• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts tagged kerja

Selamat Hari Blues!

Aug08
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

hehe…

Monday blueessssss………
Malas tahap 8 rasanya nak pergi kerja kan?
Aku doakan bakal suami aku nanti murah rezeki, tetibakan…jadi takyah ler aku kerja sekali. hohoho…duk rumah, jadi isteri solehah. *berangan*

sekilas : Sebulan tu lama tak? 

Posted in me

Terima Kasih Bos!

May24
2011
11 Comments Written by Sekilas

Bos aku suka belanja makan. =)

Jadi entry ni nak ucap terima kasih sebab bos baik hati dan belanja staff makan. (bukan aku sorang je ye). Tapi mana yang ada kat office je ler.

Last Friday, ada aktiviti memasang langsir dan beberapa barangan di ofis. Jadi, selesai membuat aktiviti berfaedah itu, Bos pun belanja makan. hehehe…Sebabkan kat office tu dekat je ngan Dominos Pizza…makanya ini lah yang kita ada untuk menjamu selera….

9 Pizza regular untuk …err..brapa orang eh makan aritu. dalam 12 orang macam tu la. hehe…

Ayam ini kegemaran Encik Ad. Kalau bagi dia sorang abiskan pun takpe. huhuhu… (p/s:encik Ad dah banyak kali pekena aku. Jadi jangan percaya cakap dia)

Kedua-dua menu di atas ini aku tak rasa langsung. tak sompek! kojap yo dah licin. memang lapar bonar time ni. maklum ler derang telah bersungguh-sungguh ceriakan office. Tahniah kepada semua. Terutama perwira SL. panjat sana panjat sini, drill sana sini…anda semua memang gagah perkasa. nak harap aku ngangkut2 ni? boleh jer…tapi kang korang mesti tak sampai ati kan…errr…ke sampai ati korang? huahuahua…kejam!

Jika mahu khidmat SecretlabMedia (SL) sila lah datang ke office kami di bukit jalil.

3rd floor! Ring the bell….

sekilas : im happy working here!! =) Terima Kasih Allah atas kurniaan rezeki.

Posted in me, SL - Tagged makan, staff

Aku rasa zaman ‘gawat’ dah datang

May19
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Mungkin bukan untuk korang. Tapi untuk aku dan My Cinta. dan termasuklah family kitorg. Sekarang dah bulan 5. Fuh! kadang nak masa cepat berlalu. tapi ada masa aku nak minta masa tu slow je sket jalan supaya dapat la antara kami ni menabung.

Lagipun banyak plan yang dirancang bertukar pada plan B. dan aku harap ia masih di hari dan waktu yang sama untuk melangsungkan sesuatu yang baik.

Kesian dengan My Cinta. Aku dapat rasakan 2-3 bulan ni dia kerja straight non stop sampai sabtu ahad, dan public holiday pun dia bantai kerja. Im really appreciate for what are u doing for me. Dan saat-saat ini lah macam2 hal dari kenaikan harga gula, harga minyak la dan apa-apa lagi ler yang buat duit nak pergi banyak sangat dari poket.

Apa-apa pun aku masih bersyukur sebab dalam ‘gawat’ yang sedang di alami ni, aku takdelah hidup sampai tak makan macam orang lain kan. aku terima sahaja apa rezeki yang ada, dan aku berdoa yang sama untuk si dia supaya dia janganlah kerja kuat sangat. kadang2 tak sampai hati je bila tanya

“esok kerja tak?” dia jawab ” Kerja la”

“cuti la satu hari”

” eh tak boleh, rugi2.”

Nak kato apo? huhuhu…Semoga dia diberikan kekuatan untuk terus bekerja dan mencari rezeki dan sihat-sihat selalu hendaknya. Amin.

sekilas : aku…? heh. cmatu jela. kadang2 merengek tak tentu pasal dengan dia nak ajak keluar jugak. takpahamkeorangtunakcariduitkerja?

Posted in cinta, me - Tagged cinta, My Cinta

Maafkan aku =(

Jan24
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Aku minta maaf pada kamu….

Maaf kerana aku telah mengabaikan kamu…

Maaf kerana nak menjenguk kamu pun tidak punya kesempatan.

Maaf pada kamu yang sedang membaca juga. Maaf jika kamu mengata aku…

Maaf jika aku tidak muncul-muncul….

yeahhhh….sorry la blo kesayanganku. sudah berhari rasanya tidak menghupdet sebarang entry.

Banyak cerita-cerita menarik di kala ini jika aku blogwalking. Ayu Raudah kawen..kak RM masuk paper…pasal MU menang..

hihihi….sorry jugak buat geng2 yang selalu singgah sini, aku ada banyak cerita..tapi tiada banyak masa untuk mengarang dengan baik. ini pun berkesempatan seketika.

For a few days ago, aku sangat (buat-buat) busy….sibuk dengan kerja yang tanpa henti! 7 hari seminggu okey. tapi dah aku yang memilih untuk melakukannya. jadi aku redha dan tidak sesekali untuk merungut. Kalau ade terdengar aku cakap-cakap tu, bukan merungut, tapi nak bermanja je dengan korang. hahaha…gedik siut!

Thanks to my cinta sebab memahami daku. harap-harap dia dapat bagi support lebih sket dari orang lain!!

Dan beberapa hari lagi, ada berita gembira untuk aku kongsi dengan korang. =) Tapi tunggu dulu ye berita gembira itu. InsyaAllah, doakan segalanya berjalan seperti yang dirancang.

bicara soal kerja…2 hari lagi client akan launch website baru mereka. so, ada beberapa perkara urgent yang harus disettlekan mengikut kehendak client. Aku berdoa, kami warga SL dapat menyudahkan kerja yang diberikan dengan jayanya. Terutama aku. huhu..caiyok nopa! Bukan apa…aku takut aku tak dapat buat seperti yang diminta oleh client. takut juga nanti kalau apa-apa silap, berpunca dari aku. tak ke sedih tu. sedih sebab memalukan Encik Boss dan team yang lain.

Dan bicara soal kerja yang satu lagi…ehem…kerja part time aku di hujung minggu…so far ia agak memenatkan sebenarnya. Tapi alhamdulillah, aku cuba mengharunginya. Kata Puan R, berbaloi ke? bagi aku ia berbaloi. walau seratus dua je hasilnya, aku tetap dapat hasil kan? dapat jugak tambah duit poket. kalau kita tak kerja sapa nak bagi duit kat kita. Selagi aku mampu, aku akan cuba sedaya upaya aku. Aku harap, takde la sape2 yang cuba untuk menjatuhkan semangat aku yang sedang berusaha mencari rezeki dengan jayanya. Persoalan berbaloi ke itu pun sebenarnya jauh di sudut hati aku rasa terkilan…tapi takpelah…kita manusia lain-lain pendapat. lain-lain cara hidup.

Aku harap, ada orang yang menghargai apa yang aku cuba lakukan.

okeylah…sampai di sini dan berjumpa lagi di lain entry. sayang anda semua!

Picture : gugel sudah…

sekilas : CNY nanti cuti panjang…yeah!! thank you boss bagi force leave. hahaha

Posted in me, SL - Tagged part time

Luka di jari nampak berdarah, luka di hati…Tuhan je yang tahu.

Jan05
2011
9 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum dan Selamat sejahtera.

Break sekejap!

Tadi MyCinta call….talian tak berapa jelas. kejap-kejap putus. sangkut plak tu suara dia. nengok henpon balik kucing aku ni penuh bar. dia kata , henpon dia pun penuh. Maxis mengalami kegilaan dalam talian. mungkin.

Dah letak phone…selang beberapa minit aku menerima satu MMS dari dia.

olololo…ciannya dia..mesin apa ntah telah mengepit jari dia tu. sampai berbalut. Lenkali buat kerja hati-hati ye cik abang!..ni kalau kawen, saya bagi hantaran dah kurang satu ribu ni. hihihi…gurau jerk!

So kepada pekerja-pekerja di luar sana yang hidup bergelumang dengan mesin-mesin yang mungkin membahayakan anda…berhati-hatilah yer. safety first! luka di jari nampak berdarah..luka di hati….Tuhan jelah yang tahu andainya terjadi apa-apa kepada awak.sob’sob’…ai masih single buat masa ni…sape-sape nak ngorat ni nombor ai ye..0123456789 eh..terus bagi nombor ek. hahahaha….

saje gurau2…jangan marah ar. Hati-hati tau buat kerja.

sekilas : pesanan khidmat masyarakat!

Posted in cinta - Tagged keselamatan ketika bekerja, My Cinta

Berikan Aku Tisu itu

Oct21
2010
2 Comments Written by Sekilas

Lagu Inul ‘Dikocok-kocok’ kedengaran di speaker henpon ku. kulihat jam, menunjukkan waktu Subuh sudah tiba. Aku bermalasan di atas katil lantaran masih ber’cuti’ untuk menunaikan solat Subuh. Lagu Inu itu berkumandang lagi. Ku lihat jam, oh sudah 6.30 pagi. aku bangun malas mencapai tuala.

Dengan mata yang berpisat aku turun melihat mak baru sahaja selesai menunaikan solat dan sedang mengaji di ruang tamu. ayah sedang berada di dapur. Memanaskan air fikirku. aku masuk ke dalam tandas sebelum sempat membuka lampu dan menekan suis air panas.

Selesai mandi, aku berlari anak menaiki tangga. kesejukan rasanya. Ku pilih-pilih baju. rasanya malas untuk menggosok. tapi ku capai jua baju kameja berwarna putih. kena gosok jugak rupanya.

jam 7.10 pagi aku siap sedia untuk keluar bekerja.

“awalnya keluar?” tegur mak ketika aku ambil kunci kereta yang bersangkut di dinding.

“minggu ni awal sikit. kena gi Jalan Duta” jawab aku ringkas. Teringat peristiwa terserempak dengan abang iparku di situ, aku membuka mulut bercerita. tapi belum sempat ku sudahi cerita, “ala..dah tahu dah” jawab mak. CNN mak sangat cepat. hihi…

Aku memandu dengan kelajuan sederhana yang aku kira perlahan bagi kereta mewah yang lain. yalah, aku bawa 100km/j bagi kereta Honda mungkin ibarat 80km/j.  sambil mendengar siaran radio Flyfm dengan topik pagi mengenai Game online yang telah merubah hidup seseorang. aku jua beri pendapat, tapi berpendapat seorang diri. hanya aku dan Allah sahaja yang tahu.

sampai di area Bukit Jalil, daku mendapat mesejdari En. H

‘Dah kat ne?’ aku balas ‘Baru masuk Bukit Jalil’ …ku fikir dia sudah sampai. aku pecut sikit. sikit je pun. laju mana la kancil putih ku yang uzur itu. oh, belum sampai. aku naik office. sempat check email dan sempat baca paper online.

Setibanya En. H, aku turun dan meletakkan segala khazanah dunia ke dalam keretanya. Oh, ada watak baru, Kak Y sebagai isteri En. H. sepasang suami isteri duduk di depan dan aku sebagai adik-adik duduk di belakang. ‘adik’ cukup la. berapa ramai orang yang duduk belakang pulak. huhuhu…misteri pulak En. H nanti.

Perjalanan diteruskan ke Menara TM untuk menghantar Kak Y yang masih cun bergaya walau sudah mempunyai 3 orang anak yang ensem dan pretty. *motif nak campur english?* Kemudian kereta bergerak menuju ke Jalan Duta.

Dari 9 pagi hingga 5 petang duduk dalam bangunan tinggi di tingkat 18 itu. rasa tak sabar untuk pulang ke office begitu hebat sekali. Pagi jumpa Kak Y, balik kerja pun jumpa Kak Y lagi. Mestila..dia ada suami, nak suh jemput balik kojo.

Sampai office, meneruskan aktiviti yang tak dapat di lakukan di Menara tinggi tingkat 18 itu. FB, Twitter dengan jayanya, blog, email, churp2. bla bla bla….

kemudian sambung buat kerja yang belum selesai. siap mengedit , aku bazirkan pula 80 helai kertas saiz A4. bos kata “takpela, buat kertas recycle.” sebenarnya kertas itu tidak jadi masalah. ink printer tu yang berkurang dan tidak bertambah. kan masalah tu.

Deringan lagu Rossa berkumandang di henpon, aku angkat. Mak yang bersuara “kat mana?” “kat ofis lagi” balasku. “pukul berapa balik?” “Kejap lagi. ada kerja sikit”

tengok jam hampir ke pukul 9 malam. Daku segerakan tugas. Aku memandu dengan kelajuan sederhana yang aku kira perlahan bagi kereta mewah yang lain. yalah, aku bawa 100km/j bagi kereta Honda mungkin ibarat 80km/j.  sambil mendengar siaran radio Flyfm dengan lagu-lagu anak muda zaman sekarang.

Sampai di rumah, mak takde. ayah sahaja sedang beristirehat di hadapan komputer. Sampai sahaja di bilik aku…………..aku terkejut bukan kepalang! beg di bahu ku tercampak dengan sendirinya di tepi. Aku menangis sekejap…

Berikan aku tisu itu…berikan sekarang!!!! aku sedang menangis di dalam hati. tapi bergenang sikit air mata ku. tapi tak jadi keluar airnya. tak cukup banyak untuk dikeluarkan.

bilik aku yang bersepah pagi itu….yang bersepah pagi-pagi sebelum itu. yang menunjukkan begitu pemalas nya aku, ……telah……

BERSIH!!!!!!

jadi kenapa aku menangis??? kerana…mak aku yang bersihkan bilik aku. jadi aku kenalah nangis!! tacing macing u know.. shame lagi becoz my mom bersihkan bilik aku. very the pemalas punya anak sampai mak bersihkan bilik. nampak sangat mak tak tahan tengok bilik kau tu nak oii…baju-baju yang sepatutnya aku lipat pun dah tersusun rapi. sampaikan sebakul baju kotor aku pun hampir-hampir mak nak lipat. mujur dapat ku selamatkan dengan amaran “BAJU KOTOR” hohoho….

terima kasih emak!! hihi…..berikan aku tisu itu, sebab aku nak bersihkan habuk ni sikit kat meja solek ni ha..fuh fuh!

sekilas : kerja tak baik bertangguh, nanti semua tak jadi.

Posted in family, Kisah-kisah itu, me, SL - Tagged berikan aku tisu, cerpen, emak, menara

Apa jawapan tepat untuk anak kecil ini?

Oct19
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

apa yang aku miss sepanjang hari ini??? apekah wahai dayang-dayang dan pengawal-pengawal istana sekalian?

Pagi ini sampai office jam 8 pagi. bajet awal la kan. tapi datang awal kena print out apa-apa yang patut sebab jam 9.30 ade meeting. meeting kat mana lagi…kat tempat biasa la…port baik punya. hahaha….

ikut bos menaiki kereta Honda CRV nye yang macho itu. tapi bos tak rushing sebab gerak awal dari office. seperti biasa bos borak-borak dalam kereta sepanjang perjalanan. ye, jadilah bos yang terbaik seperti ini *ayat bukan bodek* kerana daku tak pernah bosan mendengar kata-katanya…muahaahha!! oopsss Puan R jangan pikir bebukan ye. encik bos selalu memberi input-input baru yang saya tak tahu. jadi walaupun cerita itu berkisar tentang orang dah kawen….aku suke jek! muahahah..salahkan encik boss..ekekek…

start meeting…….

pot pet pot pet pot pet…

abis meeting…..

berkampung di tempat client….

balik office….oh ye jemput isteri En. H dulu….baru balik office!

okey tadi tu semua mukadimah!! aku baru sampai office dan teringat nak buat entry ni dari semalam tapi tak buat-buat. Semalam aku cuti kecemasan sebab aku dilanda sengugut di pagi hari. orang-orang pompuan tahu jela kan camne rasanya sakit senggugut tu. nak buat ape keje pun tak jadi. paling best dia kena tidur baru perut tu lega sikit. sebab ape? sebab pompuan je tahu..hahaha….

Jadinya semalam ada la budak kecik datang mengaji kat rumah aku. umur dia dalam 6 tahun macam tu la.mak aku le jadi cikgu ngaji nya. sementara mak aku buat kerja ape tah, budak kecik ni tengok ler ada satu cerita ni…tak silap aku citer tu dah sampai ada orang pompuan pakai bikini nak berenang kat kolam renang la. jadi budak kecik ni pun cakap “Eeii…dorang ni tak malu ke bogel?”

korang rasa apakah jawapan yang patut aku bagi kat budak kecik ni.

A) itu bukan bogel, dia pakai bikini. kalau bogel tak pakai apa-apa.

B) Dorang tu mat saleh, bukan Islam. kalau orang Islam tak boleh la pakai.

C) dorang tu malu sebenarnya, tapi dah director tu suruh pakai camtu, nak wat camne.

D) kalau malu toksah la tengok!

E) ko budak-budak mana kau tahu.

F) eh…banyak plak jawapan. korang jawab sendiri la.

sekian…

sekilas : korang rasa aku jawab ape?

Posted in Kisah-kisah itu, me, SL - Tagged anak-anak, meeting

Alhamdulillah. Akhirnya…

Oct01
2010
3 Comments Written by Sekilas

Cerita ni baru beberapa hari lalu. mungkin korang pernah baca entry aku pasal masa berlalu begitu pantas. aku ada bagitahu korang yang sudah 6 bulan aku berada di SL ni dan alhamdulillah hari tu aku dah pun terima surat pengesahan bekerja secara tetap di syarikat ini.

terima kasih Allah dan terima kasih kepada warga SL terutama encik boss la kan. ada ke patut waktu bagi surat tu suruh aku tanda tangan encik bos tanya aku lagi “nak terima pun boleh, tak nak terima pun boleh” …haissh! tak terima saya nak kerja mana encik bos. takkan jadi pengganggur pulak  kan. harus aku terima dengan hati terbuka. kata encik bos “semoga semakin bersemangat bekerja”

yeah…semangat terus ni. hehe…tapi aku masih seorang staf yang pemalu di sini. hahaha…al-maklum ler, takde kaum hawa yang boleh diajak bersembang kecuali Puan R yang sesekali menerjah ofis. hmm….beginilah diriku di tempat baru. masih ku kira baru..sebab ofis baru je cat, baru nak cantik2 kan sikit. hehehe. encik bos mengubah suai ofis sedikit demi sedikit.

hakikatnya memang sekejap je rasa masa itu berlalu. raya pun nak abis dah ni. usia pun bukan makin lama makin muda. kos pentadbiran PTPTN pun makin lama makin naik. jumlah pengangguran di luar pun makin lama makin bertambah. harga minyak makin naik, harga barang makin naik.

tapi duit dalam akaun aku macam tu jugak..takde pun makin naik atau makin bertambah. huhuhu….dapat gaji je hilang..dapat gaji je hilang. rasa macam nak suruh bos pegang je duit gaji aku sampai hujung tahun pastu baru aku kutip. hahaha..pastu sepanjang tahun tu nak gi keje nek ape kalau minyak tak isi…jalan kaki? nak makan ape? makan angin jer? nak byr letrik air tenet henpon guna ape..dedaunan berguguran?

giler jugak ko ni nopa.

apa-apa pun daku bersyukur seadanya diri ini. kerana masih ada orang lain yang lebih menderita..lebih susah dan jauh lebih daif kehidupan mereka. pernah dengar “Nabi kata orang kaya adalah golongan yang paling lambat masuk syurga” aku baca kat keretamayat pasal tanda-tanda ahli neraka. bukan kata orang miskin masuk syurga dan orang kaya masuk neraka. korang jangan salah faham pulak. kang kata aku bawa ajaran sesat plak sukahati cop orang ni duk syurga orang tu duk neraka. keretamayat pun ada kata camtu…takut orang kata suka-suka hati dia je nak labelkan orang ni orang tu. kalau nak tahu lebih lanjut pi masuk blog dia eh. kena baca sampai abis tau.

jadi pada yang miskin tu jangan le rasa beban sangat. ada peluang masuk syurga cepat tau kalau kita dapat melepasi ujian Allah dan taat pada perintah Dia. smoga kita tergolong di antara mereka-mereka yang beriman. InsyaAllah..

sekilas : sekali macam tazkirah plak. hihi

Posted in me, SL - Tagged rezeki

Masa berlalu begitu pantas

Sep08
2010
8 Comments Written by Sekilas

Ramadhan sudah tiba di penghujungnya. Sedar tak sedar dah hampir 30 hari kita berpuasa. lagi 2 hari dah raya. Lusa je pun raya tu.
Persiapan dah macam-macam agaknya yang dibuat oleh mak-mak kat rumah. tak kurang anak-anak yang dah sibuk nak melaram di pagi raya.

Sekajap je kan masa berlalu. rasanya macam baru 2-3 hari lepas kita mula berpuasa. lagi pulak, aku ni dah sah-sah puasa tak cukup sebulan. itu yang rasa sekejap sangat masa berlalu.

Hari ini juga sebenarnya dah genap 6 bulan aku bekerja di SL. pun aku rasa masa berlalu begitu pantas. Aku belum mahir lagi dalam kerja-kerja aku. tapi 6 bulan ini bermakna, aku dikira sebagai pekerja tetap di SL ni. Alhamdulillah.

Waktu encik bos panggil aku ke bilik bicara tentang bonus, katanya, aku tak layak terima sebab belum tetap lagi bekerja. tapi dia baik hati nak bagi. Dalam tak sedar, hanya beberapa hari je sampai waktunya aku dikira pekerja tetap. Terus layak la kan bos? hehehe…

Tak tahu la kerja tetap ni akan dinaikkan gaji seperti mana aku dapat mesej dari encik H di awal penerimaan aku bekerja dulu. tapi kalau aku baca-baca dalam perjanjian..takdepun dinyatakan.

Takdelah nak mengharap sangat,. yela kerja aku pun belum diakui lagi mutunya. huhu..ada banyak silap, tak mahir lagi. takkan nak expect gaji naik plakkan.

Encik H pun dah takde tanya lagi macam mana kerja di SL? hari tu je encik bos ada tanya. Jujurnya, aku takde masalah bekerja di sini. semua okey, sporting dan sesekali datang gila mereka, aku pun tak tahan nak tengok. hehe… Aku harap, dorang kat Sl ni pun terima kehadiran aku seadanya. Mungkin aku dilihat pendiam sangat kat sini. yela..semua staff lelaki. takkan nak kecoh sangat. lagi semua dah kahwin, dan usia dorang pun jauh beza dengan aku. pangkat abang-abang gitu. segan sikit nak beramah tamah. harapnya lepas 6 bulan ni, aku akan semakin mesra dengan semua staff.

okeylah di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin. aku minta maaf jika sepanjang aku berblogging aku ada buat sesiapa terasa hati. aku pasti ader….pada kawan-kawan fakulti dulu, pada ex-boypren, kaum kerabat ex-bf, pada ex-schoolmate, pada ex-pks kat KSM dulu, pada musuh-musuh dalam diam mahupun musuh nyata di depan mata… pada ahli keluarga, pada cinta hati, sahabat baik, pada yang kenal insan bernama Norfadhilah Mahdi ni, aku mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala teguran, pujian, kata-kata, perbuatan, tingkah laku, ekpresi muka yang mungkin menyinggung hati kalian. yang mungkin menimbulkan marah, syak wasangka, iri hati dan segala sifat buruk pada korang. Terimalah maaf aku ini…aku bukan insan sempurna!

Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing, bergembiralah di Aidilfitri. pada yang hilang orang tersayang, doaku kalian tabah menghadapi hidup yang mendatang. Allah lebih menyayangi mereka dan sedang menguji hamba-hambaNya Insyaallah, kita sama-sama berdoa ye.

sekilas : okey tak ucapan raya ni?

Posted in me, SL - Tagged hari raya, ucapan hari raya

Penangan Singgahsana!

Sep06
2010
2 Comments Written by Sekilas

okey…rasanya tidak adil aku tak membersihkan sawang di blog kesayangan aku ni. tidak adil, bila aku tidak mengupdate entry terkini tentang aku dan sekelilingku.

sangat tidak adilkan wahai blogku sayang. =( huhu…kerana itu di waktu-waktu kerja ni aku curi sikit je masa untuk update. Alhamdulillah, aku sudah sihat sepenuhnya setelah demam selama 2 hari yang agak teruk bagi aku.

Hari ini aku just nak flashback balik apa yang jadi pada ku sebelum aku jatuh sakit beberapa hari yang lepas. kejadian adalah jatuh pada hari Rabu bersamaan 1 September 2010. hehe…

rasanya aku belum cerita lagi yang encik bos aku dengan baek hatinya nak menjamu  staff di SL dan salah satu clientnya berbuka puasa di Hotel Singgahsana Petaling Jaya. Pertama kali jugak aku jejak kaki makan buffet Ramadhan di sini. Aku pergi naik kereta encik bos, sekali dengan Puan R, dengan en. Ad, dan juga bekas pelajar praktikal yang diambil bekerja sebagai freelance iaitu cik F.

Oh aku teringat satu perkara ketika menaiki kereta encik bos. Puan R duduk disebelah kanan ku. aku di tengah-tengah seat. Aku nampak Puan R memakai tali pinggang keledar. tegur ku, ” bersemangat akak pakai ni ha” …balas Puan R, ” I tahu husband I bawa kereta macam mana” … hehehe…isteri lebih mengenal suaminya kan…aku redha je walaupun Puan R kelihatan mengambil langkah berjaga-jaga.

Sampai di Hotel Singgahsana, kebanyakan staff SL dan juga salah satu client encik Bos juga sudah ada di meja. dorang semua dah amik makanan masing-masing. agak lewat ketibaan kami. time aku beratur amik makanan pun dah azan. apa yang sempat aku capai ku letak di atas pinggan.

tak banyak yang menarik perhatian aku di sana. mungkin kerana ketika itu, tekak sudah mula bergesel sakit. tengok apa pun tak kena dengan tekak ku. henpon dah abis bateri. memory full. ape lagi la nak amik gamabr makanan yang aku lahap tu kan. aku duduk semeja dengan cik F , Isteri en. H dan anak-anak beliau..en. D dan isteri, En. Ai dengan isteri dan anak-anak. Encik bos mestila duduk dengan client kan bersama en. H.  TERBAIK!

waktu memula sampai…aku dan cik F (duduk bercermin mata). peace to cameraman En. Ai.

aku tengok cik F duk makan daging kambeng dengan jayanya. aku pun teringin jugak, tapi tekak aku membataskan segalanya. aku cuma dapat makan, nasi padang, lauk ayam goreng, ikan patin, sup ayam, kek dan buah sebagai pencuci mulut. air, rasanya bergelas sebab tekak tak sedap kan.rugi betul encik bos bawa aku malam tu, bayarnya mahal, tapi aku makan sikit. waaa…nak pergi lagi!!! aritu tak puas makan pon tau.

Kebetulan hari itu kumpulan Rabbani ada membuat persembahan. tak amik port sangat. sesekali aku layan jugak lagunya. mungkin kalau arwah Ustz. Asri ada lagi ia lebih mengancam kan? =) lepas maghrib, aku dengan isteri En. H pergi surau dan solat. lepas tu ingat nak sambung makan, tapi….tak selera pulak. tunggu samapi semua dah rehat, borak-borak, gelak ketawa…dan aku sambil-sambil melayan karenah kembar anak en. H tu. mula-mula sombong ye dengan aunty Nopa…oh ye..anak sulung en. A pun join sekaki. jadi cikgu tadika la kejap aku kat situ.

Kemudian, kalau takde sesi bergambar memang tak sah la kan….berikut adalah gambar warga SL..pes time ni aku duk tayang kat blog aku..harap-harap warga SL yang lain redha kan je ye….terutama encik bos.

kalau engkorang bijak bistari, sila cari mana satu encik bos aku? =)

lepas bayar, bos anta kami balik di ofis. aku sempat berseloroh dengan Puan R, “kalau datang keje lewat sket esok boleh tak” ..Puan R gelak manja dan jawab ” itu kena tanya bos” … aku pun senyum dan berlalu. naik kereta terasa sangat penat, sakit badan dan semacam jerk. balik rumah lepas mandi…cuba tidur..sejuk, pastu aku muntah semua makanan yang ku lahap di hotel tu. hai sampai ke subuh muntah. dah takde isi pun duk muntah air jerk. dah la dpt makan sikit, lepas tu kena buang pulak balik semua makanan tu. waaa…mana tak sedih kan.

penyudahnya, bukan aku datang lewat ke ofis…tapi tak datang terus dan diberi cuti sakit 2 hari oleh doktor. seksa tau jadi orang sakit ni. cuti memang best. tapi apalah maknanya cuti tapi sakit kan..alhamdulillah sekarang dah sihat…Terima Kasih Allah.

credit picture to Encik Ai.

sekilas : 3 hari tau tak puasa sebab sakit aritu.. =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in me, SL - Tagged berbuka puasa, cuti, sakit
← Older Entries

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Tips dan cara membuat syabu
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Resepi : Kek Batik
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Perkongsian : Pengalaman Melahirkan Anak Pertama
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Korang nak belajar buat dadah?

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress