sekilas : dah kahwin bertambah sayang. =)
Posts tagged My Cinta
4 Tahun. Aku Telah Jatuh Cinta.
Hari ini genap 4 tahun aku bersama My Cinta menyulam kasih.
Hari ini genap 4 tahun kiraan hariku untuk terus bertahan.
Hari ini yang aku nantikan setiap waktu melihat kembali perjalanan cinta kami.
Selamat ulangtahun untuk kami berdua, Aki & Norfa. Moga selama ia bertahan ini akan terus kekal sehingga akhir hayat.
Moga selama mana si dia bersabar, akan terus kekal selama-lamanya.
Bersabar. Membantu. Mendidik. Bersama-sama membetulkan mana yang salah. Moga hubungan ini diberkatiNya.

sekilas : Thanks for everything.
Aku rasa zaman ‘gawat’ dah datang
Mungkin bukan untuk korang. Tapi untuk aku dan My Cinta. dan termasuklah family kitorg. Sekarang dah bulan 5. Fuh! kadang nak masa cepat berlalu. tapi ada masa aku nak minta masa tu slow je sket jalan supaya dapat la antara kami ni menabung.
Lagipun banyak plan yang dirancang bertukar pada plan B. dan aku harap ia masih di hari dan waktu yang sama untuk melangsungkan sesuatu yang baik.
Kesian dengan My Cinta. Aku dapat rasakan 2-3 bulan ni dia kerja straight non stop sampai sabtu ahad, dan public holiday pun dia bantai kerja. Im really appreciate for what are u doing for me. Dan saat-saat ini lah macam2 hal dari kenaikan harga gula, harga minyak la dan apa-apa lagi ler yang buat duit nak pergi banyak sangat dari poket.
Apa-apa pun aku masih bersyukur sebab dalam ‘gawat’ yang sedang di alami ni, aku takdelah hidup sampai tak makan macam orang lain kan. aku terima sahaja apa rezeki yang ada, dan aku berdoa yang sama untuk si dia supaya dia janganlah kerja kuat sangat. kadang2 tak sampai hati je bila tanya
“esok kerja tak?” dia jawab ” Kerja la”
“cuti la satu hari”
” eh tak boleh, rugi2.”
Nak kato apo? huhuhu…Semoga dia diberikan kekuatan untuk terus bekerja dan mencari rezeki dan sihat-sihat selalu hendaknya. Amin.
sekilas : aku…? heh. cmatu jela. kadang2 merengek tak tentu pasal dengan dia nak ajak keluar jugak. takpahamkeorangtunakcariduitkerja?
Makan Sekut Di Pantry
Saat-saat aku mengantuk, perut lapar. boleh pulak My Cinta ni bagi aku gelak berdekah kat office (tapi gelak dalam hati pastu sengih sorang) . Kira dapatlah cover rasa ngantuk dan lapar ni untuk sementara.

Sekut? Cer citer B, ape tu sekut? hehehe…B leh join persatuan salah cakap di FB. atau di twitter kita hashtag #typo =P
Ok B, syg gurau je! Lapor dah ni. Tunggu Cik R ni tak kuar-kuar lagi dari meeting room with En. Boss and others. Ingat nak ajak dia skali gi makan!
sekilas : Kalau time puasa tu boleh je tahan perut ni lapar.
8 sebab kenapa anda patut sayangkan si dia
Wah…nak buat entry macam bagi tips la aku ni kan. eh suka la kan. belog sape…kalau bukan blogger…err..tak kena eh tagline tu?
Sejak 2 menjak 3 menjak sebelah badan ni dah diikat oleh My Cinta supaya jangan lari, mahu pulak aku ni bagi sebab-sebab kat korang kenapa korang patut sayangkan cinta hati korang tu. dan kenapakah tak patut korang tinggalkan dia. cewah…ayat nak kelasss kan.
1. Bila anda kesusahan dia orang pertama yang hulurkan bantuan
Betul. Orang macam ini memang korang perlu sayang sangat. Kadang-kadang time kita susah, apalah sangat yang dia boleh bantu. tapi dia lah orang pertama yang beriya-iya mencari solution untuk anda. Walaupun, hasilnya….tak seperti yang kita harapkan. Situasi…Tayar pancit. Dia bukan gheti pun nak betulkan tayar. Contoh jer…tapi dia berusaha bersungguh-sungguh datang dari jauh, sanggup tak gi meeting, ponteng kerja or what so ever dan datang…Hasil nan ado la kan…tapi dia bawa pomen rupa-rupanya. hahahaha..nampak! usaha. =)
2. Bila marah dia diam.
Okay what. ini satu perkara yang bagus sebenarnya. Mana kau nak..orang marah-marah memekak membebel tak tentu pasal pastu pukul kau sebab kau buat salah. atau dia hanya perlu diam ajer dan tunjuk protes dia tengah marah. atau dia tak suka kau buat sesuatu itu. Kamon lar…tak smeua lelaki sukakan keganasan. cewah…Mereka mahu pasangan memahami jiwa mereka juga. betul tak?
3. Pemaaf
Macam mana salah besar pun kau buat pada dia, macam mana sakitnya hati dia pada kau. tapi dek kerana sayang, dia seorang yang manusia yang pemaaf. Waduh-waduh…ingat senang dapat lelaki pemaaf ni. Tapi harus ingat…dalam dia memaafkan itu, dia takkan pernah lupa salah silap yang kau dah buat tu. jadi hargailah pasangan itu sementara dia masih menyintai kita. Jangan amik kesempatan pula. Situasi…Kau telah memecahkan cermin kereta dia yang baru dia tukar untuk kali ke-3 kerana kau ni jenis kalau mengamuk mesti nak pecahkan harta awam. Dia tetap maafkan kau. keh3…(ada ke orang macam ni?)
4. Melaksanakan Rukun Islam
Okay. we are not perfect as a human. Dalam baik ada jahatnya. dalam jahat pun ada baiknya. Tahukah anda amalan pertama yang akan dihisab apabila kita mati kelak adalah solat? tak tahu…aku tahu..tapi nak kepastian, marilah kita tanya ustaz secara jemaah. jangan kau percaya cakap aku bulat-bulat. Memang ler budak laki tu kaki ponteng skolah, atau pernah terlibat dengan pergaduhan, atau mungkin jenis yang suka bersukan (eh ada kaitan tak?). Tapi, itu cerita lama. Yang penting solat dia jaga. sebabnya dalam dia bersolat tu, dia telah menegakkan salah satu rukun Islam. Puasa tak tinggal, zakat tak pernah miss bayar. Dan mungkin ada rezeki kau leh gi Haji sama-sama dengan dia. InsyaAllah…5 perkara utama ini lah mendorong ke arah segala kebaikkan. mungkin tak nampak skrg…tapi Tuhan yang menilai segala perbuatan dia di dunia ini. Korang sape kan nak judge orang kan kan kan…
5. Menghormati orang tua.
Ini sangat penting. kita lihat macam mana dia dengan orang tuanya. jika dia menghormati orang tuanya, menghormati pacik-paciknya. maka insyaAllah dia akan menghormati orang tua kita. menghormati tu apa nopa? oka..cara bercakap, cara membantu, cara melayani. faham? kalau cakap suara nak tinggi, kalau cakap ada oh, ah, macam tak ikhlas…hurm sumthing wrong la kan. kalau time nak tolong mak kita, mata nak naik ke atas, dua-dua tangan ke bahu (oh yeah) ..huhu…sumthing wrong la. lalu depan orang tua macam mana. ala..takkan nak kena buka kamus plak bagitahu korang apa itu hormat.
6. Tidak berkira
Situasi. “semalam u pinjam duit i rm10 nak beli famous amos. Bila nak bayar?” Oh maiiii…..beli famous amos pun nak berkira tau. rm10 je pun. bukan rm1000 cik abg. “Ai dah bayar parking rm7 dah. apa kata u belanja tengok wayang” Ello…wayang tu lagi mahal lar. 2 orang dah rm20. sabo jela. ”U nak suh i anta mak u gi airport, u bayar duit minyak la eh” eeiii…future in law kamu jugak. takkan semua benda nak berkira kan kan kan…remeh temeh tu biarlah pejam mata je. tapi kalau amount yang besar-besar tu..boleh ler kau nak berkira. lagi best kalau kau memang dapat pasangan yang macam ni “U amik jela apa u nak, i belanja. u bukan sapa2 pun, bakal isteri i jugak” pengsan pengsan…tu kalau pasangan kau banyak duit lar..
7. Tak pernah angkat tangan (memukul)
Is good. sangat dialu-alukan. Kalau pernah sekali dia mencederakan mu..percayalah ia akan berulang sekali lagi..akan jadi 2 kali. 3 kali. akan jadi berkali-kali bila kau dah kawen dengan dia. tapi kalau tak pernah. marilah kita bersyukur yang dia hanya tahu marah kita dan mungkin diam tanda protes. MArilah kita bersyukur yang dia marah kita sebab kita keluar dengan lelaki lain dan bukan sebab kita keluar dengan mak kita. Dia tu bakal suami..esok dah jadi suami lagi la, tak dengar kata jadi isteri derhaka tau. tak mahu masuk syurga ke?
8. Tidak meletakkan dirinya di tahap tinggi (tak berlagak lah senang citer)
haa….tahu apa maksudnya. Contoh…Kau ni suka sangat main boling. tapi, walaupun kau suka, kau tu tak reti main boling. asik masuk longkang jer. jadi pasangan kau ni memang teror main boling. masalahnya, kang kalau dia utnjuk skill kang, kesian plak kat ko. dia pun main ala-ala macam kau jer. tahu-tahu kau plak yang menang. hahaha..sweetkan.! kau pun bangga diri. kah3..Situasi lain, kau baru je tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah melalui astro first. Tapi pasangan kau tu dah tengok 2 kali kat rumah beli DVD cetak rompak (maaf, ini adalah contoh, sila support filem Melayu). kau pun cerita kat dia. best giler cerita tu. kau siap buat sinopsis panjang lagi kat dia. Dia ni punya tak nak kasi kau berhenti cerita, dia tak cakap la yang dia dah tengok 2 kali. Kau gelak, dia pun gelak…nampak?! dia tak berlagak ngan kau. dan dia takde meletakkan diri di tempat tinggi.
Sebenarnya, sebab-sebab di atas juga berlaku pada diri aku sendiri. sebab itu aku sangaaaat sayangkan My Cinta. even dia rasa mungkin dia punya sayang lagi tinggi peratusnya dari aku. *selalu nak menang tau* Semua ciri ini ada pada dia. tak percaya? aku pun tak percaya..tapi kena percaya jugak.
Jadi kalau korang rasa dia tak sempurna pun, maafkanlah. sebab diri kita pun tak sempurna mana. kita nak yang ensem, tapi muka kita pun macam batang buruk jugak. Kita nak yang beriman, tapi kita iman tak kuat jugak. Kita nak yang kaya..haip..sedar diri okey! jangan terlalu berharap sesuatu yang indah. sebab tak semua yang kita harapkan itu kita dapat. Bukankah Tuhan telah menetapkan setiap satu perkara dan hikmah dalam setiap satu kejadian pada kita. Maka redhalah dengan takdir yang ditetapkan. InsyaAllah…
sekilas : Kepada My Cinta, i love u la…! =)
Luka di jari nampak berdarah, luka di hati…Tuhan je yang tahu.
Assalammualaikum dan Selamat sejahtera.
Break sekejap!
Tadi MyCinta call….talian tak berapa jelas. kejap-kejap putus. sangkut plak tu suara dia. nengok henpon balik kucing aku ni penuh bar. dia kata , henpon dia pun penuh. Maxis mengalami kegilaan dalam talian. mungkin.
Dah letak phone…selang beberapa minit aku menerima satu MMS dari dia.

olololo…ciannya dia..mesin apa ntah telah mengepit jari dia tu. sampai berbalut. Lenkali buat kerja hati-hati ye cik abang!..ni kalau kawen, saya bagi hantaran dah kurang satu ribu ni. hihihi…gurau jerk!
So kepada pekerja-pekerja di luar sana yang hidup bergelumang dengan mesin-mesin yang mungkin membahayakan anda…berhati-hatilah yer. safety first! luka di jari nampak berdarah..luka di hati….Tuhan jelah yang tahu andainya terjadi apa-apa kepada awak.sob’sob’…ai masih single buat masa ni…sape-sape nak ngorat ni nombor ai ye..0123456789 eh..terus bagi nombor ek. hahahaha….
saje gurau2…jangan marah ar. Hati-hati tau buat kerja.
sekilas : pesanan khidmat masyarakat!
Nando’s & Vincci
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Baru berpeluang menghupdet blog kesayangan. maaf kerana terlewat. Tadi berita gembira buat Malaysia kerana berjaya memenangi perlawanan bola sepak dengan team Vietnam. semoga terus kekal cemerlang hendaknya.
Ekceli daku ingin hudpet cerita semalam. belum terlambat lagi bukan. Semalam kan birthday aku. ecece…kalau dulu penuh jugaklah inbox henpon aku ni dengan segala macam ucapan hari jadi. tapi sekarang adela 3-4 orang je yang wish tru SMS. yang lain semua duk wish tru ‘muka buku’ – Facebook. Kad Hari Jadi apetah lagi….memang tak terima langsung la. ada seorang dua teman yang sanggup call just nak wish Happy Birthday. walau camne pun cara dan gayanye..daku ucapkan terima kasih atas ucapan itu. moga doa-doa kalian yang baik2 tu dimakbulkan Allah.
Semalam ada meeting kat tingkat 18. mujur jugak en.H tak bising-bising pasal besday aku. kot tak, sikit kecoh la kot.leh tahan jugak kalau en.H dah start bercerita. itu pun sipi-spi nak cerita pasal kereta baru aku. huhuhu…bukan apa…kita kena berpegang pada konsep merendah diri pada sesetengah keadaan. lagipun client tu tak perlu tahu pun pasal life aku. rasa segan silu je nak bercerita pasal besday or beli kereta baru.
Lepas meeting, minta tolong en.H tunjukkan jalan ke Shah Alam. belum cakap lebih lanjut tahu je aku nak ke mana. genius sangat pulak en.H ni. terima kasih kat dia yang selalu baik hati bagi direction..aritu ke cameron pun call dia. =P
Aku ikut dari tol Jalan Duta. sekejap je dah sampai Shah Alam. aku sampai sebelum Maghrib jugak la..jadi aku terus ke Masjid Negeri. tu pun My Cinta suh aku ke sana. dia masih kat office lagi pun. waktu mula-mula sampai hari masih cerah…
Dah masuk Masjid sempat lagi solat sunat sementara azan. dan dapat jemaah sekali la..alang-alang kan..macam tak patut je blah saat orang jemaah. bukan lama mana pun 3 rakaat tu. Bila dah keluar dari masjid…terus hari jadi gelap..sekejap je perubahan fasa siang ke malam berlaku.
Bukan potocop plak yer..ni memang aku snap sebelum masuk dan selepas aku keluar dari masjid.
Kemudian, daku bergerak ke SIRIM. jumpa cinta hati. yeaaah! kitorang cadang keluar makan jerk. jadi birthday girl kena pilih mana nak makan. heh…pilih mestila yang jadi fevret aku dan si dia. takkan fevret aku sorang je kan. even dia kata takpe..tak best plak. jadi aku telah pilih Nando’s chicken…nyum3…
Naseb baik kat SACC Mall ada. dekat pun dekat. parking pun senang. Si dia order, Peri Kick Starter…
Daku order Chicken Meal dan Mushroom soup…nyum3…
Air yang kami order sama. cuma dia Chocolate Ice…aku Chocolate blended. hurm..air aku tak amik gambar. air dia amik, tapi gambar blur. tak cantik..hihih..so takpela..takyah publish kat korang. bukan korang kesah pun kan.
kami juga sempat membuat sesi bergambarrrrr…haha..bukan ramai orang pun kat situ..layan jek!
Lepas makan, singgah kedai sebelah…hoho…besday girl leh minta apa2 je kan kan kan?? =P bankrap juga my cinta nanti. takpe2…kita minta kasut je..boleh kan? lepas minta, dia pun bagi..hahaha…
Tu saje nak tunjuk 2 hadiah aku la tu..satu kereta…satu kasut. ekekeke….issk jangan pk begitu ye. nanti korang kata aku ni berlagak plak.. saje je nak bergambar..bila lagi kan =) sekadar berkongsi cerita dan perasaan sahaja.
Selesai makan dan menghabiskan duit my cinta =P ….takde aktiviti seterusnya. daku takmo drive lewat2 seorang diri. jauh jugak rasanya dari S.Alam tu. En.H, smlm saya tak tengok wayang ye…huhuhu..mandai je tau! oleh itu, pulang lah daku ke pangkuan keluarga tercinta.
Sebelum berangkat..snap sekali =)
Tengkiu my dear..belanja makan dan belikan i kasut…love u lah…
sekilas : dulu-dulu dapat kad hari jadi buatan sendiri dari kawan2..best je..skrang takde dah. =(
itu hari dia datang, kemudian hari aku pulak datang
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. very the skema. memberi salam itu bukankah perkara baik. baik lagi jika dijawab salam aku kan…
banyak benda tertangguh nak bercerita. takde masa.. kekadang masa nak menaip ada, tapi masa nak mengedit gambar pulak takde. cerita takde gambar pun tak best jugak kan. korang tengok entry aku yang lepas-lepas tu ha. takde gambar kan? bosan tak? sesekali takpe, dua tiga empat kali bosan la. aku tengok pun bosan. ni kan pulak engkorang.
pernah baca entry aku kunjungan daripada si dia hehe…hari ni mau cerita kisah keluarga aku pulak berkunjung ke rumah si dia. peewit…berbalas kunjungan pulak. cewah-cewah! apakah maknanya? hihi…
mak aku ler beriya sangat ajak pergi. hari rabu mereka datang rumah aku. hari Jumaat tu dah terus merancang untuk ke rumahnya. paling best, kata mak time dorang datang bawa buah untuk kita…kali ni kita datang kena bawa jugak sesuatu. pikir-punya-pikir akhirnya, mak decided….suh aku buat kek coklat. ceh! kang tak sedap kang buat malu jek. huhuhu…tapi buat jer. kakak aku ade ajar aku buat aritu…bedal saja la.
Dan paling best, aritu dia bawa ‘semua’ adik beradik dia. jadi kata kak Sham kita bawa ‘semua’ adik beradik kita. hahaha..adik beradik dia 2 orang je kot. aku punya adik beradik 5 orang. tapi kakak aku kat kuala lipis tu je tak pergi. sebab dia tak balik raya rumah mak lagi. naseb la kan. hehe..tapi yang lain semua setuju nak pergi. abang n family, angah n family, kak shila n family aku..n family jugak la masuk mak ayah aku kan.
Aku gi satu kereta ngan angah mak dan ayah. termasuka nak buah ku umairah. abang satu kereta dengan kak shila. so 2 kereta la pergi. kisahnya, dorang mulanya folow belakang kitorang, tapi tertinggal kat belakang lantaran angah tetiba bawa laju kan. so terpaksa tunggu kat tol Setia Alam.

Kami yang sedang menanti abang tiba…
*iklan – sedang tunggu2 tu, tetiba ada sebuah van berhenti depan kitorang. memula ingat nak parking tapi takkan depan kitorang, punyala banyak tempat lagi. pastu seorang lelaki India turun. datang minta lighter kat ayah. time tu abang pun sampai. pas minta lighter terus Lelaki India tu masuk van balik dan pandu ke depan sikit. fuh! suspen..terus kitorang fikir, takkan semata-mata nak pinjam lighter kot?

tada…sudah tiba di rumah pengantin si dia. hahaha…waktu tunggu abang tu teringat ayah kata “macam nak pergi rombongan meminang pulak” ceh! takkan kita nak pinang dia pulak.

hehe..bakal-bakal besan sedara berbual-bual..InsyaAllah…!

ramai kan datang? hehe..naseb baik rumah dia besar. kalau rumah aku ramai cenggini memang kena duduk luar la.

Itu kakak ipar aku dengan ibu si dia. ololo comelnya anak buah aku tu Khairina Najla.

Kakak ipar aku Kak Sham dan kak shila (sumijelly) yang sedang pelahap nak makan…nampak sangat lapar kan?

oh yeah..abg zairy(suami sumijelly) juga tidak ketinggalan lapar. maklumlah asik makan ikan siakap je kat rumah kan..hahahaha

Iskandar cuba untuk merosakkan kamera sambil diajar oleh ibu dia.

abang aku, angah yang sedang menikmati makanan. dia yang suh amik gambar dia. sebab kamera dia, asik amek gambar orang je..hikhik. ni semua gambar ehsan dari dia la ni.
lepas tu ade la sesi berborak-borak…siap ade puak-puak lagi ni berborak. My Cinta dengan angah…mak dengan ibu dia, ayah dengan abah dia, abg zaire dengan abg dia dan isteri..abg aku? melayan khairina yang sedang menanges. hihi..tapi sesekali dia selit la jugak ngan mak aku tu. kakak-kakak aku semua makan! hahaha..tipu jerk!
tak lama pun kat situ. tapi kelakar jugak la…ape yang kelakar…?entah..hahaha!
harap-harap itu bukan kunjungan terakhir dari kami…hehehe…apa-apa pun nak ucap terima kasih pada keluarga my cinta sebab sudi menerima kunjungan kami sekeluarga. masakan sedap! hehehe..sebab semua tengah lapar.
oh..jangan tak tahu, my cinta bagi duit raya kat anak-anak buah aku termasuk aku sekali tau. terima kasih ye lalink!
sekilas : kebetulan pulak aku dan dia pakai baju sama warna. hihi. tak janji okey!
Ahmad Fakhri VS Faizal Hussein
hurm…siapa Ahmad Fakhri? dan siapa Faizal Hussein?
Tak kenal Faizal Hussein takpe. aku tak marah korang. tapi kalau tak kenal Ahmad Fakhri, aku pukul korang. hahaha….itu Ahmad Fakhri saya yang punya…eh..dah bunyi macam Ahmad Albab pulak…
okey..back to the topic. ape kehal yang ada Ahmad Fakhri VS Faizal Hussien ni? bila masa dorang ni kenal dan nak berlawan pulak ni. ateerrr…..hehehe…
Mari kita baca komen di bawah yang aku culik kat FB.

Komen ni diberikan oleh kawan My Cinta dalam salah satu gambar kat Fb dia. tapi idok le aku nak amek gambar tu tepek sini, sebab ada muka aku skali. hehehe..malu ai.. *Tampar aku skarang!*
Korang rasa sama ke???

tak sama la. walaupun Faizal Hussien tu reti bergaya depan kamera dan My Cinta tak reti..tapi aku tak kisah la..hikhik….janji aku cinta sama dia kan kan kan…dia juga cinta sama aku kan kan ? mungkin gambar dia yang aku amek ni pun tak sama sangat kan..tapi entahla..ada persamaan ke? kuikuikui..kang mula la dia prasan. sebab muka sama ngan artis..eleh…muka sama ngan artis boleh la..cuba kalau bukan artis…hehehe..
sekilas : mungkin jela sekali pandang…mungkin okey!
Syawal ke-6 : kunjungan dari keluarga si dia
ehem ehem…!
Aku takde war-warkan lagi kan pasal ni? hoho..mana taknya, aku nak update blog pun jarang-jarang la hai. takkan semua benda nak announce dulu kan. kang tak jadi kang…lebih-lebih plak.
Mari nak bercerita. Hari Selasa lagi Cinta hati dah tanya, “mak ade ke hari Khamis.” aku jawab “takde sebab mak kata nak keluar dengan angah n family pergi beraya.” so Cinta hati tukar plan …dia kata nak datang dengan keluarganya hari Rabu malam. iaitu syakawal ke-6. hambek ko! satu family nak dtg.
memula aku cakap ngan mak, dia nak datang. mak kata…ala goreng mee jela. pastu mak tanya berapa orang. aku jawab 4 orang..sebab ingat abah dia takde skali. last2 jadi 5 orang…mak kata..ha masak special untuk boyfriend ko! wah…special ke mak. setahun sekali je mak masak camtu. huhu…
Akhirnya mereka telah selamat sampai pun menziarahi kami sekeluarga. first time family dia datang berkunjung. kunjungan hari raya yer. takde apa-apa yang istimewa lagi. tapi aku klasifikasikan ia sebagai istimewa jugak. sebab first time! hehehe…
Dan sebenarnya dalam sibuk aku cuba menjadi anak dara paling sopan dan ayu di hadapan future in law tu, abang aku (angah) telah merakam saat-saat itu dengan menangkap gambar tetamu-tetamu istimewa itu. cis!! kalau tahu maka lagi menjadi ayu la aku kat situ. hoho…
so..layan gambar jela sekeping dua kat bawah ni…malu la nak tunjuk bebanyak! *blushing*
Time ni dah hidang air panas tuk tetamu…dari kiri Abg si dia dan isteri, Ibunya, si dia, dan abahnya. =)
Okey sila lihat, daku cuba menjadi wanita melayu terakhir!! huahuahua…tengah hidangkan makanan buat tetamu. malu la weh!!
*tgk muka aku.. serius tu*
time ni abah dia duk borak-borak dan mengimbas kembali kejadian aku buka puasa kat rumah dorang. kisah bibik tula..huhu..malu plus plus! korang leh baca kat sini kisah bibik tu.
cara-cara menuang air dengan sopan. hakhak!!
mak kata “amboi, dorang datang cecantik ko pakai” ..cantik ke mak?? baju kurung je kot! hehe…malu berganda!! larikkkk…..
okey udah2 ler tu..banyak lagi gambar. malu nak tunjuk! abang aku dok snap2 tanpa aku perasan…cis2 tak aci…kalau tahu amik gambar reramai. haha…maklumlah aku kan sibuk control ayu! =P
naseb baik masing-masing ramah terutama abah dia. meriah sikitla pertemuan malam itu. Huhu…dorang pun makan dengan berseleranya, alhamdulillah.
tak lama sangat pun duk borak..pas makan dorang pun nak bergerak balik, sebab ada rumah lain nak singgah. sementara tunggu si dia amik kereta…berhenti kat depan pagar rumah. nampak pokok belimbing tu ditegur-tegur, mak pun bagi la kat dorang. memang banyak giler…daripada biar jatuh gugur camtu jerk baik bagi orang kan?
lepas je dorang balik, bertungkus lumus la daku mengemas dapur. penat oit…dari siang tu lagi ade tetamu. so semuanya lancar!! nanti kitorang plak nak berkunjung rumah si dia. kata kak sham ” disebabkan dia bawa SEMUA adik beradik dia datang. so kita pun bawa SEMUA adik beradik kita datang rumah dia” hahaha….pdhal adik beradik dia 2 orang je kot! hikhik…tunggu kedatangan kami.
sekilas : sebenarnya aku masih malu…hihihi





