Bila orang frust dalam bercinta akan keluarlah istilah ‘patah hati’ . kenapa? adakah hati iti berbentuk kayu yang panjang dan ia boleh di patah-patahkan. Sedangkan saat itu kita berkata lagi, “hatiku remuk, terluka kerana kecewa” .
Kalau kita lihat bahasa Inggeris jadinya ‘Broken Heart’ ..oh adakah hati kita sebuah mesin yang mudah rosak? Jika nak diulas kategori ‘patah hati’ ni memang tak habid kot.
Jika seorang perempuan yang patah hati, kita akan lihat mereka menangis, berkurung di bilik, bermuram durja dan sewaktu dengannya. itu yang aku tahu…mungkin ada yang pergi berhibur bersama kawan-kawan, tapi bohong la kot tak nampak dia masih lagi berduka dek kerana patah hati.
Tapi bagaimana dilemanya seorang lelaki yang patah hati? Bila si kaum Adam ni patah hati, bagaimana reaksi mereka? bagaimana kelakuan mereka?
Kalau kita bertanya pada si lelaki, “Bagaimana rasanya patah hati?“ Aku tak fikir dorang akan jawab direct. dorang akan pendam perasaan…dorang akan alihkan perbualan. dorang akan berlagak slumber seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Ini dari telahan seorang kawan kepada kawannya la..
Aku pernah mempunyai seorang sahabat lelaki yang patah hati. tapi kalau diaju soal perasaan ni dia tak akan jawab direct. namun, dari mana aku boleh mengesan betapa sedihnya perasaan dia ketika itu. Sewaktu kami melewati sebuah kedai makan, kami singgah untuk menjamu selera.
Makanan yang di order ialah nasi putih dan tomyam campur. aku seperti biasanya akan makan nasi goreng kampung dan telur goreng. Selepas makan, kami berbual-bual.
“Ko camne okey ke?”
“Aku rasa sakit perut”
“Mungkin pedas sangat Tomyam tu kot“ ujar aku.
“Mungkin…aku tak pernah order Tomyam. selalu order sup daging”
“Kau tak sedih ke dengan apa yang berlaku” soal aku mengenai perasaannya ketika itu.
“Sedihla jugak, hari ni sup daging dorang dah habis pulak. Ingat tadi nak order kat tempat selalu tu, makan kat rumah”
Selepas berbual mesra, aku pergi membayar makanan. Kami berjalan keluar daripada kedai makan tersebut. Dia menggeliat dan memandang ke depan. kemudian berkata :
“Kau tahu kenapa aku nak order sup daging? sebab selalu kalau aku keluar dengan dia, kitorang akan order makanan tu dan share berdua. Setiap kali aku makan nasi dan sup daging aku rasa aku macam ade dengan dia je”
Aku senyum melihat sahabat. Ternyata syndrom patah hati beliau terkesan saat dia ingin menjamu selera. Dia takkan bagitahu aku yang dia rindu awek dia orderkan makanan yang selalu mereka makan. dia juga takkan beritahu aku bahawasanya awek dia itu banyak mengubah kehidupan dia.
Tapi dalam dia tidak memberitahu itu akhirnya aku tahu dengan sendiri…
kami berpisah menuju ke jalan masing-masing.
p/s : cerita ini telah diubah mengikut suka hati aku… huhuhu
sekilas : siapa aku di hatimu?




