Oct
Cerita ni baru beberapa hari lalu. mungkin korang pernah baca entry aku pasal masa berlalu begitu pantas. aku ada bagitahu korang yang sudah 6 bulan aku berada di SL ni dan alhamdulillah hari tu aku dah pun terima surat pengesahan bekerja secara tetap di syarikat ini.
terima kasih Allah dan terima kasih kepada warga SL terutama encik boss la kan. ada ke patut waktu bagi surat tu suruh aku tanda tangan encik bos tanya aku lagi “nak terima pun boleh, tak nak terima pun boleh” …haissh! tak terima saya nak kerja mana encik bos. takkan jadi pengganggur pulak kan. harus aku terima dengan hati terbuka. kata encik bos “semoga semakin bersemangat bekerja”
yeah…semangat terus ni. hehe…tapi aku masih seorang staf yang pemalu di sini. hahaha…al-maklum ler, takde kaum hawa yang boleh diajak bersembang kecuali Puan R yang sesekali menerjah ofis. hmm….beginilah diriku di tempat baru. masih ku kira baru..sebab ofis baru je cat, baru nak cantik2 kan sikit. hehehe. encik bos mengubah suai ofis sedikit demi sedikit.
hakikatnya memang sekejap je rasa masa itu berlalu. raya pun nak abis dah ni. usia pun bukan makin lama makin muda. kos pentadbiran PTPTN pun makin lama makin naik. jumlah pengangguran di luar pun makin lama makin bertambah. harga minyak makin naik, harga barang makin naik.
tapi duit dalam akaun aku macam tu jugak..takde pun makin naik atau makin bertambah. huhuhu….dapat gaji je hilang..dapat gaji je hilang. rasa macam nak suruh bos pegang je duit gaji aku sampai hujung tahun pastu baru aku kutip. hahaha..pastu sepanjang tahun tu nak gi keje nek ape kalau minyak tak isi…jalan kaki? nak makan ape? makan angin jer? nak byr letrik air tenet henpon guna ape..dedaunan berguguran?
giler jugak ko ni nopa.
apa-apa pun daku bersyukur seadanya diri ini. kerana masih ada orang lain yang lebih menderita..lebih susah dan jauh lebih daif kehidupan mereka. pernah dengar “Nabi kata orang kaya adalah golongan yang paling lambat masuk syurga” aku baca kat keretamayat pasal tanda-tanda ahli neraka. bukan kata orang miskin masuk syurga dan orang kaya masuk neraka. korang jangan salah faham pulak. kang kata aku bawa ajaran sesat plak sukahati cop orang ni duk syurga orang tu duk neraka. keretamayat pun ada kata camtu…takut orang kata suka-suka hati dia je nak labelkan orang ni orang tu. kalau nak tahu lebih lanjut pi masuk blog dia eh. kena baca sampai abis tau.
jadi pada yang miskin tu jangan le rasa beban sangat. ada peluang masuk syurga cepat tau kalau kita dapat melepasi ujian Allah dan taat pada perintah Dia. smoga kita tergolong di antara mereka-mereka yang beriman. InsyaAllah..
sekilas : sekali macam tazkirah plak. hihi




