Di satu malam di bulan Ramadhan, Aku baru sahaja selesai menunaikan solat terawih di surau berdekatan. Untuk ke surau aku cuma perlu berjalan kaki.
hari itu tidak hujan seperti selalu.
“Takmo tunggu ke?” tanya emak.
Aku tengok ke luar surau. “takpela, hari tak hujan lagipun. balik dulu la”
Mak minta aku tunggu untuk moreh di surah. tapi aku berdegil ingin pulang. konon nak tidur awal di rumah.
Memandangkan cuaca cerah hari ini makanya aku tidak mempercepatkan langkah ku. aku berjalan perlahan sambil menghirup udara segar di malam hari.
bunyi katak di dalam longkang semakin menyemarakkan malam itu diiringi bunyi motokar yang sese kali lalu di jalan raya besar. ye..jalan aku tidak sunyi. ada kenderaan yang lalu lalang.
tapi, tanpa aku sedari ada 3 orang kanak-kanak mengkori ku di belakang. mereka gelak ketawa riang.
‘Tak join moreh ke bebudak ni?’ tanya aku di dalam hati.
Mereka semakin menghampiri ku. aku terdengar perbualan mereka.
“ala, bagi la satu” kata seorang budak yang aku kirakan berpangkat adik.
“kau nak buat apa” jawab si abang.
“Ada la..bagi jela satu “
“Tak boleh. mahal ni abang beli. Seringgit satu ni.” balas si abang lagi.
Adiknya masih merengek. semakin dekat dengan aku semakin kuat suara dia.
“Bagi la…” Mereka sudah berjalan bersebelahan dengan aku. aku menoleh dengna jelingan sahaja. Rakannya seorang lagi telah maju ke hadapan melompat-lompat untuk mencapai dedaunan di pokok tinggi.
Si abang memandang aku dan bersuara lagi ” Tak boleh la. Kau nak buat apa?”
Aku intai sikit apa yang diminta oleh adik. ‘Ceh, mercun rupanya. lagi mau tanya nak buat apa. Nak main mercun la abang oi’
Aku cepatkan sikit perjalananku untuk memastikan aku dihadapan. Aku tak dengar adik bersuara lagi. Mungkin sudah dapat apa yang dimintanya.
Baru sesaat aku berfikir soal itu..tiba-tiba….
POM! POM! POM! POM!
“YA ALLAH!!” Terkejut aku ngoi….patutlah beriya mintak mercun kat abang kau. ko nak baling mercun kat aku yer. sengal punya budak-budak. nasib baik la bulan puasa. kot tak aku dah carut-carutkan korang tau.
Naseb takde penyakit jantung tau. kot tak, kat situ jugak aku pengsan nanti. cis…
sekilas : lenkali jangan jalan dekat ngan budak2. banyak helah dorang ni.




