• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged ramadhan

Niat berpuasa dan doa berbuka puasa

Aug10
2010
5 Comments Written by Sekilas

Lafaz niat berpuasa :

“nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa“

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Doa berbuka puasa :

“allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin”

Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan.


“Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi lillahi taala”

Maksudnya :Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala”

p/s : niat puasa sebulan ni adalah untuk Mazhab Maliki. kita ni ikut Mazhab Syafie kena niat puasa hari-hari. tapi disunatkan jugalah untuk berniat puasa sebulan. yang ni kena tanya ustaz untuk lebih kepakaran tentang ilmu agama ye.


Niat di malam hari (sebelum terbit fajar sadik) merupakah salah satu syarat sah puasa Ramadhan. Kalau sesiapa yang tidak niat satu bulan puasa (Mazhab Malik) dan tak berniat puasa pada sesuatu hari tu, maka puasanya pada hari itu dikira tidak sah. Kena la qadha..

Tapi aku teringat mak aku kata dulu, kalau kita dah niat nak puasa esok hari, takpe kalau kita terlupa nak baca niat yang panjang-panjang tu. sebab memang kadang-kadang terlupa nak baca. selalu sebelum tidur dulu, mak pesan, dah baca niat puasa dah? tapi dah besar panjang ni takkan mak nak kena ingatkan pulak kan. so kena pandai-pandai la pasang niat. kalau dah memang berniat nak puasa esok tu, kira sah la puasa kita. kalau memang tak berniat langsung, atau ada niat takmo puasa esok..haa….lu pikir la sendiri. hihi…

p/s : selamat berpuasa pada yang puasa. ladies, kalau tak pose jangan kantoikan diri ye. hihihi

sekilas : banyak pulak entri nak buat malam ni. hohoho.

Posted in info - Tagged doa berbuka puasa, niat berpuasa, puasa

Selamat Menyambut Ramadhan!!

Aug10
2010
7 Comments Written by Sekilas

Alhamdulillah, Ramadhan telah kembali lagi bertemu kita. bersyukur rasanya sebagai seorang Islam aku dapat menunaikan ibadah ini untuk sekian kalinya. walaupun aku pasti kali ni puasa aku mesti tak penuh lagi. huhuhu…bila la nak kawen ni. kalau pregnant gerenti puasa penuh. cewahhh!!

ramai kawan-kawan yang sedang preggy sekarang ni. hohoho. tahniah! jaga diri bebaik, kalau tak dapat tahan tu buka je puasa. demi kesihatan ibu dan anak… =)

Di kesempatan ini daku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh fokus dan bergaya! ramai-ramai la kita menunai segala amalan mulia ini serta mengutip ganjarannya yang bakal kita terima di ‘sana’ kelak. Kalau benar esoknya puasa, maka malam ini akan bermulala solat terawih yang pertama.

jangan ketinggalan untuk sertai sekali solat terawih ni. sudah terang lagi bersuluh-suluh akan kelebihan yang akan kita perolehi. takkan takmo rebut peluang ini kan. kalau ade kesempatan, join je. imam tu tak marah pun kalau korang kejap ada kejap takde. kalau hari-hari ada, laggiiiii la baik.

salam sayang dari daku di perantauan..ehh…macam ucapan kat surat khabar plak.

“saya Norfadhilah Mahdi dari Melbourne Pandan Indah ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak buat keluarga tercinta dan sahabat handai di Malaysia”— okey sila gelak berdekah!

sekilas : perasan betul nopa ni tau!

Posted in Isu Semasa, me - Tagged puasa

kegusaran di hati

Jul14
2010
7 Comments Written by Sekilas

budak cam aku ni pun reti nak ada prasaan camni. apa yang digusarkannya nopa oii…ade la. takkan semua benda nak kena pi citer kat blog ni cik kak oi. even ni personal blog, tapi ade certain story mory yang aku takleh bagitau korang.

kadang-kadang kat sape2 pun tak bagitahu. even kat My Cinta pun tak story yer. simpan je dalam hati segala kegusaran itu. jangan coba-coba bertanya, sebab dikau akan hampa mendengar jawapannya TIDAK! hoho…

okey lupakan sebentar kegusaran di hati itu. biarkan hati itu sendirian dan tenang. Hari ini takde perkara menarik sangat berlaku. selain rutin biasa pergi kerja. Pagi ni makan bihun goreng, mak masak. terima kasih. sejak meningkat usia ni makin rajin mak kan. malah semakin sedap masakan mak. hahaha..ayat bodek seyh!

pi anta ayah gi klinik, pastu terus cau pi keje. Tadi ade meeting kat Maybank Islamic. oke nama je Islamic, tapi ade poster gambar pompuan pakai bikini. macam pakaian sukan pun ade gak aku tengok….boss yang tunjuk..aku tengok je. hoho…..bab2 tu boss memang alert sket. larikkkkk!!!

perut rasa lapar plak. tengok..tengok…..haa…tak bek tau. dorang pi kuar makan. takmo offer pun ajak aku skali ker..sampai ati tau. =( takpelah, balik makan kat rumah je. save cket duit kan.

oh ye…selamat datang Syaaban…nanti Ramadhan bakal menjelma. tak sabar nya nak berpuasa. halamak….puasa pun tak habis ganti lagik. kena cepat2 ganti ni. kang tak sempat plak. brape hari lagi ek..menghitung..ting tong!

okla..balik dulu. ofis sunyi sepi..bukan takde orang..tapi orangnya titon..hihi..pulangnya, anis suffiyah menantiku di rumah. bye!

sekilas : jangan lupa ganti puasa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in family, me - Tagged kerja, meeting, syaaban

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Hari Kejadian
  • Kek Coklat Kukus untuk di jual.
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress