• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged project alpha

Tarik Napas Nopa!

Jun10
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

aku ingat dah sudah…takpe…tarik napas….hembus….tarik…hembus….

okey keep it cool!

Ade pulak orang yang tak paham apa yang terjadi sebenarnya. miahaha…aku rasa aku yang suh kawan aku tu bertindak, tapi dia ingat kawan aku tu berpihak pada dia pulak. perasaan betul la…takpe2…bak kata Azwan Ali, “korang bagi aku makan ke? ade aku kesah? ”

teringat Azwan Ali, teringat plak project alpha 2 dah berakhir. cis..rindu plak nak tengok video-video terbaru. sampi rindu-rinduan ni ha. yela, kot tak, masuk office aku memang nak tengok Project Alpah dulu. kekadang before tidur. tapi takdo dah skang. sob’sob.

okehlah..masa untuk….kena muhasabah diri ek? mari semua kita, muhasabah diri…ssyhh…jangan kaco aku, tengah muhasabah diri ni.  *malam tadi lagi dah muhasabah diri, alhamdulillah* :)

sekilas : update pantas, banyak kerja nak buat ni.

Posted in me - Tagged azwan ali, project alpha season 2

Who Will Win the World Cup?

May17
2010
2 Comments Written by Sekilas

Ha kalau dah nampak gambar ni maknanya ini untuk projectalpha oke!! hehehe.

so sila click sini >> http://projectalpha.com.my/promo

Wow demam piala dunia sudah kembali. dan aku yakin ramai di antara peminat bola sepak dunia sudah berkira-kira untuk bersiap sedia berjaga malam bagi menyaksikan perlawanan bola sepak yang bukan selalu diadakan ni. 4 tahun sekali oke…

Dulu time aku sekolah menengah aku ada juga bersama rakan-rakan seperjuangan bersama-sama pasukan masing-masing bergaduh bagi memastikan kejayaan dimiliki oleh pasukan fevret. time tu aku memang minat dengan pasukan Brazil.

sampai sanggup tengok keputusan perlawanan diakhir rancangan (walaupun tak saksipun perlawanan tu camne) untuk ditandakan pada kad kecik yang ada salah silah perlawanan tu. sebenarnya aku tak minat sangat bola sepak ni. kalau aku kata aku sokong Argentina pun tapi aku tak kenal pemain-pemain dia pun tak guna la kan. itu hari ikut My Cinta pi tengok bola kat stadium Shah Alam pun aku duk main game kat henpon…so aku memang tak leh diharap untuk menemani bakal suami menonton bola bila dah kawen esok…

Korang-korang ni tengok bola jangan sampai esok pagi tak gi keje atau tak gi skolah pulak yer…Jangan la ade lagi slogan tidur bola, makan bola tu seme..tak kose la hai!! demam bola ni boleh buat kaum-kaum hawa sakit hati taw!

oke berbalik kepada tajuk kita ye…Tapi sekadar suka-suka tanpa sebarang pertaruhan sebab berjudi tu kan haram dalam Islam. walaupun kerajaan ‘konon’ nya membenarkan pertaruhan di Malaysia ni. hai tengok kan ajela…

Kalau tahun 1998 kemenangan berpihak kepada France…time ni umur aku 13 tahun tau…baru tingkatan satu.

tahun 2002 , Brazil Juara.  time ni aku udah 17 tahun..dah nak amek SPM ni…

tahun 2006 , juaranya Italy. haa…time ni aku tengah keje kat TRSB. siap ada poster besar lagi kat office nak tanda pemenang.

so tahun ini ketika usiaku 25 tahun…..mari kita ramalkan siapakah juara worldcup untuk 2010.

so untuk perlawanan kali ini…aku rasa la…France kot yang akan menang. sebab ape? Sebab aku main teka jerk..hahahaha…sebab dia pernah menang tahun 1998. so..aku bajet tahun ni mesti dorang menang…go go France. terus aku jadi penyokong tegar France taw. sebab tengok pemain dia terus jatuh hati (ensem) padahal tak kenal sangat pun sape dia..hahaha…

Yoann Gourcuff – pemain Perancis (ensem kan)

*kalau atas ni bukan pemain France bukan salah aku tau. aku google aku jumpa dia. nampak sangat tak minat bola kan! hakhakhak*

so semoga pasukan tekaan aku ini menang oke! hikhik…eh..aku memang tak tahu sangat nak komen pasal bola ni..tapi sebagai orang yang takmo berada di bawah tempuruh..err…salah ke..tak kesah la. aku tetap akan mengambil tahu isu semasa dunia ni. tatkala orang jerit gol aku akan jerit gol…tapi bila kalah aku akan kata “nasib baik aku tak minat sangat bola ni” muahahaha…(tolong kira eh cukup tak 200 p.p. hahaha)

Apa-apa pun mari kita melayan perasaan dengan menonton projectalpha season 2 di bawah ini.

episod 26

episod 27

episod 28

Project Alpha is presented by Adidas Action 3

and

supported by P1

and

MAS.

Posted in contest, Isu Semasa - Tagged project, project alpha season 2, world cup, world cup 2010

Road Trip with My Broadband

Apr28
2010
3 Comments Written by Sekilas

Aku belum lagi berkesempatan nak cerita trip aku ke Kedah. akibat sebab-sebab tertentu mungkin hanya beberapa perkara penting sahaja yang akan aku bicarakan di sini mengenai trip tersebut.

Ini adalah pertama kali aku join company aku untuk pergi jalan jejauh sehingga ke Kedah kerana menghadiri satu majlis perkahwinan salah seorang yang boleh dikirakan staff di SL ni kan. tapi dia ni orang Thailand..so bukanlah majlis kawin macam kita sangat kan ade sanding bagai.

Tapi bercerita tentang trip itu, kami bertolak hari Jumaat. tapi kendurinya Ahad. Aku seronok sebenarnya dapat berjalan jejauh ni. lagi pulak boss yang baek hati telah belanja bilik hotel ku. huhuhu..mekacih yer.

Masalah yang ku hadapi ialah kami tidak lakukan aktiviti menarik pada hari Sabtu. jadi aku kebosanan yang amat. Alangkah baiknya kalau ketika itu aku membawa laptop dan broadband. Sekarang ni banyak dah promosi broadband.

Tapi dalam bebanyak mungkin aku berminat dengan promosi dan kehebatan broadband keluaran P1 Wimax ni ha. maunye tidak…broadband dia punya reka bentuk yang tersendiri. hitam itu menawan ko.

Dengan adanya WIGGY ni mungkin ia akan memudahkan road trip aku di lain hari. pasti dapat mengisi masa lapang aku kerana ke mana sahaja dapat ku bawa dan nikmati perkhidmatannya yang bagus. betul tak? Kalau time aku ke Kedah tu aku bawa laptop dan Wiggy ni..pergh takyah gi keluar makan pun takpela. duk je dalam bilik hotel tuh. kenyang terus. huhuhu…

So korang dah sambar belum WIGGY ni…Aku berharap aku dapat sambar satu. tapi duit tak cukup lagi nak tampung bayaran bulanan. kalau depa nak bagi aku free, aku amik jerk. hehe…

seperti tagline dia tu ha…when bored turn to your WIGGY. claaassss gitew!

Dalam project alpha dorang ade guna tak WIGGY ni? sebab dorangkan berjalan ke sana ke mari..mana tahu ade broadband. jom layan episod-episod di bawah :

Episod 8

Episod 9

episod 10

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Posted in contest, Nuffnang - Tagged contest, Nuffnang, p1 wimax, project alpha season 2, wiggy, wimax

My Version of Grooming Tips

Apr19
2010
2 Comments Written by Sekilas

Siapa kenal aku? huhuhu…mestila family aku dan kawan-kawan terdekat aku yang kenal aku kan. kawan-kawan yang jauh tu mungkin kenal gitu-gitu jerk.

so sape yang betul-betul kenal aku, dorang mesti tahu aku ni jenis macam mane. Aku memang seorang yang sangat simple dalam cara aku berpakaian dan juga bermake up ni.

bukan setakat simple tapi memang kadang-kala hancur teruk la dress up aku. kadang tudung oren, baju hijau seluar merah. contoh je tu…

Tapi even cara aku ni sangat simple…aku pun ada caranya untuk menghias diri aku dengan cara tersendiri. korang pun mesti ada kan.

ini adalah tips-tips yang sangat mudah untuk kaum-kaum wanita khususnya dalam menjaga penampilan diri .

1. Memakai pakaian yang sesuai dengan beg tangan atau tudung yang anda bawa. Kalau korang pakai baju sport tak kan nak bawa beg tangan pulakkan…kan..kan..hehehe…

2. Pakai deoderant setiap hari..WAJIB! hehehe..dan kalau boleh letak spare deoderant tu kat dalam kete ke, beg tangan ke..senang! boleh mewangikan diri serta merta.

*kalau pakai deoderant dari ADIDAS pun gempak jugak kan.*

3. Berus gigi setiap hari. engkorang….jangan cakap ngan aku korang tak berus gigi. malu la weyh gigi kuning2. pastu kalau korang baru lepas makan makanan yang mungkin berbau macam petai, silalah berus gigi cecepat.

4. Kalau korang suka sangat dengan minyak wangi..jangan ko pergi sembur satu badan tu sampai abis satu botol perfume tuh. sikit-sikit je letak. sebab kalau letak sikit ia lebih menyerlahkan bau wangee tu daripada buat idong orang bau sengit! tau!

5. Syampu rambut setiap hari akan lebih memberi sinaran kepada kejelitaan rambut. ini khusus untuk orang tidak bertudung…tapi kalau bertudung, pastikan korang ada hair dyer..cepat kering! kang nak pakai tudung kang lembab plak..tak elok untuk rambut korang.

6. ni pun penting jugak. bersihkan kuku korang tu. itam-itam takmo la. kalau boleh kasi potong pendek. baru kemas. nak bela-bela ni..tak elok la orang pompuan. lagi pulak yang beragama Islam tu. issh..toksah la ye!

7. perbanyakkan membelai kulit korang dengan krim-krim lembut tu. kalau kulit kering, sapu je losyen..baru la nampak bersinar-sinar..huhuhu..biasakan kalau kulit kering muka pun nampak pucat.

8. pada wanita di luar yang suka no tindik-tindik idung, bibir la dan sebagainya. kalau boleh buang la. tak sesuai dengan wanita. lagi-lagi kalau kau ialah orang yang berkerjaya. hurm..memang tak sesuai. lagi kalau Islam..tindik kat pusat la..kening la..adeh! tak sesuai k…

9. cakap pasal wanita berkerjaya ni..kalau anda di luar sana yang terlibat dengan presentation atau pun mungkin student-student kat luar tu yang ada presentation kat lecturer atau kat client ke..digalakkanlah kita ni berpakaian korporat…kalau kemeja tu biar pakai kot! haa..baru nampak elegant. ye tak?

10. sekarang ni cara pemakaian membuatkan orang percaya kepada kita. kalau korang ni nak pergi minta kerja ke, nak present something kat client ker, nak tarik perhatian lecturer ke untuk student-student ni…apa yang penting penampilah kita. Bila kita berpakaian kemas, comel…bersih dan nampak menarik barulah nampak kita ni confident. jadi orang pun akan tertarik dengan pandangan pertama.

So..apa lagi wanita-wanita di luar sana. mungkin tips ini dapat membantu anda mengembalikan keyakinan diri. sebagai wanita kita harus untuk menjaga penampilan diri lebih-lebih lagi yang dah kawen beranak 3-4 orang tuh. jangan kak oii…kang laki cari lain. huhuhu…

Sebelum mengakhiri entry aku kali ini apa kata kita saksikan lebih banyak tips menarik dalam Project Alpha season 2 ini. layan dulu episod pertama.

lepas tu meh tengok episod kedua plak!!

Ada apa pulak di episod 3…jom tengok dorang bersenam!! hehee…

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Posted in contest, Nuffnang - Tagged adidas, contest, Nuffnang

No Strings Attached

Apr12
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

ha…dah macam lagu N’sync dah tajuk entry aku ni ha. ni semua gara-gara Projcetalpha dan nuffnang aku dengan rela hati buat tajuk ni..hehehe..*padahal dah memang ni tajuk yang dia bagi kan*

oke2…ape yang korang faham bila korang nampak ayat tersebut…No Strings Attached….ia bermaksud sesuatu yang tiada komitmen..seperti di dalam satu-satu perhubungan. Contohnya la kan…teman tapi mesra la…pasangan korang tu sebenarnya tak kisah..ko buat ape? kuar ngan sape? ada kat mane? sebab korang ni sebenarnya belum ade komitmen yang betul2. mungkin akan ade yang berkata…“aku dengan Mansor Jailani tu takde komitmen apa-apa. so, dia tak kisah pun aku nak buat ape ke..pegi mane ke?” giler la..ade plak kan orang macam ni..ade jangan kata tak ade…ini lah dia teman tapi mesra…hehehehe.

okey berbalik kepada topik asal..itu sebenarnya dalam perhubungan. apa yang aku nak citer ni mengenai produk P1 Wimax ni ha….dengan tagline dia No String Attached…apa maksud dia? tiada komitmen…tiada pening-pening kepala nak cucuk tang mana? dan sangat fleksibel di mana shj anda berada.

hamek ko besar gabak gambar dia bagi kali ni….dengan P1 Wimax Wiggy ni…absolutely No Strings Attached. haa…hamek ko…speaking aku. nak translate kang korang tak paham lak..eh..terbalik plak eh..hehehehe…sebab ape aku kate macam tu..sebab, korang tak payah susah-susah kan kepala otak korang nak pikir nak cucuk kat plug mane…extension cukup panjang ke tak? dan sebagainya…kerana ia adalah sebuah modem wireless okey…sonang yo….terus plug-in.

lepas tu kelebihannya dengan wiggy ni plak kan…kenapa dia dia katakan no string attached..sebab korang leh gunakannya di mana sahaja…kat rumah..kat office…kat taman tasik titiwangsa…*tapi bateri laptop kene tiptop la kan* kat dalam kete….hehehe…banyak no tempat nya…

paling penting dengan kenyataan ini NO STRINGS ATTACHED ialah……NO COMMITMENT!!! sebab ape…sebab NO CONTRACT!!! itu yang paling utama-utama nya. Tiada nilai-nilai tersembunyi…semua terang dan nyata. sekarang orang tak suka terikat dengan benda-benda ni semua…takdela kena kontrak setahun ke dua tahun ke..dont worry okey…

so apa tunggu lagi..korang dah boleh dah ni sambar Wiggy P1 ni sebijik. pastu kasi aku pinjam..sebab aku asik guna internet opis jerk…ha..meh bagi aku pinjam meh.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Posted in info, Nuffnang - Tagged Nuffnang, project, wimax

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

Mar29
2010
4 Comments Written by Sekilas

Kalau diberi peluang jadi bintang TV project alpha ni…memang aku takkan lepaskanlah. Biarpun kalau dia suh aku speaking, aku boh aje walaupun ku tahu english aku berterabur. hikhik….Sape tak nak jadi weyh..? kalau korang tahu pasal Project Alpha yang dah memang femes amos di kalangan blogger ni, mesti korang pun akan angkat tangan dan kaki tanda mahu jadi bintang tv project alpha kan??

Pada yang tak tahu, project alpha ni dah masuk musim yang kedua dah tau…haa..tu la korang. takmo tanya-tanya. hehehe…So project ni macam reality tv jugak la…mengenai blogger-blogger yang terkenal dan apa yang dorang buat, life dorang…dan sebagainya la.

so camne sebenarnya caranya untuk korang nak jadi bintang tv ni?  ataupun korang nak jadi blogger yang terpilih dalam project alpha season 3?

ha..ni aku nak ngajo korang nih….cara-caranya ialah…10 biji telur, tepung gandum..*oke tipu je tuh*

  • Mula-mula kena ada ujibakat dulu…ala, nak jadi glamer mestila ade ujibakat yang oiii….
  • Korang kena hantar video selama 60 saat atau kurang daripadanya secara kreatif mengikut cara korang tersendiri dan bagitahu kenapa korang harus terpilih sebagai blogger yang terpilih dalam project alpha ni. kenapa?? bagitahu tau. jangan lupa tu…

cara-cara nak hantar penyertaan pulak ye…sial baca langkah2 berikut :

Langkah 1: Daftar ruumz atau jika sudah ada akaun, terus login ke akaun korang.

Langkah 2: Ikut Project Alpha ruumz group!

Langkah 3: Muatnaik video anda di ‘Auditions’ Album

Langkah 4: Masukkan tajuk dan cerita sedikit tentang video ujibakat korang

Langkah 5: Ajak kawan dan keluarga korang supaya “Like” video korang supaya peluang korang nak menjadi bintang lebih cerah dan berbaloi-baloi la.

Sonang jo kan?? apo laie..pi rakam video korang then hantar seperti yang aku bagitahu kat atas tuh.

Korang nak hadiah tak?? hadiah-hadiah yang bakal menanti korang ialah :

Hadiah Pertama

  • Penginapan di bilik jenis Deluxe selama 3 hari 2 malam di 360 Hotel Kuching, Kuching berserta sarapan untuk 2 orang/
  • Barangan Adidas ACTION 3 bernilai RM100 (Berserta South Africa 2010 mini ball)
  • P1 W1GGY Prepaid bernilai RM199

Hadiah Tempat ke 2 dan 3

  • Barangan Adidas ACTION 3 bernilai RM100 (Berserta South Africa 2010 mini ball)
  • P1 W1GGY Prepaid bernilai RM199
Project Alpha Season 2
is presented by
Adidas Action 3
supported by
P1 and MAS
Auditions are now open! Check it out at
www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

sekilas : beb! takmo cuba ker? lumayan kan …? hihihi…
Posted in contest, Nuffnang - Tagged Nuffnang

No sweat!

Mar23
2010
2 Comments Written by Sekilas

ape yang no sweat cik nopa oii??

ape lagi kan? kebiasaannya perkataan ini lebih ditujukan kepada badan kita. no sweat dude! hehe..

bagaimanakan punca bau badan itu tercetus? mestilah melalui peluh-peluh yang keluar daripada badan kita. ha..inilah yang seringkali ingin dielakkan oleh semua orang. termasuklah aku!!

aku teringat waktu aku keje di sebuah tempat dulu. korang tanya kat mana? mana leh bagitahu. kang pecah lah rahsia plak kan. huhuhu…

dulu waktu duduk ofis ngadap pc je…tetiba bila ader sorang hamba Allah ni lalu…mak aih..bau dia’ harum’ sangat lah macam bau nasi hangit yang basi. ha….dah tak tahu lah lagi tu nak gambarkan camne. masalh dia tu dah la pompuan. dia duk pulak tu dalam bilik bersama-sama lebih 10 orang pekerja kat situ. tiap kali lalu je.a.de sikit la bau kurang menyenangkan.

aku tak pasti la dia leh berpeluh ke dalam air cond??sebab orang yang berbau ni biasanya sebab berpeluh @ korang ni tak mandi…hahaha…antara itu la kot.

ada jugak nak pakat ngan member2 belikan dia deodorant sebijik bagi kat atas meja dia. kang dia trasa pulak.

jadi dengan berhemahnya aku menjemput sesiapa sahaja yang terasa dengan entry ini untuk keluar ke kedai dan membeli Adidas Action 3 ini dipasaran segera!! sila baca>>> SEGERA! hehehhe…


kenapa Adidas Action 3??

sebab kalau korang layari laman web adidas untuk action 3 ni..korang leh nampak tagline dia

Action 3
Keeps you fresh
Helps block perspiration
Dry max system to absorb extra wetness

Kelas la sangat kan tagline dia tuh. korang bukan sahaja dapat mengelakkan badan daripada berpeluh atau mungkin kurang berpeluh..tapi ade haruman yang akan buat hidung-hidung kat luar tu cair (sila jangan salahkan aku kalau hidung korang tak cair eh..hehehe.) jadi apa tunggu lagi kakak-kakak oi…deodorant macan ni ada untuk lelaki dan juga wanita.

aku ni pengalaman dengan badan berbau memang banyak..hehehe..malah dulu pun badan aku juga ada bau sampai kene sound la dengan mak aku. kini tidak lagi!! hehehe….ala time skolah dulu kita ni kan aktif bersukan. time tu mana la reti nak pi beli deodorant kat kedai. kene lah tunggu mak belikan..ye tak? hahaha…

Jadi ia amatlah digalakkan untuk mereka-mereka yang aktif bersukan dan cepat berpeluh walaupun korang ni duk dalam ekon..silap-silap duduk kat dalam peti ais pun berpeluh jugak. apa lagi pi ar sambar kat kedai.

korang jangan risau la…sejak project alpha ni di sponsor oleh adidas..maka korang akan melihat entry aku akan ada promosi pasal adidas..hehehe…sharing is caring…but im sharing becoz i baek hati..hehehe…

oke dah-dah…pi sambung keje korang. asik baca blog je…tapi jangan lupa singgah lagi ye. peace!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions
Posted in info, masyarakat, me, Nuffnang - Tagged adidas action 3, Nuffnang

My Favourite Surfing Spot

Mar18
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Ngeee…atas nasihat kakak aku sumijelly tu ha yang begitu setia dengan Nuffnang..aku ingin sekali mengikut jejaknya menceritakan tentang fevret spot untuk bertenet. ape ingat dia aje ke yang ade fevret spot…

oke2…aku ni agak gile jugak menggunakan internet. dulu time belajar, celik je mata buka laptop pastu online. hahah..gila kan. so, kalau time belajar dulu mestila aku punya tempat bertenet kat depan tilam. maklumlah student mana beli katil.duk rmh sewa kan…so bentang tilam, situ la tmpt buat saimen, main internet, situlah kekedang duk kunyah keropok bagai.

sekarang, disebabkan aku sudah bekerjaya (ayat nak muntah sey) …maka my fevret spot to surf internet adalah……….

kat opis…

hehehe..

huahuahua…..ini meja aku. gempak ar tu kan..buat keje guna laptop. dahnye office aku sediakan ini untuk aku, maka aku gunakan lah sebaiknye. meja aku ni macam meja penyambut tetamu jugak tau. tu ade telefon faks, telefon interkom kat tepi tu..nampak tak..kira 3 in 1 la..hehehe..

eh melalut plak. oke…so, sejak bekerja ni, sila la tempat aku menghupdetkan blog aku yang chumel itu. di sini jugak aku cari bahan-bahan untuk research aku buat kerje kat office ni ha…ade jugak bos suh bawa balik laptop ni. ha..kaedahnya..?? nak ke hulur hilir bawa laptop ni..tak kosela..kat rumah pun dah ader laptop…lainlah kalau boss aku nak bagi aku modem P1 Wimax yang terbaru tu…tu baru aku tak segan silu nak bawa balik rumah…hehehe.

 

yela korang tengok jela design terbaru modem Wimax ni ha yang diberi nama WIGGY…comel jer. senang nak bawa ke hulur hilir. so, takyah ler aku susah payah nak surf tenet kat tmpt yg ade Wifi jer. sebab dengan kecomelan modem Wimax yang baru ni, aku juga leh surf internet kat tmpt lain. ni tak..asik2 McD jer…tak pun Bugis Kopitiam tu ha..boring la plak kan. bukan susah pun nak guna macam sesetengah brodband tu. ini cucuk je kat laptop kau..nah guno la.

mungkin aku rasa aku boleh tukar modem lama aku yang besar gabak duk kt rumah abg aku tu…mungkin la kan…kalau abg aku nak byr…so, mungkin itu akan jadi kenyataan la kan..hehehe…kalau korang pun rasa nak sambar WIGGY ni…layari je www.p1.com.my . laman web pun senang je nak ingat…dah sambar bgtahu aku k.

dan jangan lupa layari juga www.facebook.com/projectalpha dan http://twitter.com/ProjectAlphaMY. untuk perkembangan terbaru…

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

sekilas : janji ado

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Nuffnang - Tagged Nuffnang, wiggy, wimax

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Hari Kejadian
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • 4 Bulan Sebelum

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress