• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged surat khabar

Barbican Bukan Arak

Jul22
2011
2 Comments Written by Sekilas

Terpanggil untuk buat entry mengenai minuman Barbican yang diperkatakan sebelum ni ‘tidak halal’. Aku pun tak paham ler. Bertahun minuman Barbican ni dah ada kat Malaysia, tiba-tiba bila ia dah popular malah kebanyakkannya dijual oleh peniaga Arab, ada pulak yang kata haram.

Mungkin kerana kadar peratus alkohol sebanyak 0.5% orang dah labelkan minuman ini haram. Susah ler orang nak cari makan macam ni. Kat negara Arab tu ha, bersepah je umat Islam duk minum minuman ni. (bukan aku tengok sendiri la, pengalaman seorang teman yang ke sana dan suaminya memang orang Arab)

Kalau selepas berita ni dikeluarkan masih ada yang ragu-ragu, senang cerita tak perlu lah minum. dan tak perlu nak sebarkan perkara yang tidak betul pada orang lain. Kesian orang yang meniaga ni. Tertutup periuk nasi mereka tahu?

Ni aku petik dari laporan akhbar Kosmo!


KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.

Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.

Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.

Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.

 sekilas : family aku suka minuman ni. =)

Posted in info, Isu Semasa - Tagged Barbican halal

[SuratKhabar] Tunangku Pembelot!

Jul01
2011
2 Comments Written by Sekilas

Tadi baca paper yang telah dibeli oleh Zaid. Tq Zaid hari-hari beli paper tau..hehehe..

Terbaca bahagian depan paper, pasal seorang tunang (lelaki) yang secara tiba-tiba tak jadi nikah, then kahwin plak dengan orang lain pada hari persandingan dia dengan tunang dia.

Wanita yang digelar Mimi tu kata, lelaki tu nak minta tangguh nikah dulu nak balik rumah bincang dengan keluarga. tapi call-call tak dapat. kesiannya, semua persiapan dah buat. tapi tiba-tiba tak jadi kawen. siap bekas bakal pak mertua tak jadi minta plak balik duit hantaran yang dah diberikan.

sedih..sedih..duit lagi belanja, persiapan dah buat, kad dah edar. malu lagi dengan keluarga dan tetamu. mana nak sorok muka jang oii…

sampaikan wanita tu tak tahu sebab munasabah kenapa lelaki tu tak jadi kawin dengan dia. Kalau betul pun tak nak kawen bagitahu la secara berhemah. bincang elok-elok. janganlah malukan orang lain dengan cara macam ni. dah tak jadi kawen satu hal, hari yang sepatutnya derang kawen tu lelaki tu kawen plak dengan pompuan lain.

Nampak sangat ada agenda tersembunyi. hissh..takut ler kalau jadi hal-hal camni kan. 6 tahun berkenalan dah berkorban macam-macam..tiba-tiba…sapa tahu kan?

Aku harap Mimi tu banyakkan bersabar. pasti ada hikmah di sebalik kejadian ni. Doa orang teraniaya ni dimakbulkan Allah. banyak-banyakkanlah berdoa agar diberi kekuatan untuk meneruskan hidup. Semoga beliau tabah.

sumber berita dari sini. Tapi online tak lengkap. pi beli paper METRO kat kedai eh.

KUALA LUMPUR: Barang hantaran dan kad undangan sudah disiapkan, namun remuk hati seorang wanita apabila tunang kesayangannya tanpa diduga berkahwin dengan orang lain pada tarikh yang ditetapkan untuk majlis perkahwinan mereka.

“Tarikh 4 Jun 2011 sepatutnya dia bersanding dengan saya tetapi luluh hati saya apabila pada hari itu bekas tunang saya diijab kabul dengan wanita lain,” kata wanita itu yang mahu dikenali sebagai Mimi, 25.

Mimi berkata, dia tidak menyangka pengorbanan selama enam tahun berkenalan dengan lelaki itu yang dinamakannya, Z sebelum mengikat tali pertunangan pada 6 April 2007 berakhir dengan titik hitam dalam hidupnya.

“Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya kerana segala persiapan untuk perkahwinan disiapkan keluarga saya dan hanya menunggu tarikh majlis kenduri diadakan.

“Tergamak dia menconteng arang di muka saya dan keluarga, sedangkan saya dan keluarga melayan dia dengan baik sepanjang perhubungan kami,” kata anak ketujuh daripada lapan beradik yang bekerja sebagai jurujual itu.

sekilas : Semoga segalanya dipermudahkan. InsyaAllah.

Posted in masyarakat

Reen kata ini bukan keajaiban, ini kesian!

May20
2011
2 Comments Written by Sekilas

[METRO]

Kenapa mesti orang datang beramai-ramai ke rumah tuan rumah ni untuk melihat kucing bermata satu? Reen kata, “Kesian kucing tu, cacat” [Boleh baca berita kat sini]

p/s : Reen adalah officemate saya dan duduk disebelah kiri saya.

sekilas : kalau dapat anak cacat, adakah anda datang beramai-ramai ke rumah dan katakan ia adalah keajaiban? Entah! yang pasti aku kata, itu kuasa Tuhan. Kita perlu terima takdir itu dengan redha. Tuhan sedang menguji.

Posted in Isu Semasa - Tagged metro

Surat Khabar menakutkan!

May16
2011
2 Comments Written by Sekilas

Aku tak tahu sama ada berita yang dipaparkan itu menakutkan, atau wartawan itu yang menakutkan aku… hoho…

Baca lah berita sekarang, semuanya menakutkan aku. aku dah sampai satu tahap tak nak baca surat khabar! atas sebab aku tak nak  baca pasal kematian yang menyedihkan, tak nak baca pasal keganasan yang menakutkan, tak nak tengok gambar-gambar yang mengerikan, berita orang nak simbah asid la…huissh!

Kalau yang sedih-sedih tu satu hal la…belum kira berita politik yang keji tu. Yang terhidang cerita kurang enak pasal negara. Yang naik harga itu ini, yang kes sumpah-sumpah, yang cerita parti x teruk parti y bagus. fuh! tarik napas macam tak boleh nak lepas2 dah ni. sesak rasanya.

Jadi jangan beli surat khabar jika tak mahu tahu sesuatu yang menakutkan. sekian.

sekilas : aku memang tak beli surat khabar pun. dah rang beli, aku baca! tak pun kat internet ni gatal tangan pi baca online. huhuhu

Posted in Isu Semasa - Tagged berita, berita menakutkan

Nak cantik tapi akhirnya…

Apr11
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Ini pulak kesan yang diterima oleh dua orang gadis apabila seorang pakar kecantikan menyuntik tubuh mereka dengan ubat yang salah bagi rawatan selulit pada paha dan punggung mereka kira-kira lima bulan lalu. – sumber kosmo.

Ngeri tak ngeri! dan amcam kena dera dah aku tengok tu ha…wahai gadis-gadis sekalian, berhati-hatilah dalam niat menjadikan diri tu cantik. nak kata mereka ni tak eprgi kat pakar, dah pergi kat pakar kecantikan dah tu ha…tapi apa-apa hal selidik dulu tempat kecantikan tu. dari mana? di luluskan ke? pekerjanya pulak camne? ada certificate ke tidak?

saman..jangan tak saman….semoga gadis-gadis ini sembuh.

sekilas : aku bersyukur dengan apa adanya aku. harap2 my cinta juga begitu.

Posted in Isu Semasa - Tagged kecantikan

Lagi kes kematian berkaitan dengan SPRM

Apr07
2011
1 Comment Written by Sekilas

SPRM berfungsi sebagai badan yang mencegah rasuah di negara kita. Jadi kalau ada kes rasuah, badan ini yang akan menyiasat kes rasuah dan yang berkaitan untuk membuktikan rasuah itu berlaku di antara si polan dan si polan.

Kes terbaru, Penolong Pengarah Kastam Cawangan Import Eksport Pelabuhan Utara Jabatan Kastam Diraja Selangor (KDRM), Ahmad Sarbini Mohammed, 56, yang ditemui mati di tingkat satu, Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane di sini, semalam. Mangsa ditemui tertiarap dengan kesan kecederaan parah di kepala oleh seorang pegawai SPRM sebelum memaklumkannya kepada pihak atasan. – Sumber METRO

Akan ada la suara-suara di belakang mengatakan SPRM tidak lagi selamat, asyik jatuh bangunan jer. Siapa aje yang cuba membunuh orang yang berkaitan dengan SPRM ni? Mestilah orang yang tak mahu rahsianya terbongkar dan menyebabkannya di tangkap. betul tak? Takkan kali ni nak kata mangsa bunuh diri juga kan?

SPRM berkaitan siasatan kes rasuah. SPRM mahu membanteras rasuah. Tapi kalau orang yang datang SPRM kena bunuh..maknanya apa? orang yang bunuh tu takut rahsia dia terbongkar..dan mangsa ni ada rahsia dia. argghhh…sangat spekulasi.

Apa-apa pun takziah kepada keluarga arwah. Semoga individu yang berkaitan dapat ditangkap. PDRM…jalankan tugas anda!

sekilas : Bagi aku SPRM tak salah. Tapi salah siapa?

Posted in Isu Semasa, masyarakat - Tagged SPRM

Sekarang memanglah tiada pilihan, nanti kalau dah ada yang mati, masih tiada pilihan ke?

Mar07
2011
2 Comments Written by Sekilas

Aku tahu aku takde di tempat mereka. aku tahu bukan aku yang rasa susah dan payahnya nak berjalan lebih jauh untuk ke sekolah or maybe ke tempat kerja untuk menempuh jalan besar.

Tapi tindakan melintas jalan di laluan keretapi kan bahaya.

Bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan La Salee, Tamliselven Tanggachami, 17, keadaan itu disifatkan tidak memberi masalah kepadanya yang sudah biasa melalui laluan terbabit selama tiga tahun.

“Orang luar mungkin akan beranggapan tindakan kami ini membahayakan keselamatan diri, tapi ini saja jalan untuk kami ke sekolah. Kami sudah biasa dengan cara ini, ia lebih mudah.

“Kebanyakan kami enggan menggunakan jalan besar kerana ia jauh dari sekolah dan sekiranya kami menggunakan motosikal ia lebih membahayakan keselamatan kerana laluan sesak setiap kali waktu puncak,” katanya. METRO

“saya tiada masalah, dah 3 tahun saya guna jalan ni” bagus. anda adalah anak jati laluan keretapi. huhuhu…

Aku cukup risau kalau dorang ni kena langgor ngan keretapi. Cubalah pihak KTM tu bertegas sikit. Kalau dibuat je pagar besi yang lebih kuat kan bagus. daripada mereka sedar ramai penduduk melintas jalan dan ‘akan’ mengambil tindakan…segerakan tindakan memasang semula pagar tu. kalau dah pasang balik pagar tu, mereka pun takde pilihan jugak..kena juga ikut jalan jauh.

Ni sebab pagar dah ada yang gatal tangan duk potong, sebab tu la dorang biasa. bayangkan dah 3 tahun budak sekolah tu jalan kat situ. maknanya dah lebih dari 3 tahun KTM tak ambil apa-apa tindakan…salah penduduk jugak ke yang nak melintas.

tolonglah KTM oiitt…segerakan tindakan memasang semula pagar.

sekilas : tunggu la kalau dah ada yang mati kena langgar, time tu nak salahkan siapa?

Posted in Isu Semasa, masyarakat - Tagged KTM

Ini cikgu bikin malu cikgu lain dan sekolah jer.

Mar05
2011
8 Comments Written by Sekilas

ekceli aku ada terbaca keratan akhbar Harian Metro online yang lepas. pasal cikgu yang kononnya duk mencabul pelajar sebab nak rasa degupan jantung lar blah blah blah. bila pelajar balik rumah ngadu kat parents, parents pi buat report kat Balai Polis Pandan Indah…

tup tup hari ini punya paper terang-terang bagitahu,cikgu tu sekolah mana.

Sekolah Menengah di Pandan Indah satu jela…SMK Pandan Indah. sekolah aku kot dulu.! cis, kuang ajor punye cikgu. tapi ni, kalau aku jadi pelajar sekolah kat situ juga cikgu ni kena ngan aku. saksi ramai kan.tapi cikgu ni aku tak kenal lar. maybe lepas aku abis skolah dulu baru dia mengajar. dulu cikgu disiplin aku, muka dia macam cina sikit. ala..aku lupa lar.

tapi, rasa aku, jiran sebelah rumah aku baru cakap, cikgu disiplin dorang cikgu Jamil. baru tukar la kot sebab kes cikgu mengom ni. dia kata cikgu Jamil garang…hihi..dulu time aku belajar, cikgu Jamil kelakar orangnya…pastu ala-ala lembut gitu. now sudah tukar watak la kot.

aku pelik ngan pelajar-pelajar ni, macam mana leh percaya, cikgu nak periksa degupan jantung siap seluk tangan dalam baju before kena rotan. adoiyai…nak kena tunggu balik, citer kat mak ayah dulu baru ler tindakan di buat. yang best cikgu tu dapat rasa 11 orang pelajar kot.

cikgu puns atu, orang ke sekolah ajar budak jadi lebih baik, lebih pandai. ni diri sendiri tak betul. bagi malu sekolah, cikgu lain je dengan kes macam ni. ha..tu bini kau pun malu lar, sebab muka kau masuk paper. tak kesian ke kat family sendiri.

okay bai.

UPDATED : Ada pembaca kata, media salah tulis. Cikgu ni bukan mengajar di SMK Pandan Indah. tapi di Pandan Mewah. Apa salah sekolah lain plak dapat nama. huhuhu..sorry!

sekilas : tapi sebab belum disabitkan kesalahan, takleh nak marah sgt cikgu ni. dia pun mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan. harap-harap cikgu tak buat la yer. sebab budak2 skarang ni pun kan leh percaya, saja nak pekena cikgu agaknya!

Posted in Isu Semasa, me - Tagged cikgu cabul, SMK Pandan Indah

Simple mistake

Mar01
2011
2 Comments Written by Sekilas

Naseb baik ler paper online. ni kat printed paper ni, kuar berita camni gak ke? tajuk lain, content lain. huhuhuhu…editor kena alert. okay, kalau korang rasa ada kaitan dengan tajuk, aku nak kata apa kan.

sekilas : ramai baca paper online skarang. korang?

Posted in Isu Semasa

Iza..iza..kenapa kau pergi?

Dec01
2010
8 Comments Written by Sekilas

kenapa masih ada lagi remaja perempuan yang ‘kurang cerdik’ sehingga terpedaya dengan pujuk rayu lelaki  asing. lelaki asing maksud aku lelaki yang bukan warganegara Malaysia. Indonesia ke…Pakistan ke..ni terbaru India. daku tidak bersikap perkauman. daku terbuka, tapi dek kerana kasihankan anak gadis yang tak tahu tindakan bodoh dorang tu, daku terpaksa gunakan kata lelaki asing yang mana kalau dorang bawa lari, dorang tak duduk dalam negara, tapi pergi luar negara.

Remaja lari rumah, gadis hilang…tahu-tahu nanti keluar surat khabar, kena jadi hamba abdi, kena kerja macam buruh, kena seksa, kena jual dadah, kena tangkap, kena penjara kat negara orang  bla bla bla. Paling dasat, nanti keluar muka depan, gadis ditemui dirogol, ditikam di…arggghh!!

kesiankanlah diri wahai anak remaja sekalian. kesiankan diri sendiri dahulu….kemudian fikirlah tentang keluarga terutama mak dan ayah kita. segarang-garang mereka, sekasar-kasar mereka atau mungkin bagi korang sejahat-jahat ibu bapa korang tu, kalau korang hilang, doranglah yang paling risau dan sedih tau tak.

melahirkan zuriat, membesarkan, mendidik, membelanjakan jutaan ringgit demi anak-anak bukan untuk korang hampakan harapan perasaan mereka dengan melarikan diri atau menghilangkan diri. bukan untuk korang menderhaka dan mengecewakan mereka dengan tindakan bodoh macam ni.

PAgi ini berita di harian metro mengisahkan seorang gadis bernama Nur Afiza Mohd Mantali, atau dikenali sebagai Iza berusia 21 tahun yang menuntut di IPT Sarawak dikatakan melarikan diri ke Kochi, India mengikut seorang pensyarah kontrak. Pesanan beliau yang terakhir di blog tulisan beliau menyatakan seperti berikut :

Ia mungkin perkara paling bodoh dalam hidup saya, tapi percayalah, saya berjuang untuk mendapat yang terbaik. Saya sayangkan kamu semua, tetapi saya harus pergi. Ini mungkin hari paling sukar dalam hidup saya, tetapi saya tidak akan menoleh ke belakang,

yeah….that was so stupid! memang aku pun rasa apa yang dia kata itu betul. malah dia sendiri sedar. apa yang dia perjuangkan? mendapat yang terbaik? adakah dia sedang pergi bekerja? sedang mencari rezeki? kesian dengan ahli keluarga dia. Iza…iza…kenapa la kau pergi meninggalkan seribu tanda tanya, dan kerisauan tahap gaban pada keluarga.

Abang Iza yang membuar laporan polis kehilangannya.

Hasil pemeriksaan keluarga dia di pejabat Imigresen, mereka dimaklumkan ada rekod senarai penerbangan nama Iza tu ke luar negara. hancurkan hati ibu bapa mengetahui hal ini. aku yang baca pun rasa frust giler. kalau kau lari dalam negara je takpe. sebab senang nak cari, senang plak kau nak balik kalau hidup kau melarat. tapi ni luar negara. tempat orang. yang mana undang-undang dorang mungkin tak sama dengan kita.

Aku berdoa agar kau ditemui dan pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat. Sedih dowh aku baca berita macam ni. kenapa la kau boleh larikan diri dengan orang luar…arrrgghh!! gila la kau!

sekilas : aku dah rasa gila jugak ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Isu Semasa - Tagged kehilangan
« Older Entries

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Hari Kejadian
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • 4 Bulan Sebelum

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress