi sayang itu cuma bayangan.
- Gajah-gajah yang dikeluarkan tak membantu langsung, melainkan babak akhir Crow Demon tu mati kena gading gajah tu. macam siut jerk..
- pelakon-pelakon extra yakni, orang-orang jahat yang serang Tien, kena hempuk sekali dua dah tak larat atau mampus terus. tapi Tien yang awal babak tu kene belasah kaw-kaw macam belacan boleh hidup lagi. tak logik!
banyak pulak yang aku tak suka dalam filem ni. senang cerita, pada aku filem ni tak best! aku bagi 2/5. dua tu pun sebab ada aksi sikit jerk. My Cinta pun kata citer ni tak best! hoho…
sekilas : expectation daku jauh sekali terhadap filem ni.




