Posts Tagged ‘ Maya KArin ’

haa…ape tunggu lagi…kawen jela!

Hangat sangat orang duk perkatakan hubungan Maya Karin dan Yusry KRU. Mahunya tidak, kono ‘Teman Rapat’ Kita ni orang pompuan kalau nak ade teman rapat, kena la cari hak pompuan. dapat hak laki memang arrr orang duk ngateee….Lagi-lagi awak tu artis giteww! Kalau tak nak orang ngateee, berhenti je jadi artis. duk dalam rumah diam-diam. okey tak kak Maya?

Aritu waktu preview Filem Khurafat pun korang datang together-gether jugak kan? ololo..memula sampai duk jejauh jerk dari pandangan orang ramai. bila peminat datang, tetiba ko Yusry melarikan diri…cewah-cewah..tapi dapat gak snap.ekekeke

Gambar dari Kak Ina KL .* aterrr sowy ler kalau teman crop muka korang. nak gambar dorg jek! =P

“Iya, memang benar kami ke Alamanda. Kami menonton filem Narnia (Chronicles of Narnia: Voyage of The Dawn Treader) masa itu. Alah, keluar dengan kawan-kawan, tidak ada salahkan? Lagipun saya sudah lama mengenali Yusry, cuma kebelakangan ini saja kerap keluar bersama,” katanya. *Eh takde ke wartawan tanya kenapa dorang datang berdua ke preview Khurafat??? isssk…lambat la wartawan ni.

Tambah Maya, selain Yusry dia mempunyai kawan lelaki yang rapat misalnya Bront Palarae dan Remy Ishak. Namun, persahabatannya dengan Yusry terlalu digembar-gemburkan.

Dahnya….nape tak jalan berdua dengan Bront Palarae. ngan Remy Ishak toksah citer le..dulu pun bergosip juga kamu dengan dia kan…hihihihi…ala peminat ni bukan ape…nak tengok benda baik..bukan benda tak baik. kalau betul pun ape salahnya. ye tak??

Akui Maya, persahabatannya dan Yusry adalah ikhlas, malah mereka saling menyokong kerjaya masing-masing. Malah, wanita berbintang Scorpio ini juga tanpa berselindung mengakui menyukai Yusry selain menyifatkan duda kacak itu memiliki ciri-ciri lelaki idamannya.

Dah ade ciri-ciri lagi. Apa tunggu lagi kakak ? terus kan aje hubungan teman tapi mesra itu ke jinjang pelamin. kan sonang cito…korang tu banyak duit..dah leh kawen. lain ler teman ni ha, menggagau nak cari duit nak kawen. kalau kome takmo kawen, bagi duit kome kat teman, biar teman je kawen..hahaha….

apa-apa pun ini sekadar gurau senda ye. Kang Maya Karin dan Yusry baca, mahu dia marah aku.

petikan dari Harian Metro Online

sekilas : sapa mahu bagi saya duit???

Seperti yang sedia maklum, filem Khurafat merupakan filem terbaru arahan anak Datuk Yusuf Haslam..iaitu Syamsul Yusof yang ala-ala-ensem gitew…auuww! tak kuasa la hai.

Gambar Ehsan Kak Ina KL

Semalam merupakan preview filem tersebut di Midvalley bersama para media dan bloggers. Ramai artis-artis dan teman-teman yang aku kenali hadir semalam. Antara artis yang aku ‘kenal’ ialah Liyana Jasmay, Syamsul, Rahim maarof, Datuk Yusuf, Aziz M.Osman & isteri nya yang vogue, Sabrina Ali, Maya Karin, Yusry KRU, Norman KRU, Scha dan ramai lagi la…dan antara teman-teman blogger yang hadir ialah Kak Ina KL, Anakperak, CikHel, Rabiatul, Hamzah dan awek, Ery dan temannya, Bean dan isteri (dan mungkin ada yang aku tertinggal) Dan tak semana Azwan Hashim pun ada oke! patutlah beriyer dia ajak aku join preview ‘Aku Tak Bodoh’ dulu. Rupanya Su kan keroje ngan GBSB. Su pun ada skali semalam bagi tiket. Kawannya CikHel jugak! cait! echa gitu nama ko hel…hahaha Helena Aisha okey! sila ngaku!

Sinopsis :

Johan baru sahaja mengahwini Aishah. Dia pulang bercuti di kampung kerana ingin menjenguk ibu dan adiknya. Selepas pulang daripada masjid bersama Pak Imam, Ada orang kampung memberi tahu Pak Aziz dirasuk hantu. Dari situ Johan tahu Pak Aziz telah ‘membela’ sesuatu dan Pak Imam Mengatakan ia adalah khurafat kerana meminta tolong dan mempercayai selain daripada Allah. Bekas kekasih Johan, Ana frust menonggeng bila Johan dah kawen.Dia tak boleh lupakan Johan. Jadi dia datang jumpa Johan dan merayu Johan kembali pada dia. Tapi Johan kan dah kawen. Sejak dari itu, Johan dan Aishah di ganggu oleh hantu-hantu ni la. Persoalannya, siapa yang cuba membuat kehidupan mereka sengsara??siapa???? kalau nak tahu pi tengok sendiri la.! hihihi….

Khurafat bukan macam filem seram Melayu yang biasa kita tengok. kalau sebelum ni Jangan Pandang Belakang merupakan filem seram yang bagus..tapi aku fikir filem Khurafat mungkin ada peningkatan bagus. hihi…maksudnya, Syamsul tidak mahu Khurafat berada se’level’ dengan JPB la kan. mestila ada peningkatan prestasi. eh macam naik kereta plak.

Pelakon-pelakon filem ni memang cemerlang. lakonan mereka berjaya menarik penonton untuk turut sama join rasa takut tersebut. bunyi dan segala macam efek cahaya toksah cakapla…memang buat korang ternanti-nanti apakah yang terjadi. aku tak cakap main-main. walaupun berlagak macam tak takut, tapi sebenarnya kita bagaikan dapat menyelami perasaan dorang. dapat feel la macam duk dalam movie tuh.

Nama pun cerita seram. korang nak expect ape lagi dalam filem seram. mesti la lightingnya suram…muziknya suspen…dan ada hantu. Tapi Syamsul bukan sahaja menggunakan elemen hantu untuk merasa takut, tapi korang bayangkanlah macam mana seorang lelaki yang mendukung jenazah yang dh dikapankan di tengah hutan waktu malam..seram tak seram ko…Memang Terbaik.

Dan kalau korang nak tahu, scene van jenazah jatuh ke dalam gaung tu, penonton ramai yang tepuk tangan termasuk aku. sebab Syamsul memang berani dan mahu menggunakan aksi stunt yang benar-benar menjadi. Dulu kalau KL Drift dia menggunakan kenderaan betul apabila berlakunya kemalangan begitu juga dengan babak ni. Van jenazah yang jatuh ke dalam gaung tu benar-benar berlaku dan aku memang mengucap banyak kali kot! sebab aku fikir dalam tu ada jenazah…! Jenazah oke! kompom sekali shoot dan ada banyak kamera. itu yang aku kagum dengan Syamsul ni kalau buat babak yang ada aksi-aksi camni.

Aku respect kat Sabrina Ali & Syamsul sebab berani melakonkan watak-watak kat bilik mayat, dikafan dan di dalam kubur. well, jangan berani melakukannya je..harap-harap artis-artis ni pun sedar jugak lah dengan apa yang dorang lakukan.

Satu je yang aku geram dengan watak Johan tu…tiap kali dia nampak ‘benda’ tu..memang la dia macam berani-berani takut. Tapi at least, mulut tu terkumat-kamit la baca apa-apa surah sebab ternampak-’benda-benda’ macam ni kan. Jadi sebenarnya aku marah kat Syamsul ni la. apesal dia tak buat macam tu…ni tutup mata , berlari… tu jela..Sebab kalau kita nampak ‘benda’ ni kita kenalah mohon pada Allah minta dijauhkan syaitan ni mengganggu kita. Sebab kekadang ‘benda’ ni tengok je kita atau saja-saja nak muncul depan kita. jadi pada siapa nak mohon kalau bukan pada Allah kan.

Jalan cerita filem ni, memang mantap! korang takkan menduga sebenarnya kenapa Syamsul dan keluarganya di ganggu oleh hantu-hantu ni.? kalau korang nak tahu kenapa? jangan lupa saksikan filem ni di pawagam berdekatan pada 13 Januari 2011. Pasti menggegarkan jantung anda…

aku bagi 9/10…mendebarkan!

Nak menang Maxis iPad + WIFI Maxis Modem?

Dapatkan Prepaid BlackBerry BBM plan dari DiGi

Jom tengok video terbaru kat YouTube..best woo..

sekilas : Tak puas nak tengok lagi..boleh tak? hahaha