Boleh? jalan yang selalu dilalui, tetiba ada bonggol baru pulak. tengah syok-syok bawa kete dengan menekan pedal minyak agak kuat. terpaksa brek mengejut pulak. bonggol tu plak tak diwarnakan lagi. terkejut beruk nyah…huhu.
Lepas tu, dengan semangat waja datang ofis. lupa plak kunci ofis bagi kat en. Az. wawawa…semalam dia kata nak duplicate kunci tu sebab kunci dia tah ke mana melarikan diri. aku pun lupa minta balik kat dia. so tercongok ler aku duk dalam kete tunggu en. Az datang membawa harapan. cewah! dia sampai jer, bagi kunci then aku naik ofis.
Paling tidak baik hari ini ialah aku tak kompom lagi dapat pergi tengok Twilight Eclipse dengan My Cinta. lantaran si dia merajuk sebab aku tak bagitahu dia aku keluar semalam dengan june tengok Frozen. mulalah perang dingin dilancarkan. aiyaa…wa bukan pigi culang ma dengan olang lain.
tengokkan aje macam mana malam nanti. jadi semoga mood orang lain okay agar mereka dapat menceriakan hari-hari ku seperti selalu..aku tidak mahu jatuh hanya kerana benda yang remeh temeh. penat! betul tak? jatuh bangun selalu bukan bagus sangat tapi sekurang-kurangnya aku tahu apa nak buat.aku sentiasa bersedia. aku bukan aku yang dulu..mengerti?
sekilas : tidak perlu lagi memikirkan yang lain.




