• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts tagged solat

Camne korang khusyuk dalam solat?

Nov09
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Dulu time zaman-zaman di universiti. ada jugak sesekali tengah solat, tiba-tiba aku gelak. mahu tidak, ada pulak sorang dua kawan kat belakang ni duk borak-borak sambil buat lawak yang mana aku boleh dengar dan tiba-tiba gelak, sebab aku lagi layan lawak dia daripada solat. betapa tidak fokus nya aku membaca dalam solat.

Natijahnya, aku terpaksa mengangkat takbir sekali lagi untuk sempurnakan solat aku tanpa sebarang gelak tawa dan dengan penuh khusyuk dan tawaduk gitu.

Sebaik-baik tempat untuk khusyuk dalam solat adalah di dalam masjid/ surau. kerana alunan suara pak imam yang melafazkan ayat-ayat suci al-quran itu mampu membuatkan kita terus berada dalam rukun solat dengan baik sekali. bukan sempurna 100% tapi dengan baik. Tapi aku sangat mengakuinya…kalau aku sembahyang kt surau / masjid, aku jadi lebih tenang. Tak tahu la apesal. Kalau sembahyang sorang-sorang, kat rumah dengan sembahyang kat masjid..tersangat lah beza. korang ada rasa macam tu tak?

Pernah dengar kisah-kisah zaman Nabi yang mana ada para sahabat yang solat sampaikan dipanah tapi ia tetap tidak mengganggu solat beliau.  Betapa beliau khusyuknya dalam solat.

TAPI…jangan pulak korang salah anggap dengan kisah tersebut. memang benar ada kejadian itu di zaman nabi kita dulu. tidak pula ia bererti khusyuk dalam solat itu langsung tidak terhirau dengan keadaan sekeliling. Kalau gitu, memang tidak khusyuk langsung la solat kita apabila mengikut imam, sebab kita dengar bacaan imam dan takbir yang disebut oleh imam. betul tak? apetah lagi jika kedengaran guruh dilangit. kemudian hujan turun mencurah-curah. tidak logik sama sekali kita tidak mendengarnya. kalau dengar, tak khusyuk ke solat kita?

Apa yg pasti, adalah seperti yg bertanya sebutkan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat jelas sekali mendengar apa yg berbunyi di sekeliling mereka dan itu langsung tidak menjejaskan khusyuk. cuma terdapat satu hadith yang mana Rasulullah SAW memberitahu bahawa syaitan akan sentiasa mengganggu seorang yg sedang solat sehingga dia berjaya menjadikan orang itu terlupa rakaat. maka itu adalah tidak khusyuk.

Kita jgn terkeliru dgn khusyuk yg diceritakan oleh orang ramai. ada yg menggambarkan bahawa khusyuk itu sampai tidak sedar bahkan sampai tidak tahu apa yg dibuat. itu bukan khusyuk namanya. itu ‘syok sendiri’ agaknya.

Tapi korang mungkin boleh la melakukan perkara-perkara berikut untuk menambahkan kekhusyukkan dalam solat. InsyaAllah.

a. Mengingati bagaimana para salaf bersolat

Ini akan menambahkan lagi kekkhusyukan. Apabila Ibn al-Zubair berdiri untuk bersolat, dia seolah-olah bagaikan kayu, berada didalam kekhusyukkannya. Suatu hari semasa beliau sedang sujud diwaktu peluru dari lastik yang besar di lancarkan, dimana Mekah telah di kepong, dan sebahagian pakaiannya koyak semasa bersolat, beliau tidak langsung mengangkatkan kepalanya.

b. Ketahui bahawa Allah swt memberi responnya kepada solat kita.

Kita mesti merasakan bahawa kita seolah-oleh berkomunikasi dengan Allah swt semasa didalam solat. Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda :

“Allah Azza wa Jalla berfirman : Aku telah membahagikan solat diantara aku dan hambu ku menjadi separuh, dan hambaku akan mendapat apa yang dia minta’. Apabila hambanya berkata ‘Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam’ Allah’, Allah mejawab ‘hambaku telah memujiku’. Apabila hamba berkata :’Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani’, Allah menjawab, ‘Hambaku telah memuliakanku’, apabila hamba berkata :’Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). ‘ Allah menjawab :’Hambaku telah membesarka aku’, apabila hamba berkata : ‘Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.’, Allah menjawab :’Ini adalah diantara aku dan hamba ku, dan hambaku boleh dapat apa yang dia minta’, apabila hamba berkata :”Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. ‘ Allah menjawab :’Semua ada adalah untuk hamba ku, dan hamba ku akan mendapat apa yang dia minta’ “- [Hadith riwayat Muslim, didalam kitab Al-Solah].

c.Memikirkan tentang makna ayat tersebut.

Tidak ada seorangpun akan memikirkan tentang sesuatu ayat al-Quran melainkan ia mempunyai pengetahuan mengenainya. Ini menunjukkan pelajaran tafsir al-Quran begitu penting didalam penghidupan seorang Islam. Ibn Jareer ra. pernah berkata :

“Aku pelik terhadap orang yang baca al-Quran dan tidak mengetahui maknanya (tafsirnya), Bagaimana mereka seronok membacanya?”

d. Mengingati mati ketika bersolat.

Nabi saw bersabda :

“Ingat mati ketika solat kamu, kerana sesungguhnya orang yang mengingati mati ketika solat biasanya akan memperbaiki solatnya, dan Solatlah seperti mana orang yang tidak berfikir ia akan bersolat didalam solat yang lain” – [dari al-Silsilat al-Sahihah al-Albani, 1421, Dilaporkan oleh al-Suyuti bahawa Ibn Hajar mengkelaskan hdith ini sebagai hasan].

moga-moga kita menjadi seorang Islam yang khusyuk didalam solat, sebagaimana firman Allah swt :-

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatmya” – [al-Mu’minun 23:1-2]

Selamat beramal~~!

sumber : soaljawab

sekilas : Time puasa dugaan solat tu tinggi, sebab takut teringat makanan. huhuhu

Posted in info, Kisah-kisah itu - Tagged apakah itu khusyuk?, khusyuk, khusyuk dalam solat

Perintah solat yang diterima oleh Nabi s.a.w

May31
2010
1 Comment Written by Sekilas

NABI Adam a.s gembira apabila menoleh kepalanya ke kanan kerana menyaksikan kalangan zuriatnya, iaitu umat manusia melakukan amalan baik dan akhirnya melayakkan mereka masuk syurga.

Namun apabila baginda menoleh ke kiri, di dapati ada juga kalangan umat manusia yang diseksa dalam neraka akibat balasan amalan-amalan jahat yang mereka lakukan, Ini menyebabkan Nabi Adam sedih dan kecewa.

Demikianlah di sebalik makna perlakuan yang ditunjukkan oleh lelaki bertubuh sasa dan tinggi yang pertama ditemui oleh Nabi Muhammad sejurus memasuki langit pertama dalam perjalanan Mikraj untuk menemui Allah di singgahsana Sidratul Muntaha.

Baginda begitu gembira dapat bertemu dan mengenali manusia pertama ciptaan Allah itu yang kemudiannya menjadi bapa kepada seluruh manusia di muka bumi ini.

Selepas memberi salam kepada Nabi Adam, Nabi Muhammad kemudiannya dibawa naik ke langit kedua dan di situ baginda bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa. Diikuti langit ketiga, baginda bertemu Nabi Yusuf, langit kelima, Nabi Harun dan Musa di langit keenam.

Nabi Muhammad akan memberi salam dan mengakui kenabian kepada setiap nabi yang baginda temui.

Apabila tiba di langit ketujuh, Nabi Muhammad berpeluang menyaksikan Baitul Makmur, iaitu rumah ibadat, binaan sama seperti Kaabah bagi penghuni langit terutamanya para malaikat beribadah dan melakukan tawaf.

Sesetengah mengatakan terdapat hampir 70,000 malaikat yang melakukan tawaf di Baitul Makmur itu.

Ia dikatakan mempunyai kedudukan yang bertepatan dengan kedudukan Kaabah di bumi.

Di situ juga baginda melihat ada seorang lelaki yang wajahnya dikatakan hampir menyerupai Rasulullah sendiri.

Lalu baginda bertanya kepada Jibrail siapa lelaki berkenaan. Jibrail berkata: “Dialah nenek moyang kamu, Nabi Ibrahim.”

Baginda sungguh gembira dengan pertemuan ini kerana dapat mengenali Nabi Ibrahim yang mempunyai sejarah kenabian sangat hebat terutama mampu mengalahkan Raja Namrud, berhijrah ke Palestin dan terpaksa meninggalkan isterinya Siti Hajar dan si anak Nabi Ismail. Dari situ ia menjadi titik permulaan pembukaan Kota Mekah dan mendirikan Kaabah seperti yang diperintahkan oleh Allah.

Sejurus pertemuan yang sungguh bermakna itu, baginda berjalan sehingga ke penghujung langit ketujuh.

Berubah bentuk

Di situ baginda melihat bagaimana malaikat Jibrail yang menyerupai manusia berubah kepada bentuk asalnya. Bentuk yang sama seperti yang baginda pernah temui buat pertama kali semasa berjalan ke pulang ke rumah dari Gua Hira’.

Kebenaran perkara ini tidak dapat disangkal. Ia benar-benar terjadi sebagaimana yang disebut dalam al-Quran, iaitu ayat 13 hingga 18 surah an-Najm yang bermaksud: Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibrail itu dalam rupanya yang asli iaitu berdekatan dengan Sidratul Muntaha, yang juga berdekatan dengan syurga al Makwa, (Muhammad melihat Jibrail) ketika di Sidratul Muntaha dilitupi oleh sesuatu yang melitupinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhan-Nya yang paling besar.

Selain bagi mengesahkan pertemuan Nabi Muhammad dengan malaikat Jibrail pada rupanya yang asal, ayat ini juga sebagai mengesahkan mengenai pertemuan agung antara Nabi SAW dengan Allah Rabbul Jalil secara bersemuka.

Inilah keistimewaan Nabi Muhammad dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan jaga dan bersemuka walaupun pertemuan tersebut tidak turut dihadiri oleh malaikat Jibrail.

Sebelum itu Jibrail telah meminta Nabi Muhammad mara ke hadapan iaitu memasuki Sidratul Muntaha, tempat sangat luar biasa yang tidak akan mampu terfikir oleh manusia biasa.

Apabila Nabi Muhammad turut mengajak malaikat Jibrail untuk bersama-sama dengan baginda, Jibrail berkata: “Kalau aku selangkah mara ke hadapan, maka aku akan hangus terbakar.”

Lalu di hadapan Allah itu yang dikatakan jaraknya hanyalah ‘dua busur panah’ atau lebih dekat lagi dari itu, Nabi Muhammad diperintahkan sembahyang 50 waktu sehari semalam.

Iaitu ibadat menyembah-Nya untuk dilakukan oleh Nabi Muhammad dan seluruh umat baginda setiap hari.

Berbanding ibadat lain yang difardukan melalui turunnya wahyu yang disampaikan oleh malaikat Jibrail namun ibadat solat adalah perintah secara langsung daripada Allah.

Sebab itu di hari kiamat perkara pertama yang ditanyakan oleh Allah terhadap setiap individu umat Islam ialah mengenai perihal solatnya.

Segala amalan kebaikan dan kebajikan yang lain seolah-olah tidak bermakna jika seseorang itu mengabai dan meninggalkan solat secara sengaja.

Selepas pertemuan itu, Nabi Muhammad pun turun ke langit ke enam dan bertemu semula dengan Nabi Musa yang bertanyakan mengenai hasil pertemuan baginda dengan Allah.

“Apa yang Allah perintahkan untuk umat kamu wahai Muhammad,” tanya Nabi Musa.

“Allah memerintahkan aku dan umatku supaya mendirikan solat 50 fardu waktu sehari semalam,” jawab Nabi Muhammad.

Musa pun berkata lagi: “Kaum Israel pernah diperintahkan kurang daripada itu tetapi itupun mereka tidak mampu laksanakan. Kamu naiklah lagi dan minta Allah ringankan (kurang jumlah fardu) solat itu.”

Sesetengah riwayat menceritakan baginda terpaksa berulang kali menemui Allah semula bagi tujuan untuk meringankan jumlah fardu solat itu. Sehinggalah akhirnya ditetapkan ibadat solat itu difardukan lima kali sehari tanpa boleh dikurangkan lagi.

Itupun Nabi Musa tetap menggesa Nabi Muhammad dikurangkan lagi lima waktu itu.

Lalu baginda pun berkata: “Aku rasa malu dengan tuhanku, namun aku reda dan aku menyerah diri.”

Sepanjang mikraj itu juga Nabi Muhammad diperlihatkan dengan pelbagai kehidupan di alam akhirat, iaitu alam yang kekal bakal didiami oleh seluruh umat manusia.

Turut diperlihatkan ialah pelbagai gambaran bentuk pembalasan terhadap apa juga amalan yang dilakukan oleh manusia semasa hidup mereka di dunia.

Namun yang paling berkesan pada baginda yang diceritakan kepada para pengikutnya ialah mengenai gambaran syurga dan neraka.

Apa pun gambaran mengenai syurga dan neraka tersebut, namun yang jelas kedua-duanya wujud di akhirat sebagaimana yang disebut berkali-kali dalam al-Quran.

Namun itu pun masih tidak dapat dipercayai oleh sesetengah pihak.

Jadi apabila Nabi Muhammad telah melihatnya sendiri dengan mata kepala baginda, adakah kita masih tidak mempercayainya lagi?

dicilok dari sini.

sekilas : aku percaya!

Posted in info, Kisah-kisah itu, peristiwa - Tagged kisah-kisah Nabi, perintah solat

Tazkirah Remaja: Solat dan lima jenis manusia

Jan21
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.


Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.
Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

 

Oleh : Mohd Zawawi Yusoh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in info, Kisah-kisah itu - Tagged Mohd Zawawi Yusoh, tazkirah remaja

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Tips dan cara membuat syabu
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Resepi : Kek Batik
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Perkongsian : Pengalaman Melahirkan Anak Pertama
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Korang nak belajar buat dadah?

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress