bukanlah penting pun. kisah semalam yang memang aku catit tapi aku lupa nak updet kat blog aku ni. semua kejadian yang bakal ku ceritakan ini berlaku di dalam sebuah bas metro bernombor 68 yang ku naiki daripada KTM Serdang ke Putrajaya.

sebaik sahaja aku menaiki bas itu, aku terus kebelakang kerana ada satu seat di tengah-tengah barisa duduk belakang tu. di apit oleh seorang lelaki di sebelah kiri dan seorang wanita di sebelah kanan. bas mula berjalan. aku nampak seorang amoi ala-ala tua.. macam dah ader 5 orang anak yang berusia 35 -18 tahun lar. kire tua la tu kan.
rupenya dia tukang bagi tiket dan koyak tiket (koyak tu untuk inspektor bas la kan). amoi camni pun leh jadi inspektor bas eh..bukan aku tak respect dia menjalankan tugas dia. tapi dia dah tua, baik dia pencen je daripada bersesak dalam bas, bagi tiket / check tiket orang. kang jatuh kang sape susah.

ini bukan amoi itu..old skool sgt ni.
lepas tu, buat kerja dah la lambat. bagi tiket terkedek-kedek. pastu tiket terjatuh la..apa la…duit kat tangan tak tersusun. kan banyak yang tak kena tu. kalau dia amik orang-orang muda, cergas jer. kerja- macam ni kan sesuai untuk lelaki yang memang suke berhimpit di celah-celah orang ramai. tapi pada pompuan yang buat, kene cergas la kan. takkanlah macam amoi ni..adoyai….menggelabah pulak tuh.

hal kedua…still dalam bus. bas ni buka siaran radio KL kalau tak silap aku. memang selalu jugak la bus metro ni buka siaran radio KL. so…dengar-dengar celoteh DJ, sampai info trafik pulak. tang ni aku lemah skit. pembaca info trafik ni tak amkan pagi ker? lemau ke masuk keje pagi-pagi. ko baca info trafik tu, dah macam orang baru bangun tido tau tak? aku takt ahu la sape nama dia. aku ingatkan pembaca info trafik sesuai bagi kat perempuan la. nampak bertenaga dan fresh. suara pun lancar dan ada intonasi. ini suara lelaki ni, hampeh.com. macam orang baru bangun tido la aku kata. dan-dan tu pemandu bas tukar channel radio…bosan agaknya. aku pun bosan dengar. hihihi…
hal seterusnya…kenapalah Putrajaya ni asik jem je time gi keje pagi2…yang best tu…jalan jem tu sebab nak pergi Parcel E je tuh…tensi taw semua pemandu-pemandu. (macamla aku yang memandu kan) tapi tengok kete banyak-banyak kat depan berderet rasa macam dilautan kereta plak. hahahah….kat dalam Parcel E tu terlalu banyak sangat kementerian. pastu orangputrajaya ni kaya sangat ada kerete..seme nak pakai kerete…naiklah motor ker, pengangkutan awam ke macam aku kan bagus.

korang tau ada berapa kementerian dalam Parcel E ni??
lagi satu hal…kana ku kate aku diapit seorang lelaki sebelah kiri, dan wanita sebelah kanan. Bila sampai kat parcel D tempat aku nak turun…wanita sebelah aku ni tak sesabarnya nak kuar…bas tak berhenti lagipun. dia dah nak angkat kaki. walhal aku ade kat sebelah dia ni. aku pun nak turun jugak.rilek la…ke dah lambat nak punch card cik puan oiii…tak sesabo. patut bagila aku keluar dulu ye tak? hey….kalau dah pompuan tu pompuan jugak lah. so, aku ni bukan pompuan la ?? hahaha…pas dia bangun keluar..aku pun bangun…dan turun bas…dah la dia turun dulu kan…tapi tahu2 aku plak yang dah ada kat depan. dia jalan terkedek-kedek kat blkg. ingat nak cepat sangat tadi. geram jer taw…sabo2..Norfa perlu belajar menjadi orang yang penyabar…
so moral of the story…sila bawa kamera handphone yang okey untuk merakam semua kejadian ini. hendpon sony aku charger takde. still tingal kat rmh abg aku. so now aku guna hp nokia akak aku. so takleh nak amek gamabr nak tunjuk kat korang.
sekilas : ader kaitan ke moral of the story aku tu? hukhukhuk…




