Posts Tagged ‘ my raya moments ’

Sape tak kenal ngan bro Eyriqazz? bagusla kalau tak kenal. sebab lepas ni korang gerenti kenal. hehehe..Skarang Eyriqazz atau lebih glamer lagi nak kenal sebagai GTO Malaysia sedang menganjurkan satu peraduan khas sempena Hari Raya. aritu aku duk beriya kata nak promotekan peraduan dia tu. masalahnya, bukan sahaja nak promotekan, malah aku sendiri dengan gatal tangannya nak join peraduan tersebut. hehe..boleh je kan bang?

Ada banyak kategori dalam peraduan dia kali ni. tak silap aku ade 3 kategori. yang aku nak buat sekarang ni adalah kategori pertama iaitu My Raya Moments. apa yang perlu korang lakukan untuk join.

1) Buat satu entry yang bertajuk ” My Raya Moments”. Di entry itu sharekanlah gambar kegemaran anda untuk kenangan raya terindah/lawak/atau apa saja yang anda rasa menarik hati . Tak kisahla raya tahun 2010 ke, tahun lepas ke, 10 tahun yang lepas ke. Gambar tu pula tak kisah nak letak 1,2, or byk. Gambar dan beserta description, tak perlu panjang-panjang,simple-simple pun jadi.Tapi, kalau nak panjang-panjang pun, tak kisahje. Oh ya, gambar original saje, gambar yang diphotoshopkan/di ubah tidak akan diterima. DONE!


Gambar di atas di ambil pada hari raya tahun ini 2010. korang nampak tak pinggan-pinggan yang dah licin tu..haa..itu bukan aku punya. yang aku tengah hadap tu aku punya. Tak silap aku ni raya kedua. baru raya kedua…tapi aku rasa dalam masa 2 hari berhari raya tu, kitorang sekeluarga ni (mak ayah dan sepupu sepapat) macam dah tak jumpa nasi berbulan-bulan rasanya. korang tahu jela, hari raya ni semua orang duk jamu ketupat, lemang, dan kuih muih, rendang, lontong dan segala macam juadah hari raya. yela..hari raya…mestila la ada semua tu.

jadi bila salah sebuah rumah kitorang beraya tu duk hidang nasi berlauk ayam masak merah dan jugak sambal ikan..pergh!! semua berpusu-pusu serbu meja makan. tuan rumah sebenarnya memang nak makan malam, tapi sebab tetamu datang di hidangnya makanan tu kat kitorang. Alhamdulillah, baik hati tuan rumah ye tak. murah rezeki dia kan. tak kedekut. jadi rupa itu la jadinya, pinggan-pinggan yang licin dan aku pun tak sedar gambar di tangkap sebab time tu tengah borak ngan kakak aku. time makan dia call kacau je kan. so aku pun selit lah kat tudung tu ha. jadi sambil makan boleh lagi le nak borak2 tanpa perlu pegang henpon tu. hehehe..selalu dah aku wat camtu, nak2 time memandu. tu yang senang tu kalau pakai tudung. hahaha…dont do this at home! eh..boleh plak?

2) Sharekan Permalink Contest ini di Wall Facebook Anda. DONE! Jangankan wall facebook aku, Facebook sekilass.com pun ai updatekan link ni tau…cewah2..kemain lagi ko nopa nak mempromote. kata harus ditunaikan…jangan hanya pandai bermain kata tapi tidak melaksanakan apa yang dikata. ha..kan aku dah berkata-kata…

3) Di entry anda , jangan lupa linkkan permalink Contest ini
eh of course…sape-sape yang terniat, tergerak hati, teringin dan pelbagai ter lagi silalah jenguk blog Eyriqazz. atau senang skali kalau korang klik je SINI kang dia pi la tu kat contest tu. DONE!

4) Vote Eyriqazz for MySelangor Story Contest [ klik here ] . Blog Voting : 28th September to – 31st October 2010 ( akan diupdatekan linknya later)
haa..aku memang pastikan entry ni dipublish pada 28 September 2010. supaya lepas tu aku leh terus je vote Eyriqazz. ini link dia http://www.myselangorstory.com/cerita-saya-eyriqazz-for-myselangorstory-contest/ . betul tk bro?? DONE!

5) setelah susah payah cari sponsor untuk hadiah bagi contest ni, aku harus dan wajib menghargai sponsor2 besar ni. DONE!

My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids , Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150)

aku harap, bro GTO kita terima lah penyertaan aku ni. mana tahu ade rezeki anak-anak aku menang peraduan ni. eh…anak-anak..ada anak dah ke? kawen punn belum. hahaha…

Jangan lupa kalau korang nak sertai contest ni, pergi ke blog ini >> http://www.eyriqazz.com/2010/09/my-raya-moments-contest.html

Good luck untuk yang lain!

sekilas : dah duk dalam draft lama, 28 Sept terus publish!