• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts tagged my blog

Pernah fikir tak apa terjadi pada blog sendiri kalau kita mati?

Feb22
2012
2 Comments Written by Sekilas

Pernah? Agak2nya time tu ramai lah yang tinggalkan komen. tapi kita memang tak akan baca pon. Antara alam barzakh dan dunia, memang terpisah abis kecuali doa anak yang soleh.

Jadinya, pernah bagi password dan user pada orang-orang tertentu? supaya apabila kita tiada nanti, blog ini boleh la ditutup serta merta. heh.

Itu niat aku la. Kalau aku dah tak ada…buat apa orang nak baca nukilan orang yang dah meninggal ni. agak seram pulak. haissh..kalau nukilan tu ilmu berguna tak apa jugak. buatnya benda yang merapu tak tentu arah. haaa…guane tu?

tapi sejak-sejak ada orang pantau blog aku ni, aku pun berhati2 dalam menulis..dan kalau boleh entri lama2 yang tak berkaitan dan boleh mendatangkan fitnah dan dosa tu, sebolehnya aku remove.

Oh ye, janganlah fikir semacam dengan entry ni. saja-saja terfikir. sebab sebelum ni ada jugak blogger yang dah kembali ke rahmatullah. maka aku terfikir, ada tak orang tahu password dia untuk manage blog dia…kadang2 siapa da ahli keluarga sambung lagi legasi blog itu. kaan?

Oh kalau aku..mungkin yang akan tolong tutupkan blog ni, kakak aku la. hehehe…kalau tak akak aku pun, suami kan ada. dia semua password alam maya aku ni dia tahu. apatah lagi benda yang sulit2. hikhik..

oklah…cau cin cau…nak buat kerja. selamat bertugas semua.

sekilas : dah hujung2 bulan ni, mula la bawa bekal gi opis. hihihi..lambat plak gaji nak masuk ye tak hubby?

Posted in me, merapu

Kenapa aku jarang join gathering blogger?

May30
2011
19 Comments Written by Sekilas

Bukanlah kata aku ni berlagak.

Bukan juga nak kata aku ni tak berminat. Tapi aku rasa macam aku tak sesuai pada ketikanya lagi untuk berjumpa secara jemaah dengan blogger-blogger yang ada. ekceli, aku ni pun takdelah ramah mana. Lagi-lagi dengan orang yang aku baru first time jumpa.

aku pun bukan ler jugak ektip berblog macam dedulu. Jadinya, bila ada gath yang kekorang ni anjurkan, hati aku pun berat je nak pergi. memang lah kalau tak kenal kita kenal-kenalkan.

aku rasa dah cukup ler rakan blogger yang aku dah kenal sekarang. Macam anak perak, Linda, Cik Hel, skyone, tia, aus, che arm, daydeck, kak ina, je jai, eyriqazz, ery, niza, afzan, afra….haaa…kalau nak senaraikan pun aku tak berapa nak ingat. *sorry ler kalau korang yang memang aku kenal tu tak disenaraikan. aku ni pelupo*

sebab bila ramai-ramai sangat pun aku lupa. kuikuikui. Lain ler kalau aku selalu sangat ektip jumpa2 korang kan. mesti ler aku ingat.


Salah satu perjumpaan terbesar yang pernah aku pergi. mungkin yang ini je kot!

antara sebab :

1. Aku bukan lagi remaja gila2 macam dulu. yang suka sang hang out, lepak2..kecuali untuk beberapa orang teman baik sahaja.

2. Aku dah ada tunang, jadi kena hormat pandangan dia sebagai future husband. kalau dia tak suka, kita terima sebab-sebab yang dia tak suka tu. bergaul tak tentu pasal pun tak elok jugak kan. esok dah kawen…haa….jangan harap le dapek keluar kalau takde izin suami. dosa tau. cewah!

3. Aku tak rasa kehadiran aku kat gath diperlukan. Orang pun tak kenal aku. aku pun tak kenal orang. jadi siapa aku? hahahaa….

4. Serius, aku susah nak ramah di awal perkenalan. suka diam. akan menjadi ramah kalau orang tu start dulu. heh. pemalu tahap sombong aku ni. =P Jadi, aku akan rasa janggal berada di kalangan korang yang terlalu ‘ramah’. *ekceli ada maksud lain, tapi takpelah, biar aku je yang paham*

ok. nak senarai lebih2 pun macam poyo plak kan. Aku pernah join beberapa perjumpaan kecil je dengan blogger2 yang aku kenal. Perjumpaan yang kadangkala dirancang last minute. yang hadir kadang-kadang 5-6 orang gitu…yang mana kalau korang duduk 6 orang tu nampak muka satu-satu dan tak ada puak. Kalau ramai-ramai sangat pun, ada yang duk geng ni..ada yang duk geng itu. well, aku ni mana lah ada geng kan. Jadi better ler aku tak pergi reramai tu.

Jadi aku minta maaf ler kalau ada gath yang ajak aku, aku tak pergi *muntah ijau la..takde maknanya orang ajak aku gi gath* hihihi..perasaan je lebih. Maksud aku, aku memang ignore abis bila ada gath blogger yang besar-besar nih. Aku selesa dengan kawan-kawan yang sedia ada. Aku tak mahu menambah rakan yang belum tentu akan mesra dengan aku, dan belum tentu akan keep in touch dengan aku. buat apa ramai kenalan tapi tidak berkawan kan? Bukan tak ada orang2 macam tu yang wujud dalam arena blogging ni. *ceh ayat nak terasa hati…sekeh kang*

sekilas : jika ada yang terasa hati dengan entry ini…maaf ye. takde niat nak tuju kat sesape.

Posted in me - Tagged blogger

Tujuan utama sudah terpesong

Apr27
2011
3 Comments Written by Sekilas

Kali pertama aku mengenali blog adalah tahun 2007. Ketika itu aku tak tahu ada atau tidak blogspot. Aku kenal WordPress. Disebabkan percuma tanpa perlu keluar sesen pun, aku mendaftar. Aku masih ingat entry pertama aku mengenai kelas Eksperimental aku bersama arwah Dr. Anuar Rai.

Aku sebenarnya mencari alternatif lain untuk meluahkan rasa hati, berkongsi, bercerita kerana ada saatnya tak ada orang pun yang sudi mendengar. Jadi aku fikir ini mungkin medium terbaik untuk aku catatkan tiap perkara yang berlaku dalam hidup aku. Dulu hidupnya tak seperti ketika ini. Tiada siapa yang kenal aku. Tiada siapa yang tahu wujudnya blog aku. Jadi tulis tanpa fikirkan perasaan orang lain. luahkan rasa marah atau sesekali buat lawak bodoh di blog sendiri.

Yang selalu tinggalkan komen, kawan-kawan serumah. Dan seorang anonymous yang sampai sekarang masih belum pernah ku jumpa. Tapi bila mula mengenali ramai orang. Dan ramai pula yang menyinggah dari aklangan orang-orang yang dikenali rapat. maka banyak penulisanku bertapis-tapis.

Dan sehingga kini aku rasa tiada lagi privasi aku menulis. Dulu menulis bukan untuk ditatap oleh kenalan. Dulu menulis bukan untuk mencari duit tambahan. Tapi niat utama yang dulunya dipasang sudah jauh melarikan diri. Bukan tak mahu mencari. terpaksa akur dengan keadaan yang sudah berubah.

Sekarang, semua sudah mampu memiliki broadband. sekarang semua sudah celik IT. sekarang semua ahli keluarga teman rapat tahu kewujudan blog ini. Malah keluarga baru juga nanti sudah tahu kehadiran blog ini. Banyak hati perlu dijaga, banyak bahasa perlu ditapis. Banyak rangkap perlu dibuang.

Dulu menulis, rasa sesenang hati. sekarang menulis perlu tahu adab itu dan ini, dan banyaknya tidak begitu asli kerana perlu ditokok tambah dan diberi perasa baru.

Tapi aku masih terus menulis. dan kagum pada sesetengah penulis yang kadangkala menulis mengikut kata hati tapi masih menjaga maruah diri. faham? abaikan sahaja kalau ia sedikit pun tak menusuk kalbu

Aku harap aku akan lebih berani untuk menyusun kata. supaya blog ini masih ditujuan asal. bukan mencari duit poket semata. Walaupun sekarang Nuffnang tidak lagi bermanja dengan ku. Jadi aku harus kembali kepada landasan. Dan menulis seperti dulu cuma perlu tahu adak banyak mata membaca nukilanku.

sekilas : memang ramai terlupa tujuan asal! tidak kira apa sekalipun keadaannya. tapi semoga kita kembali kelandasan yang betul.

Posted in me - Tagged tujuan

Kalau hidup ibarat roda…

Apr17
2011
1 Comment Written by Sekilas

Graf pula ibarat tangga.

Dah beberapa hari tak update blog. jadi graf analytic untuk belog pun semakin lama semakin berkurang. hoho…

Tahu tak Malaysia the Facebook capital of the world?

sekilas : Graf ibarat tangga…kelasssss!

Posted in me - Tagged analitik nuffnang

Yahoooo….Blog updated!

Feb18
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Selamat hari Jumaat.

Hari ini saya update belog. sekian terima kasih.

sekilas : keroje banyak, nanti2 buat entry serius plak. hihihi

Posted in merapu

Do we have ‘blog syurga’ or ‘blog neraka’?

Oct26
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

takde rasanya. takkan kita boleh labelkan pulak blog orang ni blog syurga…dan blog orang ni blog neraka kan? siapa pulak kita nak judge camtu kan.

Kenapa Cik Norfa, ada orang yang labelkan macam tu ke? eh ..takde lah.

sebab itu adalah antara keyword yang timbul untuk link ke blog aku ni ha.

So terkejut jugak aku kalau ada yang nak labelkan blog orang ni atau orang tu sebagai blog syurga or neraka. tak sepatutnya terjadi. aku fikir mungkin dorang ni just nak search, blog yang ada cerita tentang syurga atau camne cara-cara nak masuk syurga ker..whatever la, jangan dia memang cari blog yang ada ciri-ciri ahli syurga sudah..hohoho~~

sekilas : semoga pemilik blog itu juga dapat masuk syurga, amin.

Posted in me - Tagged blog syurga, keyword

Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak matlamat.

Aug20
2010
2 Comments Written by Sekilas

hai adikadik…bersama Kak Norfa dalam rancangan ketuk-ketuk ketampi! hohoho….

salam Ramadhan yang ke 10. puasa tak? kalau tak puasa takpe…aku tkde mslh pun. sbb janji solat. err..ke camne?

okey2…ingat tak aku pernah buat entry Entah bila agaknya nak dapat 200? tak ingat pi baca entry tu balik.

Alhamdulillah selepas membuat entry itu..dari hari ke hari (seperti air laut, ada pasang surutnya) aku telah berjaya mencapai matlamat aku untuk mendapatkan 200 pengunjung blog dalam sehari.

kekadang pengunjung sehari 150…siap menurun lagi. tapi aku faham. tak semua orang hari-hari nak hadap blog aku je kan. kalau ade cerita gosip ke cerita SX ke..laju je korang ni. hehehe….daku ngerti itu.

Apa-apa pun thanks jugak kat korang sebab sudi singgah blog aku yg chumel mcm aku ni. eh eh…perasaan pulak kejap. selain aku sape lagi nk puji kan kan…

okey..selamat bekerja dan berpuasa. buat Afra Yuri, selamat mencari kerja. hahaha

sekilas : tersilap button tadi..err…apa aku buat ni.korg tk phm tkpe.

Posted in me - Tagged statistik, unique visitors

Entah bila agaknya nak dapat 200

Aug04
2010
9 Comments Written by Sekilas

bukan mengeluh. tapi terasa ketinggalan dan jauh benar kebelakangnya berbanding dengan mereka-mereka yang lain. setiap hari aku memasang target. tapi setiap kali itu jugakla tak pernah tercapai target aku.

nampaknya aku harus bekerja keras lagi. bila tercapai satu matlamat barula rasa gembira sikit.

dulu tujuan utama berblog sebab aku memang suka menulis. lepas tu menjadi hobi bila ada rakan-rakan uitm aku kata seronok baca blog aku. maka menjadi-jadila tulisan aku di blog. kemudian tahun lepas aku diperkenalkan dengan Nuffnang. wow, satu cara lain untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

buat masa ni target aku bukan nak mendapatkan duit ratus-ratus apetah lagi ribu riban kan. target aku sekarang adalah nak mendapat pengunjung yang konsisten pada setiap hari. dan targetnya mestila 200 pengunjung sehari. tapi setakat ni, mesti tak pernah sampai 200 unique visitor.


tengokla tu…satu lagi nak 200…tapi tak tercapai jugak. huhuhu…sabariah jela kan.

aku harap lepas ni terget aku nak dapat 200 unique visitors tercapai. nak cecah seribu sehari macam blogger lain tak dapat la kan. sikit-sikit dulu mencari pengunjung. korang realisasikan lah target aku ni. hihi…

apa-apa pun terima kasih pada yang sudi menyinggah di sini. lagi-lagi yang silent readers tu kan. :p jasamu dikenang!

sekilas : silent readers..ahaks!

Posted in me - Tagged statistik, unique visitors

haha..jangan ditanya!

Apr06
2010
2 Comments Written by Sekilas

jangan ditanya apa?? jangan ditanya mengapakah aku menghilang….dan tidak menghupdet blog 3 hari lamanya. ekekeke..pada yang memang menanti kan entry terbaru…terima kasih di atas sokongan anda yang selalu jenguk blog sekilass.com ni…pada yang memang tak heran dengan blog aku…aku pun tak berapa kesah jang oii….

ekceli…ari sabtu tu aku memang takde mood nak story…ahad dan isnin aku busy!! hahaha..nanti aku story la pe yang berlaku yek!…

now kat opis..mau buat kerja!! banyak tertangguh sebab semalam cuti atas urusan peribadi..ssyhhh!!!! hehehe…

sekilas : lapar! asal kat opis je lapar!

Posted in me

Lama dah rasanya…

Mar26
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Dah lama sangat rasanya…

hm…ape yek?

Dah lama rasanya TIDAK :

Membeli make-up!
Last skali aku beli time hari raya la kot. Itu pun beli ngan My Cinta. Ade skali bedak compact aku dah abis, so aku beli satu kat Guardian, Silky Girl. Pun My Cinta temankan. hai…nampak sangat time beli make up ajak dia jer.huhuhu…bila la nak beli lagi agaknya?

Beli pakaian dalam
Muahaha…betul la weyh..rasanya last skali aku beli time gi Penang ngan June. hikihik..itu pun beli ade la kisahnya. apa da nopa ni..tu pun nak pi citer kat orang ker??

Beli Baju jalan
haa…ini jangan salah anggap. aritu aku pi beli baju nak wat interview je. kameja ngan seluar slack. bukan baju jalan eh. so baju nak jenjalan ni lama dah rasanya tak beli. asik2 pakai baju yang sama jerk. Baju yang aku beli interview tu..? skali tu jela aku pakai..huhuhu..rimas benarnya pakai kameja ni. tapi kekadang nanti aku nak pakai gi ofis jela kan..nak pi jalan? kena beli baju baru nih.

Makan Pizza Hut
hikhik…last skali makan ngan Julie and Linda. tahun ni jugak lah..rasanya awal bulan satu. kan nda kan?? linda la yang banje…teringin plak makan pizza. sape nak banje aku plak kali ni?

Naik Motor
ini memang lama dah ni rasanya tak naik…memang paling last skali dengan My Cinta la. Aku suka benarnya naik motor ni. berangin jer duk blakang. hikhik..tapi My Cinta tak suke sebab dia kata panas. Tahun lepas la rasanya naik motor. lama dah tu tak naik kan.

dapat hadiah
memang lama dah tu…last dapat hadiah time besday aku ler kot. ye ke..ntah…aku cuma ingat My Cinta belikan jam untuk besday aku tapi tu 2 tahun lepas tu…hurm..lama dah tak dapat hadiah ni. Nuffnang pun tak bagi aku hadiah lagi ni camne? hehehe…

sekarang jam 4.43 petang. sabar norfa…ko akan pulang kejap lagi..errk…malam nanti. huhuhu…

sekilas : ngok ngek nopa nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in me, merapu
← Older Entries

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Tips dan cara membuat syabu
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress