• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged tazkirah

Dosa sesama manusia

Jul29
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: “Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, sama ada berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) darinya, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya.” (H.R. Bukhari-Muslim)

Google

Hidup memang kena teruskan, tapi dunia ni kecik je. pergi mana-mana, silap2 muka tu jugak kita jumpa. Aku harap korang ampunkanlah dosa-dosa aku pada korang. apa yang korang buat pada aku pun, dah lama aku maafkan. aku tak nak nanti kita mati, sama-sama terseksa kerana dosa sesama manusia. Aku katakan ini secara umum buat sesiapa yang mengenali aku. Salam Jumaat.

sekilas : Setiap orang mahu masuk syurga!

Posted in masyarakat - Tagged dosa sesama manusia

Imam Muda datang surau semalam

Aug26
2010
5 Comments Written by Sekilas

Al-kisahnya…..

Semalam rasa malas-malas je nak gi terawih. sebab seblum buka tu rasa lemau kemain. tapi dah buka, mandi bagai baru terasa segar. tapi gerak lewat sket ke surau. selalu sebelum azan Isyak aku dah tercongok dalam surau tu. tapi kali ni, bila dah azan baru aku gerak dari rumah. ala macam entry aku yang lepas…surau jalan kaki je.

lepas Isyak…baru la terawih kan…kat surau rumah aku buat lapan rakaat je. so, lepas empat rakaan stop kejap sebab ade tazkirah. time ni la baru tahu ada imam muda datang surau. hihi….bukan imam muda yang menang kat rancangan realiti tu. Ini penuntut dari Arab Saudi..dia baru je balik Malaysia semalam. dan surau rumah aku tu adalah surau pertama dia datang untuk ziarah. cewah..dah macam YB plak.

Dengar suara dah macam umur 29-30 tahun. rasa macam suara ustaz2 kat tv atau yang bagi khutbah ari Jumaat tu la. Tazkirahnya seronok jugak dengar.  ada satu part tu katanay ” Jangan jadi hamba kepada bulan Ramadhan, tapi jadi hamba kepada Allah swt.”

Kenapa dia akta gitu? sebab selalu orang kita ni, asal bulan Ramadhan je kang ada la ayat-ayat gini kuar :

“Issh, rasa tak elok la pulak nak ngata orang bulan puasa ni. nanti lain kali la aku cerita kat ko”

“Slumber je dia potong kereta aku tak bagi signal, nasib baik bulan puasa. kot tak aku dah mencarut tadi dah”

dan sebagainya..maknanya bila datang je bulan Ramadhan kita kononnya takmo mengata, mengumpat, lebih banyak bersabar dan sebagainya. mereka-meraka ini termasuk aku kadang-kadang menjadikan bulan Ramadhan sebagai alasan. bukan nya kita nak kata macam ni,

“Issh, tak nak la aku mengata orang, nanti Allah marah pulak”

“Nasib baiklah Allah menuntut kita bersabar, kalau tak aku dah maki-maki orang tu”

contoh jela kan…hihi..memandai je aku. tapi betul kan apa imam muda tu kata.

Mak yang dok dengar Tazkirah minta diri nak pi minum air kat luar. dahaga la konon. rupanya dalam dahaga ada niat lain mak keluar. nak pi jenguk siapakah gerangan imam yang datang dari arab saudi tu. hahaha..

masuk-masuk mak kata umur dia baru 22 tahun, mukanya lawa. hahaha…aik mak. excited lebih nampak!

Aku ni duk dengar suara jela kan sebab tirai antara lelaki dan perempuan terlindung lah . tak nampak sape jadi imam, ustaz mana bagi tazkirah dan sebagainya.

Jadi lepas terawih, aku pun kuar terus dari suaru. tak join la moreh ni. perut dah kenyang. mak ada tadarus plak. jadi dia balik lambat. time aku nak sarung selipar. aku terperasan sorang lelaki. pakai jubah pakai ketayap. ada janggut sikit-sikit. aku ingat sape.

tapi ada 2 orang makcik yang sangat excited duk borak dengna lelaki itu..maka aku sahkan lelaki itu adalah imam muda itu tadi. fewwitt…muka lawa mak! =)

disebabkan dalam surau tu tak ramai anak dara yang excited, jadi mak-mak lah duk borak ngan imam muda tu. makcik teringin buat menantu la tu kan. imam muda tu ada pengajian lagi 3 tahun setengah. bulan 9 lepas raya nanti baru dia dan 13 orang pelajar lain gi sana balik. adalah jugak dia cerita nama universiti dia tapi aku lupa.

katanya, sape nak bayar zakat kat dia pun boleh…sebab dia masih belajar. dia kata kalau dia mintak kat pusat zakat, banyak prosedur dan dapat duitnya lambat. katanya, tak semestinya bayar zakat pada amil jek. boleh terus beri pada mereka yang layak…

begitulah kisahnya…seronok dengar dia bagi tazkirah semalam..seronok lagi makcik-makcik dok borak dengan dia. itu aku tak tahu la tu mak turut sama excited ke tak. sebab aku dah balik dulu..hehehe..

okeylah..itu sahaja untuk entry kali ini.

sekilas : rancangan imam muda aku tak pernah tengok pun. huhuhu

Posted in Kisah-kisah itu, me - Tagged arab saudi, imam muda

Salam Jumaat : Wanita yang dijanjikan syurga

Aug06
2010
2 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum..* Jumaat baru nak bagi salam kan. sadis*

Apa-apa pun sila jawab salam. Seperti biasa Jumaat adalah penghulu segala hari, hari untuk orang lelaki buat gathering kat masjid pada jam 1 petang atau gathering dulu kat kedai makan isi perut. tu penting, kang lapar tak khusyuk solat kang.

boleh nampak la kaum-kaum Adam smart-ensem-bergaya dengan baju melayu perlbagai warna-warna yang menarik perhatian gadis-gadis sunti di luar sana. memakai haruman yang berjaya dihidu oleh makcik-makcik cleaner skalipun.

cewah!! dan kaum-kaum hawa pula gembira kerana menghabiskan waktu lebih lama dari biasa di shopping complex atau mentedarah di tempat yang jauh sikit dari biasa. kemudian Jumaat berbelanja lebih sebab lama sangat rehat kan? tunggu bulan pose nanti, ramai duk berdengkur kat surau time-time ni. hahaha…

Jadi mari kita sama-sama menjadi hamba yang terbaik di muka bumi dan membuat persiapan diri untuk bertemu Pencipta kita. Aku nak masuk syurga. semua orang nak masuk syurga. jadi apa kata kita amik sedikit masa untuk mengetahui wanita yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT.

Rasulullah saw menerangkan, tiga wanita yang akan bersama-samanya di syurga ialah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis berikut:

1. Daripada Aishah ra: “Aku tidak berasa cemburu kepada mana-mana isteri Rasulullah saw sebagaimana aku mencemburui Khadijah ra, meskipun beliau telah meninggal dunia ketika Baginda mengahwiniku. Aku selalu mendengar Rasulullah saw menyebut hal Khadijah, dan Allah SWT telah memberitahu Baginda bahawa Allah telah membina sebuah istana bernama Qasab (yang diperbuat daripada batu permata dan mutiara di syurga), dan apabila Baginda menyembelih kambing, Baginda akan mengirimkan bahagian-bahagian kambing itu kepada rakan Khadijah. (Hadis al-Bukhari)

Daripada Ismail RA berkata, aku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa, “Adakah Rasulullah memberi naungan kepada Khadijah?” Beliau menjawab, “Ya, iaitu istana Qasab di syurga di mana keadaannya sangat menyelesakan dan mendamaikan sekali.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Daripada Abu Hurairah berkata, “Jibrail as datang kepada Rasulullah saw dan berkata, “Wahai Rasulullah! Ini Khadijah datang menemuimu dengan membawa sup daging (atau makanan dan minuman). Apabila dia mendekatimu, sampaikan salam Tuhannya (Allah) kepadanya dan dariku, dan berilah naungan sebuah istana Qasab di syurga yang di dalamnya sangat indah dan menggembirakan.” (Hadis al-Bukhari).

2. Daripada Ata bin Abi Rabah. Berkata Abbas kepadaku, “Mahukah aku tunjukkan seorang wanita syurga kepadamu?” Kataku, “Ya.” Dia berkata, “Wanita hitam ini datang menemui Rasulullah saw dan berkata, ‘Ya Rasulullah, aku menghidap sejenis sawan yang menyebabkan auratku terbuka, doakanlah untukku ya Rasulullah.’ Rasulullah berkata kepadanya, “Jika kamu mahu, bersabarlah dan kamu akan masuk syurga; dan jika kamu mahu, Aku akan meminta Allah menyembuhkan penyakitmu itu.”

Wanita itu berkata, “Aku akan terus bersabar.” Dan dia menambah, “Tetapi auratku akan terdedah kerananya, jadi mintalah kepada Allah untukku agar auratku terpelihara. ”Rasulullah pun mendoakannya untuk itu..

3. Daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah saw bersabda, “Aku melihat diriku (di dalam mimpi) memasuki syurga, dan berhenti! Aku melihat ar-Rumaisa, isteri kepada Abu Talhah. (Hadis riyawat al-Bukhari)

Cuba kita renungkan daripada ketiga-tiga contoh wanita syurga ini. Bagaimana mereka boleh terpilih menjadi ahli syurga, bagaimana cara kehidupan mereka, kelakuan, cara mereka bercakap, berpakaian dan sebagainya yang sepatutnya menjadi contoh kepada semua wanita yang mahukan balasan syurga.

Wanita berkulit hitam yang disebut di dalam hadis di atas tidak diketahui namanya, dari mana asalnya. Cuma yang diketahui adalah amalannya, keimanannya, sifat malunya, harga dirinya, kebimbangannya mengenai auratnya yang terdedah apabila diserang penyakit sawan yang dihidapinya dan itulah yang membawanya menjadi ahli syurga.

Beliau ini menghidapi penyakit dan dia datang kepada Rasulullah saw minta didoakan penyakitnya sembuh. Dia tahu, kuasa penyembuhan adalah daripada as-Shaafee hanyalah Allah SWT. Dan Allah mengabulkan setiap doa Rasulullah saw.

Bagaimanapun, dia memilih untuk tetap sabar dan menderita di dunia untuk mendapatkan ganjaran syurga.

Ingatlah, iman+penderitaan+sabar adalah syurga balasannya. Dia reda menahan penyakit yang dideritainya itu semata-mata mengharapkan keredaan Allah SWT dan tidak sekali-kali menjadikan alasan penyakitnya untuk melanggar perintah Allah SWT iaitu membiarkan auratnya terbuka sewenang-wenangnya.

Begitu juga dengan wanita Muslim lain yang mungkin terpaksa berdepan dengan cabaran hidup dengan cara yang lain. Tidak kira siapa kita, sekiranya kita tetap pada jalan Allah, kita akan berhadapan dengan pelbagai dugaan, kesukaran kerana untuk mendapatkan syurga terpaksa melalui pelbagai rintangan. Tidak ada jalan mudah untuk mendapatkan syurga.

Seorang yang mengenali Allah dan Rasul-Nya, tidak akan ragu-ragu mengikut segala perintah-Nya. Dia akan terus mengharungi cabaran, cubaan dan rintangan atas nama Allah dan Rasul-Nya, semata-mata kerana rasa taat, kasih dan penuh yakin pertolongan dari Allah akan tiba.

Seorang wanita Muslim wajib memakai tudung dan pakaian yang menutup aurat. Bukanlah bermakna bertudung dengan hanya menutup kepala tetapi berpakaian ketat dan sendat, jarang hingga menampakkan susuk tubuh, bergaul bebas, bersenda gurau dan bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim; tiada rasa malu hingga menjejaskan maruah wanita Islam seluruhnya. Hijab yang sebenarnya itu membabitkan fizikal, moral dan rohani.

Wanita yang disebut dalam ketiga-tiga hadis di atas ialah contoh wanita yang menghambakan diri kepada Allah SWT, beriman dengan sebenar-benarnya, ikhlas, muslimah, taat kepada Allah SWT dan Rasulullah saw, bijak dan berfikiran jauh.

Jika wanita Muslim hari ini mahukan balasan syurga, contohilah Khadijah, wanita berkulit hitam dan ar-Rumaisa.

“Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.”

Sumber: http://intim.wordpress.com/

sekilas : semoga aku dapat menjadi seperti mereka.

Posted in info, Kisah-kisah itu - Tagged wanita syurga

Mata yang tak pernah menangis

Jun04
2010
2 Comments Written by Sekilas

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?”

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada hambaNya yang penyayang.

ps : aku tak tahu sumber dari mana..aku amek kat facebook jer

sekilas : sampaikanlah perkara yang baik…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Kisah-kisah itu, masyarakat - Tagged Jumaat

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Hari Kejadian
  • Kek Coklat Kukus untuk di jual.
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress