Kan aku pernah citer pasal Nabil yang buat kenyataan tak paham jalan cit filem di sendiri tu. boleh baca kat sini kalau nak review balik. Dengarnya nak di saman…nah…sekarang, dah kena saman dah. surat dah di hantar…tunggu maklum balas Nabil…kalau korang nak jadi artis, stndby je peguam dari sekarang. tak saman tak sah wooo..
Saman Nabil RM2 juta
Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
2010/03/04
KUALA LUMPUR: Gara-gara mengkritik filem lakonannya sendiri, juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad, 27, disaman RM2 juta oleh syarikat yang menerbitkan filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie, SDAF Pictures (M) Sdn Bhd.
Mengesahkan perkara itu, pengarah Lu Pikirlah Sendiri, Aminah Rhapor, 44, berkata notis saman berkenaan sudah dihantar kepada Nabil di kediamannya di Sunway Damansara, dekat Petaling Jaya, pada 24 Februari lalu melalui Tetuan Hing & Alvin, Advocates & Solicitors.
Aminah berkata, Nabil diberi masa 14 hari dari tarikh berkenaan untuk memberikan maklum balas serta memenuhi segala tuntutan daripada pihak plaintif ke atasnya.
“Kami terpaksa menyaman Nabil kerana dia melanggar kontrak bersama SDAF. Nabil bukan saja memperlekehkan filem lakonannya sendiri, tetapi juga tidak menjayakan promosi filem ini seperti yang dijanjikan.
“Kesan daripada tindakan Nabil itu, ia memalit imej buruk ke atas filem ini dan menjejaskan reputasi produser serta saya sendiri sebagai pengarah.
Hahaha…kalau dah pengarah tu memang tak bagus, tak bagus la juga. apa yang nak dikatakan reputasi sebagai pengarah terjejas pulak kan. ala dont worry la Puan Aminah, filem itu kalau bagus, anda pasti akan mendapat pujian punya…walaupun sebenarnya bukan anda seorang yang menjayakan filem tersebut kan….krew2 filem yang lain tak pulak dapa nama kalau filem itu berjaya pun…napa tak kata kredibiliti krew2 lain pun terjejas jugak…?? nak makan sorang nampak!
“Bagaimanapun, selepas Nabil mengeluarkan kenyataan mengkritik dan memperlekehkan filem ini, dia langsung tidak datang berjumpa saya. Paling tidak pun, dia boleh berjumpa produser filem itu, Datuk Suhaimi Othman untuk minta maaf,” kata Aminah kepada Harian Metro (HM), semalam. Beliau berkata, pihaknya memahami jika jadual kerja Nabil padat, namun pelakon itu langsung tidak muncul mempromosikan filem pertama yang dibintanginya bersama Mila AF5 dan Lan Meet Uncle Hussain (MUH) itu.
Biar betul Nabil? ekau tak datang langsung ke promosi filem tu? Memang lupo daratan la ekau nih. tak sorik ko dongan artis-artis lain buat hal tak turun padang wey. amek iktibar la sket jang oii…takkan awek ko tak bagi warning kek kau.tapi kalau ekau memang ado datang promosi walau sekali..apo laie..ekau saman yo dio balik…mandai-mandai cakap orang tak join promosi..hehehe….
“Apabila kita bekerja dengan syarikat mana pun, sudah tertulis dalam perjanjian tidak boleh mengutuk tempat kita mencari makan. Itu perkara asas dan ia turut terkandung dalam kontrak filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie.
“Sebab itu sebelum Nabil menandatangani kontrak berlakon, saya minta dia bawa balik kontrak itu dan baca dengan betul isi kandungannya. Kalau rasa tidak faham, boleh rujuk dengan peguam. “Kalau tak salah saya, Nabil ada membuat kenyataan dia memang tidak tahu yang dia tidak boleh keluarkan kenyataan memburukkan syarikat. Kalau dia membaca kontrak itu dengan teliti, tentu dia akan tahu semuanya ada.
haha…aku pun tak tahu dalam kontrak filem tak leh burukkan syarikat…hikhik….ala biasa la tu. mana-mana buruk kita orang mesti nak ngata punye. cuma silap Nabil dia burukkan syarikat kat media jer…tapi, itu pun kira memburukkan ke?? Nabil cuma cakap dia tak paham jer jalan cerita…salah ke?? hahaha…kalau tak salah ye Puan Aminah,…kalau salah camne?? Nabil, saman je balik…huahuahua….
aku ni cerita nak gempak je. tapi tengok nye tidak lagi. nanti aku nak tengok, hebat sangat ke filem Aminah Rapor ni sampai nak menyaman orang RM2 juta…abang aku cakap, sekarang macam-macam cerita dah. Ustaz nak saman ustaz pun ade…haa…tau citer pasal Ustaz Asri…?? nanti kita citer pasal tu plak eh…
sekilas : Dunia..dunia..




