Posts Tagged ‘ pantang 44 hari ’

Yaa, hari ini sudah hari ke 44 Muhammad Hanif Naufal melihat dunia. Bermakna sudah 44 hari aku berpantang. Pantang la sangat. Hari ke 40 dah beraya sakan makan itu ini. huhuhu…

itulah susah nya kalau masa pantang jatuh hari raya. ekekeke…walaupun ku terliur melihat segala jenis makanan. tapi aku paling terliur kalau time panas tengok plak air sejuk. pergghh…itu kalau dapat tu, berteguk2 ku minum.

Walaupun dah 44 hari, tapi aku tetap perlu berpantang air sejuk dan segala jenis makanan sejuk. jaga badan dan kesian kat baby. entah, ikut aje cakap orang berpengalaman ni.

Alhamdulillah, Hanif Naufal sehat. Mohon sangat pada Allah agar kesihatannya sentiasa dalam keadaan baik. insyaallah. aku risau sangat. anak kecik lagi. tak kuat lagi aku nak hadapi perkara-perkara buruk.

Untunglah Hanif Naufal. lahir saat orang dah sambut syawal. makanya banyaklah collection ye…hehehe..buleh la nanti buat beli brg naufal. eh? macam tu plak. Abi kata nak masuk bank. soal tua aku semua bonda serah kat Abi ye…aku ikut je..

Ramai cakap badan Hanif Naufal debab. hehe…alhamdulillah. setakat ni masih menyusu badan sepenuhnya. stock susu dalam proses supaya aku masuk keje nanti, mak aku boleh bagi susu kat Hanif Naufal. Mohon juga pada Allah agar aku dapat menyusu badan untuk Hanif Naufal sepenuhnya sehinggalah dia berusia 2 tahun. InsyaAllah…

Selamat habis pantang buat aku. hehehe…

sekilas : dah lama cuti rasa malas je nak keje..huhuhu