Posts Tagged ‘ Khairul Fahmi Che Mat ’

Siapakah KF & JR tu Cik Norfa oiit..?

Tu la dia…aku nak ceritera pasal selebriti Bola sepak kita iaitu Khairul Fahmi & tunangnya yang glamer dengan belog Jejari Runcing tu..kelas kan aku buat short nama derang ekeke.

Ni pun terbaca kat belog Beautifulnara yang meletop dengan cerita-cerita hangat tu. Aku tak mau la duk copy paste kan apa yang dah tertulis kat blog tu, just ingin bertanya pendapat korang, betul ke hubungan mereka berantakan dek kerana insiden yang kita tak tahu apa sebenarnya berlaku antara KF dan bakal MIL dia tu?

risau..risau…memang aku risau. sangat berdebar-debar nak tahu lebih lanjut mengenai kebenaran cerita ni. Aku harap cerita ni tak betul dan aku doakan derang terus bahagia hingga ke akhir hayat.

Kepada JR, aku harap kalau ada masalah macam mana pun dengan KF janganlah di hebahkan di FB. kan tak elok, kalian pun dah bertunang. ni semua orang baca, semua orang tahu…semua orang akan mengata. sama-samalah kita belajar dari kesilapan kita. Semua yang tak elok, kita simpan je takmo bising-bising k. sebab kalian tu dah menjadi tumpuan orang ramai. kalau betul bagai dikata, biar Tuhan je tunjukkan pada orang lain. ok, sayang korang.

Apa-apa pun aku harap hubungan mereka pulih seperti sedia kala. sedih dengar cerita camni. Dulu kan aku pernah buat entry apsal derang kat sini. Jadi aku harap, biarlah cerita itu kekal bahagia. insyaAllah…amin. mudah-mudahan.

 sekilas : kita berdoalah yang baik-baik untuk semua orang. InsyaAllah.

adeh~!! tiba-tiba nak update pasal Khairul Fahmi. hahaha…al maklumlah…perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2010 yang baru berakhir tadi mempersembahkan pemain Safee Sali dan Keeper Malaysia Khairul Fahmi begitu cemerlang sekali.

Bangga wooo nengok keeper kita bersungguh-sungguh jaga gawang gol  supaya tak dibolosi pemain lawan. tapi agaknya dah penat sangat bolos jugak lah 2 gol.

Aku pasti ramai dah duk tercari-cari pasal Khairul Fahmi terutama buat aweks-aweks di luar sana tu. he’s not available. dah ade gelpren ar… hihihi…wahai wanita di luar sana yang masih single mingle dan berhajat untuk memiliki KF, jangan le di rosakkan hubungan yg sedia ada yer…jgn frust2 oke.

sedikit maklumat mengenai Khairul Fahmi :

Nama Penuh : Khairul Fahmi Che Mat

Tarikh Lahir : 7 Januari 1989 (guess what, baru 21 tahun okey..wahh muda belia lagik)

Asal : Kota Bahru Kelantan

Gelpren : Aimie Harmelia (21 tahun gak)

Mewakili pasukan Kelantan dan Pemain Kebangsaan.!

Anugerah : Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM
- Pemain Muda Terbaik 2010
- Penjaga Gol Terbak 2010

Kalau berminat nak like fanpage dia..korang boleh gi sini. Khairul Fahmi takde belog. tapi gelpren dia ade. leh jugak ikuti perkembangan dia di belog awek dia tu, boleh gi ke sini.

Wah terus glamer tau awek dia…hihi..jangan jeles u ollss…!

Apa-apa pun tahniah buat pasukan Malaysia yang menang ke atas Indonesia dengan aggregat (betul ke aku eja) 4:2.

Harimau Malaya sudah mengaum!! Malaysia Boleh…

sekilas : eh..boypren aku pun glamer aper..hihi.