• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged perkahwinan

My Last Raya As A ‘Single’ ~ Woha!

Sep04
2011
4 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum.
Hai.
Apa khabar? Selamat Hari Raya. Hari ni dah masuk 6 Syawal kan? Korang dah puasa 6 ke? aku belum lagi. hehehe…

Hopefully hari raya korang gembira. Pada mereka yang kehilangan insan tersayang, aku ucapkan takziah. pada mereka yang mendapat kehadiran cahayamata baru, tahniah aku ucapkan. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.

Aku takde apa pun nak hupdet….just nak bersihkan habuk kat blog ni. Lagipun kalau kira dari hari esok….ada 6 hari lagi menuju #MajlisKahwinNopa. Dan raya kali ni adalah yang terakhir sebagai anak dara…hehe…pasni raya ngan suami plak. woha~!!

hehehe…..takut tak? hahaha apa da….nak kahwin mana boleh takut. kuikuikui…takat ni aku takde rasa sgt debaran tu. kata kawan2, ko tunggu la 2 hari sebelum majlis. ha..kelam kabut kau. huhuhu…harap2 aku tak kelam kabut. kena tenang ni….

Dalam dupdapdupdap, mak aku nampak begitu bersungguh2 membuat persiapan. dia lah orang yang paling sibuk, walaupun dah cakap ngan mak takyah buat apa2…tapi, mak kan….mana boleh duduk diam. aku? hurm…mak siap bebel2…macam tak kawen jek..ekekeke…

Oklah, aku harap korang yang dijemput tu datanglah ye kenduri kawen aku…merangkap open house ler di hari raya ni. hehehe…pakej!

Aku mewakili keluarga Mahdi B. Ab Hamid & Rahimah Idris, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca sekilass.com dan seluruh umat Islam di dunia.

*Minggu depan kena ambik balik gambar ni, tambah sorang ahli kelaurga baru. hehehe*

sekilas : Eh,a ku dah test pakai iani tau…saje nak tgk merah ke tak? hehehe

 

Posted in family, me, peristiwa - Tagged Aidilfitri, Hari Raya Aidilfitri, inai, selamat hari raya

Adakah Perkahwinan Itu Indah?

Jul26
2011
10 Comments Written by Sekilas

Aku yakin ramai di antara bakal-bakal pengantin menaruh harapan tinggi mengenai perkahwinan. Antaranya mungkin mengganggap dengan berkahwin segala yang haram menjadi halal, segala yang jauh menjadi dekat, segala yang sulit menjadi terbuka dan sebagainya.

Aku mungkin antara orang yang mengharap perkahwinan mampu mengeratkan lagi hubungan aku dan si dia, atau berharap ia adalah syurga dunia tanpa batasan. huhuhu…

Tapi sebenarnya aku juga harus akui, bukan selalunya indah itu hadir di dalam perkahwinan. lain orang lain pula pengalaman mereka. Terkadang kita rasa, sebelum kahwin si dia itu, romantik, happy go lucky, serta mampu membahagiakan kita. itu sebelum si dia mendapatkan kita. sebelum si dia tidur sekatil sebantal duduk serumah dengan kita. sebelum segala macam perihal diri kita diketahui si dia.

Seorang teman kata, aku ingat dah kahwin boleh la nak bermesra2, bercintan cintun macam dulu, sebab semuanya halal…rupanya, dah duduk serumah aku ni macam tak wujud je.

ada juga teman kata, dulu time bercinta, kemain lagi buat lawak, kemain lagi telefon sehari 5-6 kali tanya khabar. dah kahwin, aku baru telefon 2 kali dah bising kata aku mengganggu kerja, tiap2 hari muka serius takde senyum.

Wahai rakan-rakan seperjuangan yang bakal mendirikan rumah tangga, aku berharap janganlah di antara kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap perkahwinan itu. Siapa sangka pasangan yang sebelum ni pendiam, pemalu, tapi bila dah kahwin baru tahu si dia itu pemarah, panas baran, tidurnya berdengkur, bau badannya busuk (mungkin)…ini lah segala kemungkinan yang harus kita terima.

Jika sebelum ini berbatu jauhnya kita tak nampak perihalnya, tapi di depan mata baru tahu si dia itu suka korek hidung, suka makan banyak, dan lain-lain.

Hipokrit itu berlaku demi menawan hati kita. tapi jangan di sangka ia untuk selamanya. Setiap dari kita bisa berubah. Mahu atau tidak. itu sahaja. Cuma jangan berharap ia berlaku begitu sahaja. Ia juga memakan masa seperti mana anda berkenalan dengan si dia.

Menurut pengalaman teman2 lain, perkahwinan pada tahun pertama hingga ketiga adalah tempoh waktu untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain. Lihat, 3 tahun ia mengambil masa untuk mengenali sesama kita dengan lebih baik. ingat dah duduk serumah satu bulan mampu kenal luar dalam dia? ada orang 3 tahun…ada orang mungkin 5 tahun baru nak serasi hidup bersama. Ia bukan jangkamasa yang kejap bagi mengenali setiap inci mengenai pasangan kita.

Tempoh 3 tahun pertama itulah anda mungkin bergaduh, bertengkar soal yang remeh temeh, suami tidur lambat pun kena bebel, suami tengok bola pun dengan kawan pun merajuk, isteri masak tak sedap kena marah, isteri lambat siap membebel, isteri itu, suami ini…

Adakah anda faham, soalnya remeh. Tapi ia tetap menjadi punca untuk bergaduh. menurut pengalaman teman2 lain, selepas tempoh itu, anda akan memahami pasangan. Oh, suami memang ada penyakit imsonia, susah nak tidur malam. Oh rupanya isteri pun suka tengok bola, lebih baik tengok dengan isteri. Oh, rupanya isteri baru belajar memasak, sekarang sudah expert. Oh isteri nak cantik untuk suami, padanlah lambat siap dan sebagainya.

Dah 5 tahun berkahwin, buat apa nak gaduh hal yang remeh temeh. wajah itu juga yang ditatap, kalau isteri merajuk pun, dapat suami yang memang tak reti pujuk, korang nak makan hati sorang2 buat apa? kalau pulak suami tu tahu isteri memang suka merajuk, yang pergi buat dia terasa hati tu buat apa? memahami dan bertolak ansur lebih baik setelah mengetahui 5 tahun pertama itu begitulah rutin hariannya.

[aku tak hengat amik kat mana gambar ni, tak jumpa dah link dia]

Namun, jika masalah yang dihadapi tidak selesai, jangan pula lafaz cerai menjadi jalan akhir. Ingat Allah paling tidak suka akan penceraian. Dalam al-Quran juga ada saranan untuk menyelesaikan masalah suami isteri

“dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan diantara keduanya , maka kirimlah seorang pendamai bagi pihak suami dan seorang pendamai juga bagi pihak isteri jika kedua orang hakim itu bermaksud mengadakan pembaikan nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu yakni untuk berdamai . Sesunguhnya Alah swt amat mengetahui lagi maha mengenal” - surah annisa ayat 35 

Aku sedang menghadapi persedian dari segi mental dan fizikal untuk bergelar seorang isteri. Banyak cerita mengenai perkahwinan yang menakutkan seperti suami pukul isteri, suami ada perempuan lain, suami kuat seks, suami mabuk, kaki judi. Isteri jumpa kekasih lama, isteri kaki clubbing, isteri dera suami, isteri duakan suami. dan macam-macam kisah yang menakutkan sehingga berlaku penceraian pada usia perkahwinan yang adakalanya baru sebulan.

Aku harap, semua yang bakal mendirikan rumahtangga baik lelaki atau perempuan, berilah ruang dan peluang untuk kita sama-sama mendekati pasangan kita. untuk kita sama-sama menjadi suami dan isteri yang soleh solehah serta diredhai Allah. moga perkahwinan ini mampu menghapuskan segala dosa-dosa lama, mampu untuk kita bina satu kehidupan yang lebih baik. Aku doakan aku dan si dia dapat harungi cabaran ini. InsyaAllah…

sekilas : kalau ditanya perasaan aku, sebenarnya aku takut untuk menempuh alam perkahwinan. huhuhu… ini sebagai motivasi diri sebenarnya.

 

Posted in cinta, family

Perkara yang perlu di ambil perhatian ketika kenduri kahwin

Jun05
2011
3 Comments Written by Sekilas

hai semua. Cuti sekolah ni memang banyak la kenduri kendara untuk majlis perkahwinan kan. Sampaikan satu hari 3-4 jemputan la dapat.

Disebabkan 2-3 minggu ni aku busy menghadiri majlis kawen orang, sedara mara, kawan-kawan. jadinya ada beberapa perkara yang aku rasa ia amat penting untuk kita ambil tahu dan titik beratkan. ini berdasarkan apa yang aku tengok dan terjadi pada majlis kawen ni.

1. Pastikan tarikh majlis tak bertembung dengan jiran

Ini penting kak abang oiii…kisah benar terjadi dengan pakcik aku. Tarikh yang sama anak dia kawen, sama plak dengan anak jiran dia. kalau jiran selang 4-5 buah tak apa lagi. ini jiran SEBELAH RUMAH. tak ke haru ko? Lagi tak syoknya, jiran dia ni tarik muka namblas dengan pakcik aku. tak elok ler kan…mungkin dia marah sangat tak dapat nak buat khemah depan rumah. pakcik aku dah pacak 7 khemah kat jalan tu. abis khemah dia mana nak letak kan?? sampaikan katering yang tak tahu menahu tu pun kena maki dengan jiran pakcik aku ni sebab tersalah letak periuk belanga bawah khemah dia (dia pasang khemah kat lorong tepi rumah) nak jadi cerita, kaler khemah dia tu, sama plak dengan khemah pakcik aku. mana la katering tu tahu kan?? aku pun jadi konpius. sama kaler plak. naseb baik kenduri dia tu buat kat dewan…Tapi yan tak bestnya tu, cousin aku ni nikah kat rumah. time tengah nikah tu, sibuk plak jiran dia ni berzanji. kan mengganggu majlis akad tu..haissh macam-macam ler derang ni. so pastikan dah di kabarkan kat semua orang tarikh kawen tu. kang bertembung payah jugak.

2. kepada Photographer, sila bawa bodyguard!

Kelasss kan. photographer pun nak bawa bodyguard. kisah benar jugak terjadi di majlis kawen ni ha…sape? kenduri pakcik aku ler. Kesian-tak kesian, photographer di ragut oleh mat rempit yang @#$#*$%# . kesian kat kawan tu ha. 20k rugi wooo…tuan rumah pun rugi juga lah gambar-gambar akad nikah dah ambil cantik punya. Jadi kepada semua photographer, time jalan nak pi kat kereta nak balik tu, pastikan beg kamera tu dah pegang kuat2 silang kat badan ke kan. ko tahu mana orang jahat ni nak meragut. bukan perempuan jerk. orang lelaki pun kena okay! pakcik aku kata, tak apa lah tak ada rezeki gambar akad nikah tu, naseb adala 2-3 org amik gambar guna kamera biasa. tapi photographer tu memang ralat la…menangis tak berlagu kata orang. sabar ye. pasti ada hikmah!

3. Pastikan ketika majlis berjalan, ada sorang dua bodyguard dalam rumah.

PENTING okay. pernah keluar paper kan, pasal orang merompak tuan rumah time tengah sibuk-sibuk tu. alasan konon nak tumpang tandas. tapi, abis digeledahnya bilik pengantin dirembatnya beg macik-macik (amik isi jela) mahu tak kayo manusia durjana tu. keluar rumah siap salam tuan rumah bagi duit kan. jadi, standby sorang dua ahli keluarga yang dipercayai, untuk berkawal di dalam sekitar rumah. pintu bilik tu, kalau boleh kunci. nak nak bilik pengantin. aku pernah hilang handphone kat majlis kawen tau…waaaa…dek kerana orang keluar masuk keluar masuk, langsung tak perasan ada orang jahat! ko standby kan aje tugas tu kat 2 orang. keje dia itu je, duk jaga rumah.

Okay lah ini 3 perkara yang takleh di pandang remeh. jadi sila berhati-hati. KEpada kawan-kawan yang kawen, SELAMAT PENGANTIN BARU! insyaAllah, kalau berkesempatan daku singgah kenduri korang semua. semoga bahagia dan kekal ke akhir hayat. =)

sekilas : sape nak jadi bodyguard time aku kawen???

Posted in info - Tagged kenduri kahwin

Entry Hari ini : Ucap selamat!

Feb18
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Hai…sementara menunggu makanan dalam perut jatuh ke dalam dan di bahagi-bahagikan ke serata saluran darah usus dan menjadi lemak-lemak, aku amik masa hupdet belog kejap eh.

Entry ini serius sikitlah dari sebelum tadi. hihihi…

Okey entry hari ini ialah ucap selamat.

Selamat Hari Lahir buat classmate aku dulu time study kat UiTM Kak Rozy dan Zura. okey, untuk perhatian semua, Zura adalah lelaki. nama penuh dia Zura Firdaus. terima kasih kerana membaca.

Ini Kak Rozy dan suaminya.

Mereka sedang berbahagia dan mempunyai seorang puteri yang sgt comel. Aqilah namo eh…hihi..Semoga Kak Rozy terus berbahagia dan kekal bersama Abg Albar. =)

Ini Zura Firdaus. Single but not available. Ada buah hati namo eh Siti Irni Yuslinda. hihi…

Sape tak kenal Zura, tak tahu ler siapa dia kan. hahaha…tak kenal maka tak cinta. Tengok dia tu nampak rilek je kan. tapi kadang2 dia da sikit jiwa kacau. kacau nak bersastera. hahaha….Kadang-kadang dalam hati ada taman. Susah nak duga sikap dia. Maybe Linda je yang paham. kalau aku idok ler nak memahami mamat jiwa sastera cam dia ni. Aku doakan kau dapat mencapai impian kau. oh ye..Zura merupakan seorang guru pada ketika ini. =)

Itu kisah 2 teman sekuliah dahulu di UiTM. Siapa lagi yang ingin aku ucapkan selamat.

Ye..sepupu aku Ahmad Asyraf dan isterinya Azura. Selamat Pengantin Baru yer…Dengarnya skarang tengah hanimun kat Bandung. Jangan lupa bawa ole-ole spesel utk aku oit.

Dorang kawen minggu lepas. Ada entry aku buat sket cakap pasal majlis nikah depa ari. leh baca entry tu kat sini.

Ini malam selepas dorang bernikah tu. Kat rumah pompuan. Aku nengok tu menatang kat kepada Zura tu berat kemain. huhuhu…ingatkan dah takde dah pakai menatang berat2 tu. Sepupu aku Acap kata “ha..lepas ni Nopa plak. Amik berkat” yola..amek berkat la ni bergambor ngan korang. hahahaha…

Ini adalah kenduri sebelah lelaki. Tema pakaian Jawa. hihi..cantik giler Zura. Tapi sepupu aku telah spoil kan gambar ni dengan buat aksi giler. ..kah3…sabo jela.

Kenapa tema Jawa? Pak Tam aku tu orang jawa. hihi…jadi anaknya kenalah ikut tradisi jawa. kiranya la kot…mana aku tahu. tapi siyes, baju pompuan cantik sangat.

Jadi semoga mereka selamat kembali ke Tanah Air dari hanimun dan hendaknya terus ada ‘isi’ lah yek. hihihi….dapek anak time mudo ni baguih jugak kan…sok2 dah tua takdolah tanggung anak kocik laie.

okey itu sahaja entry ucap selamat aku hari ini. Selamat hari lahir dan selamat pengantin baru.

sekilas : Siapa itu Kassim Selamat?

Posted in family, me - Tagged Kenduri, Selamat hari jadi

Baru lepas meeting menghadap PC.

Feb11
2011
1 Comment Written by Sekilas

Tap..tap..tap…

jari jemariku menekan huruf-huruf di keyboard putih yang tak sebersih waktu mula-mula aku perolehi.

Hari ini Jumaat. 11.02.11. Mungkin ada yang akan bernikah pada tarikh ini. Ye..ada…Sepupu aku, Ahmad Asyraf. Usianya setahun lebih tua dari aku. Selepas Asar ni aku akan menghadirinya. Nak minta izin bos balik awal sikit. Sebab makcik aku ni antara adik beradik perempuan yang tinggal selain mak aku. Jadi, teramat wajar aku mengunjukkan muka. Supaya nanti takdelah katanya aku anak buah yang tersangat busy. kuikuikui…

Tadi baru lepas bertuit dengan FaizalSkyone. Bang..aku saje je bertuit dengan kau pasal student Mesir tu. baru lepas meeting. Timeline aku ada kau jer. hihi…Terkadang aku sokong je apa kau cakap. Tapi mahu bikin kontroversi di timeline. biar semua yang follow kau dan aku baca. kah3. tapi sebab time mencecah solat Jumaat…aku rasa takde sapa baca….Dan aku tahu lepas ni, mesti akan ada update entry kat belog kau pasal “Knp Kerajaan kena sapot flight Student Mesir separuh harga” err..lebih kurang begitulah kot tajuk kau nanti.

Hurm…kejap je dah masuk separuh dari bulan February. Kalau Dexter, selalu cakap, “Tonight is the night” … kah3…apa kaitan ni.?

Lepas February, Mac, April Mei, June……Yeah…ramai orang kawen bulan Jun. Tak sabar nak tunggu bulan Jun. Nak gi kenduri kawen Iela.Sian iela..nak pilih tarikh nikah 11.06.11 tapi tok kadi busy plak hari itu. kuikuikui…di awalkan sehari. jadila 10.06.11. oke je pun. tarikh takde apa sangatlah kawan.

Haaa..sape2 nak kawen tarikh cantik2..better from now korang cepat-cepat booking tok kadi. tok kadi busy skarang ni. hihihi…Wah..skarang kerjaya Tok Kadi pun kira glamer okay. kalau nikahkan artis masuk tv tau. hihi..tapi Tok Kadi tak pandang semua tu. mereka buat kerja ikhlas kerana Allah. dapat pahala wooo..menyatukan 2 hati. menghalalkan hubungan yang haram. huhuhu….

Sebenarnya aku takde point utama update entry kali ni. saja nak bagi belog terusik skit. takdelah berhabuk sangat.

SELAMAT PENGANTIN BARU buat sepupu ku Ahmad Asyraf dan bakal isterinya petang nanti Azura Husin. Semoga bahagia dan kekal ke akhir hayat hendaknya….

sekilas : tarikh kawen aku bila ek?

Posted in me, merapu - Tagged pelajar Mesir

Kawan kita kahwin, kita? [untuk orang yang tak berkahwin]

Nov18
2010
15 Comments Written by Sekilas

Sedih? nak nanges guling-guling? rasa diri semakin hari semakin meningkat umur? rasa diri tak cantik, tak ensem? rasa miskin, hina, kurang upaya???

jangan…jangan rasa seperti itu. Sebab kebahagiaan bukan hadir melalui perkahwinan sahaja. bukan kerana cinta manusia semata kita bahagia. Adakah mereka yang berkahwin itu benar-benar bahagia? hmm….doa kita agar mereka bahagia hingga ke akhir hayat kerana kita juga inginkan kebahagiaan dalam perkahwinan. Jangan menidakkan lumrah manusia di dunia ini.

Ada seorang teman yang memberi pandangan mengenai hal ini tatkala aku pernah menulis blog sekitar tahun 2008 dahulu. dah lama…tiba-tiba daku selak dan ingin berkongsi dengan korang apa yang disampaikan kepada aku.

kawan kita kawin,kita ???

saudari,
salam. memang kadang2 kita terasa bila kawan kita kawen dan kita tak kawen2, apalagi melihat kebahagiaan org lain bersama kehidupan baru yg mungkin lebih teratur dari dulu, bagi saya, ia terletak pada diri, mengatur langkah mengubah kepada yang lebih baik, pernah satu ketika dahulu sy merasai pengalaman yg sama, mungkin berada di tempat org tidak menyakitkan dari berada di tempat sendiri, tapi sekurang2nya sy pernah merasa apa yg awk rasa, satu pengalaman yang mengembirakan tetapi sakit utk dikenang, kalaulah ubat itu manis, mesti ramai yg sudi menelan mentah2 tanpa ada rasa sangsi adakah ubat itu pahit, manis kelat atau masam. Menjalankan hidup bukan mudah, ia seperti meniti pada arus jambatan yang hanya tinggal tali utk bergayut, pada yang handal dan punya pengalaman, pasti titian seraut tali itu bagai jambatan yg senang di lalui, hari demi hari, pergi dan pulang menggunakan tali yang sama, tapi pada mereka yg pertama kali, atau mungkin kali kedua melaluinya, pasti keraguan meresap di dalam hati dan cubaan utk mengelak titian itu.
saudari,
bekas kekasih sy yg menetap di Ulu Yam kini telah masuk anak ke-3 dan melalui hari2 yang bahagia bersama keluarga barunya itu, perkenalan sewaktu zaman belajar dan melalui hari2 bersama amat menggembirakan, tetapi kalau bukan jodoh utk bersama, mati hidup semula pun dia takan jadi milik kita, yang pasti, kita tidak mati kerananya dan dia akan hidup seperti biasa, yang membezakannya adalah kebahagiaan yg dikecapi si dia dan si kita, kalaulah kesempurnaan hidup ini diberi sama rata, tentu tiada rasa kesyukuran dan kebahagiaan yang baru kita rasa, sesungguhnya, hidup penuh liku, onak duri dan pancaroba, terpulang pada kita utk mencari cara melaluinya, utk mengelak sesuatu yg buruk perkara yg baik, tetepi meluinya dalah lebih baik demi menempuh hari2 mendatang dengan lebih bersedia. Dan kalau kita tahu apakah keburukan atau malapetaka yg bakal kita lalui, tentu kita bukan manusia, kerana insan bernama manusia, yg sudi memikul beban dan tanggungjwb sbgai khalifah, tentu saja ada cabarannya, akui bahawa hidup kita telah di tentukan, baik yg datang berupa seribu wajah suka dan duka.

saya masih seperti ini, berjalan sendiri dan tidak punya insan yang bertahta di hati, hidup bukan utk kecewa, tetapi kekecewaan itu mengajar erti utk hidup. jika ditakdirkan suatu hari sy punya insan tersayang, pastinya bukan kebahagiaan yg sy cari, tapi keserasian yg utama, kerana dari satu hati yang luhur pasti wujud kebahagiaan tanpa dicari, kalau org pernah kata “sayangilah org yang menyayangi kita” tapi sy pula menambah “serasikah org yang serasi dgn kita”?

soal kawen bukan kerja kita, dan bukan juga kerja Tuhan, ia telah di tentukan, hanya tanggungjwb utk berkahwin dan kejadian alam yg lumrah seorg manusia itu harus berpasangan utk melaraskan naluri hakiki seorg manusiawi yg lain. Di situlah kesempurnaan akan terjadi. hayati istilah perkahwinan dan ia berbeza dgn istilah kebahagiaan.

Waaah….dah macam surat menjawab masalah cinta pulak bila si dia itu menggunakan kata ganti saudari. Aku setuju dengan beberapa point beliau. Teman ni banyak memberi semangat kepada aku. banyak memberi nasihat, berikan aku ketawa dalam sedih. tapi selama aku mengenali dia, aku tak pernah bersua muka dengannya, tak pernah mengetahui siapa dia. tidak tahu nama sebenarnya. tidak tahu asal usulnya. tidak pernah ketahui apa-apa. yang aku ketahui hanyalah pengalaman hidup dia! oh misteri nusantara betul.

Untuk pengetahuan kalian, teman ini seorang wanita. kang ko ingat dia gay pulak kan ada teman lelaki. hihihi….

Jadi kepada teman-teman lain yang rasa sedih bila tengok kawan2 kawen..apetah lagi ex-gf ko atau ex-bf ko kawen…ala…takyah dikenang-kenang. jalani je hidup seperti biasa. kita ada family, kawan-kawan yang mampu berikan kegembiraan kepada kita. yang paling penting, kita ada Allah. Dia Maha Mengetahui segalanya. Ko Ada masalah, ko rindu dendam, sunyi sepi…ko cakap je dengan Allah. Allah Maha Mendengar! banyak-banyakkan masa untuk bersama denganNya. InsyaAllah, segalanya akan baik dan tenang.

sekilas : lunch hari ini nasi impit dan rendang ayam. jom makan!

Posted in cinta, info - Tagged sedih

Aku takde hutang dengan family ko, aku bayar ko cash tau!

Nov02
2010
10 Comments Written by Sekilas

Before this aku ada buat blog under wordpress. Bila dah beli domain, blog itu macam aku tak usik-usik la. tapi masih ada komen-komen baru yang datang, dan aku akan selalu update komen-komen tu. walaupun entry tak update dah, tapi aku jenguk-jenguk jugak blog lama aku tu.

Dalam salah satu entry ada lah seorang pembaca ni bertanya hal rumah tangga kat aku. al maklumlah, aku ni mana pernah kawen. jadi takde pengalaman dan tak tahu nak balas apa kat komen dia tu. Komen beliau adalah seperti berikut :

…sesetengah suami mengatakan ‘ABANG CARI DUIT JEE UTK ANAK2.KEJA2 RUMAH N JAGA ANAK..2 KEJA AWAK LA’..suami apa eh cam ni..geram btl dgn suami mcm ni..pas 2 tak prihatin langsung dgn family..n yang paling menyakitkn hati bla c istri membebel sikit..’JANGAN BANYAK CAKAP LA.. AKU TAK DE HUTANG DGN FAMILY KO..AKU BAYAR KO CASH TAU’.Macam mana nk menghadapi suami spt ini?

dah macam pakar kaunseling rumahtangga plak bila kakak ni duk tanya aku. soalannya macam mana nak menghadapi suami seperti ini. tapi mungkin dari segi pembacaan aku melalui pengalaman orang yang dah berumahtangga ni, masalah akak ni masih boleh di selesaikan. Suami itu tak bersalah sebenarnya, cuma cara dia bersuara itu kelihatan tegas. mungkin dalam keadaan marah dan penat…keluarlah ayat-ayat macam tu.

Aku teringat blog Hamka yang aku baca ada cerita pasal suami yang tak membantu membuat kerja-kerja rumah ni. Kata Hamka, kenapa mesti marah suami yang tak buat kerja rumah. Duduk goyang kaki, baca surat khabar dan tengok TV tanpa memikirkan penatnya isteri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Wahai isteri-isteri, cukup baik suami-suami awak tu tak duduk melepak kat luar rumah, kat kedai kopi, berpeleseran dengan wanita lain dan melakukan aktiviti-aktiviti yang kurang best di mata isteri. Bukankah bagus suami tu duduk dirumah di depan mata kita dan kita tahu apa yang dibuatnya?

Adalah di kalangan lelaki ni kata, sebenarnya jauh di sudut hati mereka, mereka kasihan melihat isteri-isteri ni buat kerja. dalam pada baca surat khabar di jelingnya isteri yang memasak di dapur atau mengemas rumah. nak tengok betapa gigihnya si isteri. Pasti ada terselit kasih sayang dan perasaan simpati dalam diri mereka. janganlah berprasangka yang bukan-bukan. Waktu di rumahkan untuk sang suami berehat-rehat. konon lah!

dan seperti biasa, mana-mana lelaki pun tak suka kalau perempuan membebel. hihi….My Cinta pun tak suka kalau aku membebel kat dia. itu belum kawen. kalau dah kawen camnelah gamaknya aku membebel nanti. harap-harap dia tabah menghadapinya..ahaks! Kalau boleh dikurangkan bebelan tu adalah lebih baik. daku pun sedang cuba praktis untuk takmo memanjangkan cerita dengan membebel. boleh?

suami kan penat balik kerja, cari duit, bagi nafkah zahir dan batin setiap malam. hahaha..jadi fahamilah suami. ada satu kisah di zaman Nabi yang rasanya semua orang dah tahu.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu haritelah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta jasabaik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembanturumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milikbaginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya : “Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yangkamu minta siang hari tadi?”

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklahdia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesahdalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami,walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Betapa besarnya pahala seorang isteri yang melakukan kerja-kerja rumah tanpa keluh kesah. Semoga ini juga dapat membantu aku dan para isteri yang lain.

Bukan itu aje ada juga hadith-hadith mengenai khidmat isteri ini kepada suami. antaranya ialah

  • Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.
  • Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.
  • Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.
  • Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
  • Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.
  • Isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun,
  • Isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka..
  • Isteri memasak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka,
  • Apabila menjemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari.

Betapa bestnya menjadi isteri. huhuhu….Jadi, wahai kakak, redhalah dengan segala tugas-tugas di rumah sebagai isteri. dan berdoalah agar suami akak menjadi suami yang taat kepada perintah Allah. Kepada suami kakak tu tadi, takyah ler sampai mengherdik mengeluarkan kenyataan serupa itukan. Isteri itu tempat untuk dimanja dan dibelai. bukan diherdik. sama-samalah kita menjadi suami isteri yang diredhai Allah swt. *eh macam lah aku dah kawen. hikhik*

sumber maklumat :google dan blog hamka

sekilas : ingin Khidmat kaunseling rumah tangga : hubungi saya! hihi

Posted in Kisah-kisah itu, masyarakat - Tagged masalah, suami isteri

20 tips kurangkan belanja perkahwinan

Oct16
2010
3 Comments Written by Sekilas

baru-baru ni aku sangat syok pergi survey harga-harga barang kawin la..pelamin la..hikhik. macam lah dah tunang sibuk-sibuk pikir benda-benda kawen ni. tapi tiba-tiba aku tertarik dengan 20 tips untuk jimat bagi kurangkan belanja kawin. aku petik kat setel kahwin. meh tengok sesama.

1. Buat majlis yang ala kadar jer – memang semua orang akan cakap nak buat majlis simple. tapi penyudahnya, meriah jugak. lagi-lagi kalau  itu anak pertama atau itu anak bongsu. pengantin memang kalau boleh nak simple. tapi mak bapak pengantin tu ha yang terlalu sibuk nak itu nak ini mengalahkan dorang yang kawen. aku dapat bayangkan mak aku macam tu nanti.

2. Mintak tolong sedara mara dan orang2 kampung – waaa…..masalahnya aku ni kahwin kat bandar. jirang tetangga plak bukannya semuanya rajin belaka nak tolong. kenduri kat surau tu berapa kerat je la yang datang time hari raya Qurban tu. sedara mara plak ramai yang dah tua-tua. nak harap ke anak-anak dorang..hmm..idok ler. dorang pun pemalas macam aku. hakhak! memang katering jugaklah jawabnya. orang kampung jugak yang best kan?

3. Jgn jemput SEMUA org yg korang kenal – aha….ni pun best jugak. mungkin aku akan berjaya mengurankan orang yang aku kenal untuk dijemput. rakan-rakan terdekat jela aku jemput. sebab ini kompom akan mengurangkan bajet. tapi ko tahu sapa yang akan lebihkan bajet tu, mak aku! kompom dia akan ajak sedara mara tak kira dekat jauh. sebab mak aku ni suka gi kenduri kawen orang. jadi dah sah sah ler ramai yang dijemputnya nanti. hmm…yang aku tak kenal pun kang ada. tapi mak aku kenal la. dah sedara dia.

4. Tak yah membazir untuk bersalin banyak2 baju –saya setuju. aku pakai nikah dan bersanding sau je. betul betul. aku takde dah nak ganti-ganti baju. membazir! skarang bukan cam dulu2 ade majlis persalinan. haa mak! takyah ngengada.

5. Elakkan buat masa cuti skolah (kalu bulehla, yer) – setuju ke tak? kalau kawen time cuti skolah berkemungkinan akan ada banyak kenduri. jadi mesti ramai gak yang terlepas nak hadir kenduri kawen kita. tapi kalau ikut yang betul sebab cuti makanya ramai lagi le orang nak datang. terutama yang duduk jejauh tu. lagi meriah. hurm…yang ni kena pikir, nak elakkan ke tak?

6. Barang hantaran tak perlu byk2 – haha…aku dah pikir ni awal-awal dah. hantaran aku biar 7, dia balas 5. dah pikir dah. takyah beli mahal2 sangat pun takpe. orang nak kata ape. aku yang guna barang tu bukan dorang.

7. Beli belah masa tgh sale – kite bertuah sangat la  sbb duk kat bumi Malaysia nie, di mana Mega Sale dibuat 3x setahun!..huhu:-D.. Masa nie lah mcm2 promosi kluar …’Harga Giler’ la, ‘Harga Maut’ la… >> yeah waktu yang sangat sesuai unguk shopping!! betul gak kan. time ni patut dah leh beli barang sikit-sikit. hikhik.

8. Pilih pakej perkahwinan – jangan plak ko sewa baju kawin kat kedai A, pelamin kat kedai  B, make-up plak kat C and so on… nanti kepala ko gak yg naik pusing …. better sewa semua skali dlm satu bundle.. tak yah susah2 ..dan pilih la pakej kawin yang sesuai dan berpatutan. >>> ehyang ni seharusnya! tapi yang susahnya kang mula la datang sedara yang syorkan butik ni…ade plak sedara lain syorkan butik ni. padahal dorang tak tahu ke bajet aku sikit. tak ikut kang kata aku kedekut.!! camne tu? lagi-lagi kalau makcik2 ni mult macam puaka kata orang.

9. Jgn berhabis untuk beli brg kemas – wooopps! aku okey je. kalau dapat barang kemas tu cantik je dah cukup bagi aku. aku paham bakal suami tidak sekaya mana. cewah!! jadi dont worry sayang. ini i boleh tolak ansur. tapi jangan ada yang berani-berani tanya,”eh, berapa harga cincin kau tu?” aku libas nanti. sibuk nak tahu buatpe?

10. Duit hantaran kenalah berpada2 – ini aku jugak boleh tolak ansur. yang mungkin tak boleh tolak ansur ialah mak bapak pengantin. hurmm…tolong lah paham! my future husband orang biasa-biasa jerk. rm7 ribu banyak tak?

11. Cuba buat sendiri apa yang buleh korang buat – err…apa yang aku boleh buat eh? hantaran, goodie bag! muahaha….tak tahu ar ape skil yg aku ader.

12. Buat majlis sanding on the same day as akad nikah – yeah…nikah pagi, sanding tengah hari..petang buka hadiah, malam masuk bilik..ehem ehem! muahahaha

13. Kalu tak cukup bajet, tak yah la nak berhabis untuk wedding entertainment – memang takde bajet untuk itu. tapi kompom pakcik aku nak sponsor PA system. sebelum aku kawen lagi dia dah suh aku ajak dia setup teknikal. issh2 tak sesabor pacik aku tu.

14. Majlis kenduri kahwin – kalu bajet ciput, buat majlis kawin yang ala kadar jer la, kan? Tak yah la nak buat grand2 sangat seperti buat kat hotel ke, taman ke, dalam laut ke..:-) Kalu kedua pasangan pengantin duk area sama, apa kata korang gabung jer untuk buat majlis…>>>tak setuju. nanti sedara mara dia lagi ramai dari sedara mara aku camne?? issh2…lagipun tak syok. sebab nanti mak ayah aku tak dapat layan sedara mara dia dengan aman. begitu juga dengan pasanganku. huhuhu

15. Pinjam baju nikah/sanding –hohoho….aku nak tempah jugak. tapi baju nikah tu akan ku pastikan aku leh buat untuk baju raya tahun berikutnya. hahahaha…….

16. Elakkan dari tempah baju kawin yang baru –lar hai….bukan ker kalau nak bersanding sewa je baju tu. tak kuasa la hai nak tempah banyak2 baju.

17. Postpone honeymoon - ala…kitorang honeymoon dekat-dekat jer! dont worry….dah kawen bila-bila leh gi. hehehe….

18. Design sendiri kad jemputan – yeah..sudah ade beberapa nama dalam kepala otak aku. err..kalau suruh officemate aku buatkan boleh tak?? aritu aku dah nampak dah skill dia design kad kawen. dia memang kreatif. agak-agak dia nak design free tak untuk aku? wohaaa…..

19. Buat senarai semak atau checklist siap2 – checklist nie memang penting dan kena buat awl2 lagi. Darinya korang buleh tau brape byk yang bakal dibelanjakan. Dan  ia jugak memudahkan korang untuk ‘keep track’ utk bende2 yg telah atau  blom dibuat atau dibeli… >>>setuju!! terutama checklist jemputan. muahaha…checklist barang hantaran, canopy dan sbgnya.

20. Pilih pakej fotografi yang sesuai – sekarang ni fotografi semua mahal-mahal kan?? ade tak kawan-kawan aku willing nak buat kerja FREE?? mesti takde kan??? hurm..kalau bagi harga kawan-kawan ada tak???waaaaaa…takde ke???

okey itu sahajalah komen aku untuk 20 tips yang setel kahwin bagi. hihi….korang nak komen sekali pun boleh.

sekilas : beriyer je tengok tips. kahwin nya ntah bila? *nampak sangat dah gatal nak kawen kan?*

Posted in info, me - Tagged kurangkan perbelanjaan, tips, tips jimat belanja kahwin

berbaloi ke kalau kahwin buat pinjaman bank?

Oct06
2010
18 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum kawan-kawan semua. Dan selamat sejahtera di ucapkan buat pengerusi majlis, para hakim yang cun dan ensem, para jemaah sekalian..sidang hadirin dan hadirat yang diredhai oleh Allah. fuh! dah macam nak masuk pidato rasanya.

Aku terbaca blog zara yang mana dia berkongsi rasa dan citarasa oh ayat macam ape ntah, dengan kita semua mengenai seorang temannya (lelaki) yang ingin berkahwin dengan GF dia. oke dipendekkan cerita, BF ni dah hantar rombongan meminang kat rumah keluarga GF dia ni. tapi yang sadisnya, Pihak perempuan meminta duit hantaran sebanyak RM20 RIBU dan hantara serba satu. pergh!!

kenapa kita kata perghh!! kenapa kita terkejut? kenapa? sukati mak pak dia la nak letak hantaran berapa pun kan. katanya dah penat besarkan anak! huh! siap tanya lagi kat mak lelaki Berapa harga cincin risik tu?

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang merasakan menjaga anak dara seorang lebih sukar daripada menjaga lembu sekandang tu, menjual lembu dengan harga RM20 ribu lebih berbaloi daripada meletakkan hantaran sebanyak itu seolah menjual anak.

Mungkin zaman sekarang sudah berubah, jadi mak bapak rasa belanja kawen itu banyak, dan perlu menggunakan banyak duit untuk kenduri kawen, Pelamin indah bak kayangan, di sebuah hotel / dewan… Baju pengantin ala-ala cinderela ibarat perkahwinan Siti Nurhaliza, ingin menjemput tetamu VVVIP dan kena bagi goodie bags yang harga satunya cecah rm100, bunga telur yang mungkin boleh tahan selama 7 hari 7 malam (telurnya sahaja) dan menempah kek setinggi 7 tingkat sambil memegang pedang kesatria untuk dipotong, kad kawen yang wange nak mampos sampai design punya gempak berenda-renda, khemah sebanyak 10 untuk ditempah dan sebagainya.

tapi berbaloikah itu semua jika selepas kawen sebenarnya si lelaki telah membuat pinjaman ceti @ bank untuk perkahwinan itu dan sedang menanggung hutang piutang yang menimbun. kemudian nak beli beras, nak beli barang dapur, nak beli susu anak selepas berjimak dan melahirkan zuriat yang comel dan sihat belaka sebab kuat minum susu. maka suami bekerja siang malam, isteri minta je duit kan. tapi bila tak cukup mengamuk, mengadu kat mak. pastu bergaduh lagi dan akhirnya bercerai.! itu pun kalau sempat buat anak. kalau baru 3-4 bulan kawen dah terduduk bercerai…berpuluh ribu yang dibelanjakan itu berbaloi ke?

ceritanya…TAK PAYAH ler buat pinjaman bank… tu ha..PTPTN aku pun tak berbayar lagi. baik bayar PTPTN aku. dan bakal-bakal suami yang sanggup bayar duit hantaran sebanyak itu..silalah bayar jika MAMPU. jika tidak, berbincanglah secara baik untuk mendapatkan gadis itu. sebab Islam itu amat mudah…jadi cuba slow talk-pujuk rayu-iqram muslimim, sedekah (rasuah) serta bagi hadith dan fatwa amaran bahaya lambat kahwin..haha..aku ingat nak suruh je My Cinta buat camni kat mak ayah aku. jadi tak? hikhik….

Apakah itu perkahwinan?

Sebenarnya, maksud yang tersirat di sebalik perkahwinan yang telah tersurat selamat di ijab kabulkan adalah bermakna,segala dosa sang isteri yang sebelum ini di tanggung oleh ayah dia, abang dia,bapak dia, kini korang sang suami yang kena tanggung segala dosa isteri korang tuh, ayah dia dah boleh cuci tangan… sebab tu ada ganjaran yang besar untuk ibu bapa yang ajar anak perempuan dia dengan ilmu ugama dan kahwinkan cepat cepat… -HAMKA-

Sabda Nabi Muhammad s.a.w (lebih kurang) “kemulian wanita terletak dalam tiga perkara:

1.Cepat kahwin
2.Murah maskahwin
3.Cepat beranak.”

Dalam Hadith riwayat Saidina Ali Karamallahuwajjah, 3 perkara kena cepat2,:

1. tanam mayat
2. Solat bila masuk waktu.
3. kahwinkan anak perempuan bila ada org berhajat padanya.

“Kain buruk lebih mulia dari wanita yang tak nak beranak (lebih kurang hadith)”

Jadi kalau nak tunggu orang sanggup bayar rm20 ribu untuk anak dia..bermakna dia pinjam ceti atau dia memang kaya. ada tak korang baca sebelum ni aku tulis, Nabi kata orang kaya adalah orang yang lambat sikit masuk syurga ~~ tapi tidak bererti kita yang miskin hina dinar ni cepat masuk syurga. kalau dosa lebih banyak dari pahala apa faedah Allah nak bagi kita masuk Syurga cepat kan.

Kan lebih elok kalau Tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang merasakan menjaga anak dara seorang lebih sukar daripada menjaga lembu sekandang tu, bertanya pada pihak lelaki, anak kamu tu solat 5 waktu cukup tak? kalau cukup, solat di awal waktu ke tak? selalu pergi masjid tak? pernah tak dia tinggal puasa? boleh tak dia jadi imam dalam solat berjemaah bersama-sama isteri? dah cukup ilmu agama untuk mendidik isteri tak?

mana lah tahu karang tak tertanggung dosa isteri dek kerana kejahilan suami dengan perkara remeh temeh ni. kotnya la isteri pakai tudung berlengan pendek, di biarkan je isterinya itu…haa…sape yang dapat dosa? suami jugaaaa sebab tak tegur isteri dan tak tahukah dia, betapa perkara itu akan mengheret suami sekali masuk neraka kalau suami diam je buat tak tahu.

Jadi kalau rasa cinta sangat dengan gadis itu buatlah solat istikharah..minta petunjuk dari Allah benarkah si gadis itu untuk ko..kalau tak, cari jela yang lain. memang susah nak jumpa wanita yang benar-benar wanita di dunia akhir zaman ni. tapi Allah itu Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNya. InsyaAllah…

sekilas : yang…bila nak datang minang ni. hihi…saje bikin panas!

Posted in cinta, Kisah-kisah itu, masyarakat - Tagged hantaran

Norman & Memey akan berkahwin

Jul23
2010
1 Comment Written by Sekilas

hoho..akhirnya, berita yang baru ku dengar kat HotFM tadi menyatakan bahawa Norman Hakin menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan hari perkahwinan dia dengan si genit memey tu. eh genit ke? huhu…


gambar : sini

aku pasti ramai yang akan meluat dengar berita ni, meluat kat Memey..kat Norman. hai dulu macam gunung berapi meletop menafikan hubungan, lepas tu semakin intin dan tak segan silu pula bersama setiap masa. bagusla kalian berdua mempercepatkan hari bahagia tu. kalau dah kawin, mulut orang ni tutup. tapi kalau sepanjang perkahwinan korang ade problem, memang orang mengata balik la. kenapa? sendiri mau ingat ye!

kemesraan dorang dah memang jelas dan nyata. kita tunggu jela hari bahagia itu ye. kepada Abby, tak payah nak rasa marah-marah ke apa. itu dah jodoh deme la kan. yang penting kebahagiaan anak-anak dalam mendapat kasih sayang ibu dan bapa.

sekilas : teringat time melodi dulu Norman minta setel dengan Abby hal khalwat tu, penyudahnya dia tetap dengan Memey. jadi ape? jadi itu semua lakonan demi menutup keaiban diri depan kamera jek!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Artis, info - Tagged memey, memey dan norman berkahwin, norman hakim
« Older Entries

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Hari Kejadian
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • 4 Bulan Sebelum

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress