• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts tagged perkahwinan

Dah kompom dah kan cerai talak 3

Jun29
2010
3 Comments Written by Sekilas

mungkin cerita ni dah basi..dah lama..tak best lagi nak gembar gemburkan. tapi pedulik hapa aku kan. ko tak suke, toksah baca.. ini kisahnya pasal anne ngasri la ni. kalau korang ade tertengok terlihat buletin utama 25 June yang lalu, korang ader la terperasan pasal cerita dorang sikit. mahkamah dah sahkan Anne diceraikan talak tiga..rupanya dari tahun lepas lagi ko, dia dah ceraikan Anne..berturut2..jadi tiga la ye tak. bukannye sekali terus talak tiga.

Tapi kekejaman tu dirasai waktu anne sedang mengandung. alahai Anne. nengok ko dalam TV ceria jer. macam takde problem je kan. tapi di hati sape yang tahu kan anne. bawa-bawa bersabar. kira anne ni tabah la orangnye sebab mampu berdepan dengan orang ramai dalam keadaan tenang.


Tengokkan bekas laki dia tu Wafi, ape je yang ade kat muka dia. muram jer. ke muke dia dah memang cenggitu..tak reti nak senyum !! huhuhu tapi tengok anne, rilek, gelak ketawa riang. hidup perlu diteruskan. ingat dah kena cerai kita mati ke..tak mungkin la ye cik abang oii. wanita pun ade kudrat walaupun berapa kerat je.

Semoga Anne terus tabah dan dapat meneruskan kehidupan dengan gembira.

sekilas : nyampah plak kat Wafi tu..tapi tak baik membenci kan. =)

Posted in Artis, Isu Semasa - Tagged Anne Bercerai, Anne Ngasri, cerai talak 3

Aku bersyukur

Jun17
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Tiap-tiap orang dari kita ni ada nasib yang berbeza-beza. Ada yang bernasib baik, ada yang tidak…ada yang hidupnya gembira, ada yang muram.

Keadaan dan orang sekeliling kita juga berbeza. Ada yang mempunyai keluarga bahagia, ada yang kehilangan keluarga, ada yang mempunyai keluarga tapi tidak bahagia.

Yang nyatanya bila bicara soal keluarga, aku bersyukur sebab aku ader keluarga yang serba melengkapi diri aku. ade mak, ayah, abang dan kakak. kecuali adik la..sebab aku anak last kan kan kan. *sila jangan dengki dengan anak bongsu oke*

Aku bersyukur sebab adik beradik aku tidak menyombong, tidak ‘ganas’, tidak derhaka pada ibu bapanya dan segala macam perkara baik. walaupun tidak sempurna mana hidup keluarga ini yang mana ada naik turunnya rasa gembira dan sedih. namun, ia tetap kegembiraan kerana aku tidak berada di tempat orang lain yang mungkin sedang berduka melihat nasib diri dan keluarganya.

Jika kau seorang kakak atau abang…yang mana adiknya berada di dalam keadaan yang kusut dan tertekan..perlu ke kita menambahkan tekanan pada adik sendiri. Baru-baru ini seorang teman menghadiri majlis perkahwinan sepupunya, entah di mana silap salah dan dosanya..dia dituduh merampas suami sepupunya sendiri di majlis perkahwinan itu. walhal, jumpa baru 2 kali, bertegur sapa pun tidak. bayangkan seluruh ahli keluarga sepupunya itu menuduh, memaki dan sebagainya. siapa yang menuduh, seorang nenek yang digelar warga emas dan patut memperbanyakkan ibadah di saat-saat ini. Semoga Allah membalas semula segala fitnah yang dilemparkan itu. tapi di mana adik beradiknya yang sepatutnya menyebelahi adiknya. tiada. malah kakak sendiri memaki adik sendiri dengan statement “perampas suami orang”.

Apa daya seorang adik yang baru berusia 20 tahun dengan kakak yang usianya 26 tahun (juga aku kira mentah lagi sebab dia pun tak kawen lagi). apelagi abang yang sering meminta-minta duit hasil titik peluhnya bekerja.

Bila ayahnya sakit, semua beban diletakkan di bahu adiknya yang baru sahaja berhenti kerja. duit simpanan abis dikeluarkan untuk biayai pembedahan si ayah. abang dan kakak lepas tangan begitu sahaja.

aku hanya mampu mendengar wahai teman. tapi jika ku berada di tempatmu, aku tak duduk diam membiarkan diri dihina dan diseksa. harus bangkit. sebab itu sudah menjadi sifatku. bukan diri aku untuk diperlekehkan hanya kerana aku seorang perempuan dan masih muda di mata masyarakat.

aku ingat ini cerita dalam drama. tapi itulah hakikat yang jadi di dunia. ada insan yang mengalami nasib begini di dalam keluarga. kata teman itu, “di satu sudut lain aku fikir, ini kerja Tuhan.” yer..kerja Tuhan untuk menguji hambaNya.

tiada kerja. dibebani hutang ayah. dibebani fitnah saudara sendiri. dibelenggu dengan nasib diri. tiada kawan yang dapat membantu. kata orang “saat senang semuanya kawan, saat susah tiada satu pun mengaku kawan”

doa aku, semoga temanku ini dipermudahkan urusannya di dunia ini, diringankan beban yang ditanggung seorang diri. dan dikurniakan seorang pasangan yang sudi membimbing dan menghulurkan bantuan di saat genting ini. Amin. Allah itu Maha Mengetahui bukan?

sumber foto :  sini dan sini

sekilas : kerna itu aku bersyukur dikurniakan abang2 dan kakak2 yang baik.

Posted in family, friends, masyarakat - Tagged adik-beradik, perampas suami, wanita perampas

Isu Kahwin

Jun14
2010
14 Comments Written by Sekilas

hai semua. bagaimana hari-hari anda apabila mengetahui pelawak terkenal  kita Saiful Apek ditahan kerana memiliki dadah? bagaimana hari-hari anda apabila masuk office tiba-tiba takde keje.? haha..baik balik jekan.

tapi bagaimanakah hari-hari anda apabila anda tidak berkahwin, dan orang di sekeliling anda asyik bertanya je, bila nak kawen?apesal tak kawen lagi? kenapa single lagi? takde boyfriend ke?girlpren takde ke? takkan muka skit nye encem dan cun camni takde yg suke kot?

hai hai hai…saba jela kan pada mereka-mereka yang menerima soalan-soalan cepumas ni. kadang-kadang lagi pedih tinga bila orang kampung, sedara mara, pacik macik yang lama tak jumpa duk tanya kite. hehee…

tapi so far, aku ni tkde orang duk tanya lagi la. lagipun ramai je lagi kawan2 yang masih muda belia single mingle cam aku kan. so takde la rasa diri tu tua sangat tak kawen. persiapan mental dan fizikal harus cukup, bukan sekadar menghabiskan duit untuk buat majlis je, tapi nanti kawen tah ke mana. oh ye, sayangku my cinta…norfa sedang merajinkan diri untuk menjadi seorang isteri satu hari nanti. wakakaka..hakikatnya…tanya mak aku. ekeke..

oke2…aku nak cerita ni untuk sesetengah orang yang mempunyai sebab munasabah yang mungkin menyebabkan dia tak kawin2 lagi sampai orang yang sama tanya dia soalan yang sama dalam masa satu hari sebanyak 10 kali. haa..ade ke orang macam tu?

sape takmo kawen korang oiii…memang lelaki dan perempuan itu diciptakan untuk bersama secara halal. hehe halal ye..kang orang len salah faham plak. jadinya, kalau ditanya pada orang tak kawin, “ko ni takmo kawen ke?” mau kene ketuk kepala kalau itu soalan ke 100 ko tanya. mestila si dia tu nak kawen.

sumber : sini

tapi kita ni kenalah faham situasi seseorang tu bila bertanya. lagi-lagi kalau orang perempuan ni, sensetip tau. orang laki ni usia 30 kalau tak kawen lagi, macam takde menda sangat dah. sebab dorang ni memang bekerja keras duk cari reta nak bagi anak bini sok. tapi kalau tang pompuan ni uisa 30 tak kawen lagi, toksah le korang dok gasak dia tanya soalan pasal kawen.


sumber : sini

mungkin hakikatnya dia tu takde boyfriend lagi camne nak kawen. bukan tak cuba, kekadang dorang dah cuba mencari yang sesuai, yang dicintai dan mencintai, tapi selalu-selalu dapat yang macam hampeh! jadi mungkin sebab itu ditangguhkan.


sumber : sini

selain dari itu, maybe dia ni anak sulung…adik beradik kecik ramai lagi bersekolah. mak atau ayah dah takde ke..nak tanggung adik beradik lain. so dia lambatlah kawen…malas nak pikir soal kawen sangat sbb family lebih penting kan jadi bile korang tanye, kang kecik ati dia…kalau dia orang kaya maybe dia leh kawen dah kan.

yang ni plak kes yang rasa rendah diri…takde keyakinan nak cari pasangan. contoh la orang pandang muke dia tak encem ke..tak cun ke…korang pi tanya algi, “apsal tak kawen..?” dah takde orang ndak. nak wat camne kan? mungkin sebab badan dia ‘besar’ ker…dan sebagainya. sape takmo kawen. ade sorang kawan aku ni, kakak sulung tak kawen lagi..tapi adik beradik bawah kakak dia ada yang dah beranak pinak lagi. nak wat camne..takde jodoh lagi kan.

satu lagi mungkin ade salah seorang ahli keluarga dia sakit ke..perlukan perhatian lebih dari dia. sebab tu dia tak kawen lagi. kang kalau kawen mahu ke isteri atau suami dia tu menerima orang sakit tu dalam hidup dia kan..

jadi korang-korang yang bertanya soalan cepumas ni…silalah melihat situasi seseorang tu ye. kalau baru skali tanya takpe lagi..tapi kalau tiap kali jumpa korang tanya..mahula korang ni orang yan memang tebal muke tak paham bahasa kan. pastu tak reti nak jaga mulut..huhu…

aku kalau orang tanya, nanti aku jawab…bak duit kau, sponsor kawen aku. hakhakhak! aku ni mano banyak duit…tongah cari ni ha..kojo pun tak tentu laie. al maklumlah, baru je 3-4 bulan raso gaji, cmano nak simpan ye tak. tunggula dah keje setahun dua kan. len la laki aku tu kayo rayo…! takpe cayang..cayok2…sebab saya tahu awak seorang yang berjimat berbanding saya yang boros. hahaha…

sekilas : sensetiviti orang lain harus dijaga.

Posted in Isu Semasa, masyarakat - Tagged kahwin

Beruntungnya dapat bini muda

Jun08
2010
3 Comments Written by Sekilas

pertama sekali tahniah diucapkan kepada Aziz M. Osman dan pasangannya, Puteri Lily yang baru sahaja bernikah semalam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. harap2 takde la lagi kes macam bekas bininya ustazah tu dulu yer.

Usia dan semakin bertambah, tapi yang bestnya abg aziz kita ni dapat pula merasa berbinikan perempuan muda..dah lah muda, anak dara lagi tu, dah tu cantik pulak. hai..sape tak sayang bini oiii..hehehe…anak-anak pulak merasa dapat ibu tiri muda yang cun melecun.

Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga akhir hayat. takmo la bercerai berai ye bang.

sekilas : tapi aziz memang nampak tua kan?huhuhu

Posted in Artis, masyarakat

Protected: Kisah orang lain

Jun02
2010
Enter your password to view comments. Written by Sekilas

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Posted in merapu - Tagged gangguan, orang gila

Perkara yang tak tercapai

Mar25
2010
2 Comments Written by Sekilas

Sejak mula bekerja…sejak itu aku mula merindui kawan-kawan aku.
kawan-kawan sekolah.
kawan-kawan uitm.
kawan-kawan yang pernah bersama aku susah dan senang.

saat aku rindukan mereka itu, saat itu aku teringat pula pelbagai angan-angan yang aku cipta dulu.
bila sampai saat ini, aku sedar banyak perkara yang tak dapat aku laksanakan.
kiranya banyak cakap..dan akhirnya habuk pun takde.
impian yang hanya tinggal kenangan. pergh..ayat nak sastera sangat aku ni.

ader satu dua perkara..mungkin tiga dan empat atau lima…oke aku tak mahu kira la. banyak sangat kot benda nak buat tapi semua tak jadi…

Wartawan a.k.a Lois Lane & Clark Kent
time kecik-kecik….Waktu mula orang sibuk dok pikirkan apa cita-cita yang nak diberitahu pada cikgu sekolah bila ditanya…aku cuma teringat citer Superman jerk. waktu tu aku tak tahu pun aper kerja dorang. yang aku akan bagitahu…aku nak jadi macam dalam citer Superman tu. entah macam mana aku cari, akhirnya aku tahu watak dalam tu berlakon sebagai wartawan untuk surat khabar.

Aku pun setuju pada diri sendiri aku nak jadi macam dorang. wartawan. sebab dorang ni macam penyiasat pun ada. kerja jadi hero heroin jerk. so aku suka la keje camtu.

tapi bila lihat kerjaya wartawan sebenar sekarang nih…tak macam dalam citer tu pun. citer pasal gossip artis, politik dan sewaktu dengannya.

waktu aku apply masuk Uitm dulu, aku pilih course kewartawanan kat Masscomm, tapi aku gagal. sebab English aku dalam SPM dapat 6. so tak lepas. sabo jela.maka sampai sekarang aku tak tahu ape sebenarnya cita-cita aku…

Kalaulah cikgu aku dulu tengok keadaan aku sekarang…pasti dia akan berkata, “Lupakan jela cita-cita kamu dulu”

Kahwin pada tahun 2008
Aku dan sahabat aku June ada satu keunikkan yang aku tak tahu kat mana. hahaha…kalau time usia 17 tahun dulu kitorang memang kamcing gile…sampaikan orang mesti ingat kitorang ni adik beradik. of course aku jadi adik kan. tengok jela badan si June tu tinggi melampai.

kami ade kegemaran yang lebih kurang serupa. cuma ader certain things yang buat kitorang berdebat sebab tak sama otak. kadang-kadang je la leh buat gado.

Kitorang ader nombor kegemaran masing-masing. dia suka no 5. aku suka no 8. sorang lagi Dayah yang kamceng gak ngan kitorang suka no 4.

alkisahnya, kitorang pernah bincang hal ni kat padang skola menengah Pandan Indah. time tu baru lepas bersukan tak silap aku. Siapa kawen dulu?? aku kata June, lepas tu Dayah kemudian baru aku.

Dan….sebab June suka no 5, dia nak kawen tahun 2005, Aku pulak nak kawen tahun 2008 (23 tahun). dayah..tak pernah cakap plak nak kawen bila.

Akhirnya, hanya june sorang je dapat capai hasrat tu. dia kawen bulan 5 tahun 2005. tahun 2008, aku belum lagi habis study ijazah….Dan sekarang Dayah pun dah kawen Januari 2010.

aku jugak masih bujang… (: insyaAllah…masanya akan tiba jua.

Nak pakai Nissan Sentra
Ini bukan angan-angan. time aku 17 tahun aku bengang dengan sorang brader ni yang mampu pakai kete ni pada usia 22 tahun. So aku nekad…time umur aku camtu, aku nak beli kete camtu jugak.

hahaha..penyudahnya sampai umur aku 25 tahun, keje pun tak menentu lagik. ape kes nak beli kete…Kancil putih yang comot itu je yang mampu aku naiki ketika ini. silalah berangan lagi Norfa. tapi pasni aku berangan tukar kete lain plak..hihihi…

Itula satu dua perkara atau tiga atau empat perkara….uhuk…banyak le plak. itu pun ade lagi nak disenaraikan. tapi..nanti2 la..aku pikir lagi camne nak tulih k.

korang pun ade angan-angan jugak? sibuk je..kongsi la sama k.

sekilas :  aku berangan kawen kat hotel…so, agak2 tercapai tak nanti?

Posted in me, merapu - Tagged angan-angan, impian

penatnya memandu

Mar20
2010
6 Comments Written by Sekilas

poneknya makcik….memandu tadi jalan jem..pegi kul 1 pm jalan jem..balik kl 3 pm pun jalan jem..sabo jela

tp semenya salah aku, sape suh bangun lambat.wakakaa…

so, tadi aku gerak dari rumah kul 1 pm. dengan hadiah tak beli lagi. kan dah buang masa kan. pastu dengan nak menjimatkan duit tol lagi. itu yang lambat…

eh eh…aku takde introdction ker? ceh!!….

oke….Assalamualaikum semua…dan selamat petang bagi non muslim. sebenarnya hari ini adalah hari perkahwinan abang My Cinta…En. Faizal dan Puan Syidah. so…aku sampai lewat kat rumah pengantin. kul 2 petang baru sampai. mujur sedara-mara dorangmemenuhi ruang legar makan lagi. kot tak muka aku ngan makaku jela tercongok kat situ.

My Cinta dah berapa kali mesej dan call tanya aku katne..huhuhu..sorry la dear. i bangun lambat. ngeeee!!!

Mak la ni..takmo kejutkan anak dia ni ha.Penyudahnya aku yang kelaparan terkejar-kejar nak pi makan rumah pengantin. huhuhu…buruk prangai kan? :) pas sampai…aku nampakpengantin tengah menuju ke jalan keluar..

Eh eh..nak pi mana tu?? takmo jumpa bakal adik ipar ke? — oh aku tipu jer tuh. brani aku nak cakap ngan abg dia cenggitu. hehehe…

Darijauh ku lihat kelibat My Cinta…tengah makan cedol. sabar jela. Jumpa ibu dan abah dia..salam-salambagai dan hulur hadiah. mak aku salam je. dia kata “ala takde duit nak hulur”…oke..itu dia kata kat aku waktu dalam keta. aku cakap… “takpela..kita datang bawa hadiah ni..” hehehe…

teus ku tuju kat meja makanan yang banyak itu…oh laparnye…dan dahaga kerana cuaca agak panas. My Cinta setia melayani tetamu istimewanya ini. ngee…thnk you! amik cendol la..amik air tebu la..hehehe..amik hati bakal mak mertua eh….rugi tak buli banyak2 katdia.

Pastu aku nak bergambarla ngan pengantin…tapi hasilnya ader satu gambar je dapat snap..sebab memory full…pengantin pun kepanasan dan macam ada urusan lain je nak buat. maka,aku tak naklah menyusahkan mereka di hari bahagia ni kan. dapat satu jela gambar ngan pengantin…huhuhu…

:: yeah..pengantin bersama bakal adik ipar dorang. InsyaAllah ::

Kak Syidah tu suh My Cinta bergambar sekali..tapi sygnya memory full ters cancel..hehehe…cian My Cinta kan..

okelah..selamat pengantin baru buat abg Faizal & Kak Syidah…semoga cepat2 dapat anak dan bahgia dunia akhirat…amin…

sekilas : Sibuk My Cinta dah merancang nak buat banner kahwin macam dorang…aku gelak jer.

Posted in cinta, family - Tagged My Cinta

Gubahan Hantaran…mai..mai…murah punya!

Feb17
2010
2 Comments Written by Sekilas

Inginkan gubahan hantaran anda kelihatan menarik, tanpa susah payah dan juga mendapatkannya dengan harga yang berpatutan…hehehe

anda boleh dapatkannye..jangan risau….

silalah layari Kasih Dyaz Collection (KDC) untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

aku just nak promote jer….daripada tak bergerak blog aku ni ha..leh gak berikan pendapatan kat orang lain ..ye tak? so….apa tunggu lagi..meh kita kawen ramai2..muahahaha…..

sekilas : manusia memang suka melihat kecantikan dan keindahan. syukurlah kita.

Posted in info - Tagged gubahan hantaran, Kasih Dyaz Collection, pertunangan

Mari kita sambung tentang angan-angan aku 7 tahun lalu

Dec24
2009
5 Comments Written by Sekilas

ketika aku berangan-angan ingin mengadakan perkahwinan di hotel. pasangan yang kuidamkan ketika itu ialah Azman Shah. Pernah dengan nama itu? tidak…satu petanda yang baik. Jangan ditanya siapa Azman Shah. beliau ialah lelaki misteri yang muncul dalam hidup aku 7 tahun yang lalu dan kemudian hilang secara tiba-tiba.

Misteri kehilangannya tidak dapat aku jawab sehingga kini. Walaupun puas kujejakinya tapi yakinlah bahawa tiada jodoh antara kita. wakakaka…ayat macam hampeh.

Time tu aku sangat selebet…pakai tudung pun senget-senget, tembam tapi sangat aktif bersukan. Lelaki misteri ini mempunyai seorang adik perempuan sebaya aku bernama Ain , dan seorang adik lelaki bernama Azlin yang berusia 12 tahun pada ketika itu. setelah kukira-kira sekarang adik dia berusia 19 tahun yang mungkin berada di mana-mana IPTA/IPTS atau bekerja dengan mana-mana syarikat.

 

Aku masih terbayang-bayang wajah adik lelakinya yang comel itu mempunyai kulit putih melepak kerana mereka ini anak kepada seorang wanita cina yang masuk Islam. korang boleh bayangkan mata-mata dorang ni sepet-sepet belaka.

kalaulah tiba-tiba aku terjumpa dengan lelaki misteri ini, pasti aku akan bagi dia satu penampar laju dan bertanya “Kenapa u tak jadi kawin dengan i dulu. Mana u pegi?? Result SPM i teruk gile sebab u” (baca seperti pompuan gedik seperti dalam filem Pisau Cukur)– owh..giler sadis mendengar ayat-ayat aku yang seterusnya.

Mengapa tiba-tiba aku bicara tentang angan-angan ini dan menyebut tentang lelaki misteri bernama Azman Shah ini..? kerana sekarang aku sedang mengimpikan sebuah perkahwinan di hadapan rumah aku sendiri dengan memikirkan juga bajet-bajet yang perlu disediakan seperti barang hantaran, catering, khemah, baju pengantin, dan segala dekorasi berkaitan perkahwinan.

Waktu usia aku 17 tahun…gile sengal boleh pikir pasal kawen dan tak pikir pasal bajet..dan sekarang langsung kalau boleh takmo pikir pasal kawen sebab terpaksa pikir pasal bajet. Sebab-sebab itu la menjadikan aku semakin lambat kawen. 

apa kaitannya dengan Azman Shah? itu jela kaitannya, aku pernah berangan kawen dengan dia pada usia 17 tahun…dan sekarang kalau dikira-kira usia dia mungkin dah 29 tahun dan sudah mempunyai 3 orang anak atau mungkin lebih. pernah bergelar duda. dan tak tahu sama ada sudah beristeri semula atau pun tidak.

Misteri ape kebendanya kalau aku boleh tahu pasal dia ek…? tapi memang misteri la..sebab aku tak tahu kenapa dia tak jadi kawen dengan aku..ahaks!!

Sekian terima kasih!

Kalau kamu yang baca ini kekasih ku..hehehe…jangan pikir bukan-bukan ar…!! cintaku hanya untukmu..cewah!

sekilas : sedang pikir apa aku nak merepek lagi…giler busan tahap gaban!

Posted in cinta, Kisah-kisah itu, me - Tagged angan-angan, cinta

Aku pernah berangan-angan untuk berkahwin di hotel

Dec24
2009
2 Comments Written by Sekilas

7 tahun yang lalu, (sila baca : ketika aku masih mentah, selebet, dan bakal menduduki SPM) aku pernah memikirkan tentang perkahwinan. Dan inginkan perkahwinan di sebuah hotel . Tapi ketika aku berangan tu aku tak terbayang pulak wajah orang-orang kampung @ sedara mara akan duk santap depan aku ketika bersanding…aku cuma bayangkan suasana wedding tu, dan scene ketika aku bersanding jer.  aku tak pernah pikir berapa bajet untuk kawen di hotel. aku tak pernah pikir cukup ke duit aku nak kawen kat hotel. pastu kalau aku bayangkan aku bersanding, mestila ada pasangan kat sebelah aku. takkanlah aku bersanding sorang-sorang jekan…Korang nak tahu dengan sapa pulak aku berangan nak kawen?? mesti la lelaki kan….

aha…….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

tunggu next entry…!! kalau korang nak tahu la…kalau tak nak, aku pun takmo bagitahu.tapi aku tetap akan bagitahu kat blog aku..aku punya suka la kan.blog aku.huhuhu….sekian!

sekilas : sengal nopa ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in cinta, me, merapu - Tagged cinta
← Older Entries Newer Entries →

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress