• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged meeting

Apa jawapan tepat untuk anak kecil ini?

Oct19
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

apa yang aku miss sepanjang hari ini??? apekah wahai dayang-dayang dan pengawal-pengawal istana sekalian?

Pagi ini sampai office jam 8 pagi. bajet awal la kan. tapi datang awal kena print out apa-apa yang patut sebab jam 9.30 ade meeting. meeting kat mana lagi…kat tempat biasa la…port baik punya. hahaha….

ikut bos menaiki kereta Honda CRV nye yang macho itu. tapi bos tak rushing sebab gerak awal dari office. seperti biasa bos borak-borak dalam kereta sepanjang perjalanan. ye, jadilah bos yang terbaik seperti ini *ayat bukan bodek* kerana daku tak pernah bosan mendengar kata-katanya…muahaahha!! oopsss Puan R jangan pikir bebukan ye. encik bos selalu memberi input-input baru yang saya tak tahu. jadi walaupun cerita itu berkisar tentang orang dah kawen….aku suke jek! muahahah..salahkan encik boss..ekekek…

start meeting…….

pot pet pot pet pot pet…

abis meeting…..

berkampung di tempat client….

balik office….oh ye jemput isteri En. H dulu….baru balik office!

okey tadi tu semua mukadimah!! aku baru sampai office dan teringat nak buat entry ni dari semalam tapi tak buat-buat. Semalam aku cuti kecemasan sebab aku dilanda sengugut di pagi hari. orang-orang pompuan tahu jela kan camne rasanya sakit senggugut tu. nak buat ape keje pun tak jadi. paling best dia kena tidur baru perut tu lega sikit. sebab ape? sebab pompuan je tahu..hahaha….

Jadinya semalam ada la budak kecik datang mengaji kat rumah aku. umur dia dalam 6 tahun macam tu la.mak aku le jadi cikgu ngaji nya. sementara mak aku buat kerja ape tah, budak kecik ni tengok ler ada satu cerita ni…tak silap aku citer tu dah sampai ada orang pompuan pakai bikini nak berenang kat kolam renang la. jadi budak kecik ni pun cakap “Eeii…dorang ni tak malu ke bogel?”

korang rasa apakah jawapan yang patut aku bagi kat budak kecik ni.

A) itu bukan bogel, dia pakai bikini. kalau bogel tak pakai apa-apa.

B) Dorang tu mat saleh, bukan Islam. kalau orang Islam tak boleh la pakai.

C) dorang tu malu sebenarnya, tapi dah director tu suruh pakai camtu, nak wat camne.

D) kalau malu toksah la tengok!

E) ko budak-budak mana kau tahu.

F) eh…banyak plak jawapan. korang jawab sendiri la.

sekian…

sekilas : korang rasa aku jawab ape?

Posted in Kisah-kisah itu, me, SL - Tagged anak-anak, kerja

Aku memang tak faham

Jul21
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Kenapa ada pemandu yang ‘kerek’ nak bawa kereta laju-laju sedangkan kat depan tu kereta tengah slow dan lembab sebab ada bonggol dan traffic light. paling best, kereta ‘kerek’ tu pergi memotong sebelah kiri aku pastu duduk depan aku je. padahal..lane kanan aku kosong kot. pehal nak potong sebalah kiri. dah la duduk depan aku, pastu berhenti juga sebab lampu merah. lampu dah hijau pun duk depan aku juga, sebab kereta depan dia pun sama lambat. dah memang banyak kereta, tak gheti nak menyabar ker cik abang oiit….

Aku memang tak faham, nasi lemak yang orang ni selalu jual, time aku takmo…ada je dia jual. tapi time aku nak, time tu la dia tak meniaga. geram je tau. bukan sekali dua. dah banyak kali. apa dia dengki ke aku nak makan nasi lemak dia. hissh…(padahal bukan salah dia pun kan, kenal aku pun tak?)

Aku memang tak faham, macam mana ada scuba diving kat kawasan tempat aku kerja ni. pernah sekali ayah aku tanya, “dorang berlatih nak menyelam kat dalam tu ke?” hahaha…aku gelak dulu. takkan la boleh memuatkan kolam yang dalam kat bangunan pejabat macam ni. tapi hakikatnya, aku tak tahu. mungkin pejabat dia jela. nak scuba nanti bawa pi laut la kan.

*cuba tengok pintu masuk pun cat kaler biru laut tau*

UPADATE *okey sekarang aku dah tahu, tempat ni jual peralatan scuba diving. muahaha*

aku memang tak faham…terlalu banyak kedai kat tempat kerja aku ni yang pelik-pelik. bawah pejabat je, ada restoran pub, sebelah dia ada kedai dobi + cafe (pakej okey), sebelah kedai dobi plak ada klinik (Doktor Cina). hujung bangunan tetiba ada hotel (dikatakan orang la ada hotel) sebelah restoran pub ada refleksologi. hoho…mana pergi kedai makan melayu?? mana pergi kedai alat tulis ker? kedai runcit yang murah ke? kedai ikan ker..hahaha…(padahal banyak lagi lot kosong kat sini, tak tahu dorang nak buka ape)haiyaa…nak harapkan 7-eleven kat hujung tu….roti pun cepat habis! pastu selalu sangat orang duk curi rokok dorang. kecian plak tengok. dan sebenarnya takut! huhuhu…

yela..datang office kekadang awal sket, (sila baca : KADANG-KADANG) tengok ada mat-mat renovation office kat bawah tu tengah berlonggok tunggu bos atau tah apa2 yang dorang tunggu la. terus ingat pesan bos, ‘hati-hati’ kepit handbag, pas kerja standby seluk dalam bag, takut keluar awal-awal kang dia rampas plak pas tu dari aku. amik jalan jauh sket, sampai kat pintu, sentuh pas, buka pintu dan cepat2 tutup. hohoho…tapi tak habis lagi dugaan, nak nek lift plak. sampai tingkat 3 kena standby kot2 orang tu dah memang ada dalam. teringat no kecemasan yang diajar waktu guna security tu. standby jer…huhu..dah masuk ofis baru lega kak leha oitt…

okey moh kerja! petang ada meeting plak ngan en. H. caiyokk….

sekilas : aku tak faham kenapa??? kenapa aku tak kawen lagi? hohoho…

Posted in masyarakat, me - Tagged kedai, kerja

kegusaran di hati

Jul14
2010
7 Comments Written by Sekilas

budak cam aku ni pun reti nak ada prasaan camni. apa yang digusarkannya nopa oii…ade la. takkan semua benda nak kena pi citer kat blog ni cik kak oi. even ni personal blog, tapi ade certain story mory yang aku takleh bagitau korang.

kadang-kadang kat sape2 pun tak bagitahu. even kat My Cinta pun tak story yer. simpan je dalam hati segala kegusaran itu. jangan coba-coba bertanya, sebab dikau akan hampa mendengar jawapannya TIDAK! hoho…

okey lupakan sebentar kegusaran di hati itu. biarkan hati itu sendirian dan tenang. Hari ini takde perkara menarik sangat berlaku. selain rutin biasa pergi kerja. Pagi ni makan bihun goreng, mak masak. terima kasih. sejak meningkat usia ni makin rajin mak kan. malah semakin sedap masakan mak. hahaha..ayat bodek seyh!

pi anta ayah gi klinik, pastu terus cau pi keje. Tadi ade meeting kat Maybank Islamic. oke nama je Islamic, tapi ade poster gambar pompuan pakai bikini. macam pakaian sukan pun ade gak aku tengok….boss yang tunjuk..aku tengok je. hoho…..bab2 tu boss memang alert sket. larikkkkk!!!

perut rasa lapar plak. tengok..tengok…..haa…tak bek tau. dorang pi kuar makan. takmo offer pun ajak aku skali ker..sampai ati tau. =( takpelah, balik makan kat rumah je. save cket duit kan.

oh ye…selamat datang Syaaban…nanti Ramadhan bakal menjelma. tak sabar nya nak berpuasa. halamak….puasa pun tak habis ganti lagik. kena cepat2 ganti ni. kang tak sempat plak. brape hari lagi ek..menghitung..ting tong!

okla..balik dulu. ofis sunyi sepi..bukan takde orang..tapi orangnya titon..hihi..pulangnya, anis suffiyah menantiku di rumah. bye!

sekilas : jangan lupa ganti puasa!

Posted in family, me - Tagged kerja, ramadhan, syaaban

update pantas : Selamat Pagi

Jun23
2010
3 Comments Written by Sekilas

wah…kelassss nopa. pepagi dah cakap selamat pagi. eh mestila, takkan nak cakap selamat pagi waktu malam pulak kan. al kisahnyaaaa…aku dah sampai ofis. en. H kata kul 8 kat ofis, bukan kat MRR2. amboi perli je tau en. H ni. nah, dah sampai dah pun. sempat buat air, sempat makan roti, sempat update blog lagi. kalau suh buat kerja nak sambung smlm je tak sempat..haha..buat keje je tak sempat kan…very the pemalas girl norfa ni.

okey..pagi ni ade meeting kat matrade. so, aku kene folow skali. in case ade ape2 pasal content kan. take note! ala..kot tak pasal content pun kene take note jugak yer..jangan malas2. tunjuk akhlak yang baik kepada client dan juga bos tersyg…demi memajukan syarikat.

uhuk2…mana bos ni. tak sampai lagi. en H pun tak sampai lagi. ke aku yang lambaT. aku sampai jam 7.45 pagi kot. dah ade kat 7e beli roti. naik opis tengok En. A tgh ZzzZ atas kusi. dia pun terkejut tengok aku datang awak. gf dia sedang buat keje kat pc. cewah..buat keje gitu…

eh risau plak. tah2 en. H memang suh aku tggu kar MRR2 tak..huhuhu…okeyla..mau sms dia. jaga diri bebaik ek. bakal tidak menghupdet blog sehingga petang…mungkin!

sekilas : nak spec baru!!waaaaa….

Posted in me - Tagged kerja

nombor kalau menurun jadi ape?

Jun16
2010
12 Comments Written by Sekilas

jadi nombor yang makin mengecik la..apa da..

Pagi tadi aku sampai SL dalam pukul 9.10 pg camtu la. masuk jek dlm office kan kene tekan no security kasi alarm tu diam. tapi, tetiba aku tersalah tekan nombor…cuak jugak. takut kang datang plak polis bomba ambulance kat sini ingat ade kes..hehe..aku tnggu jap, bunyi tu dtg balik, aku masuk balik no security tuh. naseb baik senyap. kot tak naya jer kang.

Okey, dah amsuk dalam dapat email kene print out storyboard yg kena bawa jumpa client nanti. dah print, kertas A4 plak abis, dapat satu copy jerk. pastu kena gi bukit kinrara, jumpa bos kat sana dan bertolak dari sana.

al kisahnya sampai kat maybank learning centre..kat situ ler meeting nya. aku terperasan nombor-nombor untuk setiap level kat bangunan tu. dari tingkat 5 tak silap aku…nombor tu menurun…jadi 5, 4, 3, 2, 1….

dan seterusnya…

seterusnya sampai ke nombor negatif okey…mula-mula aku ingat dia takde aras lepas 0..tapi tetiba tambah tu yang kena jadi negatif tuh. pastu bila tengok no aras ni kat dinding besor2..mcm pelik plak.

salah siapakah itu? atau memang pada korang ia sesuatu yang biasa? pada aku ia luar biasa..hehehe…gambar laki pompuan nak gi toilet tu pun dasyat..skirt pompuan tu dah kena tarik..lagi seksi tu…sampai takde kaki dah.

sekilas : gelak ketawa sebelum bekerja.!

Posted in lawak, me - Tagged aras bangunan, kerja

hai hai hai Malaysia hari ini

Jun01
2010
7 Comments Written by Sekilas

Pagi ini tak terus masuk office sebab akan bersama En. H untuk training beberapa orang staff dari Prokhas untuk laman web baru yang telah disiapkan. Sepatutnya En. H suh aku yang present dan ajar mereka. tapi siapalah aku ni nak ajor2 orang kalau diri sendiripun duk merangkak lagi nak belajar dari yang expert ni. Teringat plak kata-kata En. Azhari Zain a.k.a En. Z yang dah glamer buat filem skrang ni.. “Do not learn from mistake but learn from expert” hehe..saya tengah learn from expert la ni en. Z.

Okeyla..sebab kena ade office kul8 pagi. takleh lelama di depan laptop kesayangan ni…jumpa nanti petang-petang sket eh…

sekilas : jangan rindu aku tak updet blog. hahaha! prasan Nopa.

Posted in me - Tagged client, expert, mistake

Laporan Hujung Minggu : Perjumpaan Keluarga

May08
2010
3 Comments Written by Sekilas

Ini adalah entry pantas di hujung minggu bersamaan hari Sabtu. Masihbelumader story mory menarik untuk diceritakan. biasalah…pengunjung keblog ini pun mulai lemau di kala hujung minggu.

Hari ini semua adik beradik akan berkumpul di rumah mak. kenapa? haa….itulah yang dinamakan perjumpaan keluarga selain hari raya. cewah!

Akan ada sarapan pagi dan sesi bual mesra sesamasendiri.memandangkan memang ade topik nak dibincangkan, maka pertemuan ini dakatakan memang berbaloi untuk keluarga.

Sekarangsedang menanti ketibaan YB-YB dari Cheras Perdana, Kg.Melayu Tambahan dan juga Bandar Baru Bangi. YB dari KualaLipis sudah selamat tiba dari semalam lagi. Malahsudah dapat beramah tamah dengan Owner Saba’ Restaurant gitu…

Oh ye..iklan ringkas…:

Semalam aku ngan kak Ida and family, mak ayah dan juga Daya dan suami pergi dinner kat restoran Saba’…Aku panggil kedai June jer..hahaha…Thanks to June & Sulaiman. sebab apa…haa…kerana memberi layanan terbaik kepada pelanggan. Pelanggan istimewa pulak tuh…Adeplak owner kedainak duk melepak skali kan..hehehe…

oke iklan tamat…perut sudah lapar..mau tunggu YB Cheras Perdana bawa sarapan..ngeee~~ take care semua..selamat bersuka ria di hujung minggu.

Pandu Cermat Nyawa Selamat ~ Sayangi Keluarga Anda ~ Selamat Hari Ibu.

Sekilas : sayangi keluarga? hurm…sayang beb!

Posted in family, friends - Tagged Cyberjaya, family, Keluarga, perjumpaan, Restoran Saba

Hari ini bukan hari perpisahan

Jan28
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Pernah dengar lagu yang mempunyai lirik-lirik ini :

Bertemu dan berpisah
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa

Haa…lirik ni time aku masuk pengakap dulu..ade nyanyi. time camping la slalunya. pastu cedey…huhuhu..

Well, seperti tajuk entry aku itu hari ini bukan hari perpisahan.
hari ini adalah hari makan sedunia.

Pagi tadi…aku dan rakan-rakan PKS ada meeting…lepas meeting kami dijamu makan. sebab ade keje-keje yang perlu diselesaikan selepas makan. Jam 1230 tgh hari tadi plak..kami meeting lagi untuk kali terakhir. ahaa….meeting sebab esok hari last kitorang ni keje. so, atas sebab itu bos dengan baek hatinya jamu lagi kitorang makan.

Petang nanti pukul 6, kitorang ader plak gathering PKS kat Johnny’s reastaurant. makan lagik…so, aktiviti hari ni banyak makan taw…so, say NO to diet..hahaha…

NO —– DIET NO ——– NO

sekilas : orang kata kat aku — eleh, badan dah kurus pun nak diet lagi ke? Dussh..skali kat die. sukati ar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in friends, me - Tagged Diet, Johnny's restaurant, PKS

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Hari Kejadian
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • 4 Bulan Sebelum

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress