• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged pengalaman

Bagaimana sekiranya kita disuruh berpindah?

Jun28
2010
7 Comments Written by Sekilas

err…macam mana eh? aku tak sangka pulak persoalan ni menjadi rumit. sehinggakan ade antara pembaca aku yang search benda alah macam ni…pastu link kat aku la. aku takde la cerita pasal pindah-pindah ni. tapi mungkin keyword dia ade sangkut paut, tu yang agaknya sangkut kat blog sekilas ni.

tapi yang bestnya..ader 3 kali orang search pasal ni..? apasal dorang suruh korang pindah? korang tak bayar sewa rumah ker? atau pun korang ni ade buat hal kat kawasan rumah tu? ataupun tuan rumah nak duduk rumah tu semula?

aku ni takdelah pengalaman dihalau tuan rumah or tuan rumah suh pindah. tapi waktu aku duk menyewa kat Resak dulu, ade jugaklah, tuan rumah bagi-bagi hint…”rasanya nanti, saya nak suruh anak buah saya duk sini sebab dia tengah cari rumah sekarang” …lebih kurang macam tu la. memang la dia kata anak buah kan. nampak la sket bukan dia nak duk rumah ni. walhal, dia dah takmo bagi orang sewa dah.

Alhamdulillah, sebab kami orang-orang pompuan kan jaga rumah. elok, bersih, kemas..jadi sambung jugaklah kontrak. dan rasanya sampai sekarang aku dah pindah..rumah tu masih disewakan. ade la kawan aku still duk situ lagik. bagus tuan rumah tu.

tapi yang korang ni ape kes? kena tanya betul2 la apesal korang kena pindah. kalau dah kena pindah tu, pandai-pandai la standby rumah baru. gheti-ghetikanlah diri tu mula mencari kan..takkan nak buat dunno jer kalau tuan rumah dah suh pindah. minta tempoh…bincang cara baik. kalau ader kontrak, pi selak balik kontrak korang. kot-kot leh guna waktu perbincangan. sebab kontrak ni kekadang ade tulis, kena bagitahu sebulan awal untuk pindah. sebab senang nanti korang nak cari rumah baru.

macam expert je aku ni kan. so, nak tanya lebih lanjut…leh tanya kat orang yang pakar. aku ni idok pakar. berdasarkan pengalaman jerk. semoga korang tak jadi pindah la yer.

sekilas : yang penting korang tak buat hal!

Posted in info - Tagged pindah rumah, rumah sewa, tuan rumah

Segalanya mungkin

Jun02
2010
12 Comments Written by Sekilas

Banyak rasanya yang nak dibicarakan diruangan blog ini. cuma tak tahu yang mana nak dicatatkan dalam diari kehidupan ni. Hari ni aku buat kerja sangat kelam kabut. bukan ape pun sebabnya…tapi dek kerana kesengalan aku tak reti nak guna printer, keadaan menjadi ribut sebentar dan sebenarnya aku dah buat banyak pembaziran. rasa sesal tak sudah sebenarnya.

Kecian kat bos, duk terkejar2 masa sebab menanti aku sudahkan printing. selalu staff tunggu bos, ini bos lak nak tunggu staf wat kerja. dahla tu kerja separuh jalan. tak abis print pun. dan penyudahnya tak guna pun…haishh..norfa…norfa. tapi kelakar la tengok bos dan Mr. Z kite…hehe..berlari-lari naik tangga. aku yang duk pakai heel pun terpaksa ngikut rentak dorang tu berlari. tapi sampai dalam lift…naik turun nafas dek kerana mengah..haha. oke itu namanya iklan sekejap.

Pernah satu ketika En. H bertanya pada aku, “Apa yang awak dah belajar kat SL?” otak blank kejap. sebab soalan yang datang tiba-tiba macam tu aku selalu tak dapat nak jawab dengan jujur. huhu…yang pantas bermain dalam kepala otak, aku belajar buat photoshop! boleh?  dulu time study ade juga guna photoshop ni hasil tunjuk ajar satilah. sampaikan aku pun siap ajar sepupu My Cinta si Arev tu la guna photoshop. haha…tapi kalau nama tak minat, ajarla camne pun…lupa jugak. Tak sangka bila bekerja aku kena juga guna photoshop. terpaksa belajar balik dengan staf yang ada.

Bukan itu sahaja yang aku belajar. Di tempat kerja yang serba baru ni…*pada aku semua baru la kan* aku belajar banyak perkara. dan tak semua perkara aku boleh nyatakan. Kalau dari segi kerja, aku belajar macam mana nak hias sebuah laman web korporat. susun atur, warna, design, content dan sebagainya. aku tahu sedikit macam mana bentuk coding html. Aku ikut dorang gi meeting, jadi aku belajar macam mana dorang berdepan dengan client. selalunya kalau namanya Cik Norfa ikut pi meeting, aku tengok je tak bercakap. tapi tengok bukan sesaje, belajar. Learn from expert kan. dah lupe ke?

Selain soal kerja, aku belajar sesuatu yang lain. soal itu biarlah aku sahaja yang tahu.mungkin jika ade kesempatan aku akan share dengan korang. mungkin…dalam sedar atau tidak aje korang membacanya. Yang pastinya, 3 bulan pertama ini, aku seronok bekerja di tempat baru. cukup 6 bulan nanti aku akan cerita habis-habisan pasal tempat kerja aku ni. kenapa 6 bulan? sebab insyaAllah, kalau diberi ruang dan peluang aku dikatakan pekerja tetap di SL. mungkin!

Hari ini sesuatu yang baru lagi aku pelajari…haha..kalau korang perasan bila aku gunakan ayat “hari ini aku belajar sesuatu lagi” bermakna sesuatu itu ku pelajari sewaktu aku bekerja. tengoklah hari tu aku buat ape kan* :) renung-renungkan dan selamat beramal!

sekilas : mungkin tidak bererti ia akan terjadi dan sebaliknya.

Posted in me - Tagged belajar, kerja, learning

Pengalaman memberi pengajaran kan?

May19
2010
13 Comments Written by Sekilas

itu pendapat aku yang masih muda belia ni. 25 tahun kira belia muda negara lakan…25 tahun hidup pun aku rasa macam2 hal yang aku dah tempuh. *kecuali zaman berkahwin la sebab i single but not available oke*

setiap hari aku akan belajar benda baru. tak kisahla dari segi pembelajaran kerja, perbualan, memahami sikap lelaki dan perempuan, memahami tugas sebagai seorang ketua, memahami bagaimana menjadi seorang pekerja, memahami hati seorang adik kakak, menyelami perasaan seorang sahabat dan sebagainya.

Ada beberapa perkara yang kadang-kala menyentuh perasaan aku sebagai seorang manusia yang bergelar adik, anak, kawan, kekasih, perempuan dan sebenarnya sebagai hamba Allah. perasaan itu pula pelbagai gembira, sedih, marah dan lain-lain.

Hari ini aku menangkap sendiri maksud pembelajaran yang ku rumuskan diakhir nya…

“Hidup bukan semudah yang disangka. mempelajari ABC juga tidak mudah bagi seorang kanak-kanak. Jangan juga kita melihat kegembiraan seseorang itu cukup sempurna bagi dirinya kerana siapa tahu di hatinya penuh gelora dan seribu satu masalah yang tak dapat diungkap dengan kata-kata dan riak wajah”

aku, kau, mereka dan sesiapa sahaja…sentiasalah menginsafi setiap yang berlaku di sekeliling dan bersyukurlah kerana hidup kita sebenarnya lebih baik berbanding mereka yang lain.

p/s : entry ini mungkin sukar untuk kalian fahami. tapi aku menulis dari hati.

sekilas : ketakutan pasti akan memberi kekalahan kepada diri. aku harap ia tidak terjadi pada aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in masyarakat, me, merapu - Tagged pengajaran

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Hari Kejadian
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • 4 Bulan Sebelum

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress