• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts tagged Putrajaya

Sahabat ini tidak akan ada tukar gantinya

Aug13
2010
10 Comments Written by Sekilas

Remember my entry this about something excited that i want to tell u guys? hoho..kalau tak ingat, sila baca entry tu balik. terima kasih.

entry ini mungkin sedikit panjang. jadi pada sesiapa yang berpuasa tu, jangan tetiba muntah pulak yer. karang batal pose korang tu.

Sabtu yang lalu kawan-kawan dari kejauhan datang Kolompo. huhuhu..kami ada urusan seri paduka baginda yang tak dapat dinyatakan di sini. oleh itu kami membuat perjanjian untuk bertemu. Kebetulannya Sabtu itu adalah hari ulangtahun daku dan cinta hati, maka aku keluar ngedate dulu bersama dia.

jam 1030 pagi.

sebuah kancil biru datang menjemput si gadis cantik. oh di dalamnya ada seorang lelaki kacak yang menanti lama sebab si gadis membungkus nasi goreng. Lelaki kacak itu ingin mencuci kereta. jadi si gadis dan beliau pergi mencari car wash berdekatan, kemudian membeli surat khabar dan membawa diri di tepi padang sementara menunggu kereta siap di cuci.

mungkin jam 1200 tengah hari.

Kancil biru bergerak laju menuju ke e-Curve melalui Puchong. Berbual-bual mesra di dalam kenderaan itu. tiba di e-curve, lelaki kacak bertanya si gadis..oh salah. si gadis bertanya si kacak. cerita apa yang ingin ditonton. mereka memilih the sorcerer’s apprentice . jam 1.15 petang mereka masuk.

jam 3 petang. mungkin.

Mereka keluar wayang. lelaki kacak pergi menunaikan kewajipan dulu. si gadis tunggu di luar kerana cuti merdeka. si gadis gundah gelana. huhuhu…adalah sebabnya. si gadis hubungi kawan-kawan, mereka di Putrajaya. oh, kami harus bergegas ke sana kerana lelaki kacak kelaparan.

jam 4.00 petang. mungkin.

lelaki kacak dan si gadis menuju ke Putrajaya. tapi si gadis dapat panggilan, kawan-kawan sudah bergerak ke Cyberjaya untuk mentedarah. oh..lelaki kacak sudah mengagak. kami terus ke Restoran Saba di sana.

jam 4.30 petang. mungkin.

Kancil biru tiba di restoran. kelihatan rakan-rakan sedang menikmati makanan yang lazat. lelaki kacak sangat suka tapi dah tanya awal-awal “ada kambing ke?” si gadis faham. kawan-kawan pun faham. “dah letak jauh-jauh pun”. kami mentedarah dengan dasatnya. hoho…





Selepas makan, aktiviti bergambar adalah perkara wajib bagi kami. dihadapan restoran ini menjadi saksi, kami sudah mula merasai kegembiraan bertemu sesama sendiri.


Perancangan seterusnya ialah menuju ke Putrajaya. *ini sebenarnya tiada dalam agenda. semua berubah mengikut keadaan* Rasa-rasa apa kami buat di sana. hohoho……sila tatap sampai muntah. kalau tak muntah, sila tatap juga sampai muntah. *ok tak paham sila blah*




Memandangkan hari ini merupakan hari ulangtahun si gadis dan lelaki kacak. maka sahabat bernama Attila itu sangat suka mengambil gambar mereka berdua. *baik…ini adalah gambar untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja kerana tiada aksi lucah* peace!!

Tapi…benarlah kata orang. kalau selalu berdua, pasti akan ada orang ketiga!

seperti biasanya, kami pasti akan diganggu oleh orang ketiga.

*pasrah*

Terima kasih buat sahabat si gadis itu. kami keriangan seperti tidak pernah jumpa kamera. dan kadangkala, lelaki kacak menjadi mangsa. hahaha…sila gelak! *kalau tak gelak, aku peduli ape*

dalam beberapa cubaan menghabiskan kodak…okey tipu, kamera tu tak pakai kodak…selepas cuba memenuhkan memori, kami bergerak ke Masjid Putrajaya kerana menunaikan tanggungjawab sekali lagi oleh lelaki kacak dan rakan-rakan si gadis. si gadis?? duduk sahaja di luar masjid. =)

selepas Maghrib barula keempat-empat kereta *oh, baru nak bagitahu ada 4 kereta kesemuanya* bergerak menuju ke i-city Shah Alam. Dem! ini pengalaman pertama. cuak pulak rasanya…haha..lempang aku sekarang!!

gambar-gambar ini bakal bercerita dengan kalian…..






Sangat seronok sebenarnya sebab dapat berjumpa kawan-kawan yang disayangi….semoga panjang umur ktia ketemu lagi. terima kasih pada Attila Razmie. semua gambar kredit pada dia sebab guna kamera dia. kitorang tukang posing jer..jangan marah arr…

Terima kasih juga kepada lelaki kacak a.k.a my cinta. sebab sudi meluangkan masa bersama rakan-rakanku jua dan menjadi photographer tak bertauliah sekejap. walaupun gambar senget ke, tak centre ke…dikau tetap ku cinta. hakhakhak!!

Happy aniversary my dear!

*selepas ke i-city, kami semua makan di area Meru. Dekat ngan rumah Linda. dan sebelum pulang, daku berikan sesuatu kepada si dia. harap dia terima dengan senang hati. apakah sesuatu itu? sila tanya dia sendiri*

p/s : perhatian kepada semua orang yang nak pergi i-city, sila la parking di dalam walaupun bayar RM10 / RM 5. (jika pergi diwaktu malam) sebab jika tidak, anda akan di saman RM60 kerana parking di luar. bayangkan 4 kereta kami di saman!! MBSA sangat BERTANGGUNGJAWAB.

p/s/s : tetiba terfikir jap. eh yang, kete awak tu kaler biru ke purple? ;p konpius jap. hohoho.

sekilas : entry ini ditulis untuk tarikh 07/08/10-Sabtu. dah lama simpan dalam draft. tapi sebab pening nak pilih gambar. belasah jela. takut basi plak cerita ni.

Posted in cinta, friends, me, peristiwa - Tagged Aktiviti, cuti, i-city, My Cinta

ni semua berpunca daripada Parcel E

Jan18
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Aku terasa nak menyumpah dan menendang-nendang je kusi-kusi yang ada kat dalam bas pagi tadi.

Korang tak boleh la salahkan aku sebab tido lewat semalan kerana melayan DEXTER. pukul 2 pagi takdelah lewat sangat pada burung-burung hantu di luar sana. sekarang kan aku sedang hangat bercinta dengan Dexter. My Cinta pun tido awal.  Jadi apalah salahnya aku meluangkan masa lebih dengan Dexter Morgan.

Oleh itu, aku tak sedar bangun pagi tadi. Nasib la kakak aku cuba membuka pintu bilik. Aku sendiri tak prasan bila aku kunci pintu bilik? mungkin ketika aku tukar baju kot malam tadi. yela selalu sangat aku diterjah sewaktu sedang memakai tuala mandi. mungkin sebab itu aku kunci kot. lepas tu, aku terasa sangat mengantuk dan keletihan dibahagian betis dan tapak kaki.

semalam berjalan dengan kasut tinggi ke hulur hilir dan melayan kanak-kanak ribena lagi. mau tak kepenatan sendi-sendi tulang aku ni. tido pun sakit-sakit badan dibuatnya.

bila aku sampai di tempat biasa menunggu bas. aku rasa nak tido je kat situ. lagi pula berangin je duk tepi jalan tu dengan kereta lalu lalang macam nak pergi berlumba depan aku tu. Bila bas sampai, aku takdelah mempunyai harapan tinggi mendapat temapt duduk. tapi aku tetap bersyukur sebab orang tak ramai dalam bas. So aku berdiri dengan selesa tanpa perlu berhimpit dengan mat-mat Nepal or Bangla or kakak-kakak kerajaan dalam tu.

kalau ikutkan 730 pagi bas tu dah sampai area Putrajaya. Tapi kt flyover nak masuk kanan menuju ke Alamanda tu…kereta bersesak…..Dekat situ jer 3 kali lampu merah berhenti. sambung ke depan lagi. dan lagi dan lagi. Aku tahu ni semua Parcel E punya pasal. terlalu banyak orang-orang kerajaan ni yang membawa kereta ke pejabat.

Ko tunggula Parcel E…Banyak sangat kerete yer!!

Aku akan suh Dexter musnahkan ko!! muahahaha…

lenkali pergila keje nek bas cam aku ni ha. takdelah jalan jem teruk macam ni pagi-pagi…setiap pagi dan petang la senang cakap. Dorang tahu tak aku penat? sakit kaki. sepatutnya aku dah sampai tau kat depan Parcel D tu. tapi korang-korang yang banyak sangat duit bawa kete ni..telah menyebabkan aku menambah masa kecemasan untuk berdiri. letih la kak oii nak berdiri.

yang duk luar Putrajaya tu lagi….yang duk dalam Putrajaya tu lagi…semua nak bawa kete. kongsi kereta tak boleh? tong-tong duit minyak. dah jimat. jimat duit minyak, jimat masa aku, jimat ruang untuk kete lain lagi.

aku nak je jerit sambil berdiri kat pintu bas tu…sebab korang la aku bertambah-tambah penat. kalau buoleh nak tunjuk isyarat ^&*$%$^ di jari jemari ku.

Entahlah beremosi di pagi hari. baru tido kul 2 pagi dah kekecohan si Nopa ni. Sampai kat Parcel D, gi Maybank nak cucuk duit. Tengok balance…tinggal saki baki nak beli makan minum je sampai ujung bulan. Mengeluh pulak pagi-pagi.

Pastu, sampai kat ofis aku. check email apa yang patut..men fesbuk. Pastu aku tak tahu nak buat ape. budak-budak alin bahagia jer main internet. Giler….time ni la aku boleh nak carik-carik keje.

Oke…pi carik keje. mana ader keje. tipu je korang ni. keje tu semua tak nak aku. aku je terhegeh-hegeh pi cari dorang.

Last-last…aku cari Dexter. lebih baik aku layan dia………..

Lupa plak Dexter dah kawen sekarang…hurmm, takpe gua tetap minat lu Dexter!

Sekilas : Tak sabar nak tunggu Dexter Season 5.

Posted in me - Tagged Dexter, Parcel E

Betapa ramainya wanita yang berkerjaya di sektor awam / kerajaan

Nov25
2009
Leave a Comment Written by Sekilas

Sebenarnya…ayat yang betul..betapa ramai nya orang pompuan ni naik bas pegi keje..huhuhu. dan betapa ramainya lelaki yang mempunyai kenderaan walaupun motor je yek..atau mungkin sebenarnya ayat yang paling best untuk di gunakan ialah. BETAPA RAMAINYA WANITA DI DUNIA INI. okey, jelas?

 


 tengok-tengok, berapa ramai je orang lelaki?

Korang tengok la sendiri betapa ramainya umat manusia yang digelar wanita/perempuan/ gadis/ anak dara/ mak dara dan yang sewaktu dengannya. Ini baru dekat Parcel D, Putrajaya. Belum lagai tengok kat Parcel E, Parcel C dan kawasan-kawasan sekitar Putrajaya. Belum lagi kau jenguk-jenguk kat KTM Serdang, kat Puduraya, kat KL Sentral, Putra LRT dan stesen-stesn bas lain di KL ni. kat Shah Alam, PJ, Langat…kat Seremban, kat Terengganu, kat Ipoh…ha..mana lagi…

membuktikan kaum hawa ciptaan Allah ini sudah semakin bertambah. Ingatkah kita kata ustaz dan ustazah seperti yang telah dinyatakan di dalam al-Quran bahawa wanita itu akan menjadi semakin ramai daripada lelaki. Dan ini adalah tanda-tandanya kita bukannya lama lagi di dunia ini. Dunia ini akan musnah…dan percayalah kita kepada kejadian-kejadian yang bakal berlaku ini…

Eh, dah melalut dah aku ni. macam nak bagi ceramah/syarahan pulak. Sebenarnya aku ni nak mengingatkan diri aku sendiri jer. kalau korang rasa, korang pun tetiba macam mengingatkan diri sendiri..Alhamdulillah. Cewah!

TAPI…akan ada tetapinya di dalam cerita-cerita aku ni. KENAPA kalau aku naik bus metro bernombor 68 tu, penuh je mat-mat Bangla, mat-mat Nepal, Indon, Filipina dan yang seangkatan dengannya. Tensi taw! asik nak kena berhimpit jerk dengan dorang-dorang ni. Memenuhkan bas jer…kalau warga Malaysia tu takpela jugak kan…acceptable jugak lah (tetiba nak speaking plak kan). Pastu kalau wangeeeee….takpe jugak…hahahaha….(ada jugak orang kita yang tak wange..kan kan kan?)

Okey takpela…sebenarnya aku harus menerima hakikatnya, tiap-tiap pagi dan petang, pegi balik kerja..aku kene bersesak dengan ramai orang..kene berebut dengan ramai orang untuk naik bas dan sampai ke destinasi ku.

moral of the story : jangan mengeluh. ngeee….

sekilas : lega dah skit rasa tu…sebab……RAHSIA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in masyarakat, me - Tagged lelaki, Parcel D, wanita, Wanita lebih ramai dari lelaki

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Tips dan cara membuat syabu
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Resepi : Kek Batik
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Perkongsian : Pengalaman Melahirkan Anak Pertama
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Perbelanjaan Perkahwinan

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress