Kalau tak tiap-tiap hari, tapi pasti ada dalam seminggu dilaporkan di akhbar mengenai kes suami memukul isteri. Aku yang belum berkahwin ni terasa pulak takutnya untuk menempuh alam perkahwinan.
Al maklumlah, kata orang sewaktu bercinta kita tak pernah duduk serumah, tak pernah tidur sebantal. Tapi dah kawen semuanya depan mata. Makan gelojoh pun boleh nampak sebab dah takde apa yang nak di cover-cover sebab dah suami isteri. Jadi takut, kalau sebelum ni tak pernah tengok pasangan tu marah-marah sebab selalu mencuri hati kita. tapi bila dah kawen rupanya banyak pantang larang, banyak pulak yang yang kita tak tahu trang tang tang depan kita. kaki pukul, panas baran dan sebagainya yang menyumbang ke arah keganasan rumahtangga.
Pagi Ahad ni terbaca lagi kisah suami mengganas kerana cemburu buta. fuh~! berpeluh jugak aku membacanya. seram sejuk. Memanglah, kalau kita tak buat salah apa yang ingin ditakutkan, apa yang ingin dirisaukan. Tapi hakikatnya, kalau kita tak buat salah, atau takde ribut angin petir tahu-tahu ada salah tahu tahu kena marah. mau tak trauma kat situ kalau dah diacu pisau ke leher! seram la plak kalau dapat suami macam ni.
MELAKA: Luluh hati seorang isteri apabila suami yang diharapkan menjadi pelindungnya tergamak memukul dan mengugut membunuhnya akibat cemburu buta, awal bulan ini.
Dalam kejadian jam 11.35 malam pada 4 November lalu, Siti, 29, mendakwa suaminya yang berusia 35 tahun menamparnya sejurus mengejutkannya daripada tidur di ruang tamu rumah mereka di Tanjung Keling, dekat sini.
“Suami menampar pipi kiri dan kanan serta memukul kepala saya bertalu-talu sambil bertanya mengapa saya curang. Saya terpinga-pinga dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut. Saya hanya mampu mengalirkan air mata menahan kesakitan.
“Kemudian dia ke dapur sebelum menghampiri saya semula dengan tangan kirinya memegang pisau. Dia mengacukan pisau ke leher saya dan tangan kanannya menarik rambut saya,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
laporan : metro
Aterrr…..kalau aku ni jenis suka melawan sket lagi-lagi terhadap keganasan terhadap diri sendiri. Mana boleh biar je orang pukul kita. tapi kalau dah ade pisau kat leher sendiri, mahu aku kaku beku kat situ. silap hari bulan boleh arwah. Sebelum ni pun laporan akhbar ada pasal isteri kena kelar dengan suami sendiri…ha…kan sampai maut tu dibuatnya.
Aku harap, future hasben aku nanti seorang yang mampu menahan rasa marah dan tidak bertindak diluar batasan. Aku faham kita ni manusia biasa. tapi kalau dah macam ni punya cerita hari-hari kat paper, mau semua gadis-gadis sanggup membujang je nanti. Takut pulak nak kawen kan…
sekilas : InsyaAllah, si dia bukan begitu kan?






