pheww~!
Assalammualaikum.
Selamat Sejahtera.
Ya, tajuk di atas benar2 terjadi pada aku. Last week i went to KLCC. (speaking la sangat). Aku pergi dengan akak aku dan anak2 dia. Ada hal kat Maxis centre. cewahh…
Lepas jalan-jalan kat area KLCC tu, kitorang pun nak balik. Cari-cari kunci dalam beg takde. Aku mula syak, aku tertinggal kunci kat tempat start enjin tu, memandangkan aku kunci tu secara manual, dengan menekan kunci pintu tu dan tutup. Hebat!
Oh ye…lupa plak nak bagi tahu. aku bawa kereta kancil. Jadinya, kancil aku tu, kalau kunci guna kunci tu dia payah sangat nak pusing. itu yang aku dah terbiasa kunci secara manual (arrrghhh…korang paham tak maksud aku???)
Tu dia kuncinya. Terletak baik je kat situ. Nasib baik takde orang rompak kereta aku ni! CUAI!!!! (marah diri sendiri)
\
Ni maksud aku, aku buka pintu, tekan benda alah ni, Then terus tutup pintu…Paham? huhuhu sedangkan kunci ada lagi kat dalam…kereta skarang je ada bunyi2 kalau kunci tak cabut, kereta lama ni, mana ada bunyi bunyian…
Dengan muka tak bersalah, aku pi tekan intercom kat basement KLCC tu minta tolong pegawal dorang.
Sekali datang pengawal eh, sampai 3-4 orang naik motor. nak syak aku curi kereta la tu…huhuhu…
Dia pun cuba la amik batang besi duk jolok-jolok…tak boleh jugak. Ingat boleh la jadi hero. hehehe…
Tiba-tiba hero sebenar datang. Ada brader bangsa cina bersama family dia lalu. Sambil-sambil brader tu dukung anak, bertanya “Mahu tolong ka?” aku terus angguk kepala dan kata “haa..boleh”
Besi bertukar tangan dari pengawal kepada brader cina tu. Kurang dari 20 saat, brader tu dah berjaya membuka pintu kereta aku. perggghhhh~!!
Sangat berjaya!
Takdelah aku nak expose sangat camne cara orang tu buka kereta aku, kang kroang rompak plak kereta aku…huhuhu
nak cerita kat korang ni…sebenarnya sangat mudah untuk “Penjahat” merompak kereta kancil camni. Ko tengok je kereta aku tu buruk ala2 uzur dan takde ekon. hahaha…tapi berjaya jugak bawa aku ke KLCC. Walaupun anak buah aku berpeluh2 duk dalam tu bila jalan sesak kan… =P
Moral of the story, jangan tinggal kunci kereta dalam kereta, barang berharga dan sebagainya yang menarik perhatian perompak. paham!! paham tak Nopa? huissh marah betul aku dengan nopa ni. ekekke…
sekilas : hubby cakap, dia pun pandai ler nak buka kereta kancil tu…huh! eksen.







