• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged Nuffnang

Nuffnang memang terbaik!

Jul02
2010
18 Comments Written by Sekilas

Rasanya jarang aku duk cerita kebaikan Nuffnang ni kan? kalau cerita pun sikit-sikit jer. banyak-banyak cerita pun pasal contest yang dianjurkan oleh Nuffnang. Hurm, aku takde tips gempak-gempak macam sesetengah orang yang mempunyai pelbagai idea untuk meraih pendapatan dari Nuffnang. walaupun aku rasa aku pernah buat entry nak dapatkan BE dari Nuffnang! aku sendiri pun tak ikut tips tersebut..hehe boleh tak?

tapi saja nak share pada korang..sejak aku join Nuffnang November 2009, aku dah cashout sebanyak 2 kali. termasuk yang baru beberapa hari lepas la. dan cek pertama bakal ku miliki nanti…

Mungkin dah banyak dah entry menunjuk bukti dari blogger yang lama dah join Nuffnang ni. tapi sebab aku kan pertama kali nak dapat cek. so sementara aku tunggu cek tu sampai..aku dah capture pendapatan yang aku perolehi buta-buta tanpa berpeluh sekali pun. hanya membina sebuah laman blog, dan bercerita kisah diri aku dan mungkin kisah orang lain.

Selain daripada tu, aku juga suka Nuffnang ni sebab dorang selalu anjurkan contest dan adakan event yang best2. Tak semua event atau contest aku join. mana yang sempat, mana yang sesuai dengan diriku ini aku join la. mana yang pernah aku tulis kat blog mungkin korang leh baca-baca la yer. Antaranya :

  • Paranormal Activity
  • The Descent 2
  • Gatsby Deoderant Street Fair
  • Date Night

Million thanks to Nuffnang yang sudi memberikan pelbagai  ganjaran yang terbaik untuk kami blogger2 picisan. aku la tu yang picisan tuh. kerdil jer kalau nak dibandingkan dengan otai-otai semua.

Kalau tengok pada amount kat atas tu takut plak ada yang tak caya kan…”betul ke minah ni punya amount ni?” huhu…betul la tu. kalau orang lain punya lagi banyak tau. aku ni nak 7 bulan tunggu. itu pun banyak dapat daripada Project Alpha Season 2 punya entry. kot tak..lagi haram je jumlahnye.

Sapa yang masih belum mendaftar dengan Nuffnang, apa tunggu lagi. Anda akan dapat lebih ramai kenalan, lebih banyak mendapat pengetahuan, serta dapat menjana pendapatan di dalam tidak sedar. keuntungan di tangan anda jika anda tahu manfaatkannye.

kalau masih ada yang tak percaya. tunggu nanti cek aku sampai eh. tak sabar rasanya..hehe..i love you nuffnang.

sekilas : ini bukan entry kipas. just nak meraikan cek Nuffnang ku otw. hehe!

Posted in me - Tagged cek, contest

Entry baru yang tidak menarik

May25
2010
5 Comments Written by Sekilas

yeah…ini adalah entry baru yang tidak menarik. kenapa? haa…itulah yang kita tak tahu.

ia akan jadi tidak menarik kerana tiada isi. atau mungkin kerana ia memang tak menarik di mata orang lain yang membacanya.

tapi tak kisahlah ia menarik atau pun tidak..janji ia merupakan entry baru daripada aku kan?

Keputusan contest dah umum..bercuti pun sudah. poket sudah kosong. duit gaji je tak dapat2 lagi..al maklumlah, gaji ku di ujung bulan baru diterima.  ader orang ajak aku gi karok pun aku kena double kompom dorang yang belanja..sebab aku memang takde sen..hihihi…

orang mesti duk pelik, apesal aku tak gi bercuti pada hari wesak sambung sabtu ahad…yela ini aku cuti semalam macam rugi je kan…tapi nak wat camne..semalam jerlah hari-hari yang ada untuk menggunakan benda-benda FREE dan murah! hahaha…

mesti korang tak paham kan? takpe..memandangkan entryini pun tidak menarik, memang korang tak kan paham ape aku tulis ni.

oh yer…Nuffnang ada buat contest lagi tu tengok Toy Story 3…so, korang yang kaki wayang, apa lagi sila buat entry tu. aku? oh..aku mempunyai masalah malas updet blog skrang, apetah lagi nak wat karangan pasal Toy story tuh. so..kalau kroang wat korang dapat…takde geng nak gi..korang leh harapkan aku yek…kalau aku buat, nak ajak My Cinta kompom dia takmo..sebab dia tak layan cerita kartun camni..hehehe..

Buat sahabat sejati forever and ever.. Situ Juliza Dzali..Selamat hari konvokesyen…Sorry tak dapat pergi majlis konvo ko arini. aku kerja la..lagi pun kau sidang pagi. kalau petang mesti aku leh cabut pi sana. :P apa-apa pun tahniah! akhirnya kau konvo jugak…

ini gambar bestfriend aku di cilok dari FB Attila Razmie.

Dari kiri Julie, Attila, Linda, aku

tahniah buat rakan-rakan yang lain..aku tuju kat julie special sket, sebab dia bestfriend aku. so yg lain jangan kecik ati yer..korang pun aku ucap tahniah jugak..selamat maju jaya!

sekilas : selamat bekerja!

Posted in contest, friends, movie - Tagged bestfriend, konvokesyen, UITM

Review : The Descent 2

May20
2010
7 Comments Written by Sekilas

Seperti yang korang sedia maklum aku dah pun pergi menonton filem The Descent 2 melalui tayangan FREE yang diberikan oleh Nuffnang selaku penaja tiket tu la kan. korang leh tengok entry ni kalau nak flashback balik..hahaha.

Okey..mari kite review pasal filem ni.

Sinopsis :

Sarah merupakan salah seorang mangsa hilang yang terselamat ditemui ditepi jalan oleh Sheriff Redmond. Dia dan 5 orang kawannya telah memasuki sebuah gua yang ditinggal lama dan didapati hilang setelah 2 hari takde khabar berita. so, bila dah jumpa Sarah ni… Sheriff Redmond ni nak bawa Sarah pi balik gua tu ngan penyelamat-penyelamat dorang untuk refresh balik apa yang jadi. Sarah ni kira macam dah hilang ingatan la tu. Bila dorang masuk jumpa la salah sorang kawan Sarah yang dah mati kena makan dek makhluk pelik dalam gua tu. tapi sheriff Redmond ni duk tuduh Sarah yang buat semua tu…Dah masuk je dalam gua tu…dalam beberapa tempat dalam tu dia pergi, Sarah dah mula ingat balik apa yang jadi..jadi dia pun ambil langkah drastik berlari daripada team yang masuk dalam gua tu skali…start dari tu la..bermulanya adegan suspen dan suspen dan suspen. so..sila ke panggung untuk saksikannya..hahaha..aku ni tak reti nak tulis sinopsis sendiri..hehehe..

Kalau korang tengok The Descent part 1…cerita dia pasal Sarah yang ader bestfriend 5 orang…satu hari Sarah accident dengan suami dan anak-anaknya…tapi hanya Sarah yang terselamat. So kawan-kawan dia ni nak bawa sarah pi riangkan hati yang duka lara dan lupakan apa yang jadi la..tu yang dorang bawa gi gua tu. bermula dengan tertinggal map la…pastu bila msuk gua dengar somethingla..jumpa rangka tulang la..dari situ la berlaku macam-macam hal yang lebih dasyat lagik..so pi tengok part 1 dulu yer…

dalam part 2..cerita ni memang kesinambungan terus dari part 1. Sarah ditemui dalam keadaan berlumuran darah..sebab dalam ending part 1 memang scene last tu SArah sorang je dalam gua tu yang selamat..tapi dia tak keluar lagi dari gua. So bila dia di bawa masuk balik dalam gua…semua orang tak percaya bahawa ade sesuatu dalam gua tu. sampailah dorang jumpa sendiri…

cerita ni memang twistkan pemikiran aku. mula-mula aku ingat lelaki yang ketuai team penyelamat tu hero…sape nama dia, Dan. Memang kau bajet Dan tu hero..soa ku ngan June kata…takkan dia mati dulu..Hero mesti bertahan lama kan. Kitorg bajet yang first mati tu Sherrif Redmond tu. sebab annoying gile tengok dia dalam movie ni. rasa nak ketuk je pala dia.

Time ni dorang jumpa camcorder mangsa yang tertinggal..dah 2 hari bateri tahan lama lagi tu..hehehe

Ni waktu dorang nampak kematian Dan depan mata dorang…Sarah nampak dah kembali normal.

Tapi memang dia dah bagi korang salah tafsir…sebab Dan tu la yang mati dulu antara banyak-banyak orang. memang unexpected la.

So..ader sorang awek cun dalam filem ni memegang watak Cath. watak dia ni best. sebab dia pura-pura gagah dan kuat waalupun sebenarnya dia memang takut giler. Cath ni terperangkap dalam runtuhan batu bata yang banyak tu. So, kengkawan dia yang len nak pi cari jalan lain nak selamatkan Cath. melalui walkie talkie..Cath buat suara “Okey” dia tu dengan penuh confident. padahal airmata dah mencurah takut punye pasal. aku salute tu la..dia takmo bagi kawan2 dia risau sangat kan.

ini scene Cath bawah timbunan batu tu..muka cuak jer..tapi suara control cakap okey.

ini Greg..ensem kan. !

pastu watak Greg…lelaki yang konon macho la..tapi macam penakut jugak. apa-apa pun dia sebenarnya dah selamatkan Cath dari di makan makhluk buruk tu. tapi korang tau ape jadi..lepas dia selamatkan CAth sampai jatuh gaung…akhirnya Cath tu pun mati tak sampai beberapa saat. macam sesia je Greg selamatkan dia..geram betul aku ngan plot dia. memang nak bagi semua orang mati dlm citer ni.

Paling best..watak kawan Sarah dalam part 1 ader…tak silap aku Juno kot..muka ala-ala chinese tu. haa…tengok dia pun dah macam makhluk tu dah terbongkok2..maklumlah 2 hari duk situ..dah bermesra la kot ngan makhluk buruk tu..hehhe. sarah dan Juno ni kira dah lali dengan prangai menatang buruk ni..so dorang banyak selamatkan Sheriff pompuan tu Rios tu…sampaikan Rios pun dah semakin berani terpaksa bunuh orang lain..siapa? tengok jela nanti.

Ko tengok si Rios tu..dah macam angelina jolie dah terus pakai singlet je.

Ending dia?? weyh..pegi tengok sendiri la…lagi unexpected!! aku geram siot!! hehehe…

haa..tangan sape ni..scene ni sama sebenarnya dalam part 1..

tak sangka lak dia guna cara yang sama jugak nak tunjuk tangan kuar…

filem ini digalakkan menonton apabila anda dah tonton part 1…baru korang tak giler nak paham storyline dia.. korang leh layan kat youtube la part 1 dia..ader jer..

so..amacam teringin nak tengok ke tak? apa lagi pergi serbu panggung wayang tu..jangan lupa tengok part 1 dulu..kang korang jadi cam anakperak..satu hapa tak paham!

sekilas : best la sebab tiket free..hehe

Posted in movie - Tagged movie, review, the descent, the descent 2

update pantas yang pemalas

May12
2010
12 Comments Written by Sekilas

Dah terlalu lama rasanya aku tidak merajinkan diri untuk mengulas sendiri blog aku ni. asik menyiarkan artikel ulang siaran jer. maunye tidak. idea itu tidak kunjung tiba. dan masa masih tidak membenarkan aku buat entry-entry personal.

Oh yer..aku rasa mungkin ramai yang dah dapat invitation dari nuffnang untuk screening The Decent 2. Aku pun dapat jugak. thanks to Nuffnang. so..sasaran utama untuk di ajak mestilah My Cinta. tapi jawapan sangat mendukacitakan daku. Si dia tak mahu pergi atas alasan tertentu. jadinya, aku akan mengajak bestfriend ku Mdm June. hehhee…itu jela kawan yang ada masa yang sangat BANYAK! orang len seme busy!

So, sape-sape yang dapat invitation tu, leh ler kita beramah tamah di sana kalau sudi nak bertegur sapa kan. aku ni bab-bab tgk wyg free memang excited. hakhak…jumpa nanti ye 18 Mei!

Dan aku belum lagi bagitahu korang satu lagi berita..hurm..tapi nanti2 la aku bagitahu. aku cuma berharap korang doakan jela kejayaan aku sekarang dan di masa akan datang. aku inginkan kehidupan yang lebih baik. insyaAllah diizinkan Allah.

takde ape sangat nak story. aku cari Mc Donald kat area Bukit Jalil ni. tapi nan ado! frust jerk..kot tak leh beli set lunch tu. kempunan dah dari aritu. bukan takde McD kat Pandan Indah tu. ade jer..tapi masalahnya aku nak set lunch..dapat lar murah sket kan..hahaha..bajet je nopa ni.

okeyla…aku dah malas-malas nak updet blog. agaknya orang pun dah takmo baca blog aku lagi…pastu nuffnang pun merajuk takmbo bagi iklan kat sini lagi…huhuh jangan la gitu Nuffnang sayang…nanti i rajin semula yer..mood semakin ke laut ni..tah watpe dia ke laut tah..cari ikan jaws kot!

k..cau cin cau gelas kecik satu!!

sekilas : bingit ar tinga dengar construction atas ni. dengar lagu pun tak senang!

Posted in me, movie - Tagged invitation, Mc Donald, movie, screening

Road Trip with My Broadband

Apr28
2010
3 Comments Written by Sekilas

Aku belum lagi berkesempatan nak cerita trip aku ke Kedah. akibat sebab-sebab tertentu mungkin hanya beberapa perkara penting sahaja yang akan aku bicarakan di sini mengenai trip tersebut.

Ini adalah pertama kali aku join company aku untuk pergi jalan jejauh sehingga ke Kedah kerana menghadiri satu majlis perkahwinan salah seorang yang boleh dikirakan staff di SL ni kan. tapi dia ni orang Thailand..so bukanlah majlis kawin macam kita sangat kan ade sanding bagai.

Tapi bercerita tentang trip itu, kami bertolak hari Jumaat. tapi kendurinya Ahad. Aku seronok sebenarnya dapat berjalan jejauh ni. lagi pulak boss yang baek hati telah belanja bilik hotel ku. huhuhu..mekacih yer.

Masalah yang ku hadapi ialah kami tidak lakukan aktiviti menarik pada hari Sabtu. jadi aku kebosanan yang amat. Alangkah baiknya kalau ketika itu aku membawa laptop dan broadband. Sekarang ni banyak dah promosi broadband.

Tapi dalam bebanyak mungkin aku berminat dengan promosi dan kehebatan broadband keluaran P1 Wimax ni ha. maunye tidak…broadband dia punya reka bentuk yang tersendiri. hitam itu menawan ko.

Dengan adanya WIGGY ni mungkin ia akan memudahkan road trip aku di lain hari. pasti dapat mengisi masa lapang aku kerana ke mana sahaja dapat ku bawa dan nikmati perkhidmatannya yang bagus. betul tak? Kalau time aku ke Kedah tu aku bawa laptop dan Wiggy ni..pergh takyah gi keluar makan pun takpela. duk je dalam bilik hotel tuh. kenyang terus. huhuhu…

So korang dah sambar belum WIGGY ni…Aku berharap aku dapat sambar satu. tapi duit tak cukup lagi nak tampung bayaran bulanan. kalau depa nak bagi aku free, aku amik jerk. hehe…

seperti tagline dia tu ha…when bored turn to your WIGGY. claaassss gitew!

Dalam project alpha dorang ade guna tak WIGGY ni? sebab dorangkan berjalan ke sana ke mari..mana tahu ade broadband. jom layan episod-episod di bawah :

Episod 8

Episod 9

episod 10

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Posted in contest, project alpha - Tagged contest, p1 wimax, project alpha, project alpha season 2, wiggy, wimax

My Dream Destination

Apr22
2010
2 Comments Written by Sekilas

Ini memang satu tajuk yang menarik perhatian aku. Aku rasa bukan aku sorang jer. semua orang ade destinasi impian. termasuk korang yang baca blog aku ni. aku ni jelajah Malaysia pun tak lepas lagi. tapi aku tetap mempunyai satu destinasi yang aku teringin sangat nak pergi.

korang mesti tahu lokasi ni kat mane kan…aku teringin sangat nak pergi Disneyland….nun jauh di US sana. tapi tu la jelajah satu Malaysia pun tak lepas lagi. camne aku nak pergi sana kan. tapi takpe…impian tetap impian. mana tahu ader rezeki aku nanti kan kan kan. Pada yang pernah pergi tu..bagus dok ado! tapi aku ni mungkin hanya dapat memasang impian. aku tak tahu sana ada ape. tapi yang aku tahu sana tu best! selain daripada aku dapat pergi bercuti aku dapat tengok karakter walt disney yang kiut miut…best kan… Kalau dah impian pe salahnya nak impikan yang gempak-gempak kan.

kalau tak dapat pi kat USA tu pun takpela..dapat gi kat JEPUN pun best jugak kan..akak aku pernah pergi kat JEPUN sebab dia dulu belajar sana. so aku pun nak gi jugaklah kan. tak aci la dia dapat pergi aku tak dapat kan kan kan…hehehe.

takpe kalau ade rezeki nak kumpul dui bebanyak pastu nak travel gi over sea. nak gi sana kena la naik kapal terbang kan…aku akan memilih MAS sebagai pengangkutan aku. hehehe..

lagi untung kalau aku jadi featured blogger ka project alpha…dapat jenjalan travel cam dorang ni..meh kita layan episod 4 dulu.

Ini plak adalah episod 5.layan….

layan episod 6

dan episod 7 untuk anda.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Posted in contest - Tagged disneyland, mas traveller, project alpha season 2

Tips nak naikkan trafik blog dengan cara paling berkesan.

Apr21
2010
8 Comments Written by Sekilas

aku ade cara-cara yang paling mudah dikesan bagi menambahkan trafik kat blog korang. senang, mudah, dan …. versetile! hakhak..cam takde kena mengena jerk.

Aku teringin nak share ngan korang bahawasanya aku telah mendapat Buffered Earning yang diidamkan. aku start blogging ni dah lama dah. dulu aku guna url ni http://norfa08.wordpress.com. tapi semenjak akak aku ni gile dan sayangkan Nuffnang. aku terikut jejak langkah dia dengan membeli domain dan lahirlah http://sekilass.com. Aku join Nuffnang sekitar bulan November 2009. lama tau nak tunggu BE ni. bulan ni mungkin rezeki yang datang mencurah-curah bak tempayan yang tumpah airnya. dan hasilnya dapat lah aku mengecapi BE sebanyak ini pada gambar di bawah.

Mintak maap la ye kalu di padamkan nilainya. kang korang kata aku berlagak plak nilai kecik2 nak ajar orang lak kan. tapi at least aku try jugak lah tips-tips ni untuk dapatkan trafik dan mungkin memiliki BE ini dari cara tersebut kan. seperti yang telah dilihat di blog Amir, Eyriqaz, dan lain-lain otai di arena blogging ini. aku percaya dorang pun mungkin dah banyak bantu korang dan jugak aku. tips-tips di bawah ini tak digalakkan mencuba..kerana ini sengaja aku cari point sebab aku rasa ada yang trafik naik sebab-sebab kat bawah ni la..aku rasa jela..ikut suka korang la nak ikut ke tak kan..hehehe…

1. Jadi seperti Rafiqin. hahaha..sape tahu pasal Rafiqin yang heboh dikatakan menghina arwah DIn Beramboi. Memang takde adab betul budak ni. korang leh jadi seperti dia…TAPI dengan cara yang baik. bukan menghina orang dan sebagainya. tapi buat kebaikkan ke..tetiba korang menderma sebanyak rm1000 kat fakir miskin ke..mana tahu kan..kan dah femes dah. tapi toksah guna menderma la…tak baik. nak derma kena ikhlas eh.buatlah macam korang cashout duit Nuffnang then nak bagi kat orang. kan gempak tuh. hehehe.

2. buat entry title dia gempak! Seperti seorang blogger dengan titlenya..Pensyarah UPSI yang SEKSI. TETT…terus trafik dia naik. memang betul pensyarah UPSI dia seksi..tapi pensyarah lelaki la..tak pakai baju. seksi la kan.

3. Bloggwalking cara paling gempak abis! tinggalkan jejak dan komen…bukan tinggal kat shoutbox. kadang-kadang orang duk tinggal komen kat shoutbox aku pun aku tak tertengok…baik korang pi tinggal kan entry dia. komen tu jangan pendek2..biar panjang dan bermakna.

4. Buat contest! muahaha…dengan buat contest, maka orang akan masuk contest dan akan war-warkan contest korang tu kat orang lain. Dalam masa yang sama, blog korang pun ramai yang jenguk. tak kisah la dorang join ke tak kan! tapi kalau hadiah korang gempak..lagi ramai la nak try!

5. Cerita pasal artis. pasal artis ni semua orang nak tahu. artis meninggal, eksiden, kahwin, cerai, dapat anak, menang anugerah, bergaduh, dan sebagainya. ini pun gempak jugak kan.

okeylah..aku tak tahu nak bebel ape lagi. semoga korang berjaya! kepala aku tengah pening ni buat flow chart!

sekilas : sekarang dah ade mouse!

Posted in info, me - Tagged blogging, blogwalking, tips, trafik blog

Update lagi: Gatsby Deodorant Street Fair

Apr20
2010
5 Comments Written by Sekilas

Biarkan gambar-gambar ini bicara sama kamu ya..hehehe

Kan aku ade cakap awek Gatsby yang dok spray je badan orang tu. ha…ni la dia antara awek yang cun dan seksi…

Okey di bawah ni adalah salah satu permainan yang aku cuba…memang nama  pun cuba..sekali je aku cuba..pastu korang rasa aku berjaya tak?

apa ingat tak dapat ke…dapat la..dapat makan angin je….tak berjaya la jawabnya kan….

ini gambar waktu nak reedem hadiah. penat mintak kautim ngan amoi kat situ. hasilnya…gagal jugak! hehhe…

takpe..lain kali aku nak bolot banyak-banyak. huhuhu….last but not least…sebab nanti ade lagi gambar nak upload…sesikit dulu. nak storymory pasal gatsby ni, memang banyak sangat!huhuhu….berikut adalah aksi manja aku dan mama june! ahaks!

sekilas : thanks plak to Sumijelly sebab email kat aku gambar-gambar ini.

Posted in peristiwa - Tagged blogger, event, gatsby, gatsby deoderant street fair, malaysian book of records

My Version of Grooming Tips

Apr19
2010
2 Comments Written by Sekilas

Siapa kenal aku? huhuhu…mestila family aku dan kawan-kawan terdekat aku yang kenal aku kan. kawan-kawan yang jauh tu mungkin kenal gitu-gitu jerk.

so sape yang betul-betul kenal aku, dorang mesti tahu aku ni jenis macam mane. Aku memang seorang yang sangat simple dalam cara aku berpakaian dan juga bermake up ni.

bukan setakat simple tapi memang kadang-kala hancur teruk la dress up aku. kadang tudung oren, baju hijau seluar merah. contoh je tu…

Tapi even cara aku ni sangat simple…aku pun ada caranya untuk menghias diri aku dengan cara tersendiri. korang pun mesti ada kan.

ini adalah tips-tips yang sangat mudah untuk kaum-kaum wanita khususnya dalam menjaga penampilan diri .

1. Memakai pakaian yang sesuai dengan beg tangan atau tudung yang anda bawa. Kalau korang pakai baju sport tak kan nak bawa beg tangan pulakkan…kan..kan..hehehe…

2. Pakai deoderant setiap hari..WAJIB! hehehe..dan kalau boleh letak spare deoderant tu kat dalam kete ke, beg tangan ke..senang! boleh mewangikan diri serta merta.

*kalau pakai deoderant dari ADIDAS pun gempak jugak kan.*

3. Berus gigi setiap hari. engkorang….jangan cakap ngan aku korang tak berus gigi. malu la weyh gigi kuning2. pastu kalau korang baru lepas makan makanan yang mungkin berbau macam petai, silalah berus gigi cecepat.

4. Kalau korang suka sangat dengan minyak wangi..jangan ko pergi sembur satu badan tu sampai abis satu botol perfume tuh. sikit-sikit je letak. sebab kalau letak sikit ia lebih menyerlahkan bau wangee tu daripada buat idong orang bau sengit! tau!

5. Syampu rambut setiap hari akan lebih memberi sinaran kepada kejelitaan rambut. ini khusus untuk orang tidak bertudung…tapi kalau bertudung, pastikan korang ada hair dyer..cepat kering! kang nak pakai tudung kang lembab plak..tak elok untuk rambut korang.

6. ni pun penting jugak. bersihkan kuku korang tu. itam-itam takmo la. kalau boleh kasi potong pendek. baru kemas. nak bela-bela ni..tak elok la orang pompuan. lagi pulak yang beragama Islam tu. issh..toksah la ye!

7. perbanyakkan membelai kulit korang dengan krim-krim lembut tu. kalau kulit kering, sapu je losyen..baru la nampak bersinar-sinar..huhuhu..biasakan kalau kulit kering muka pun nampak pucat.

8. pada wanita di luar yang suka no tindik-tindik idung, bibir la dan sebagainya. kalau boleh buang la. tak sesuai dengan wanita. lagi-lagi kalau kau ialah orang yang berkerjaya. hurm..memang tak sesuai. lagi kalau Islam..tindik kat pusat la..kening la..adeh! tak sesuai k…

9. cakap pasal wanita berkerjaya ni..kalau anda di luar sana yang terlibat dengan presentation atau pun mungkin student-student kat luar tu yang ada presentation kat lecturer atau kat client ke..digalakkanlah kita ni berpakaian korporat…kalau kemeja tu biar pakai kot! haa..baru nampak elegant. ye tak?

10. sekarang ni cara pemakaian membuatkan orang percaya kepada kita. kalau korang ni nak pergi minta kerja ke, nak present something kat client ker, nak tarik perhatian lecturer ke untuk student-student ni…apa yang penting penampilah kita. Bila kita berpakaian kemas, comel…bersih dan nampak menarik barulah nampak kita ni confident. jadi orang pun akan tertarik dengan pandangan pertama.

So..apa lagi wanita-wanita di luar sana. mungkin tips ini dapat membantu anda mengembalikan keyakinan diri. sebagai wanita kita harus untuk menjaga penampilan diri lebih-lebih lagi yang dah kawen beranak 3-4 orang tuh. jangan kak oii…kang laki cari lain. huhuhu…

Sebelum mengakhiri entry aku kali ini apa kata kita saksikan lebih banyak tips menarik dalam Project Alpha season 2 ini. layan dulu episod pertama.

lepas tu meh tengok episod kedua plak!!

Ada apa pulak di episod 3…jom tengok dorang bersenam!! hehee…

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Posted in contest - Tagged adidas, contest, project alpha

Semua updet, aku pun updet sket la event Gatsby!

Apr18
2010
7 Comments Written by Sekilas

Okey…ramai dah rasanya aku tengok blogger-blogger seantero Malaysia yang meng’updet blog dorang tentang kejadian semalam. oke kejadian ape? hehe…namanya ialah Gatsby Deoderant Street Fair. Aku bukan takmo updet. tapigamabr takde kat aku. skarang semua gambar ade kat kakak aku. gambar best-best lak tu ade kat dia. tapi takpe..sementara aku mendapat copy gambar daripada dia. aku updet je dulu dan story mory gamabr yang ade pada aku skarang ni. tak banyak pun. lepas tu aku juga terpaksa mencilok gambar-gambar dari entry orang lain agar entry aku ni kelihatan semakin comel dan hangat di pasaran. so dengan ini awal-awalnya aku ingin meminta izin daripada Carl Samsudin, TeratakKarmo dan beberapa blogger lain yang mungkin akan ada trademark kamu pada gambar-gamabr tersebut. huhuhu

Oke..pemergian aku ke Berjaya Times Square adalah bersama sahabat sejati Mama June, kakak aku Sumijelly dan dua orang anak dia *Zulfadhli yang menjadi perhatian ramai dan Danial yang asyik-asyik ilang jerk.*

*Zulfadhli yang menjadi pojaan ramai*

Sampai sana sebelum jam 10 pagi jugak lah. parking pun port baik punya. sampai sana memang dah beramai-ramai orang yang sedang beratur.

Bila dah announce je kaunter pendaftaran sudah dibuka maka teruslah kami-kami ini mendaftarkan diri. Dapat goodie bag dari Gatsby.

ada apa dalam goodie bag..ade kipas gatsby..ade t-shirt…

*My Cinta kalo datang mesti suke sebab tema warna merah*

Kemudian ade lucky draw yang memang-memang aku tak lucky langsung kan. tujuan Gatsby Deoderant Street Fair ini diadakan adalah untuk mengumpul kesemua blogger yang ada. lebih banyak lebih bagus. dan dapat mencipta rekod di dalam Malaysia iaitu perhimpunan halal blogger-blogger Malaysia ni. cewah…aku merupakan salah seorang yang telah menyumbang rekod malaysia ni la kan.

Selepas tuakr baju, tepek no bertuah tu ha kat baju. kitorang diminta berkumpul di depan banner yang besar untuk mengambil gambar beramai-ramai.

*Sebenarnya nak tangkap gambar sorang..tapi macam ramai plak kat belakang aku tuh.*

dan dikesempatan itu aku telah menyelit dicelahan orang ramai dan telah masuk frame kat kamera sape-sape ntah…jadi aku cilok gambar ye tuan punya gambar! hehehe…


*Ini dari blog Carl Sulaiman*


*Ini dari blog teratakarmo*

Lepas posing maut kat kamera orang…macam-macam game aku main kat situ untuk mengumpul point. ada yang skali main dapat 2 point jer…tak smeua game aku try. tapi aku paling suke wall climbing!! hehehe..syiok abes..mula-mula ingat aku takleh nak panjat. sebab tengok ader sorang kakak tu gagal dalam menjalankan misinya.

*Before nak climb the wall. Muke excited*

*Usaha yang paling payah sekali di bahagian bawah*

aku try mula-mula memang susah. sebab tempat nak pijak 2 ke 3 tu la yang paling payah. namun akhirnya aku berjaya sampai kat puncak. dan kat sini paling dapat banyak point…dapat 8 point! yeah…!!

*Akhirnya…percayalah aku di atas tuh. First time ni kot!*

*Mama June pun nak try. tapi sorry beb. ko gagal! hahaha*

event ni memang best…!! sape yang ade kat sana mesti mengakuinya. Ada member blogger yang asalnya nak datang daftar je sebab nak incentive punya pasal..tapi akhirnya, tercongok sampai ke petang jugak. sebab ape? sebab best kan…..

memang happening habis…cuma aku memang tak berkesempatan atau sebenarnya aku segan tahap gaban nak berbual mesra dengan orang lain. aku sempat tegur abg eriqaz, aus dan juga kak ina jerk. yang len-len aku men tegur je tanpa mengetahui siapa meraka sebenarnya.muahahaha….

apa-apa pun smeua memang sporting…dan awek-awek yang spray badan aku time kat situ pun memang gempak abis…hehehe…dorang memang baek hati dok spray..kejap-kejap kang offer nak spray. aih loteh makcik.

Dan buah tangan lagi yang aku bawa dari event itu ialah…..

tu jela yang termampu….semoga next time ade lagi event cenggini. aku memang layan…

Thanks to Nuffnang and Gatsby!!

sekilas : sakit tangan dan kaki sebab panjat wall tuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in peristiwa - Tagged blogger, gatsby, gatsby deoderant street fair, malaysian book of records
« Older Entries

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Hari Kejadian
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • 4 Bulan Sebelum

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress