pergghhh tajuk dah macam lagu sedih jerk. eh…aku ni nak buat entry pasal lagu ke pasal ape ni…sebenarnyatajuk takde kena mengena dengan entry aku ni. just tak tahu nak tulis ape jer kat atas tu. janji ado?? hehe…*perempuan macam aku memang cepat beremosi* >>>oke yang ni lagi takde kene mengena.
Keriuhan rumah akan berakhirdalam beberapa hari sahaja lagi lantaran kanak-kanak riang akan pulang ke rumah ibu bapa mereka semula menjelang hujung minggu ini. memanglah cuti sekolah itu selama 2 minggu. tapi takanlah sampai 2 minggu nak duk sini kan. cian plak dorang @ lebih tepat cian plak mak pak dorang kesunyian di rumah. eceh!
Malam ni aku tenang-tenang sahaja dengan rintik hujan yang tidak berhenti sejak petang tadi. alhamdulillah, hujan itu memberikan bumi sedikit tenaga kerana kepanasan di siang harinya.
Sejak entry panas di keluarkan, dah rasa macam ape je blog aku ni. aku tak mahu lah dikatakan memburuk-burukkan perihal orang lainkan.sebab itu bukanlah tujuan utama aku berblogging. al maklumlah, aku ni manusia biasa. ade kelebihan dan kekurangan yang mana tiap-tiap dari kita tak lepas dari melakukan kesilapan.
Jadi pada sesiapa yang terasa, terlibat, terkata, terselit, terkena, dan segala macam ter yang ada di dunia ni…minta maap la ye banyak2. aku memang macam ni orangnya. kalau nak marah pun marahnya kejap. kalau nak benci pun bencinya kejap. asal jangan dicetuskan perbalahan dan rasa-rasa kurang enak sudahla yer. kot tak yang kecil jadi besar, yang sejuk jadi panas, dan segala macam perumpamaan la.
Di malam yang indah sebelum kutidur lena…satu kata buat renungan kita bersama..
“Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.”
sekilas : selamat malam semua!




