itu pendapat aku yang masih muda belia ni. 25 tahun kira belia muda negara lakan…25 tahun hidup pun aku rasa macam2 hal yang aku dah tempuh. *kecuali zaman berkahwin la sebab i single but not available oke*
setiap hari aku akan belajar benda baru. tak kisahla dari segi pembelajaran kerja, perbualan, memahami sikap lelaki dan perempuan, memahami tugas sebagai seorang ketua, memahami bagaimana menjadi seorang pekerja, memahami hati seorang adik kakak, menyelami perasaan seorang sahabat dan sebagainya.
Ada beberapa perkara yang kadang-kala menyentuh perasaan aku sebagai seorang manusia yang bergelar adik, anak, kawan, kekasih, perempuan dan sebenarnya sebagai hamba Allah. perasaan itu pula pelbagai gembira, sedih, marah dan lain-lain.
Hari ini aku menangkap sendiri maksud pembelajaran yang ku rumuskan diakhir nya…
“Hidup bukan semudah yang disangka. mempelajari ABC juga tidak mudah bagi seorang kanak-kanak. Jangan juga kita melihat kegembiraan seseorang itu cukup sempurna bagi dirinya kerana siapa tahu di hatinya penuh gelora dan seribu satu masalah yang tak dapat diungkap dengan kata-kata dan riak wajah”
aku, kau, mereka dan sesiapa sahaja…sentiasalah menginsafi setiap yang berlaku di sekeliling dan bersyukurlah kerana hidup kita sebenarnya lebih baik berbanding mereka yang lain.
p/s : entry ini mungkin sukar untuk kalian fahami. tapi aku menulis dari hati.
sekilas : ketakutan pasti akan memberi kekalahan kepada diri. aku harap ia tidak terjadi pada aku.




