Posts Tagged ‘ makan-makan ’

Salam Jumaat. Hari ni takde entry tazkirah.

Sebenarnya adalah 3-4 hari lepas, yang mana opismet aku dok tayang2 kat fesbuk gambar spaghetti buatan mak dia…menyebabkan aku duk terbayang-bayangkan spaghetti semerah hatinya itu.

Hari berganti hari, bayangan spaghetti tak hilang dari minda dan terasa kecur liur weh.

Semalam tekad jugak membeli bahan dan memasak sendiri. Itu pun setelah menggodek-godek pacik gugel untuk mencari resepi. Terjumpa resepi kak Ina KL pulak. ouch, terharu saya. hikhik..resepi dari Kak Ina KL ni mudah sangat. Sebab tu aku pilih resepi dia. sedap pun sedap wehhh…

Dan inilah hasilnya…

Panas-panas makan memang sedap.

sapa-sapa yang terasa nak cuba resepi Kak Ina KL ni boleh pergi blog beliau dengan klik link ini

Lepas makan malam….hubby ajak pergi Dataran Merdeka. Nak lawat kawasan katanyaa…hehehe…

Kebetulannya ada raptai untuk konsert agong ke apa tah yang akan berlangsung hari Sabtu ni 21 April 2012. Itu apa yang polis tu cakap la time hubby tanya tu. So kira berjalan di dataran sambil tengok persembahan raptai dorang. Nampak meriah dan best. :)

Sambil-sambil tengok raptai, snap gambar dengan emak. cewah! sebenarnya aku memang tak banyak amik gambar dengan emak. T_T sedey je jadi anak macam aku ni. time kecik-kecik dulu banyak lah. maksud aku bila dah besar panjang ni…jarang je. Jadi baiklah aku abdikan selagi boleh. eh, macam cerita sedih je pulak.

Disebabkan time tengok tu aku duk atas pentas tu, so nak amik gambar jam kat mahkamah tu gagal kerana terlindung. Jadi amik jelah gambar yangb oleh nampak mahkamah tu. hehehe..

Ok pemandangan yang tak berapa nak cantik. huhuhu…

Itu sahaja lah entry kali ini.

sekilas : Mak kata nak pergi dataran Sabtu ni…huhu kompom sesak ramai orang nanti.

Semenjak preggy ni….aku rasa adalah jugak lebih 3 kali aku menghadap Teppayanki sebagai juadah mengenyangkan perut aku.

Semalam, tekak kemaruk lagi nak makan Salmon Teppayanki. Haa..salmon pulak tu. Takleh ke nak yang memurah sikit…? Kalau time kat opis aku terjah MidValley. So smlm aku duk tanya kengkawan kat FB. Kat mana dekat dari rumah aku.

So aku decide gi KLCC sebab lama dah rasanay tak gi KLCC, nak gi sg. wang takut jalan jem. Tapi time balik kul 10 lebih tu aku lalu depan sg wang..memang jem! apa tah orang KL ni buat malam2 kat bandar…

Lepas solat maghrib terus siap pi KLCC. Hoyeaah! Akhirnya hajat aku yang dah berapa kali makan Teppayanki tercapai jugak. hikhik…


Aku tak percaya aku berjaya menghabiskan semua sayur2an dia yang banyak tu. Ikan dia sangat besar! yummy!


My Hubby pun bantai Salmon jugak. :)

Tapi kalau nak dicomparekan time aku makan kat Mid Valley, sini tak berapa nak kick la. Kat Mid Valley tu, memang sodap! tak tahu la kalau time tu je aku makan sodap kan..tapi memang sodap laie la kato oghang tu.

Sebenarnya, yang gilakan makanan ni dulu Hubby aku ler. Dulu aku mana minat sangat nak makan teppayanki ni. Time puasa dulu (time bercinta cintun la ni), ada ke patut dia ajak aku berbuka kat teppayanki. kuikuikui…

Sekarang, aku layan pulak makanan ni.

Ni memang sebab aku mengandungkan?? hehehe…tah2 pas mengandung kang tak suka  makan teppayanki ni. hahaha…

Ala..mengandung pun bukan selalu…ehh..yeke? hehehe…kalau nak anak ramai kenalah selalu mengandung. lalalalal~~

Oklah…perut kenyang sukahati.! Woha~

sekilas : sayang ngan hubby kita tau! hikhik.