• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged PTPTN

Korang Dah bayar PTPTN?

Nov30
2011
6 Comments Written by Sekilas

Aku tertarik dengan entry yang dikeluarkan oleh Hazrey. Sila klik sini.

Walaupun begitu rasa agak segan-segan sebab secara terus-terangnya aku masih belum membuat APA-APA bayaran kepada PTPTN since aku start kerja Mac 2010. Yes. Sudah setahun aku bekerja.

Surat amaran pertama pun sudah aku terima dari PTPTN.

Mungkin aku antara beratus atau beribu pelajar yang seolah-olah lupa diri takmo bayar duit pinjaman tu. Dan aku juga antara beratus atau beribu pelajar yang menyesal membuat pinjaman itu. Sebabnya, sekarang baru tahu risikonya.

Habis belajar, belum tentu dapat pekerjaan. Kalau dapat pekerjaan pun belum tentu gajinya setaraf dengan kelulusan. Kalau dapat pun kerja, takde kena mengena langsung dengan pengajian / kelulusan. Maka kembalilah graduan-graduan ini seperi budak baru lepas SPM kerja dengan gaji setaraf itu.

Dalam kehidupan yang serba moden dan canggih ini, dapat pulak hidup dengan gaji seperti itu dalam usia yang sudah semakin lanjut. (aku tak bicara tentang manusia-manusia yang suka bersosial) sebabnya mereka-mereka ini yang mungkin seusia aku, terpaksa kurangkan aktiviti sosial, sebab gaji setaraf SPM tu tak mampu buat mereka untuk bergembira.

Mak Bapak pun bukan mudah kita nak jelaskan, gaji kita tak banyak mana. Tapi mereka dengan bangga cakap : DULU GAJI MAK SIKIT BOLEH TANGGUNG KORANG ADIK BERADIK. Phew~! Siapalah aku nak menyangkalnya?

Dulu mak tak pakai kereta, bil elektrik taariff nya tak tinggi. Dulu naik basa berapa sen sangat kena bayar. kalau minyak kereta pun semuanya bawa 1.50 agaknya harganya.

Ya dulu dan sekarang berbeza mak. Malah dulu mak tak buat pinjaman PTPTN. huhuhu…

Nak di samakan dengan keadaan sekarang.

Kata hubby, kalau rasa tak berkemampuan lagi nak bayar duit pinjaman tu. Jangan mula membayar. Sebab bila kita dah mula bayar, kita akan terikat dengan komitmen pembayaran itu. Dan bila kita terabai satu bulan daripada buat bayaran, PTPTN akan mula menghantar surat yang bukan-bukan tuntut bayaran yang setiap bulan kita dah buat.

Ia akan menjadi masalah yang lebih besar. Sebabnya dia tahu kita dah start bayar…tetiba tak bayar, jadi dia kacau kita. “budak ni ada duit ni, aritu bayar tetiba tak bayar pulak” hahaha..itu dialog imaginasi aku.

Ya aku tahu. Hutang tetap hutang. Dan ia perlu dilangsaikan sebelum mata kita tertutup menghadap Illahi. Tapi dengan kewangan yang tak berapa nak merdeka ni, belum lagi aku mampu capai tahap buat bayaran tiap bulan. Bil letrik rumah pun tertangguh kekadang. huhu…

PTPTN memang ada buat tawaran UJRAH hari tu. untuk potongan kadar peratus setiap tahun dari 3% kepada 1%. Aku dah siapkan borang semua bagai. Tetiba aku prasan, abang ipar aku tanda tangan kat kerta tu pakai pen basah. Korang tahu tak PTPTN ni banyak songeh. ??

Aku ingat lagi time isi borang untuk apply…banyak betul peraturan nak isi borang tu. Samalah jugak untuk borang UJRAH ni. Dah lah masa aku nak jumpa abang ipar aku tu terhad. setem hasil aku dah beli 2 = RM20 . Tetiba aku prasan, ada 4 borang. bermakna aku kena ada 4 setem hasil. apakah?

kemudian, kena hantar dan dapatkan pengesahan pegawai PTPTN. maknanya aku kena hantar by hand? Bilakah masanya untuk aku curi masa kerja aku ke sana. dan penyudahnya, 3 bulan tempoh yang diberikan berlalu begitu sahaja. Akhirnya, peratus kos pentadbiran loan aku kekal 3%.

Kecuaian aku. dan juga pihak PTPTN yang agak menyusahkan aku dengan peraturannya. haissh…tak susahkan korang takpela.

Kata hubby, sepupu dia, dah bayar setiap bulan. Bila dia miss beberapa bulan bayar. Namanya di blacklist kan dari ke luar negara. sedangkan ramai lagi orang yang tak pernah buat bayaran masih bebas. Pelik bukan? entah macam mana PTPTN memantau senarai pelajar yang buat bayaran pun aku tak tahu. Aku lah antara yang belum pernah buat bayaran.

Memang orang kata bayar je kurang-kurang RM50 sebulan. hahaha…tak luak mana la loan aku tu kalau RM50 sebulan. Aku cuma berdoa agar aku diberi waktu yang panjang oleh Tuhan untuk aku langsaikan hutang2 ni.

Nota : Loan aku sudah cecah RM34,231.34 . Mudah-mudahan dapatlah aku selesaikan.

sekilas : Kadang-kadang aku salahkan diri

Posted in Isu Semasa

psst…korang ade pinjam duit PTPTN tak?

Sep20
2010
6 Comments Written by Sekilas

aku ade. tapi aku lum start bayar lagi.

ada baca paper? ade tengok berita kat tv. dorang dah upset dah tu. dengarnya thaun depan akan ada pindaan dan kerajaan akan mewajibkan potongan melalui gaji untuk peminjam yang liat membayar duit PTPTN tu. issh…kalau orang tu dah keje. kalau idok camne?? payah ler camni.

Aku memang nak bayar pun, tapinya dah tiap-tiap bulan asik lupa jerk..satu hal. pastu ade je nak guna duit tu ke hal lain. ni ha nak mngumpul buat bayar road tax kete. naa..tu la, sape suh pakai kete lagi? kan dah kena bayar road tax, kena bayar duit repair kete, kena service kete, kene tukar minyak itam, kena itu ini bla bla bla..ingat dah ade kereta ko dah kaya? kayap lagi ade la. duit minyak lagi..ala kassimmmmm….

nasihat aku mari ler kita pakai motor jerk. aku nak beli motor jugak ni..kalau korang nak donate…selalu2 la singgah blog aku. tu pun kira donate jugak tu. menaikkan pendapatan Nuffnang aku yang tak seberapa tu. nak kumpul duit kawen lagi. ala..kecian la kat aku. belajar dah 5 tahun…ni baru nak keje. gaji kalau besau takpe gak leh terus kawen kan.

korang dah kawen best la..hohoho….!

dah dah..ni ape ni citer pasal kawen. so aku rasa aku akan mula membayar duit ptptn bulan depan. korang tolong ingatkan aku yek! ala bayar rm50 pun jadilah ye tak?

sekilas : hutang jangan tak bayar oiitt….sok mati sape nak jawab?

Posted in Isu Semasa, me - Tagged duit pinjaman, kahwin, kereta

Giler! aku dah sepatutnya mula merisaukan keadaan aku.

Dec23
2009
44 Comments Written by Sekilas

Bulan ini telah membuktikan aku telah tamat belajar selama 6 bulan!! kalau ikut dari tarikh konvo memang la 2 bulan baru. tapi kalau ikutkan dari aku blah dari UiTM tu…aku dah tinggalkannya selama 6 bulan. 3 tahun belajar diploma..keje 6 bulan then sambung balik belajar ijazah 2 tahun 6 bulan…bukan jangkamasa yang pendek. dan untuk tempoh peninggalan aku selama 6 bulan ini…hakikatnya aku masih tiada pekerjaan tetap..

boleh tak korang bayangkan?? bila aku takde pekerjaan tetap..macam mana aku nak bayar duit PTPTN sebanyak RM27,000 yang belum lagi aku campur dengan kos pentadbiran 3% pada setiap tahun. WEYH..RM27k tu….aku mampu beli sebji kereta atau rumah atau kahwin atau pun aku mampu melabur untuk meniaga…tapi aku telah gunakannya untuk belajar dan percayalah aku ada guna untuk shopping. bila aku habis belajar, aku apply kerja sana sini….SEMUA nak PENGALAMAN! akhirnya, apa yang jadi pada graduan seperti aku yang mengambil jurusan perfileman?? sonang la cakap!! memang bersepah kerja untuk aku kat luar tu terutamanya dalam production house. sape kata aku takde dapat temuduga kerja kat production.? sapa kate??

Aku dapat satu interview kat FLOWVER ENTERTAINMENT RESOURCES. dia mintak aku bayar RM180 untuk bayaran pendahuluan kos pentadbiran dia. tapi penyudahnya, sampai sekarang aku tak dipanggil bekerja. gile bodohkan aku? 6 bulan yang lalu okey aku minta kerja kat situ. terang-terang aku kena tipu!! tapi lakhanat tu takmo bagi balik duit aku. bila aku tengok balik agreement aku..haram jadah!! agreement untuk consult aku jer. memang aku menyumpah 7 keturunan dia hidup susah! kat resit plak tulis no refundable! bila aku mengadu kat Jabatan Tenaga Kerja kat sini…takleh wat ape!

so pada korang-korang semua…jangan kena tipu lagi dengan company S*** ni…ingat nama AZAM, DANI, ALAM….aku still leh nampak lagi iklan kat surat khabar untuk company ni…memang S***…

lepas tu dapat interview kat company RUMAH KARYA CITRA. kalau korang tahu company siapa bagus la. ini company Erma Fatima. Dia suh aku datang interview untuk kerja akaun. then bila dia tanya aku, apa aku leh buat. aku cakap aku tahu kerja-kerja production and aku tahu wat skrip. time tu lagi 2-3 hari nak raya. Dia suh aku bagi contoh skrip yang pernah aku buat. aku dah emailkan. and then suh aku buat skrip pasal yoga..nak kena pikir konsep DLL. Sah-sah aku blur…langsung…smp tarikh dateline lepas raya..aku tak buat sebab takde idea (at the moment aku still kerja lagi la kat KSM)..kawan aku kerja situ..dia keje untuk admin. kemudian, kena buat kerja-kerja production..berhempas pulas siang malam…macam-macam kerja selain dari PM..kerja dah macam kuli salah seorang staff kat situ…tapi gaji kau tak bergerak..takde extra…now, dia dah quit! kerja kerani kat Terengganu.

Lepas tu dapat call kerja kat production Damansara. title post for the company “Journalist” …ko kalau dah baca journalist mestila ingat jadi wartawan ke…kalau kerja setakat research buat report, dan sewaktu dengannya okey. tapi bukan kerja itu..kena jadi PM merangkap pengarah, director cari krew sendiri…dan bla bla bla…so…aku kena buat semua itu untuk gaji yang sama. dah lah iklan kerja lain, dapat kerja lain.

Dapat temuduga SPA…untuk jawatan Penerbit Rancangan B27…tapi akhirnya aku gagal temuduga itu tanpa sebab yang ku ketahui. aku datang awal, pakai baju sekemas yang boleh..lengkap semua dokumen…jadi calon pertama yang masuk bilik..jawab semua soalan dengan baik..KECUALI soalan merapu dia..”Apa masalah sebenar Indonesia dan Malaysia?” bila aku bagi jawapan dia tak puas hati…dia sendiri yang bagi jawapan kat aku..cerita pang pung pang…macam emosional sangat pasal isu tu…aku cuma leh pandang dengan tiada makna.

dan sekarang…aku apply semua kerja malah ke tahap kerani pun aku apply. Ada juga yang kata “kelayakan anda begitu mengkagumkan” tapi aku tetap tak dapat jawatan kerani yang nak SPM je pun.

Bila aku try mintak kerja-kerja yang di dalam bidang aku, semua nak pengalaman. pengalaman bukan sikit-sikit 3-4 tahun oke…bidang lain pun sama. even dia tulis apa-apa kelayakan sekalipun..tapi mesti terselit juga PENGALAMAN 2 TAHUN DIPERLUKAN. atau paling-paling tidak..MESTI TAHU BERBAHASA MANDARIN.

so….di mana aku ingin dapatkan wang untuk bayar hutang aku kat PTPTN ni?? semakin hari semakin bertambahlah hutang tu nanti dengan kos pentadbiran yang dorang cas. *SIGH* .

Aku jenguk laman web PTPTN…dorang siap bagi formula jadual bayaran balik duit pinjaman. tapi aku sepatah haram tak paham..korang agak korang leh paham tak jadual ni?

Sekarang aku masih lagi mencuba dan terus mencuba mendapatkan pekerjaan tetap agar aku dapat bayar bali semua hutang aku dengan ptptn tu…! umur 18 tahun lagi dah berhutang. penyudahnya sampai usia 24 tahun ni…aku masih buntu untuk bayar hutang-hutang tu semua..

sekilas : kalau korang ada kerja kosong tuk aku, meh bagi aku try!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in info, me - Tagged Flowver entertainment resource, hutang, production house, rumah karya citra, UITM

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • 5 Bulan sebelum
  • Hari Kejadian
  • Jumaat Yang Indah – Fraser Hills

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress