Sebagai pengguna Maybank2u yang tegar…cewah, aku seringkali menerima SMS daripada pihak Maybank mengenai enhanced its security. Ini sebagai tanda-tanda ke arah yang lebih baik sebab sekarang ni tahu jela bermacam url fake yang datang spam kat email kita.
Yang best tu pelbagai cubaan yang menarik untuk mengelirukan pelanggan. Tapi sebab aku ni pelanggan tegar Maybank2u, aku tak semudah itu tertipu. cewah..berlagak kau nopa.
Waktu mula-mula m2u nak wat enhancement website dia, aku terkejut juga sebab tiba-tiba berubah wajah website tu time nak login. terus capai fon dan buat panggilan ke Maybank. Siap aku sebut url tu satu persatu. Nasib customer service dia kata betul. Katanya, ia adalah tindakan bagus kalau customer curiga dengan website mereka dan buat panggilan untuk pengesahan.
Korang kalau nampak pelik-pelik kat website Maybank jangan buat tak reti jer. Kalau tak tahu menahu tentang enhancement website dorang ni, terus je minta kepastian dari pihak bank. Bertindak sebelum kena kan.
Dan sekarang security dari website dorang mungkin akan jadi lebih mantap. Sebab sekarang dorang suruh korang register untuk security tu. Nanti korang akan di suruh pilih image dan taip phrase. Next time bila korang nak login, akan keluar image dan phrase yang korang pilih tu.
Kalau image tu bukan image yang korang pilih dan phrase tu pun salah, makanya, itu bukanlah website maybank. jangan sesekali masukan id dan password. Maka lagi sukarlah manusia-manusia jahat yang cuba-cuba nak tipu kita dengan url palsu dorang tu.
Kalau tak pasti, jangan segan-segan tanya. kang duit dalam bank hilang jangan buat-buat gelabah plak nak report sana sini. orang dah bagi guide untuk meningkatkan security tu takmo ikut.
Sekarang pun dah tak boleh register no phone kat mesin ATM untuk pendaftaran m2u. kena register no phone tu terus kat cawangan maybank berdekatan. Ini semua sebab kes ada orang curi kad atm dan masukkan no phone dorang tu. Kan kalau kita nak wat transaction kena ada no ape tu tah nama dia dan bank anta ikut fon. so kalau bukan kat fon korang pi anta kat fon orang lain. tak anya depa terus je kuarkan duit korang. aku suka Maybank! yeah…
tak macam BSN *ceh marah plak sebab dorang tetap kasi orang buat transaction/buka account if cip kad mykad rosak* — merujuk kepada kes My Cinta. tak mo citer la. sedih. sebab orang buat jahat kat My Cinta. kalau Maybank cip rosak, siap suh tukar kat JPN dulu baru leh buat urusan. *kes aku alr tu sampai skarang takleh tukar kad bank sebab cip kat mykad aku rosak. Jadinya kena tukar kat JPN ler dulu. dan sehingga kini tak pergi-pergi lagi JPN. hohoho…
sekilas : .aku dah register untuk enhancement yang terbaru ni. korang pengguna maybank dah buat ke belum?





