• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged masalah

Setiap Orang Melalui Kesukaran Dalam Hidup

Jan03
2012
6 Comments Written by Sekilas

Kisah hidup kita berbeda.

Kau, aku, dia, mereka ada cerita tersendiri.

Soalnya, bagaimana kita mengatasi dan menyelesaikan kesukaran hidup itu?

Bagaimana?

Posted in masyarakat, me, merapu - Tagged hidup

Benarkah hubungan KF & JR berantakan?

Jul27
2011
4 Comments Written by Sekilas

Siapakah KF & JR tu Cik Norfa oiit..?

Tu la dia…aku nak ceritera pasal selebriti Bola sepak kita iaitu Khairul Fahmi & tunangnya yang glamer dengan belog Jejari Runcing tu..kelas kan aku buat short nama derang ekeke.

Ni pun terbaca kat belog Beautifulnara yang meletop dengan cerita-cerita hangat tu. Aku tak mau la duk copy paste kan apa yang dah tertulis kat blog tu, just ingin bertanya pendapat korang, betul ke hubungan mereka berantakan dek kerana insiden yang kita tak tahu apa sebenarnya berlaku antara KF dan bakal MIL dia tu?

risau..risau…memang aku risau. sangat berdebar-debar nak tahu lebih lanjut mengenai kebenaran cerita ni. Aku harap cerita ni tak betul dan aku doakan derang terus bahagia hingga ke akhir hayat.

Kepada JR, aku harap kalau ada masalah macam mana pun dengan KF janganlah di hebahkan di FB. kan tak elok, kalian pun dah bertunang. ni semua orang baca, semua orang tahu…semua orang akan mengata. sama-samalah kita belajar dari kesilapan kita. Semua yang tak elok, kita simpan je takmo bising-bising k. sebab kalian tu dah menjadi tumpuan orang ramai. kalau betul bagai dikata, biar Tuhan je tunjukkan pada orang lain. ok, sayang korang.

Apa-apa pun aku harap hubungan mereka pulih seperti sedia kala. sedih dengar cerita camni. Dulu kan aku pernah buat entry apsal derang kat sini. Jadi aku harap, biarlah cerita itu kekal bahagia. insyaAllah…amin. mudah-mudahan.

 sekilas : kita berdoalah yang baik-baik untuk semua orang. InsyaAllah.

Posted in Artis, Isu Semasa - Tagged Jejari Runcing, Khairul Fahmi Che Mat, tunang Khairul Fahmi

Aku takde hutang dengan family ko, aku bayar ko cash tau!

Nov02
2010
10 Comments Written by Sekilas

Before this aku ada buat blog under wordpress. Bila dah beli domain, blog itu macam aku tak usik-usik la. tapi masih ada komen-komen baru yang datang, dan aku akan selalu update komen-komen tu. walaupun entry tak update dah, tapi aku jenguk-jenguk jugak blog lama aku tu.

Dalam salah satu entry ada lah seorang pembaca ni bertanya hal rumah tangga kat aku. al maklumlah, aku ni mana pernah kawen. jadi takde pengalaman dan tak tahu nak balas apa kat komen dia tu. Komen beliau adalah seperti berikut :

…sesetengah suami mengatakan ‘ABANG CARI DUIT JEE UTK ANAK2.KEJA2 RUMAH N JAGA ANAK..2 KEJA AWAK LA’..suami apa eh cam ni..geram btl dgn suami mcm ni..pas 2 tak prihatin langsung dgn family..n yang paling menyakitkn hati bla c istri membebel sikit..’JANGAN BANYAK CAKAP LA.. AKU TAK DE HUTANG DGN FAMILY KO..AKU BAYAR KO CASH TAU’.Macam mana nk menghadapi suami spt ini?

dah macam pakar kaunseling rumahtangga plak bila kakak ni duk tanya aku. soalannya macam mana nak menghadapi suami seperti ini. tapi mungkin dari segi pembacaan aku melalui pengalaman orang yang dah berumahtangga ni, masalah akak ni masih boleh di selesaikan. Suami itu tak bersalah sebenarnya, cuma cara dia bersuara itu kelihatan tegas. mungkin dalam keadaan marah dan penat…keluarlah ayat-ayat macam tu.

Aku teringat blog Hamka yang aku baca ada cerita pasal suami yang tak membantu membuat kerja-kerja rumah ni. Kata Hamka, kenapa mesti marah suami yang tak buat kerja rumah. Duduk goyang kaki, baca surat khabar dan tengok TV tanpa memikirkan penatnya isteri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Wahai isteri-isteri, cukup baik suami-suami awak tu tak duduk melepak kat luar rumah, kat kedai kopi, berpeleseran dengan wanita lain dan melakukan aktiviti-aktiviti yang kurang best di mata isteri. Bukankah bagus suami tu duduk dirumah di depan mata kita dan kita tahu apa yang dibuatnya?

Adalah di kalangan lelaki ni kata, sebenarnya jauh di sudut hati mereka, mereka kasihan melihat isteri-isteri ni buat kerja. dalam pada baca surat khabar di jelingnya isteri yang memasak di dapur atau mengemas rumah. nak tengok betapa gigihnya si isteri. Pasti ada terselit kasih sayang dan perasaan simpati dalam diri mereka. janganlah berprasangka yang bukan-bukan. Waktu di rumahkan untuk sang suami berehat-rehat. konon lah!

dan seperti biasa, mana-mana lelaki pun tak suka kalau perempuan membebel. hihi….My Cinta pun tak suka kalau aku membebel kat dia. itu belum kawen. kalau dah kawen camnelah gamaknya aku membebel nanti. harap-harap dia tabah menghadapinya..ahaks! Kalau boleh dikurangkan bebelan tu adalah lebih baik. daku pun sedang cuba praktis untuk takmo memanjangkan cerita dengan membebel. boleh?

suami kan penat balik kerja, cari duit, bagi nafkah zahir dan batin setiap malam. hahaha..jadi fahamilah suami. ada satu kisah di zaman Nabi yang rasanya semua orang dah tahu.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu haritelah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta jasabaik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembanturumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milikbaginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya : “Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yangkamu minta siang hari tadi?”

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklahdia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesahdalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami,walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Betapa besarnya pahala seorang isteri yang melakukan kerja-kerja rumah tanpa keluh kesah. Semoga ini juga dapat membantu aku dan para isteri yang lain.

Bukan itu aje ada juga hadith-hadith mengenai khidmat isteri ini kepada suami. antaranya ialah

  • Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.
  • Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.
  • Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.
  • Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
  • Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.
  • Isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun,
  • Isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka..
  • Isteri memasak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka,
  • Apabila menjemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari.

Betapa bestnya menjadi isteri. huhuhu….Jadi, wahai kakak, redhalah dengan segala tugas-tugas di rumah sebagai isteri. dan berdoalah agar suami akak menjadi suami yang taat kepada perintah Allah. Kepada suami kakak tu tadi, takyah ler sampai mengherdik mengeluarkan kenyataan serupa itukan. Isteri itu tempat untuk dimanja dan dibelai. bukan diherdik. sama-samalah kita menjadi suami isteri yang diredhai Allah swt. *eh macam lah aku dah kawen. hikhik*

sumber maklumat :google dan blog hamka

sekilas : ingin Khidmat kaunseling rumah tangga : hubungi saya! hihi

Posted in Kisah-kisah itu, masyarakat - Tagged perkahwinan, suami isteri

siapa boleh bantu selesaikan masalah aku?

Apr25
2010
4 Comments Written by Sekilas

Alhamdulillah..aku sudah selamat sampai di rumah. Perjalanan dari Kedah ke KL aku rasa lagi jauh berbanding waktu aku mula-mula pergi. mungkin berjalan di siang hari memberikan kesan terhadap jarak perjalanan tersebut.

Kalau malam kereta tak banyak. boleh jugak nak speed. dan tiada permandangan yang ingin dilihat. kalau siang ada je benda kiri kanan yang menarik perhatian sekaligus menganggu pemandu untuk melihat sama. banyak kereta. dan kebetulan hari Ahad, maka ramai lah orang yang baru pulang bercuti menuju ke KL.

Aku hilang mood nak bercerita tentang trip ke Kedah. dalam hati rasa marah yang teramat terhadap seseorang. bukanlah kata dia tu melakukan kesilapan besar. apa lagi aku juga tak buat silap BESAR! tapi tah kenapa, aku jadi bosan dengan keadaan ni yang tak pernah ada perubahan.

Aku tahu orang tu mesti baca tulisan aku ni. kononnya melihat perkembangan aku dari jauh. Piiiiiiiraaaah!! aku jadi sakit hati dengan sikap dia.

Aku terasa ingin berterus terang dengan korang. tapi aku masih lagi nak menjaga hati dia tuh! aku nak luah kat sape? cuba korang cakap?? susah la…

Kalau boleh aku teringin tanya pendapat orang luar…tapi aku nak post aku menjadi rahsia!..kalau korang sudi…nanti korang leh check private post aku…dan silalah….berikan kenapa korang nak sangat tahu masalah aku dan rasa dapat tolong aku..sila komen di entry ini yer…dan hanya orang yang boleh dipercayai sahaja akan ku benarkan mengetahui masalah ku ini…

kepada dia….siapa suruh bertindak ‘kejam’ dengan aku?

sekian…masa untuk tidur. Bos dah mesej, suruhdatang office tepat pada masanya. ade video conference tomorrow!

sekilas : good night!

Posted in me - Tagged blog

Kenapa dengan twitter ku?

Mar19
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

aku menjadi pelik…bukan kerana twitter ku tidak berfungsi. tapi kerana ia tidak muncul di blog ku ini.

sebelum ni aku guna widget yang lain. tapi setelah ku tengok blog-blog yang lain gunakan widget ni, so aku nak try la. masalahnye dari hari pertama aku cuba, sampai la hari ni. takde apa-apa update pun yang muncul. kosong jerk.

korang rasa kenapa eh? ada tak sesiapa yang boleh bantu selesaikan masalah problem aku ni. tak besh ar cam ni kan. kekadang aku updet gak twitter aku…ade widget tapi cam takde pekdah je pulak.

please….bantulah aku yang lemah dan lembab ni…sekian.

sekilas : kalau pandai tu pandai la sangat kan..huhuhu

Posted in Uncategorized - Tagged twitter

Masalah peribadi saya yang ingin saya kongsi bersama Pakar Kaunseling

Jan27
2010
1 Comment Written by Sekilas

Encik,

Saya merupakan seorang perempuan yang baru je tamat belajar 6 bulan lalu. Mungkin 6 bulan rasa macam dah lama. tapi bagi saya ia macam baru semalam je berlaku. sebabnya sehingga sekarang saya tiada lagi pekerjaan tetap.

Saya anak bongsu daripada 5 orang adik-beradik. Semua adik beradik saya dah berkahwin dan beranak pinak kecuali saya yang baru berusia 25 tahun. Sekarang saya tengah keje kontrak kat gomen ni. dan bulan ni bulan terakhir, (ada 2 hari je lagi). Lepas ni saya tak tahu saya nak keje mana? saya dah apply banyak tempat tapi tiada rezeki untuk saya. tak mengapa.

Encik, yang saya nak cerita ini bukanlah tentang pekerjaan saya. Tapi masalah yang saya hadapi sekarang ni ialah macam mana saya nak plan perbelanjaan saya. Saya rasa saya sangat boros tapi bila saya check2 balik takde satu barang berharga pun yang saya beli. bila dapat gaji saya berjaya beri pada mak, beri pada kakak saya sket sebab tumpangkan saya rumah dia yang besar tu, kemudian saya simpan sket dalam bank saya yang kemudiannya saya amek balik sebab tak cukup duit bila ujung bulan. saya juga guna untuk bayar bil tepon saya. semuanya ke arah kebaikan.

Lepas tu, saya tengok baki akaun saya tingal 200. bila saya dah buat belanja makan, habis. Saya ada juga beli baju. tapi gaji lepas tu tak beli pun. kenapa saya punya duit habis? kenapa? sekian sahaja masalah saya. di harap encik dapat membantu selesaikan kemelut saya ini. Sebab saya nak beli kete dan nak kawen ni. macam mana saya nak menyimpan dan mengumpul aset kalau duit asik takde je dalam bank.

 

yang benar,

saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in merapu - Tagged kaunselor, pakar kaunseling

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Hari Kejadian
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • 4 Bulan Sebelum

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress