• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts tagged makan

Terima Kasih Bos!

May24
2011
11 Comments Written by Sekilas

Bos aku suka belanja makan. =)

Jadi entry ni nak ucap terima kasih sebab bos baik hati dan belanja staff makan. (bukan aku sorang je ye). Tapi mana yang ada kat office je ler.

Last Friday, ada aktiviti memasang langsir dan beberapa barangan di ofis. Jadi, selesai membuat aktiviti berfaedah itu, Bos pun belanja makan. hehehe…Sebabkan kat office tu dekat je ngan Dominos Pizza…makanya ini lah yang kita ada untuk menjamu selera….

9 Pizza regular untuk …err..brapa orang eh makan aritu. dalam 12 orang macam tu la. hehe…

Ayam ini kegemaran Encik Ad. Kalau bagi dia sorang abiskan pun takpe. huhuhu… (p/s:encik Ad dah banyak kali pekena aku. Jadi jangan percaya cakap dia)

Kedua-dua menu di atas ini aku tak rasa langsung. tak sompek! kojap yo dah licin. memang lapar bonar time ni. maklum ler derang telah bersungguh-sungguh ceriakan office. Tahniah kepada semua. Terutama perwira SL. panjat sana panjat sini, drill sana sini…anda semua memang gagah perkasa. nak harap aku ngangkut2 ni? boleh jer…tapi kang korang mesti tak sampai ati kan…errr…ke sampai ati korang? huahuahua…kejam!

Jika mahu khidmat SecretlabMedia (SL) sila lah datang ke office kami di bukit jalil.

3rd floor! Ring the bell….

sekilas : im happy working here!! =) Terima Kasih Allah atas kurniaan rezeki.

Posted in me, SL - Tagged kerja, staff

Makan atau Tidur, Mana Lebih Baik?

Apr28
2011
4 Comments Written by Sekilas

Aku pilih MAKAN.

Sebab lepas makan dan makan. kalau aku tahan mata tak tidur pun nanti aku tidur jugak.

p/s : kenapa berita kat TV ni asik cerita kes pacik Anwar Ibrahim tu? boring! nak tunggu smpai pilihanraya ke apa?

sekilas : kenapa aku lapar?

Posted in merapu - Tagged berita, tidur

Movie : SALT~~ best wooo!!

Jul27
2010
11 Comments Written by Sekilas

hahaha….mendung berarak mengiringi kabus di waktu pagi dan akhirnya hujannnnnnnnnnnnnnn….yeah! boleh tidur… hohoho…tido la sangat nopa oii. kat tempat kerja kot.

okey2…ape ni cerita pasal SALT ni. bukan ke kuar panggung 29 Julai 2010. haa..tu maknanya ape. aku dapat invitation dari Nuffnang tengok premier la apa lagi. thanks to Nuffnang kerana sudi bagi tiket free dan dapat tengok awal dari orang lain. so jangan jeles eh. walaupun entri aku tak terpilih, tapi ada sorang awek yang terpilih. aku tak tahu apa nama blog dia, tapi namanya Nadrah. betul tak? aku sempat tengok email dia jela. itu pun staff Nuffnang bagitahu. hoho…

aku datang kemain awal, tapi akhirnya beratur dah panjang dah. maunya tidak, sebab pikir terlalu awal dalam 630 kitorang sampai. takdelah jauh sangat dari bukit jalil nak ke Mid Valley tu. ingat kena tempuh jem lagi. tapi rupanya sekejap je dah sampai. haha..aku pergi dengan bestie, Mdm June. husband dia hantar kat ofis aku, then kitorang gerak ke Mid Valley menaiki kancil turbo ku. wakakaka..

konon bajet datang awal, kitorang pergi makan la dulu.. makan dan makan..nak tahu ape kitorang makan.

*aku tak ingat apa nama kedai ni. tapi kat midvalley la*

Lepas makan barula dapat tengok movie SALT. dapat seat K9 & K10. nampak macam jauh, tapi okeyla sebab panggung dia besar kan. so takdela rasa dekat sangat dengan screen. huhuhu…

mari kita mulakan cerita ini dengan sinopsis ringkas ciptaan aku.

Sinopsis :

Evelyn Salt adalah seorang wanita cantik! pewiitt! jadi dia dah kawen dengan orang Jerman, namanya Mike, seorang peminat labah-labah.. Salt ni pernah dituduh sebagai perisik kat Korea dulu. Jadi cerita ini dimulakan dia ingin menyambut ulangtahun perkahwinan dia. Salt seorang agen CIA. tiba-tiba ade orang datang konon nak bagi info kat CIA ni.  Salt kira nak soal siasat la. tapi tak pasal-pasal Salt ni pula dituduh sebagai perisik Rusia yang nak bunuh presiden Rusia. Jadi Salt melarikan diri dalam usaha membersihkan namanya sebagai tertuduh. disamping itu juga dia begitu risaukan suami dia yang tercinta. sayang tau dia kat suami. Jadi agent Peabody ngan Winter ni (rakan setugas dia) dok buru Salt ni la. sebab bila Salt lari, lagila dorang syak kan…tapi sebagai penonton kita mesti nak backing Salt ni sebab dia cun. hahaha…

Oke…lebih kurang gitu la sinopsis dia. haha…sekian terima kasih!

sebenarnya aku tak mahu cerita panjang movie ni pasal ape. nanti tak surprise. sebab aku pun surprise dengan plot cerita ni. hoho…mari kita cerita apa yang menarik dan tidak menarik dalam movie ini.

sumber : sini

menarik :

- lakonan Angelina sebagai Evelyn Salt memang best. aku rasa nak curi je bibir dia yang menggoda tu. opss! im not lesbo okey. saya ada My Cinta! yehaa…
- Semangat sayangkan suami itu begitu menebal di dalam diri Salt. kerana hobi Mike adalah mengkaji tentang labah-labah. jadi, korang akan nampak Salt selamatkan labah-labah milik Mike untuk dibawa lari bersama.
- Aksi lompat melompat dia memang bahaya. dari atas jambatan pi terjun atas lori kontena, terjun atas lori tangki, pastu rembat motor orang. pergh! slumber jerk.
- pengarah berjaya twistkan cerita ni dengan cemerlang sekali sehinggakan aku memang tertipu.
- Salt jadi lelaki memang menjadi. hoho…
- tiada adegan seks. bagus ape. barula fokus tengok action movie.

sumber : sini

Tidak menarik :
- ada beberapa babak yang nampak sangat camera trick.
- aksi Angelina Jolie tak berapa ‘kick’
- Salt tu dah sepatutnya injured dah. patah kaki ke..patah tangan ker. dah berapa kali dah dia duk jatuh-terjun-jatuh terjun. sihat walafiat je. paling tidak pun, muka jela cedera. apa barang! hoho..tak logik.
- Mike mati. kesian kat Salt. *emosi*
- ending dah best, tapi tergantung…maknanya akan ada Salt 2…waaaa…kenapakah? presiden Amerika kan ade jadi saksi, dia leh bagitahu sape sebenarnya yang jahat! ..takpe tunggu jela salt 2. hoho..

baik itu saje review tak best dari aku. dan ia bukan lah review ilmiah yang boleh digunakan oleh pelajar-pelajar filem. aku pun dah lupa camne nak wat review ilmiah. hoho…

sekian terima kasihan.

sekilas : tapi aku tetap kata cerita ni best!

Posted in friends, movie, Nuffnang - Tagged Mid Valley, salt, sinopsis salt

Selamat hari Isnin

Jun14
2010
8 Comments Written by Sekilas

apa khabar semua pembaca setia ku..? takpe..cakap je aku prasan, takde makan ati der…kalau takde pembaca setia pun, aku masih ade pembaca. ye tak? huhuhu…

Isnin datang lagi setelah aku bercuti selama 2 hari. tapi aku rasa cuti aku macam lama giler. sebab sekarang cuti sekolah, anak-anak buah ada kat rumah. jadi bila rumah meriah rasa macam lama je…hehe..

now, takde lagi anak-anak buah aku kat rumah, semua dah balik rumah memasing. tiba2 rasa sunyi pulak rumah tuh. hai..rindu la aku kembali dengna Anis Sufiyyah tuh. geram betul ngna mulut dia yang semakin petah bercakap tuh.

dan hari ini Isnin, hari bekerja buat semua yang bekerja la kan. not in the mood sangat nak menulis. tapi ku gagahkan diri menaip juga. laporan hujung minggu pun tak dapat nak buat lantaran anak-anak buah duk main laptop aku…

Sabtu takde sangat aktiviti…cuma keluar ngan kakak aku yang dari lipis tu je. malam sabtu melepaskan rasa kempunan Mdm June kita nak makan mee bandung wak baca skrip. hehe..dah lepas hajat yer..takdelah nanti ko kempunan sebab mengandung kan..

hari ahad aktiviti makan lagi..di rumah Mdm June. dia buat makan-makan. tapi tu la ingat kak ida nak balik lipis terus..terpaksa kelam kabut nak balik awal. so sorry June. penyudahnya subuh tadi akak aku balik. makanan kat rumah kau semua tiptop..cuma spaghetti kau je aku tak rasa lagi. kalau kau nak komen, kau leh tanya kak shila. dia dah rasa spaghetti kau. =)

*berasap kau rumah June. hehe*

aku datang rumah june satu family…semua adik beradik datang kecuali Angah ngan Kak Sham. takpela..nanti ader rezeki aku bawa dorang makan kat Restoran Saba ek. hehe..sebab menu ade makanan Arab, BBQ buatan june. hehe…sedap woo…

kebetulan mak mertua June ade skali. so mak aku yang teringin sangat jumpa mak Arab ni…ape lagi amek le gambar ye tak?

*mak aku pun terus jadi orang Arab pakai telekung macam tu =) *

okeyla..aku pening kepala ni sebab ader beberapa perkara yang aku duk pikir dalam pala otak aku ni. take care semua, kalau aku rajin aku update lagi k. i love u all…

sekilas : miss my cinta!

Posted in cinta, family, friends - Tagged Arab, BBQ, hujung minggu, Restoran Saba

Separuh hari terperangkap.

May16
2010
12 Comments Written by Sekilas

Hye semua. jangan suspen tak tentu pasal baca tajuk entry aku tu. Semalam, (kira semalam la dah masuk 16/5 ni- update jam 12.36 tengah malam) dari jam 2 petang aku keluar dengan mdm june pergi kenduri kawen.kemudian, sampai rumah dia around jam 4 petang.

Selepas jam 4 petang aku terperangkap kat rumah dia sebab takde kereta nak keluar. husband dia bawa gi kerja. then kami pompuan-pompuan ni -AZU – Mdm June – Balqis – Hanan – Haneen. (semua  pompuan la kan) main masak-masak kat rumah. hahaha…

June buat kueh teow sup…sedap weyh…3 kali jugaklah aku tambah. tapi lupa nak amek gambar. memang layan abis la. dan aku pulak telah membuat cupcake yang sangat menarik tertarik dan terliur. mahu lihat…. hehhe :)

Ini nama dia cupcake  umiarissa. huhuhu..sebab resepi ni kakak aku yang bagi. so aku try la buat tunjuk skill sket…haha…sedap weyh…abis dan licin tak tinggal baki la aku cakap. Jadi aktiviti separuh hari duk rumah june makan…makan dan makan.

kete takde. kena tunggu husband dia balik  baru leh kuar. tapi penyudahnya, kul 10 malam jugak lah baru dapat pulang. Bateri hp plak empty. agaknya kalau aku balik rumah timbang berat ni..mau naik1 kg. hahaha…

Nanti aku letak resepi cupcake ni eh…sonang jo! cewah..berlagak abis la..padahal tepon kak ida 2-3 kali jugaklah nak kompom kan resepi. huhuhu…

okeyla…jumpa lagi di lain entry..sayang korang!! *oh gembiranye saya*

sekilas : senyum :)

Posted in friends, me - Tagged Aktiviti, cupcake

kisahnya di tempat kerja.

May14
2010
5 Comments Written by Sekilas

Tadi petang waktu kat SL, kelaparan yang amat sangat. lupa nak pesan makan pada 3 orang staff yang keluar. tahu-tahu dah balik. bukan takmo beli makanan…tapi kereta takde. macam biasala, hari Jumaat aku memang tak bawa kereta. bagi ayah guna untuk sembahyang Jumaat.

Punya la lapar, nak wat keje pun tak senang. Staff yang lain begitu sibuk dengan kerja masing-masing. segan pulak nak bertanya pasal makan. orang busy la katakan, makanan dorang kerja la agaknya.

lepas Asar, aku terus bancuh milo dan makan biskut. Dapat jugaklah mengalas perut ku. Bau nasi ayam yang di Makan oleh Mr. AD dan gelprennya benar-benar menusuk ke kalbu. mak aih..sangat lapar!

berstatus di FB, kata D..cal la delivery. bertuah sangat ade yang sudi nak lalu kat kawasan tempat kerja aku tu. Puan R dah pernah call dah. tapi, hareemmm…

Kata D, balik nanti drive thru ler…Hampeh jugak D oii…Balik sebelum azan maghrib…tapi sampai depan Carrefour tu..mak aih!!jalan jem. Hari Jumaat plak tu dia nak jem. Itu nak gi drive thru. Ayah pulak datang membawa kuncu-kuncu. Mak, dan 4 orang kanak-kanak riang yang mak jaga. sampai rumah dah jam 8 malam.Kesian budak2 tu…mak pak terpaksa datang malam sket nak jemput anak-anak. tu la mak, sape suh bawa. huhuhu….

lepas je aku maghrib, aku tengah nak pikir apakah santapan ku malam ini..Kalau aku tak makan,mau tak tido mlm aku.

Entahlah..sejak 2-3 menjak ni nafsu makan semakin menjadi. dulu tak sarapan pun takpe. sekarang, tak sarapan, perut rasa pedih jerk minta disumbatkan makanan. apatah lagi makan tengahhari. pastu kalau tak makan nasi..rasa tak best plak kehidupan seharian. huhuhu….

Tadi petang plak salah faham dengan My Cinta. dua-dua dah menjadi semakin sensetif. Tak tahulah masing-masing punya hormon sedang berubah ke ape. Si dia kalau aku tak balas-balas mesej, mula duk tanya 2-3 kali..Yang aku ni pula,pantang dia cakap lain sikit, mula aku nak terasa dia perli aku. Penyudahnya, baik tak cakap apa-apa.

Tapi bila malam menjelma. baru rasa silap diri. maaf juga yang terlafaz. hai beginikah lumrahnya bercinta…bila dekat marah-marah, bila jauh mulalah nak jiwang berbunga-bunga cinta, rindu dan sayang.

Bos,up gaji leh..nak kawen ar…hahaha….! Gatal benor si nopa ni! keje baru 2 bulan toksah nak berangan. kerja buat pun bukannya bagus sangat….berangan lebih!

Maka setiap kali lepas solat..aku pasti akan berdoa. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan aku dan limpahkan rezeki pada aku dan keluarga. Amin.

Semoga kalian yang membaca ini juga dimurahkan rezeki.Amin.

sekilas : banyak berfikir sekarang.

Posted in cinta, me - Tagged kelaparan

Menu tengah hari saya!

Apr01
2010
6 Comments Written by Sekilas

Alhamdulillah..hari ini makan tengah hari aku lebih awal dari biasa…err…aku makan tadi jam 12.15pm tadi.

selalu aku makan jam 1 ke…kadang2 jam 2 ke..3 ke kan..tapi hari ini makan awal sket. sebab kul 2 ader meeting. pastu mesti kena kuar awal dalam kul 1 ke kan..pastu mesti dorang ni pegi singgah makan dulu sebelum gi meeting tu. disebabkan aku dah bawa bekal, takkan aku nak join dorang makan kan. so, aku makan la dulu kat office. nanti kalau dorang nak gi makan. aku order air jela… :)

selalunya camtula..sebelum gi meeting makan dulu. kalau aku tak makan bekal aku tuh, mesti aku kena makan dengan dorang. pastu bekal aku tu nak makan time bila plak kan??

hari ini makan nasi putih lauk sambal ikan keli dan sayur rebus…sedapnya…seekor ikan keli tu memang tak cukup la untuk aku. tapi nama pun rezeki, maka kita terima rezeki itu dengan bersyukur pada Allah. Terima kasih pada Dia dan terima kasih pada mak yang masak! hehehe….

rasa menyusahkan mak plak masak pagi-pagi. tapi mak yang nak masak kan..kalau aku masak gerenti lauknya tak sedap macam mak..atau pun aku masak sikit jer..huhuhu…

lupa plak bagitahu korang…gaji pertama aku dah dapat. aku dah buat bayar bil tepon..dah bagi mak buat belanja dapur..tinggal nak bank in dalam tabung haji je untuk mak ayah dan aku sendiri…takde masa lagi la nak pegi. balik keje dah malam…semalam pun gi teman mak gi keje. bila plak nak singgah bank? kat bank Islam leh bank in duit ke Tabung haji kan?? kalau tak silap aku la..aku pernah try kat Putrajaya dulu…

korang rasa boleh tak???

sekilas : dah makan sakit perut plak.

Posted in family, me - Tagged bank islan, gaji, ikan keli, tabung haji

tiada gambar untuk menggambarkan keenakkannya

Jan12
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Hari ni my sis balik lewat sket. so, aku memang tumpang kak ayu dari Hospital Serdang. My sisdah pesan suh amek bebudak. then pi masak nasi dan goreng ayam untuk dorang. sesampai je aku di rumah setelah mengambil anak-anak itu, hujan turun dengan bestnya.

mula-mula Zulfadhli dok diam jek. pastu, akuterus mengeluarkan susu berkrim milik Zul dari peti ais. sebab aku gerenti dia akan menangis teresak-esak kerana ketiadaan ibunya. pastu kuarkan ayam. rendam periuk nasi. suh Danial tengok Zul jap sebab nak pi tukar baju.

Sesampai di bawah, aku masak nasi. tiba-tiba Zulfadhli menangis. ha kan aku dah kata. pi rendam susu dia kat air panas…eh..dalam air panas…ke camne ayat aku ni. sambil dia menangis di atas troli maka aku teruskan aktiviti memilih ayam yang sepatutnya di makan oleh budak-budak. mestila pilih yang ada isi banyak kan. dorang bukan makan jenis tulang-tulang ni.

goreng….menangis…goreng…menangis. bukan aku la menangis. Zulfadhli. pas goreng ayam yang sedap itu. sememangnya aku sendiri terliur melihat ayam goreng itu sewaktu panas dan garing. pi senduk nasi. tak tunggu sejuk dah..budak-budak ni dah mengadap ayam goreng yang lazat itu. hahahaha….

sementara kanak-kanak itu makan…..aku bagi susu kat Zulfadhli…minum…diam..minum…diam…tidur…ceh! semudah ABC menidurkan Zulfadhli.

pi tengok Danial ngan Iskandar yang bergaduh tak tahu sebab apa. tapi ku lihat ayam goreng itu…sudah HABIS!!! apaaa…..sedap sangat ke? hahaha…perasan tul. aku pun tolong meratah ayam itu sehingga ke tulang. lapar atau sedap??

terpaksa goreng second round….memang layan. ayam goreng yang lazat….garing…makan dengan nasi panas…hangat…kemudian digaulkan pula dengan kicap manis….perggghh!! tiada gambaran dapat kuberikan melainkansatu perkataan…LAZAT seyyyy…..hikhikhik…..

Blurpp….Alhamdulillah. rezeki tu….macam tu punya simple pun aku leh layan sehingga menjilat jari. bayangkanlahmakanketika hujan turun..nasi apnas..ayam garing…hikhik….sengal nopa ni.

okey…aku sudah kenyang!

sekilas : ape??? hikhikhik

Posted in me - Tagged dinner

orang kata : rezeki jangan ditolak.

Dec28
2009
13 Comments Written by Sekilas

Ini orang kata la…bukan aku kata. aku ikot je apa orang kata. Jadi, bila ada orang offer kat kita sesuatu yang dinamakan rezeki…pada ketika kita memang memerlukannya. Kita jangan sesekali nak menolak yer. jangan..itu perbuatan yang sangat tidak sopan. hahahaha…

Khamis lalu..semua yang memang dah berlalu la aku nak updet sekarang ni. Sebab kerja sudah siap..jadi sila meluat dengan pelbagai entry lepas ni yek. sambung balik – Khamis yang lalu iaitu pada 24 Dis 2009 @ 24/12/2009 (macam best lagi tengok angka kan)…Akud an beberapa orang officemate yang cun dan ensem berada di depan pc masing-masing sekitar jam 12 tengah hari. Tiba-tiba ada seorang staff masuk..”jemput lah ye makan-makan kat luar tu” ….

ahaa….korang baca tak….Makan ye. jemput makan..jemput-jemput..hehehe…so time tu kan waktu lunch. Alkisahnya jimat la duit kitorang pada hari itu daripada terbang ke cafe yang cekik darah tuh.

memula ergi ramai je yang beratur nak amek makanan. so rilek2 jap..baru pi amek makanan dan bawa masuk dalam bilik…santap ramai-ramai. jadi sila layan gambar ini. kepada kawan2 yang balik awal tu…opss..kitorang makankan untuk korang yek..hehehe…nyum3…cedap. bak kata Faizul “ini kalau pi amkan kat cafe ni, mau kene charge RM8” …hahaha….cas ar kalau berani. berlagak siut nopa ni.

Atas : Nopa punye menu.

bawah : Nieda punya menu

akhirnya…pinggan siapakah ini? hahaha…

sekilas : rezeki jangan ditolak..betul tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in friends, me - Tagged lunch

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Tips dan cara membuat syabu
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Resepi : Kek Batik
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Perkongsian : Pengalaman Melahirkan Anak Pertama
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Korang nak belajar buat dadah?

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress