Posts Tagged ‘ suami isteri ’

Hai, selamat bekerja…mari kita sembang-sembang pasal suami isteri sket. cewah, sejak dah kawen ni kan, ada je topik berkaitan kan..hehehe…

Dalam petikan akhbar utusan mengenai kekeluargaan, aku tertarik dengan tajuk yang ini, “Usah lokek beri pujian”

Dalam ARKIB yang bertarikh 13/03/2012 (boleh klik sini), sesekali pujian haruslah dilontarkan oleh suami kepada isterinya.

Mungkin pujian boleh dilakukan ketika berpakaian, memasak, mengemas, dan sebagainya. Bagi aku secara peribadi, memang memang ler setiap orang sukakan pujian. lagi-lagi kalau aku ni sebagai seorang isteri, seronok betul bila dengar suami memuji.

jom tengok apa ontoh pujian dalam petikan akhbar tu,

“Wow, ia memang sesuai untuk sayang.”

Katakanlah isteri anda memakai pakaian atau kasut yang baru dibeli dan dipakai untuk ditayangkan kepada anda ketika keluar untuk ke jamuan.

Sekiranya anda rasa pakaian yang dipakai itu menyerlahkan kecantikannya nyatakan pujian anda dengan tepat mungkin terhadap pakaian atau kasut yang dipakainya atau keseluruhan penampilannya pada waktu itu. Tenung dan renung wajahnya dengan pandangan yang ikhlas dan kasih sayang.

Anda akan melihat wajah isteri anda terpancar warna kemerah-merahan rasa malu tanda seronok.

| ”Harumnya bau awak malam ini.”

Pujian terhadap haruman memberikan daya penarik dan rangsangan yang sesuai buat pasangan anda.

Selain kata-kata perangsang ia memberikan keyakinan kepada pasangan anda.

Sudah semestinya selepas ini dia memberikan penampilan yang hebat buat diri anda.

“Kalaulah saya bertemu dengan sayang lebih awal.”

Pujian ini adalah yang paling disukai pasangan. Ini menandakan anda adalah pilihannya yang paling tepat.

Pancarkan kata-kata ini apabila duduk berdua-duaan sama ada di rumah mahupun di dalam kereta dalam keadaan romantik.

Kata-kata itu dilafazkan dari hati, tenung matanya dan berikan ia satu makna.

| ”Sayang, awak lakukannya dengan baik sekali.”

Ini kata-kata pujian untuk isteri atau suami yang baru sahaja memasak menu baru. Pujian ini juga boleh dilontarkan sekiranya pasangan anda memasang sesuatu di bilik tidur secara sendiri atau membaiki sesuatu.

Selain melontarkan dengan kata-kata, makan makanan yang dimasak dengan keadaan makanan itu begitu lazat kerana ia membuka selera anda.

| ”Sayang, awak jadikan saya seorang insan yang lebih baik.”

Pujian ini diberikan sekiranya anda meminta pandangan daripadanya dan dia memberikan idea yang sangat positif. Lontaran kata-kata ini memberikan dia satu semangat yang jitu dan rasa kecintaan yang luar biasa.

“Sayanglah insan yang paling pintar yang pernah saya temui.”

Siapa yang tidak mahu dipuji dengan kata-kata yang kita ini pintar. Terutama apabila melihat isteri membantu anak-anak menelaah dan kita berikan dia sedikit pujian untuk memberikan rasa hormat kita kepada kebolehan isteri, misalnya.

Peka apa kelebihan yang dia ada pada diri dan personalitinya.

Lain orang lain kelebihannya. Begitu juga dengan pasangan anda pastikan apa yang menjadi kelebihan kepada dirinya yang membuatkan anda semakin sayang dengan dirinya. Pujilah dia dengan kelebihan itu.

| ”Selagi sayang bersama, saya rasa seronok untuk hidup.”

Ini juga pujian yang patut dilontarkan oleh suami atau isteri kepada pasangan anda. Kata-kata ini sangat romantik dan memberikan rasa pasangan anda memang dihargai.

Hurm…agak-agak lepas para suami baca entry ni, nak tak dorang memuji isteri selalu? huhuhu…tapi jangan ditiru bulat-bulat pujian macam petikan di atas sudeyyyy….hahahha…

sekilas : suami aku suka memuji, tapi kadang-kadang konpius, dia betul2 puji ke perli? hahahaha

Itulah dia tangga gaji terbaru untuk amah Indonesia yang mana kerajaan Indonesia telah menetapkan satu kerja khusus RM700.

JAKARTA: Indonesia mula melatih pembantu rumah ke Malaysia yang akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.

Jika seorang pembantu rumah itu diambil menjadi tukang masak, ia hanya menjalankan tugas memasak dan tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak menjalankan tugas lain seperti mengasuh bayi.
Inilah antara hasil yang dicapai pada pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia di sini, semalam. Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Dr Reyna Usman berkata, JTF semalam mencapai kesepakatan terhadap empat jawatan khusus pembantu rumah Indonesia iaitu tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua dan pengemas rumah.

Petikan : Metro

Kalau tugasnya memasak..maka memasak jela. kalau tugasnya asuh bayi, maka asuh bayi jela. hurm…gitu pulak?

Jadinya, ibu-ibu sekalian….tak payah lah amik amah / bibik ni nak kerja ngan korang. Jadilah seorang ibu yang cemerlang gemilang dan terbilang. Besar ganjaran pahalanya.

Daripada duk bagi RM700 buta-buta je kat orang gaji untuk buat satu kerja, aku rasa sangat tak relevan. Hakiaktnya kerani yang gajinya RM700 tu pun macam multitasking kerjanya kat opis.

ITu RM700 tu tak masuk lagi dorang punya permit kerja la, pasport la visa la, upah agensi la…banyak lagi kos. Dan kepada bapa-bapa serta para suami ni, ringan-ringankanlah tulang tu untuk membantu kerja rumah isteri. Kalau rasa mampu nak bayar amah tu sampai RM700 sebulan, apa kata encik suami sekalian, suh isteri duduk rumah uruskan rumahtangga. lagi afdal. duit yang nak bagi kat amah tu baik bagi kat isteri buat belanja. lagi puas hati.

Isteri sendiri yang masak, asuh budak kemas rumah. takdelah isu mandrem ke, isu dera ke, kecurian ke? ye tak?

Kalau andai kata la orang nak amik bibik tu nak suh asuh budak dan kemas rumah…haa..tak ke RM1400 dah jadi gajinya. Itu semua kerja suri rumah je tu. Tapi takde pulak isteri-isteri dapat bayaran setinggi itu kan? sebab apa, sebab tugas seorang isteri katanya….sebab menanti ganjaran pahala kelak. Itu yang di pejam mata, di pekak telinga. betul tak puan-puan sekalian? tak apa lah..yang penting ikhlas dan ingat janji Allah pada isteri-isteri yang solehah. insyaAllah..

KEsimpulannya di sini, tak payah lah amik bibik. Seorang isteri yang berkerjaya  yang mampu uruskan rumah tangga, memang hebat. Para suami yang memiliki isteri sebegini beruntunglah…maka jangan sia-siakan pengorbanan isteri, dan bantu membantulah sesama sendiri.

Nabi kita dulu pun saling membantu isterinya dalam membuat kerja rumah. Tak mahukah kita mengikut amalan Nabi tu? Malah, pernah satu ketika anaknya Fatimah meminta seorang pembantu rumah kepada Nabi. Tapi adakah NAbi kita menunaikan permintaan puterinya itu?

Tidak…ingat lagi kisah ini? kalau tak ingat, boleh baca di sini.

Sama-sama kita fikirkan mengenai ini….melainkan kalau isteri anda sakit, memang tak berupaya bekerja, dan sebagainya, dibolehkanlah mengambil pembantu rumah. tapi fikir-fikirkanlah dengan jumlah wang yang perlu dibayar…sama pulak harganya dengan bayaran bulanan sebuah rumah. huhuhu…kalau banyak duit tak apa lah…. #untunglah awak banyak duit.

sekilas : Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami,walau setinggi mana sekalipun darjatnya.