• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged memey dan norman berkahwin

Terbaru : Mangsa disembelih ?

Sep14
2010
4 Comments Written by Sekilas

Ya Allah..giler kejam?

terbaca berita kat Metro Online ni pasal perkembangan terbaru Kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 yang lain. Rupanya berkemungkinan besar, pembunuh telah mengelar leher ke-empat2 mangsa sebelum dibakar menjadi abu.

Mengucap panjang weh…kejam rasanya kejadian tersebut. Kenapa tergamak dorang ni nak buat macam ni. Malu betul anak bini dorang yang terlibat ni. Mengucap panjang aku. Mesti ahli keluarga mangsa semuanya terkejut dan sedih dengar berita ni.

Suspek! sumber dari metro dan utusan

Dalam sidang akhbar kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin memberitahu empat mangsa berkenaan dipercayai diseksa, dibelasah, selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.

itu antara yang aku baca kat metro tadi…KEJAM! bongok ! Aku berdoa semua orang yang terlibat dengan pembunuhan kejam ni di bawa ke muka pengadilan.

Kisah lain.

Tahniah kepada Norman dan Memey kerana dah pun selamat bertunang. elok lah dikahwinkan cepat. ye tak? Dan Abby pun diharapnya takdelah nak menyimpan dendam ke pe ke kan/. Norman tu tetap bapak kpd anak2 Abby. Aku takdelah nak berpihakl mana2… dah jadi pun mcm2 hal, lepaskan jela rasa amarah tu. buka buku baru.


Tahniah sekali lagi buat Norman dan Memey!

Posted in Artis, Isu Semasa - Tagged Datuk sosilawati dibunuh, Norman dan memey

wow, setiap hari Memey bawa selimut dan tilam ke pejabat Norman.

Aug14
2010
4 Comments Written by Sekilas

ini bukan kenyataan dari aku ye..ini kenyataan dari saksi yang melihat Memey membawa selimut dan tilam ke pejabat Norman.

Bagi yang tidak tahu, kes perbicaraan khalwat antara Norman dan Memey masih lagi berjalan di mahkamah. belum lagi selesai.

Kali ini terdapat saksi yang tampil memberitahu, ketika kejadian (norman dan memey di tangkap khalwat) , dia ternampak Norman dalam cubaan memanjat naik pejabat atas melalui pintu belakang pejabat yang berjeriji besi. paling tak boleh blah, bila saksi cakap hampir setiap hari selama 8 bulan dia ternampak Memey datang ke pejabat Norman dengan membawa selimut dan tilam. rupanya saksi tersebut yang membuat laporan (pengadu) dan tak pasal-pasal kena jadi saksi pula di mahkamah sebab dah hampir 2 tahun kes ni berjalan, banyak benda tak betul yang dilafazkan. (kata saksi la)

NAZRI: Jadi kamu yang membuat laporan?

YUSRI: Ya, saya mengaku saya membuat laporan.

NAZRI: Bila kamu buat laporan ini?

YUSRI: Saya tidak ingat, tetapi dua atau tiga hari sebelum pasangan itu ditangkap khalwat.

NAZRI: Bagaimana kamu buat aduan itu?

YUSRI: Saya pergi sendiri ke pejabat agama.

NAZRI: Kenapa kamu buat aduan itu?

YUSRI: Saya dituduh bersubahat oleh masyarakat Islam di persekitaran pejabat. Perbuatan mereka (Norman dan Memey) hampir lapan bulan dan berlaku setiap hari melainkan ketika cuti Aidilfitri. Jiran meminta saya buat laporan dari awal lagi, tetapi saya tidak setuju memandangkan bekas isteri Norman iaitu Abby Abadi ketika itu sarat mengandung.

Dua atau tiga bulan sebelum mereka ditangkap khalwat, hampir setiap malam Abby datang menjerit di depan pintu dan kadangkala dari tempat letak kereta. Ada kalanya mengganggu jiran sekeliling. Saya memohon maaf kepada jiran yang saya tidak akan mengadu sehingga Abby bersalin. Itu jaminan saya sebab mereka tuduh saya bersubahat. Jika saya tidak tahan (halang), mereka (jiran) sudah lama buat laporan.

NAZRI: Adakah kamu memantau pada malam kejadian?

YUSRI: Ya, saya diminta pejabat agama untuk memantau pada malam kejadian. Saya tidak perlu risau kerana kejadian berlaku setiap malam. Saya nampak dari lubang pintu (pintu utama) Memey masuk ke pejabat 4-1A sebelum jam 11 malam, Norman sudah ada dalam pejabat.

Kemudian pada jam 11 malam, saya lihat Memey naik ke tingkat atas dan kemudian saya melihat ada dua tetamu datang ke pejabat tingkat bawah (seorang lelaki dan seorang wanita) dan disambut Norman. Kira-kira jam 1 pagi, saya lihat Norman dan dua tetamunya keluar dari pintu pejabat dan turun.

NAZRI: Selepas itu apa terjadi?

YUSRI: Saya lihat Norman mengiringi tetamu keluar dan menutup pintu jeriji serta pintu utama, tetapi tidak dikunci. Tidak sampai satu minit selepas itu, seperti yang saya jangkakan, Memey turun.

NAZRI: Kamu nampak jelas?

YUSRI: Ya, dengan membawa barang sama setiap hari iaitu selimut dan tilam.

NAZRI: Kemudian apa terjadi?

YUSRI: Kira-kira 15 hingga 20 minit kemudian, Norman balik dan masuk ke pejabat, saya telefon pejabat agama dan memaklumkan mereka berdua ada di dalam pejabat.

NAZRI: Apabila penguat kuasa sampai, berapa anggota ada?

YUSRI: Saya tidak pasti, tetapi mereka memenuhi ruang legar pejabat dan mereka meminta kerjasama saya supaya menutup penghawa dingin serta lampu. Kira-kira jam 2.30 pagi, saya dengar jelas seorang demi seorang anggota penguat kuasa bergilir memanggil Norman supaya pintu dibuka.

NAZRI: Kamu dengar dengan jelas?

YUSRI: Ya, saya dengar mereka panggil sehingga menjerit. Mereka goyang pintu jeriji, tetapi tiada tindak balas dari dalam.

NAZRI: Berapa lama penguat kuasa berada di luar pintu?

YUSRI: Hampir setengah jam. Ketika itu lampu serta penghawa dingin ditutup menyebabkan saya panas. Oleh kerana keadaan itu, saya membuka tingkap belakang untuk membolehkan angin masuk.

Pintu belakang pejabat Norman yang berjeriji besi bersebelahan pintu belakang pejabat saya. Kira-kira 15 minit selepas penguat kuasa mengetuk serta menggegar pintu jeriji Norman, saya mendengar dentuman kuat dari arah belakang.

Saya berlari ke belakang dan melihat Norman memanjat naik ke atas pejabat. Ketika itu badan dia (Norman) sudah separuh ke atas. Jarak pintu belakang itu sangat dekat. Malah, saya boleh mencapai kaki Norman jika saya mahu.

Bagaimanapun, ketika itu saya memutuskan untuk menutup pintu itu kerana perbincangan awal dengan pejabat agama saya hanya mahu jadi pengadu dan bukan saksi.

Bagaimanapun, selepas hampir dua tahun kes ini berjalan dan saya mendengar pelbagai helah daripada Norman, Memey dan Saufi, saya mesti tegak kebenaran.

sumber : Harian Metro

Oit…itu dah memang kelakar la kalau betul memey bawa tilam dan selimut ke pejabat Norman. sudah terang lagi bersuluh la kan. kalau benar bagai dikata, apakah motif membawa tilam dan selimut? apkah sebab mahu lari ke pejabat atas? apakah sebab masih menafikan kebenaran? apakah sebab tiba-tiba memang betul bercinta (dan nak kawen pun kan) ? apakah sebab Norman sanggup buat begitu ketika isterinya Abby sarat mengandung? apkah sebab semua ini berlaku????

hanya mereka yang mempunyai jawapannya. baik atau buruk mereka yang tanggun dosa dan pahala. sebagai orang luar, jangan membuat spekulasi. atau ayat mudah. jangan menyibuk!! hoho…lebih baik tidak berkata daripada berkata-kata tentang sesuatu yang tidak pasti.

aku tak mahu komen apa-apa…cuma, jika kebenaran itu pasti. harap menjadi iktibar kepada kita. kata pepatah melayu, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. lebih banyak silap ingin ditutup, lebih banyak aib yang akan didedahkan. better jujur!

sekilas : Hari ini Ramadhan ke 4. selamat solat terawih.

Posted in Artis, masyarakat - Tagged memey, norman hakim, saksi kes khalwat

Norman & Memey akan berkahwin

Jul23
2010
1 Comment Written by Sekilas

hoho..akhirnya, berita yang baru ku dengar kat HotFM tadi menyatakan bahawa Norman Hakin menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan hari perkahwinan dia dengan si genit memey tu. eh genit ke? huhu…


gambar : sini

aku pasti ramai yang akan meluat dengar berita ni, meluat kat Memey..kat Norman. hai dulu macam gunung berapi meletop menafikan hubungan, lepas tu semakin intin dan tak segan silu pula bersama setiap masa. bagusla kalian berdua mempercepatkan hari bahagia tu. kalau dah kawin, mulut orang ni tutup. tapi kalau sepanjang perkahwinan korang ade problem, memang orang mengata balik la. kenapa? sendiri mau ingat ye!

kemesraan dorang dah memang jelas dan nyata. kita tunggu jela hari bahagia itu ye. kepada Abby, tak payah nak rasa marah-marah ke apa. itu dah jodoh deme la kan. yang penting kebahagiaan anak-anak dalam mendapat kasih sayang ibu dan bapa.

sekilas : teringat time melodi dulu Norman minta setel dengan Abby hal khalwat tu, penyudahnya dia tetap dengan Memey. jadi ape? jadi itu semua lakonan demi menutup keaiban diri depan kamera jek!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Artis, info - Tagged memey, norman hakim, perkahwinan

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • 4 Bulan Sebelum
  • Hari Kejadian

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress