Posts Tagged ‘ Lina Joy ’

Natrah

Semalam aku bersama Julie dan juga cik Afra and her mommy…cewah! pergi menonton teater Natrah arahan Erma Fatima di Istana Budaya. Semalam juga adalah pementasan hari pertama di mana ramai artis-artis yang memeriahkan panggung…meramaikan jela.memang rugi gile aku tak bawa kamera. menyesal tak sudah! huhuhu… malah TPM kita pun hadir menyaksikan teater tersebut. Walaupun begitu, aku tidak ler duduk sebaris dengan Afra dan her mom..sebab aku ngan julie duk seat lain. itu pun kami terpisah jugak lar.  Julie dok seat belakang, aku duk seat kat depan. Ceh! Memandangkan di sebelah-sebelah kami pun tiada yang kosong, alkisahnya tak dapat jugak nak mengajak Afra  duk bersama. Tapi apabila break kejap tu, Aku suh Afra ngan mak dia duk kat seat kitorg yang mula2 tuh.Dorang kate duk atas tak nampak. sorry la Afra eh..next time kite berlagak beli tiket RM200 kite tayang kat orang IB tu dan juga penonton-penonton lain kala itu. hahahahah….Tapi tak tahu la bila next time tuh.

Berbalik kepada pengisian cerita Natrah itu..huhuhu…macam nak buat review gempak je plak kan.  Sebenarnya…siyes…aku tak tahu sapa Natrah ni. Sejak mula-mula teater ini di war-warkan di surat khabar, di Kaca TV, iklan dan sebagainya..aku tak amik pusing, tak amik tahu dan tak heran langsung tentang Siapa itu Natrah?

Setelah aku sampai di IB semalam, aku dan julie membaca sinopsis kisah Natrah ni di banner-banner yang tersedia di area ‘red carpet’ tuh. Baru la aku tahu kisah itu di situ…di ulangi aku hanya tahu kisah Natrah itu di situ. Bongok aku kan! tak tahu sejarah betul (kategori sejarah jugaklah kan) Mak aku pun tahu kisah Natrah tu..aku leh tak tahu. Yela, zaman-zaman dia Natrah tu kan popular

*pehal la gambar aku ni kecik! hampeh tul.

Teater ini dijayakan oleh pelakon-pelakon utama iaitu Maya Karin sebagai Natrah usia 13 tahun, Remy Ishak sebagai Mansor Adabi (betul rupenya remy ni bercinta ngan umi nazerah tu ye? ingat gosip2 jerk..melepas aku kan..heheehe), Sofea Jane sebagai Natrah usia 70 tahun, dan Umie Aida sebagai Cik Aminah. ramai lagi yang menjayakan pementasan ini..tapi aku malas nak taip.

Ringkas mengenai sinopsis teater Natrah arahan Erma Fatima ini. Anak dia yang sulung berusia 19 tahun, ensem woooo… okey, iklan jap.

Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh. Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.

Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.

 Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura. Ikutilah kesudahannya!

Okey..so korang dah tahu kan apa kisahnya Natrah ni. Aku baca dari blog ke blog pun aku tengok, dorang banyak yang mengikuti kisah Natrah ni dulu..aku? hampeh! baru la ni tahu..bongok lagi sekali pada aku. huhuhu…

Aku tertinggal babak pertama pementasan teater itu lantaran, ‘orang’ yang jaga kaunter tiket tu kan bagi aku lambat masuk. ceh! hampeh.com tul…Tahu2 dah sampai part perbicaraan mahkamah. aku tak tahula starting dia camne kan.

Okey! secara jujurnya aku sedih dan menangis melihat pementasan ni. Kisah Natrah ini patut dijadikan iktibar buat kita semua. Islam yang dipertahankan oleh Natrah dan maknya Aminah kecundang juga. Dia akhirnya mati di dalam agama Kristian setelah dimuratadkan kembali oleh keluarganya. Pada usia 13 tahun, Natrah tidak mampu untuk melawan kehendak keluarga kerana berada di bawah kuasa jagaan mereka. Kalau Natrah ini tidak mahu kembali kepada keluarga asal dan ingin terus beragama Islam..kita merasa sangat terharu dengan keberaniannya menentang dan cuba mempertahankan akidahnya dalam Islam. sedangkan asalnya Natrah itu dari Belanda dan dilahirkan dalam agama kristian.  Tapi ingatkah kita kisah Lina Joy? Asalnya wanita itu Islam tapi sedaya upaya mempertahankan dirinya untuk meneruskan ajaran Kristian. itu lagi sedih kerana kita tak dapat menahan Lina Joy yang sememangnya Islam sejak dilahirkan dari murtad.

Part last sekali buat aku takut sangat di mana Natrah berjalan menuju ke Church berdepan dengan salib besar lambang kemegahan kristian. Pergh! Ia berjaya buatkan aku gerun. Aku baru nak rasa kemuncak Natrah ketika ini, tapi itulah babak terakhir dalam pementasan Natrah.

Terasa tidak puas menonton pementasan itu kerana tidak dengan penuh penghayatan. maklumlah tiket free. cuba kalau berbayar, mesti bersungguh-sungguh aku tengok kan.

aku bagi 4/5 bintang untuk pementasan ini. Ia menarik bagi aku…lain-lain komen mengenai set, kostum, lighting….aku tak mahu komen. sebab aku tak pakar walaupun aku pernah belajar mengenainya. tapi…aku suka lagu-lagunya..dan muzik effectnya berjaya membuat aku menyelami jiwa Natrah.