Posts Tagged ‘ Meninggal dunia ’

Masih belum terlambat untuk aku buat entry ini dan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Abg Jai (teratakarmo.com) yang telah menyahut seruan Illahi semalam (12/02/13) di rumah mertuanya di Kapar Klang.

Niat di hati ingin juga menziarahi, sebab dekat dengan rumah di Meru. Tapi terpaksa batalkan niat atas sebab tertentu dan dapat berdoa sahaja dari kejauhan. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

Ramai rasanya dari kalangan blogger telah menziarahi beliau semalam. Hari ini adalah hari pengebumian arwah Abg Jai. lebih kurang jam 11 di kapar nanti, akan berlangsungnya acara itu.

Sedih. Tapi itu sudah ketentuanNya. telah tertulis takdir Abg Jai akan pergi meninggalkan kita.

abg Jai atau nama sebenarnya Azhar Bin Ramli merupakan penulis dan owner Teratakarmo.com dan cukup terkenal dengan sikapnya yang ramah dan mudah mesra dengan blogger lain. Aku kenal arwah Read more… …

Takziah aku ucapkan kepada keluarga arwah AchikSpin. Selepas pemergian arwah Din,kita dikejutkan pula olehberita kemalangan yang menimpa Achik Cpin. Kalau korang kenal arwah merupakan seorang penyanyi darikumpulan Spin dan pernah berduet Nana.Lagu dorang pun aku slalu karok.



SEREMBAN – Penyanyi Abdillah Murad Md. Shari, 27, atau Achik Spin yang popular dengan lagu Janji Kita, maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini lewat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki Achik dikatakan terbabas ketika dia bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Green Street Homes, Seremban 2 di sini.

Akibat kemalangan itu, Achik dikatakan tercampak keluar dari kenderaan sejauh kira-kira lima meter sebelum MPV itu terbakar dan meletup.

Kemalangan itu juga menyebabkan Achik cedera parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah berkata, semasa kemalangan, mangsa menaiki kenderaan tersebut bersama seorang rakan dikenali sebagai Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29.

sumber : KOSMO

sekilas : lagi kehilangan orang tersayang.