• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts tagged kerja

Mari dekati Mr. Gonjak!!

Aug21
2010
4 Comments Written by Sekilas

haa….jangan tanya lagi siapa Mr. Gonjak. Sana Sini Situ aku cuba membuat promosi makhluk berbulu ini. hakhak!

Sesiapa yang belum tahu siapa itu Mr. Gonjak, korang boleh la cekidaut kat KayuApi.com. Aku pun pernah buat entry pasal Mr. Gonjak ni sebab nak suh korang klik banner kuning sebelah kiri aku ni kalau nak jadi ‘ kipas susah mati’ (Die Hard Fan).

wokey..hari ini mahu promosi 2 perkara tentang Mr.Gonjak kat korang.

Pertama, sila lihat gambar ini dengan penuh khusyuk dan tawaduk… (kalau time sembahyang pun jgn lupa khusyuk)

credit : KayuApi.com

ololo kiut miut nye gambar ni! sampai nak pengsan rasanya. hihi…okey, kartun ni telah dibuat oleh encik yang bertanggungjawab (Encik Z) terhadap KayuApi.com @ Mr. Gonjak ni. saya telah mempertaruhkan gambar berikut untuk digandingkan dengan Mr. Ginji yakni anak kepada Mr. Gonjak. haha…sebab tu nak pengsan sebab encik Z sangat kreatif! =)

adakah anda juga ingin mempunyai profile meletop seperti ini bersama watak-watak utama di dalam cerita ini..yea…sudah semestinya anda boleh berbuat demikian dengan menjadi ‘kipas susah mati’ di fanpage Mr. Gonjak. hanya klik je Mr. Gonjak ni dan korang akan di link kan terus ke facebook beliau.

keduanya, KayuApi.com  jugak ada menyediakan sampul raya …err…sampul menyelamatkan bumi! hihi…macam sampul duit raya la. so dalam fanpage KayuApi.com ade tab ‘merchandise’ korang leh klik dan tempah sampul raya tersebut. satu plastik sampul berharga RM3 (ini tidak termasuk harga pos tau). satu plastik tu ada 1o keping la . so..kalau benar korang dah jadi ‘kipas susah mati’ Mr. Gonjak, mesti terasa nak beli kan kan kan?

di atas ni adalah design yang ada pada sampul tersebut. so korang bolehla mula membuat tempahan sekarang. nanti dah abis rugi la korang. jangan lupa layari laman web berikut :

Laman web : KayuApi.com

Fanpage FB : Mr Gonjak

Jadi apa tunggu lagi…cepat jadi ‘kipas susah mati’ Mr Gonjak, dan dapatkan gambar meletop itu serta belilah sampul duit tersebut. mari selamatkan bumi……!! yeah!!!

sekilas : apa kaitan aku dengan Mr. Gonjak??? hihi….

Posted in info - Tagged animasi, komik, Mr. Gonjak

Do you add your boss as a friend at Facebook?

Jul28
2010
6 Comments Written by Sekilas

Let’s be Friend

credit : here
sekilas : aku pun belum add boss lagi kat FB. takut ar. hoho
Posted in me - Tagged boss, facebook

Aku memang tak faham

Jul21
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Kenapa ada pemandu yang ‘kerek’ nak bawa kereta laju-laju sedangkan kat depan tu kereta tengah slow dan lembab sebab ada bonggol dan traffic light. paling best, kereta ‘kerek’ tu pergi memotong sebelah kiri aku pastu duduk depan aku je. padahal..lane kanan aku kosong kot. pehal nak potong sebalah kiri. dah la duduk depan aku, pastu berhenti juga sebab lampu merah. lampu dah hijau pun duk depan aku juga, sebab kereta depan dia pun sama lambat. dah memang banyak kereta, tak gheti nak menyabar ker cik abang oiit….

Aku memang tak faham, nasi lemak yang orang ni selalu jual, time aku takmo…ada je dia jual. tapi time aku nak, time tu la dia tak meniaga. geram je tau. bukan sekali dua. dah banyak kali. apa dia dengki ke aku nak makan nasi lemak dia. hissh…(padahal bukan salah dia pun kan, kenal aku pun tak?)

Aku memang tak faham, macam mana ada scuba diving kat kawasan tempat aku kerja ni. pernah sekali ayah aku tanya, “dorang berlatih nak menyelam kat dalam tu ke?” hahaha…aku gelak dulu. takkan la boleh memuatkan kolam yang dalam kat bangunan pejabat macam ni. tapi hakikatnya, aku tak tahu. mungkin pejabat dia jela. nak scuba nanti bawa pi laut la kan.

*cuba tengok pintu masuk pun cat kaler biru laut tau*

UPADATE *okey sekarang aku dah tahu, tempat ni jual peralatan scuba diving. muahaha*

aku memang tak faham…terlalu banyak kedai kat tempat kerja aku ni yang pelik-pelik. bawah pejabat je, ada restoran pub, sebelah dia ada kedai dobi + cafe (pakej okey), sebelah kedai dobi plak ada klinik (Doktor Cina). hujung bangunan tetiba ada hotel (dikatakan orang la ada hotel) sebelah restoran pub ada refleksologi. hoho…mana pergi kedai makan melayu?? mana pergi kedai alat tulis ker? kedai runcit yang murah ke? kedai ikan ker..hahaha…(padahal banyak lagi lot kosong kat sini, tak tahu dorang nak buka ape)haiyaa…nak harapkan 7-eleven kat hujung tu….roti pun cepat habis! pastu selalu sangat orang duk curi rokok dorang. kecian plak tengok. dan sebenarnya takut! huhuhu…

yela..datang office kekadang awal sket, (sila baca : KADANG-KADANG) tengok ada mat-mat renovation office kat bawah tu tengah berlonggok tunggu bos atau tah apa2 yang dorang tunggu la. terus ingat pesan bos, ‘hati-hati’ kepit handbag, pas kerja standby seluk dalam bag, takut keluar awal-awal kang dia rampas plak pas tu dari aku. amik jalan jauh sket, sampai kat pintu, sentuh pas, buka pintu dan cepat2 tutup. hohoho…tapi tak habis lagi dugaan, nak nek lift plak. sampai tingkat 3 kena standby kot2 orang tu dah memang ada dalam. teringat no kecemasan yang diajar waktu guna security tu. standby jer…huhu..dah masuk ofis baru lega kak leha oitt…

okey moh kerja! petang ada meeting plak ngan en. H. caiyokk….

sekilas : aku tak faham kenapa??? kenapa aku tak kawen lagi? hohoho…

Posted in masyarakat, me - Tagged kedai, meeting

kegusaran di hati

Jul14
2010
7 Comments Written by Sekilas

budak cam aku ni pun reti nak ada prasaan camni. apa yang digusarkannya nopa oii…ade la. takkan semua benda nak kena pi citer kat blog ni cik kak oi. even ni personal blog, tapi ade certain story mory yang aku takleh bagitau korang.

kadang-kadang kat sape2 pun tak bagitahu. even kat My Cinta pun tak story yer. simpan je dalam hati segala kegusaran itu. jangan coba-coba bertanya, sebab dikau akan hampa mendengar jawapannya TIDAK! hoho…

okey lupakan sebentar kegusaran di hati itu. biarkan hati itu sendirian dan tenang. Hari ini takde perkara menarik sangat berlaku. selain rutin biasa pergi kerja. Pagi ni makan bihun goreng, mak masak. terima kasih. sejak meningkat usia ni makin rajin mak kan. malah semakin sedap masakan mak. hahaha..ayat bodek seyh!

pi anta ayah gi klinik, pastu terus cau pi keje. Tadi ade meeting kat Maybank Islamic. oke nama je Islamic, tapi ade poster gambar pompuan pakai bikini. macam pakaian sukan pun ade gak aku tengok….boss yang tunjuk..aku tengok je. hoho…..bab2 tu boss memang alert sket. larikkkkk!!!

perut rasa lapar plak. tengok..tengok…..haa…tak bek tau. dorang pi kuar makan. takmo offer pun ajak aku skali ker..sampai ati tau. =( takpelah, balik makan kat rumah je. save cket duit kan.

oh ye…selamat datang Syaaban…nanti Ramadhan bakal menjelma. tak sabar nya nak berpuasa. halamak….puasa pun tak habis ganti lagik. kena cepat2 ganti ni. kang tak sempat plak. brape hari lagi ek..menghitung..ting tong!

okla..balik dulu. ofis sunyi sepi..bukan takde orang..tapi orangnya titon..hihi..pulangnya, anis suffiyah menantiku di rumah. bye!

sekilas : jangan lupa ganti puasa!

Posted in family, me - Tagged meeting, ramadhan, syaaban

aku ada benda nak cerita ni.

Jul13
2010
6 Comments Written by Sekilas

Maaflah, seharian tak update blog. sebab ape? ha..sebab ade kerja di ofis. so, lebih mesra alam melayan facebook berbanding blog ini. korang pun nak tak ndak je datang. mood nak update pun semakin mundur. hoho..alasan lagik! jangan beri perlbagai alasan. kalau malas tu katakan je malas. tapi, kalau boleh katakan tidak kepada malas! haha..macam katakan tidak pada rokok la kan. eh, kempen plak yer.

Okey…mari kita mulakan cerita aku ini dengan…..Pada suatu malam.

1…2….3…

Pada suatu malam yang lalu…..ketika suasana kelam lagi suram, aku masih lagi berada di pejabat. jam di tangan menunjukkan angka 8 malam. oh masih muda kata orang. Tapi bagi pekerja yang sepatutnya boleh pulang awal, ia tidak lah kategori malam masih muda. tapi tidak mengapa. aku pun tiada apa yang ingin dikejarkan di rumah. rutin harianku tetap sama seperti selalu. menonton TV jaranglah sekali lantaran si ibu telah menerajui tv tersebut dengan jayanya. maka tiada chance la anak bongsunya ini melihat cerita kegemaran di HBO mahu pun AXN.

keadaan sunyi sepi di dalam pejabat itu. Aku resah gelisah. Ku lihat suhu aircond 16 darjah celcius. tapi, terasa bahang seluruh badan. takkan aircond dah rosak kot! patut takde orang ni la segala kesejukan itu datang pada aku kan. ini terasa bahang pulak. ye…pejabat sunyi kerana tiada orang. tapi telinga ku tidak sunyi kerana mendengar lagu yang ntah apa-apa ntah. semakin rancak semakin galak aku melayari internet. ini tak boleh jadi, aku menukar lagu-lagu yang lebih baik untuk didengar. zikir-zikir memuji nama Allah lebih baik bukan?

tengah syiok melayari internet, tiba-tiba hang pulak laptop tu. haissh..kacau betul la. Dengan kening berkerut, aku bercadang untuk pulang sahaja. tapi bos dan staf lain belum balik makan lagi. kenapa aku risau dorang tak balik pulak kan. macam aku tak boleh balik kalau dorang tak masuk pejabat semula. oh yer..sebenarnya aku malas nak kuncikan alarm kat pejabat tuh. hoho…kalau buka, no problem. tapi nak kunci balik…alahai, macam tak confident jerk. >>> tengok masih dengan alasa. cit poodaahh!

aku shut down laptop yang berskinkan merah jambu di atasnya. aku kemas kertas yang berselerak menandakan aku sibuk pemalas. kemudian, aku mencari kunci kereta di dalam beg yang dah ghope poket doraemon dah. macam-macam khazanah ada dalam beg. lagi besar, lagi banyak la benda mengarut aku sumbat. dapat kunci kereta, aku matikan aircond sambil berkata dalam hati, ‘baik guna kipas jer’ hoho…

mematikan lampu. kemudia mengeluarkan pas dari dalam beg. aku buka pintu dan memasukkan no keselamatan pada pintu. tertutup sudah pintu…pintu hatiku. eh…nyanyi lagu Agnes Monica plak. dah la awek tu cun. aku menyarung kasut tumit yang dah dimamah usia. menekan lif untuk dibuka.

Ting! bunyi lif sampai di tingkat 3 di mana aku sedang menunggu. masuk dalam lif, aku teringat kunci kereta tadi. aku cari-cari dalam beg. pintu lif sudah tertutup.  tapi aku masih mencari kunci…oh, mesti tinggal kat dalam pejabat tadi. baru nak tekan butang ‘open’ lif itu turun. berhenti di tingkat bawah sekali. takde orang. mungkin lif lambat turun, jadi orang tu nek tangga kot. aku biarkan lif tertutup. baru aku nak tekan tingkat 3…lif sudah naik. terus menuju tingkat 3. aik…suspen dah ni! tak tekan lagi ni dah naik tingkat 3. situ ada pejabat aku jer. orang pun takde, sape plak yang tekan. aku duduk je dalam lif. menelan air liur. melihat dulu dengan jelingan manja.

aku langkahkan kaki kanan dengan bacaan Bismillah. terkumat kamit mulut membaca apa-apa yang patut. aku terpandang di depan pintu, kunci kereta ku. oh..lega, takyah masuk pejabat balik. jadi, aku capai kunci kereta tu…tiba-tiba tangan ku di sentuh oleh seseorang.

“pergi mana ni?” aku toleh perlahan-lahan ke arah seseorang itu.

“akak nak pergi toilet ni tau. kunci tak bawa.” kata kakak tersebut.

siapa ni? soal aku dalam hati. aku tak kenal pun. dia kenal aku ke?

“Kenapa diam?” soal kakak tu kepada aku. memangla aku diam, tak kenal. kang cakap kang malu.

“err…ni pejabat akak ke?” soal aku balik.

“Lar…apa ke soalan ko tanya akak ni? akak kan keje sekali ngan kau.” ah sudah! lagi suspen ni…setahu aku ader 2 orang je staff pompuan. aku dan isteri majikan ku.

“yeke? kenapa saya tak perasan akak?” tanyaku berpura-pura lagi. takut pulak orang ni ade niat lain.

“memang la…sebab….sebab….”

aku menanti jawapan kakak tu. sebab ape pulak aku leh tak perasan ni? soal aku kebodohan sendiri.

“Sebab ape eh? akak pun tak kenal kau sebenarnya. ni bukan pejabat Star Regent ke?” soal akak tu.

aku dah pening. giler ape akak ni. “entahlah kak, saya pun tak tahu. saya cleaner je kat sini. tadi bos saya yang suh saya naik amek kunci kereta dia tercicir” jawab aku dalam keadaan binggung.

Kakak tu tengok aku semacam. Apa hal la kakak ni. telefon berdering. yang pasti bukan ringtone aku. Kakak tu keluarkan henpon dia yang kaler pink.ololo..cantik nya. “Helo..ha…apa? ” begitula lebih kurang.

kakak tu letak tepon. dia pandang aku lagi. macam nak telan orang. dia datang dekat dengan aku. aku undur dan undur. dia pegang bahu aku dan berkata ;

“dik, sorrylah. akak salah pejabat la. baru sehari akak keje kat sini. tadi kawan akak call, dia tunggu akak tak sampai-sampai” muka akak tu kemerahan. hohoho………..salah pejabat rupanya! kakak tu pun terus turun menggunakan tangga. ala 3 tingkat je pun. malu sangat la kot.

tapi persoalannya…macam mana aku leh tak perasan dia waktu keluar lif dan macam mana lif tadi leh bergerak dengan sendirinya tanpa di tekan tingkat berapa?? misteri nusantara…………………..

sekian terima kasih.

*cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau meninggal dunia.

sekilas : haha..takde idea nak tulih.

Posted in me, merapu - Tagged kisah seram

semoga ia berbaloi2 buat saya

Jul09
2010
8 Comments Written by Sekilas

maunya tidak…bagi aku yang memang suka merendah diri ni, besar kot nilai 600 tuh. apetah lagi kalau 600 itu adalah duit. fuh! berpeluh ni ha…

apa-apa pun, mari kita yeaaahhhh!!!! aku dah amek spec mata ku yang baru itu..huissh…hati girang tak terkata. yang ku bayar separuh mati tu ade di depan mata. kena jaga bebaik ni…

pandangan mata pun lebih clear dari sebelum ni. dengan slumber memandu di waktu malam tanpa perlu hiraukan silauan lampu-lampu neon di kota dan lampu-lampu tinggi kereta durjana. buat sakit mata je taw dorang ni bagi lampu tinggi.

mari mari mari semua lihatlah spec ku yang feminin ini..wakaka..sesuai sekali dengan tema blog kesayangan ni ha. purple2 gitu…kalau tengok dalam gambar ni memang la tak jelas kaler dia kan.

nak tengok aku pakai?? hehe..nanti2 la aku uplod..hahaha…poyo jer sampai nak tengok aku pakai spec. macam tak pernah tengok je kan. camne spec aku pakai senget benget tu, camtu jugak ler aku pakai yg ni..haha…

lupa plak bagitahu..semalam aku buat kek coklat kukus yang macam resepi aku letak kat sini tu. saje je buat nak bawa gi office. tapi tak berapa menjadi la. entah..mungkin aku nak siap cepat sangat kot semalam. nak tido cepat. hahaha…

dapatlah beberapa biji yang tak seberapa tu. sepatutnya aku nak buat untuk majlis makan2 untuk budak2 praktikal tu. tapi ditangguhkan pulak. sebab dah cakap ngan puan R so, kena la buat.hehe..takut nanti dia teringin kang bahye plak kan. nanti majlis yang akan dibuat tu, aku teruih buat kek besar la. kecik2 ni, jenuh nak angkat taruk angkat taruk. huhu…

okela..selama bekerja semua!

sekilas : muak plak nak makan kek! lapar nasi ni.

Posted in me - Tagged kek coklat kukus, spec mata

update pantas : Selamat Pagi

Jun23
2010
3 Comments Written by Sekilas

wah…kelassss nopa. pepagi dah cakap selamat pagi. eh mestila, takkan nak cakap selamat pagi waktu malam pulak kan. al kisahnyaaaa…aku dah sampai ofis. en. H kata kul 8 kat ofis, bukan kat MRR2. amboi perli je tau en. H ni. nah, dah sampai dah pun. sempat buat air, sempat makan roti, sempat update blog lagi. kalau suh buat kerja nak sambung smlm je tak sempat..haha..buat keje je tak sempat kan…very the pemalas girl norfa ni.

okey..pagi ni ade meeting kat matrade. so, aku kene folow skali. in case ade ape2 pasal content kan. take note! ala..kot tak pasal content pun kene take note jugak yer..jangan malas2. tunjuk akhlak yang baik kepada client dan juga bos tersyg…demi memajukan syarikat.

uhuk2…mana bos ni. tak sampai lagi. en H pun tak sampai lagi. ke aku yang lambaT. aku sampai jam 7.45 pagi kot. dah ade kat 7e beli roti. naik opis tengok En. A tgh ZzzZ atas kusi. dia pun terkejut tengok aku datang awak. gf dia sedang buat keje kat pc. cewah..buat keje gitu…

eh risau plak. tah2 en. H memang suh aku tggu kar MRR2 tak..huhuhu…okeyla..mau sms dia. jaga diri bebaik ek. bakal tidak menghupdet blog sehingga petang…mungkin!

sekilas : nak spec baru!!waaaaa….

Posted in me - Tagged meeting

Mr. Gonjak

Jun18
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Selamat Tengah Hari dan salam Jumaat buat semua. Lambat pulak menghupdet entry lantaran aku telah dilanda senggugut diwaktu pagi. tadi terpaksa membaringkan diri memberi laluan kepada ‘kawan baik’ untuk membuat kerja-kerjanya. hahaha..sila faham sendiri. TQ.

Kalau kalian pergi sembahyang Jumaat (lelaki ye) nanti bagitahu la ape tajuk khutbah hari ni. boleh kite kongsi2 bersama mereka yang lain yer.

Baiklah, apekah tajuk entry ku ini? Mr GOnjak? who’s dat? kawan aku ke? dari mana pulak dia ni datang. Kalau korang perasan di bawah iklan Nuffnang aku yang tersayang tu, ade satu lagi iklan percuma yang aku sengaja letak di situ untuk menarik perhatian korang wahai pembaca ku.

Itulah dia Mr. Gonjak yang aku nak perkatakan ini. Aku sendiri tak berkenalan secara mendalam lagi dengan Mr. Gonjak ni. tapi kalau korang nak kenal lebih lanjut dengan beliau…sila la klik pada banner Mr. Gonjak tersebut dan ia akan terus di link kan ke facebook beliau.


sumber : dari blog bos aku da..haha

sekarang dah nak masuk chapter dua kisah Mr. Gonjak ni…sape yang pernah terbaca dan berminat nak baca kisah Mr. Gonjak jangan segan silu yer. masuk je laman tersebut dan baca.

Ekceli, Mr. Gonjak ini merupakan hasil daripada  En. Z dari SL. Pada aku dia seorang yang kreatif. idea dalam pala otak bak kate die la…”genius” hehehe…aku agree jer. sbb ade hakikatnye di situ. korang juge boleh ler melihat perkembangan Mr. Gonjak ini di dalam laman web bos aku..eh boleh ker bos promote blog bos kat sini..nanti la tanye bos dulu. hahaha..macam takde kena mengena plak kan.

Mr. Gonjak mempunyai kuncu-kuncu (bos kate la)..jadi kalau nak jumpa dorang..datanglah ke Bukit Fraser pada minggu ini ( 19,20 dan 21 June ) sempena Bird Race Event. Mereka akan berada di sana untuk menghebahkan kemunculan Mr.Gonjak di arena online secara komik, dengan memberi “Wallet Wallpaper Art”.

Itu pun bos yang cakap. bukan aku…okey sebenarnya bos yang tulis dalam blog dia. huahuahua…ape ingat bos je leh baca blog staf…staf pun baca gak ler..kata blogger tegar. hakhak! lagi takde kene mengena.

baiklah…sekian sahaja aku membuat promosi ini…Jangan lupa mengikuti perkembangan mr. Gonjak. Click sahaja banner di sebelah tu ha…

sekilas : kerja masih menanti, perut tetap sakit

Posted in info, me - Tagged komik, Mr. Gonjak

nombor kalau menurun jadi ape?

Jun16
2010
12 Comments Written by Sekilas

jadi nombor yang makin mengecik la..apa da..

Pagi tadi aku sampai SL dalam pukul 9.10 pg camtu la. masuk jek dlm office kan kene tekan no security kasi alarm tu diam. tapi, tetiba aku tersalah tekan nombor…cuak jugak. takut kang datang plak polis bomba ambulance kat sini ingat ade kes..hehe..aku tnggu jap, bunyi tu dtg balik, aku masuk balik no security tuh. naseb baik senyap. kot tak naya jer kang.

Okey, dah amsuk dalam dapat email kene print out storyboard yg kena bawa jumpa client nanti. dah print, kertas A4 plak abis, dapat satu copy jerk. pastu kena gi bukit kinrara, jumpa bos kat sana dan bertolak dari sana.

al kisahnya sampai kat maybank learning centre..kat situ ler meeting nya. aku terperasan nombor-nombor untuk setiap level kat bangunan tu. dari tingkat 5 tak silap aku…nombor tu menurun…jadi 5, 4, 3, 2, 1….

dan seterusnya…

seterusnya sampai ke nombor negatif okey…mula-mula aku ingat dia takde aras lepas 0..tapi tetiba tambah tu yang kena jadi negatif tuh. pastu bila tengok no aras ni kat dinding besor2..mcm pelik plak.

salah siapakah itu? atau memang pada korang ia sesuatu yang biasa? pada aku ia luar biasa..hehehe…gambar laki pompuan nak gi toilet tu pun dasyat..skirt pompuan tu dah kena tarik..lagi seksi tu…sampai takde kaki dah.

sekilas : gelak ketawa sebelum bekerja.!

Posted in lawak, me - Tagged aras bangunan, meeting

Update pantas : kesibukan

Jun04
2010
6 Comments Written by Sekilas

yeah…pagi ini Cik Norfa ada banyak sangat kerja. Kerja yang tertangguh semalam lantara terpaksa pulang awal kerana kena pi Shah Alam dulu pastu baru dapat pi Damansara tengok Killers!!!! yeah…i kill you..for the first time aku tengok My Cinta gelak ketawa tengok cerita mat salleh ni..kalau tak aku sorang je gelak! cet! (hero dia memang hensem..cair hati aku.ekeke…)

Petang ni ada meeting kat MATRADE dengan bos kul  3 lepas solat Jumaat. Kemudian tengah hari nanti time lunch akan pecut balik ke rumah *hari ini bawa kereta* sebab kena pi kedai bakery untuk membeli keperluan membuat kek yang dipesan oleh kakak tercinta dari Kuala Lipis.

Balik je keje nanti terus packing dan akan berangkat menuju ke Kuala Lipis.

Jadi kalau aku tak update blog korang jangan jeles dengan aku eh *apehal korang nak jeles plak kan?* sebenarnya kalau aku tak update blog, janganlah jemu datang blog aku lagi. sila lah baca entry2 yang lepas. aku tahu banyak lagi entry lelepas korang tak baca. macam-macam ade tau dalam blog aku ni…nak entry marah2..entry jiwang2…entry cintan cintun..entry pasal family dan segalanya ada di sini.. geledah je macam mana aku pernah geledah blog Skyone dan anakperak …miahaha…

p/s : sorry to Aus, sebab semalam aku habis bateri…just nak bagitahu kau, aku sempat amek tiket dan terus masuk tanpa berlengah lagi. kau macam mana?? dapat masuk tak? sebab balik2 je aku on hp dapat mesej kau “Norfa, aku tak sempat la” ape yang kau tak sempat pun aku tak tahu..hehe…btw, thanks Aus..

sekilas : okey selamat semua..bekerja!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in friends, me, movie - Tagged Damansara, Killers movie, Shah Alam
← Older Entries Newer Entries →

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress