Selamat tengah hari. waktu ketika menulis adalah 12.32 PM. Lunch time..lunch time!! hihihi…orang lunch kul 1 la nopa! dulik ar…
Makan aper hari ni? lauk daging je ke? hihi…takpe2..daku paham. seminggu ni lauk pauk kat rumah memang daging jela memanjang yer. Buat bapak-bapak suami-suami tu, terima jela ye lauk daging tu. rezeki sempena Aidiladha. takkan nak banyak bunyi kan. penat ibu dan isteri masak tau. Tapi ibu isteri tu jangan ler masak satu jenis je tiap-tiap hari. masak ler daging masak kicap, masak lomak cili api, goreng kunyi, masak lada hitam, salai ke daging tu, buat kari ke..haiss…banyak tau menu boleh di buat.
korang pernah pergi fotostat kertas kat kedai tak? biasa-biasa kalau fotostat, paling cikai pun 10 sen sekeping la kan. melainkan la kertas kau nak fotostat tu besar dari saiz A4, mungkin la cas lebih. kalau fotostat banyak dapat plak kadang2 jatuh 5 sen sekeping, kadang-kadang 2 sen sekeping.
Tapi ada satu kedai ni, banyak benor songehnya. ingat customer je selalu banyak songeh. tokey kedai pun banyak cekadak jugak. ini aku terjumpa kat OhMedia…itu pun gambar ini di snapkan oleh haikal khairuddin. credit to him..tapi tak dinyatakan pulak kedai kat mana. kalau korang tahu, komen sket kat aku.

engko bayangkanlah..dah le banyak songeh..IC 20 sen. aku gi kedai runcit mamak tu, 10 sen jek. ape ada hal. fotostat banyak gambar, dikiranya gambar satu 10 sen. memang sakit la. nak2 kalau student yang nak fotostat. lepas tu siap suruh bawa beg plastik sendiri lak tu. orang nak bayar guna duit 5 sen takmo. issh2…
5 sen tu pun duit jugak. takde 5 sen tak jadi 10 sen tau. macam-macam la manusia sekarang. terlalu nak mengejar duit, itu la jadi macam ni. korang kalau tau kat mana ni, bagitahu eh. saje nak tengok tuan kedai tu camne rupanya. kalau dekat la..leh ler singgah. kalau jauh..korang jela tgk kan. hihihi….tapi singgah tengok je. nak fotostat kat kedai dia..idok ler teman…
sekilas : kalau kita murah hati, rezeki lagi bertambah-tambah. Insyaallah.





