Siti Nurhaliza mempunyai auranya yang tersendiri. semenjak beliau memenangi Bintang HMI RTM pada tahun 1995 (kalau aku tak salahla) kehidupannya terus berubah.

Malah sebagai orang yang meminati lagu-lagunya tiba-tiba aku menjadi admire pada dirinya yang pandai menjaga wajahnya yang berseri-seri tu. kadang-kadang orang nampak cantik sebab make up..but Siti without make up pun nampak comel je…

tak caya pi tanya Datuk K tu..hari-hari tengok Siti tanpa make up kan..hehehe..
Bila aku tengok video-video Siti dari video klip, konsert, persembahan depan peminat…Sitiader identitynya sendiri. Siti bawa lagu dengan suaranya tersendiri. kalau dia bawa lagu English pun, kita tetap dengan itu Siti Nurhaliza.

ape hebatnya Dato’ Siti Nurhaliza ni? majlis perkahwinan yang ditaja oleh pelbagai pihak…dan pastinya harga untuk melihat persembahan Siti bukan calang-calang kalau nak berurusan. ribu-ribu sudah tentu. begitu berharganya Siti Nurhaliza di mata peminatnya sehinggakan Siti terpaksa tarik diri dalam beberapa anugerah gilang gemilang dari menyertainya. sebab ape? sebab kompom dia menang.
Orang-orang yang cemburukan kejayaan dan kebahagiaannya mula membuat dan mencari pelbagai salah silap siti. dulu katanya siti pernah telan telur la sebelum buat persembahan, pernah cucuk-cucuk la…macam-macam. Sekarang siti dah kawen tapi takde rezeki anak-anak pun orang kata juga tentang dia…
Dulu siti kawen nak pakai macam cinderella waktu majlis persandingan pun, orang kata jugak…(berdasarkan apa yang aku baca di laman web la)
Siti Nurhaliza tetap popular…katalah, kutuklah…Siti tetap murah rezeki. dan aku kira, siti juga dah boleh dikira sebagai jutawan kat Malaysia ni. dengan SNP, dengan produk SImply Siti, dengan usaha kerasnya selama ini menyanyi.
Kenapa aku buat entry pasal Siti? sebab aku kagum dengan dirinya yang tak pernah jemu meneruskan kariernya dalam industri. AKu tak tahu la kalau korang selalu tengok siti seksi meksi..tapi, aku belum pernah lagi tengok siti buat persembahan dengan pakai pakaian yang menjolok mata macam sesetengah artis. Siti juga tak pernah melata…kalau ade orang aniaya dia pun, dengar jela suara dia beri komen pada wartawan. alahai, lembut jer.

Beruntung Datuk K memiliki Siti, dan begitu juga Siti memiliki Datuk K.

cantik je kan siti bertudung.
ape hebatnya Siti Nurhaliza hanya Allah yan gmengetahuinya kerana sehinggakini melimpahkan rezeki kepadanya. Semoga siti terus sukses dan dapat berubah ke arah kebaikan. yela, kata orang menjadi artis ni menuntuk kita melakukan perkara-perkara yang terlarang jika kita tidak menjaga akidah kita. contohnya, bersalaman dengan peminat, menari di pentas dan sebagainya. Zaman kegemilangan Siti masih bersinar sehingga kini. Jika dia berubah, peminat tentu masih setia bukan?
p/s ; Gambar semua aku google jek. so kalau korang rasa tu gambar korang, bagitahu!
sekilas : aku bukan fanatik dengan dia, just suka cara dia. that’s all.





