Posts Tagged ‘split personality’

Apa salahku? Apa salah ibuku?

Sunday, March 14th, 2010

 Hidupku..diruntun pilu..llrik lagu ala-ala Wali Band la….Terkejut dengan berita semalam (aku kira semalam la, sebab time aku updet ni dah kul 12.10 pagi…15/03/2010) . Tapi, masih belum lagi kita dapat pastikan. tak baik pulak kalau buruk sangka tapi tak tahu hal sebenar kan..

Azean Irdawaty tak sangka anak ditahan kes edar dadah

KUALA LUMPUR: Pelakon Azean Irdawaty yang cuba menemui anaknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 31, atau Benjy yang ditahan reman di Balai Polis Bukit Jalil, di sini, sejak Khamis lalu bagi membantu siasatan dalam kes pengedaran dadah, mengakui hatinya luluh selepas mendengar berita penangkapan anak kesayangannya itu.

“Kak Yan (Azean) nak jumpa dia, nak peluk dia, nak cakap walau apa pun terjadi, Ben (Benjy) masih anak mama… mama tetap sayangkan Ben. “Kak Yan bergegas ke balai, tetapi tidak dibenarkan jumpa Benjy. Hari ini pun (semalam) masih tak dapat jumpa dia. Dia orang (polis) tak bagi jumpa, cuma Kak Yan tahu Ben belum dituduh, masih dalam siasatan,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Berita penuh di sini

Waktu mak aku tahu pasal kes ni…mak aku kata dia termenung kenangkan nasib seorang ibu macam Azean. Bukankah dia sakit kanser, dapat pulak dugaan pasal anak macam ni. Bila baca pasal hukumanyang bakal di kenakan pada Benjy jika di sabit kesalahan..lebih meruntuhkan hati si ibu kan..hukuman pula boleh sampai ke tali gantung.

Persoalan daripada ibu Benjy sendiri masih tiada jawapan. Kenapa? siapa yang dorong? dah berapa lama?

serapat-rapat mak dan anak macam tu pun kita masih belum dapat nak duga sejauh mana sikap anaknya. Beginilah yang dikatakan sebagai split personality yang pernah aku fikirkan dulu. Tak sangka, orang yang kita sayang akan buat begini.

Semoga ibu Benjy @ Azean Irdawaty tabah menghadapi dugaan ini. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

sekilas : Selalu berdoa.

Personaliti berbeza

Saturday, February 6th, 2010

Pernah korang mempunyai personaliti yang berbeza?

maksud aku…satu ketika korang menjadi bukandiri korang sendiri…

Kalau korang ni sebenarnya budak nerd, terpelajar dan nampak baik di mata rakan-rakan dan para pensyarah..atau pun di hadapan majikan korang seperti seoran gpekerja yang sangat berdedikasi…tapi dalam waktu yang lain, sebenarnya korang teringin menjadi seperti sahabat lain yang begitu sosial…keluar melepak bersama kawan-kawan…

tapi oleh kerana tiada siapa yang memahami jiwa korang tu, korang terpaksa menjadi personaliti yang lain tetapi bersama kawan-kawan baru. jadi…kesimpulannya, depan kawan-kawan dalam kelompok A, korang merupakan budak baik-baik..tapi depan kawan-kawan kelompok B…korang sebenarnya tak berapa nak baik.

aku percaya mesti ader orang di luar sana yang berperwatakan seperti ini. Contoh aku terbaca dalam satu blog…pinjam ye dek ko nye entry…sebab leh share-share…sharing is caring. kalau ko marah..bgtahu cepat!

Dekat sekolah,mira shafiqah seorang yg lurus,tp rock gak.,.haha..skema,sopan n santun..dgr je ckp cikgu n mudah simpati dkt cikgu yg mengajar,tp xde orang dgr.Contohnye Pn.Alice-cikgu ekonomi.ble ajr smue tido.ble pn alice benggang best,“GIRLS’S,understand??(no respon)HELLO,AM I TALKING TO THE WALL”.Contoh kedua,MISS CECEILIA yg blur=cikgu maths..“Girl’s,who don’t understand??(adela beberape org angkt tangan) “You don’t understand,later come see me after class”(jgn harapla ade org dtg)haha..aku kesian kat cikgu2 mcm ni,aku buat2 dgr la ckp die..dats y aku jarang kene attack..haha

Dekat luar,ternyate si mira ni x mcm yg orang banyak kenal kat skola..klu budak Assunta jumpe mira ni kat luar,sah2 pelik n comfirm2 mengumpat la “ya allah,kat sekola baik,kat luar mcm pe je mira ni.tgk la pakaian die.tgk la perangai die,gedik.tgk la BLA BLA BLA…”but WHO CARES.lantak laa.kat luar,mira ni kecoh n n PARTY PARTY PARTY..yes,i pegi clubbing.tp klu ade event je..yes,i shisha..yes,i minum..MINUM JUS,COKE n AIR SUAM paling penting...terkejut??ye saye perangai teruk..tp i TIDAK SMOKE,TIDAK MINUM ARAK n n NO DADAH,GANJA..im clean of all dat..

di ambil dari sini

sebab baru-baru ini aku baru tahu mengenai seorang teman yang seperti ini. depan aku dia menunjukkan dirinya seorang yang begitu sosial…Walhal,aku ni bukanlah sosial sangat. tapi, disebaliknya dia seorang yang baik-baik. alasannya..dia perlu jadi personaliti yang lain pada satu ketika untuk melepaskan tekanan dalam dirinya. jelas dan nyata, kawan aku tu memang ada masalah peribadinya sendiri.Family, friends…and love..

tapi dia selalunya menjadi seorang yang ‘gila-gila’ seorang diri tanpa ada sesiapa yang mengetahuinya…tup tup..aku menjadi teman menyimpan rahsia personalitinya. huhuhu berat-berat…menyimpan rahsia orang ni memang berat.

Dia kata “i’m just wait for my time” orang kata , peluang untuk kita berada di atas akan datang sekali…dan dia tunggu saat itu baru dia akan menjadi normal. Aku hanya mengiyakan kata kawan itu. tapi jika sempat dia bertemu saatitu..jika tidak?? huhuhu…berat-berat.

tak tahu la kalau korang pun ada split personality…sekejap korang jadi camni..pastu len tempat korang jadi camtu. Aku??…hrm….sape yang kenal aku tahu la siapa aku.

aku tetap aku, punya kekurangan dan kelebihan…chill…

sekilas :  tiada yang dapat memahami kita kecuali orang yang berada di dalam situasi yang sama seperti kita.