• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged Kawan baik

Kenyataannya, aku masih ada waktu untuk kau.

Jan27
2011
2 Comments Written by Sekilas


[credit]

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Skema? apa salahnya kalau aku jadikan ia sebagai pembuka kata. kan nampak sopan dan betapa Melayunya aku.

Hari-hari mendatang akan mengubah satu perkara dalam hidup aku. Kalau dulu time sekolah-sekolah aku begitu menginginkan kehidupan pada umur seperti ini. Tapi bila dah sampai umur 25 tahun (birthday aku bulan 12 okey) ..rasa ingin kembali ke zaman sekolah.

Sebab tu, sekarang aku tak kisah sangat bila tengok kawan-kawan dah kawen atau beranak pinak serta bahagia bersama suami tersayang. Hidup berkahwin dan bujang jauh berbeza.

Tahun 2010 berikan aku pelbagai peristiwa suka dan duka. Jadi bila datang 2011, aku rasa menggelabah nak menghadapi kehidupan mendatang dalam keadaan yang baru sahaja mempelajari erti kehidupan secara perlahan.

Memang nampak begitu ibu mudanya kawan-kawan bila umur macam aku ni ada 2-3 orang anak. Tapi life ko dah tak sama time kau bujang. Dulu-dulu rasanya aku pernah cakap ” Bestla kau, time camni dah kawen, ada anak, bahagia bersama keluarga”

Tapi rasanya sekarang, aku nak kata ” kau tak rindu ke zaman bujang? zaman kita mampu melepak dan bergelak ketawa bersama kawan-kawan dan makan sizziling di KLCC serta main hujan bersama-sama sambil bawa baju spare”

Ayat kau mentacingkan jiwa aku, ” Nanti aku dah takde masa melepak dengan kau” Kau tu dah kawen lah. Tu la sape suh kawen awal…hahaha…

Okay fine! dah jodoh. Kau tetap gembira bukan. jangan risau, aku tetap akan ada waktu dengan kau, sampai ke tua sekalipun, aku takkan lupakan kau. Cuma komitmen kita masing-masing mungkin akan membataskan pertemuan kita. Dulu time aku belajar, kita memang tak banyak masa pun untuk diluangkan. Life sebagai student di U tak sama pulak macam time kat sekolah. Duduk jauh, (walaupun dekat) kemudian ada kawan-kawan lain. Aku kena bahagikan masa dengan ramai orang.

Sekarang bila dah makin men’tua’kan diri. aku rasa nak bagi masa tu gerak slow supaya aku dapat menikmati hidup ini dengan gembira. Aku nak tahun ini aku jalani hidup tanpa sebarang konflik yang mampu menggugat jiwa aku dan buat aku renung balik cerita-cerita lama dalam hidup aku. tak adil rasanya kalau itu berlaku.

rileks…aku bukan ke mana pun. Masih hidup (insyaAllah jika Tuhan masih mahu memanjangkan umurku). Masih panjang perjalanan aku,

Masih banyak perlu di ubah. Dalam erti kata, banyak lagi pahala yang aku nak kumpul supaya melebihi dosa-dosa yang aku dah buat. Tapi aku dah tak mampu nak pikir kalau umur aku menginjak ke 30 tahun. gemok ke? kurus ke? berapa pendapatan aku sebulan? Sebab paling mudah, aku tak bersedia menghadapi usia itu. hahaha!

Cuma aku terfikir jugak, kalau lah dah tua nanti, adakah kita akan kunjung mengunjung di hari raya? adakah anak-anak kau akan bermain-main dengan anak-anak aku? adakah kita akan sibuk bercerita tentang calon menantu anak-anak.? hahaha….

Aku masih ada waktu untuk kau. jangan buat ayat tacing lagi okey.

sekilas : masa menentukan segalanya.

Posted in friends, me - Tagged bestfriend

Hari ini hari serius!

Oct16
2010
4 Comments Written by Sekilas

AMARAN!! Entry ini mungkin panjang. kalau bosan terus tekan butang pangkah kat penjuru tetingkap tu ye!

pertama sekali. lupakan jela niat nak join Nuffnang Glitteri Plus Open Meeting kat Taylor’s College tu. sebab akak aku ingat start jam 11 pagi. tapi dia sampai amik aku pun dah jam 11.20 pagi. paling best, kitorang sesat! sampai jam 1 tengah hari, pastu give up terus balik. kesian dia duit tol sahaja melayang sebab nak cari tempat tu. dapat la co-pilot tak guna macam aku. tapi tak pe, akak aku tak buat muka masam, atau marah-marah macam sesetengah orang yang bila aku bawa jalan sesat terus muka masam macam cuka dan tak bertegur sapa. ini akak aku siap bawa aku gi drive thru mekdi lagi, walaupun duti mekdi tu aku kena bayar sendiri. terima kasih kakak!! hak hak hak!

baiklah, aku berfikir secara serius dua tiga empat lima hari akhir-akhir ini secara serius. *nampak sangat serius kan* kenapa kawan aku buat aku macam ni?? siapa kawan aku? kawan baik aku ekceli. tapi time sekolah menengah dulu. aku dah janji tak mahu kelihatan bangang untuk bercerita tentang orang lain dalam blog aku. tapi biarlah, sesekali jadi bangang untuk puaskan hati sendiri apa salahnya. blog aku, kau nak baca..silakan. kau tak suka, tak payah nak marah2 aku atau bikin ayat panas hati untuk aku. yang penting aku tak cakap tentang kau. aku cakap tentang kawan baik aku yang buat taik kat aku! kawan baika ku tak ramai. kalau kau rasa itu diri kau. memang padan muka kau!

bukan niat untuk mengutuk, tapi memang entry ni aku nak luahkan rasa hati aku dan nak maki kau kaw-kaw sebab aku takde peluang nak jumpa kau dan berdepan dengan kau! kau tahu prangai aku macam mana. sebab tu kau takut kan. aku bukan umur 17 tahun lagi macam mana kau pedajalkan aku dulu.

Flashback!

kau ingat tak tiba-tiba kau kata kau terima satu surat layang dari makhluk misteri kat mukabumi ini. kau tunjuk kat aku ngan alang. kami baca berdua dengan muka yang serius. gila..ada orang kutuk kau dalam surat tu! kaw-kaw punya kutuk malah kutuk family kau sekali. kurang hajar punya makhluk. nama kitorang pun masuk sekali. memang nak makan penumbuk! begitulah rasa gengsternya dalam diri kami.

Tapi, kau bagi kitorang simpan surat tu. kitorang baca dan cuba menyiasat siapa orang gila yang tulis surat tu. rupanya kau yang gila! kau sendiri yang tulis surat tu, kau kutuk diri kau sendiri, kau kutuk family kau sendiri. kau kutuk kitorang kawan baik aku sendiri. sedih siut dengan kejadian itu. bila kitorang tanya kau, kau kata “takkan aku nak kutuk family aku dan korang dalam surat tu” …shit! *time tu aku tak reti sebut menatang buruk macam tu, tapi itu aku nak sebut sekarang*

kau nak simpati setelah kau tak dapat mamat ensem kat skolah tu yang dikebas oleh junior kau sendiri. tolong jangan jeles, mamat ensem tu dan junior kau itu kekal sehingga sekarang! tak tahu la kau tahu ke tak hal ni. kau memang gila! apa kau nak? perhatian dari orang..simpati dari kami! kitorang tahu sangat tulisan kau yang mempunyai huruf ‘g’ yang lain dari orang lain. bukan takde bukti tapi kau beriye manfikan. kau amik balik surat tu. takmo kasi kitorang kaji lagi la tu. kau amrah kitorang cakap tuduh kau yang bukan-bukan. tapi kitorang kawan dengan kau lagi. sebab kitorang bukan jenis lupa kawan.

Kau ingat tak kau jalan-jalan dengan alang kat Watson di mana tempat itu dirahsiakan. bila korang berdua keluar bunyi bising kat tempat scan tu. tahu-tahu ada 2 compact powder jenama johnson n johnson yang korang rembat. owh..bukan korang. tapi kau seorang sahaja yang rembat! kau rembat compact powder tu dalam beg, kau suruh alang pegang beg tu. alang yang sangat suci hatinya tersangat bodoh pegang beg tu tapi yang kantoi alang! kau dengan slumber canang satu sekolah cakap alang yang curi.. bangsat betul perbuatan kau itu *baru sekarang aku nak panggil kau bangsat, dulu tak* kau datang minta duit kat kawan-kawan sekolah termasuk aku untuk lepaskan alang. yes, kitorang ni namanya kawan, kumpul duit dan bayar balik compact powder tu yang nilainya 2 kali ganda.

Kau ingat tak, time ex-bf aku tiba-tiba blah dari hidup aku..dia kata dia nak kahwin sebab ade minah ni dah pregnant minta dia jadi pak sanggup. demm!! aku kan bodoh time tu. kau kata kau datang hari pernikahan ex aku tu. kau nampak bakal isteri dia yang tengah membunting. kau kata memang betul dorang dah menikah. aku nak ikut kau tak kasi. kau kata biar kau sorang je yang datang. tersangat la bangang aku time tu, rupanya kau dah berpakat dengan ex-bf aku tu..aku minta gambar kawen dorang kau tak bagi. sebenarnya pernikahan itu tak terjadi langsung. memang korang dah berpakat supaya aku dan ex-bf aku berpisah!! macam S**L perbuatan kau itu.

kau ingat tak kau ke johor, kau canangkan kat kawan-kawan kau result SPM kau sangat gempak! masuk sekolah sukan kat bukit jalil. tapi bukan kau tipu untuk diri aku je.. kau cakap result kitorang pun gempak macma kau. woi…kitorang tak pandai mana pun, tapi kau lagi bodoh dari kitorang hakikatnya. bila dorang tanya, terus terang alang jawab, mana ada. result kitorang biasa-biasa je. muka kau memang tak malu langsung buat penipuan tu.

kau ingat tak, waktu tingkatan 5 kau pindah sekolah kat taman tasik, tapi kau buat hal kat sana pulak. kau tipu kawan-kawan sekolah kau kat sana, kau cakap mak ayah kau dah mati. kau ngaku pakcik makcik kau tu mak ayah kau.! weyh besar gila dosan kau kat mak ayah kau. kau mencuri plak harta benda orang kat sana. siapa yang backup kau??!!! aku dan alang sanggup bertekak ngan bebudak tasik nak back up kau. tapi sangat shit, bila dorang cakap mak ayah kau dah mati. kau penipu paling durjana *baru ni akau nak panggil kau durjana, dulu tak* terus niat memback up kau mundur!

kau ingat, alang nak bayar duit yuran sekolah adik dia. tapi duit tu hilang saat bersama dengan kau. siapa lagi yang jahat antara kitorang. memang sah kau yang ambik duit tu. kau memang pencuri berjaya tapi kau sebenarnya tak boleh tipu dari aku dan alang! benda tu terbukti. tapi aku nafikan jugak!kau tak kesian ke dengan alang. hidup dia lagi susah dari kita tau dulu. ayah jauh di mata. hidup tak senang macam kita. tapi kalau kau jahat, tetap jahat jugak tak kira dengan kawan baik sendiri pun.

kitorang kan kawan yang baik..masih terus setia berkawan dengan kau. itu cerita sekolah.

aku sambung belajar. alang dengan kehidupan dia sendiri kerja yang seringkali bertukar. kau belajar perhotelan. kau dapat praktikal kat Genting. beb! ingat perangai kau dah berubah. tapi kau mencuri lagi. budak-budak hotel pulak cakap kau curi rantai dan harta benda dorang kat sana. beb! bes sangat ke mencuri tu? apa kau dapat?? betul kan pantun oran gdulu, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri!!

dari sekolah sampai kau dah kira dewasa, kau mencuri dan berbohong lagi dengan orang lain. wtf?? kitorang tetap nak tolong kau. siap nak tolong bayarkan untuk kau. tapi kawan-kawan kau tak nak sebab dia nak kau yang bayar sendiri. dorang lagi baik dari kau siut.

kau ingat kau kata kau nak bertunang. kau tak jemput pun kitorang. tapi alih-alih bila dapat tahu kau nak kawen..tapi bukan dengan orang yang kau bertunang dulu. siapa yang tahu. hanya kitorang yang tahu siapa tunang kau…orang lain tak tahu. tapi sebenarnya kau putus tunang. kau nak cover malu, kau cepat-cepat amik keputusan nak kawen. alhamdulillh..kitorang tetap doakan yang terbaik untuk kau.

dan berharap kau berubah! tapi ia tidak berakhir di situ….akan aku ceritakan lagi..tapi bairlah aku berhenti dulu di sini. aku dah penat menaip. nanti aku sambung lagi entry lain. kau kena terus membaca! sebab aku dah terasa sangat bangang bercerita tentang kau ni. alang-alang bangang! aku akan katakan semuanya!

Posted in friends, me - Tagged kawan makan kawan

Update pantas : 2 kali dalam sebulan??

Aug28
2010
3 Comments Written by Sekilas

apakah itu?

hehe….nama pun update pantas. just nak bagitahu korang….

bulan puasa ni aje dah 2 kali aku pi makan kat The Apartment KLCC tu. hari tu dengan Nuffnang and bloggers terpilih. hari ini dengan my bestfriend Mdm June dan kawan skolah kami, Azu. kenapa Cik Norfa oiii?

kerana…planning nak pergi tempat lain..last minute cancel plak. ingat kat Pavillion ada buffet yang best..tapi nan ado. jadinya, pergi ler kat KLCC. jam dah pukul 6 petang. nak ke tempat lain rasanya jauh dan jalan semakin sesak ketika itu.

ingat dah parking kat Pavi tu nak gi KLCC nek cab. tapi jadah haram punye cab seantero KL. mahal giler nak ke KLCC sahaja RM20!! woitt…toksah ler cekik darah. cuba2 la cari rezeki cara baik sket.

Penyudah kami bayar parking kat Pavi RM3. dan bawa kereta ke KLCC. tau berapa kami kena bayar kat KLCC?? dalam RM7 sahaja. naseb baik kitorang tak giler nak bagi teksi tu RM20 just nak gi KLCC. puas hati dan tak terbang ke orang yang cari rezeki cara yang salah.

rupanya, kat tempat teksi2 tu berhimpun, takleh parking. waktu melewati aksan dorang tu, dah takde dah teksi2 cekik darah tu, sebab ada polis yang dah get ready dengan surat cinta di tangan. hahaha…tula..nak curi duit orang lagi ngan cara camtu. Tuhan tak berkat tau…

okeyla..takde gambar lagi. sebab henpon daku abis bateri. kamera kat Azu. sah2 aku tak transfer lagi. tapi memang seronok! sampai dah tak larat nak buat apa-apa. Oh sempat lagi kami singgha mekdi minum hot coffee! haha..takde keje…

okeylah..sekian terima kasihan! masa untuk tidur, esok nak absuh baju yang berlonggo di balik pintu. wooppss!

sekilas : terasa hari ni macam Ahad jerk!

Posted in friends - Tagged buka puasa

Bila panas Allah turunkan hujan. Syukur.

May16
2010
4 Comments Written by Sekilas

Sejak akhir-akhir ni aku rasa kepanasan mula melanda. walaupun aku baru je mandi, tapi 5 minit selepas terasa badan berpeluh-peluh. kat rumah takde pulak aircond utk sejukkan badan. yang ado..peti ais jela kalau nak rasa sejuk sesekali.

Alhamdulillah…malam ni Allah turunkan hujan supaya kita rasa sejuk sedikit. Syukur rasanya.

Aku tak tahu macam mana keadaan orang lain. sama macam aku atau pun tidak.

Tapi dalam sejuk panas kita..ada seorang teman aku yang rasa panas hati. hehe..kelakar pulak mengenangkan kawan seorang ni. Tapi, bila bual bicara dengan mak masalah kawan tu…mak senyum..dan berkata “biarlah…dia teringin tu”

Aku pun terus pasrah dan mungkin berfikiran sama dengan mak.

kawan..jangan marah-marah. senyum selalu…anggap ini pengorbanan atau budi baik dan budi bicara yang ingin kita kongsi bersama. Apa la salahnya…Sekadar berkongsi sesuatu yang gembira kan? aku tahu hang panas hati…sabar ye!

Kepada My Cinta…terima kasih sebab sudi lagi call dan tanya khabar.! itulah sebabnya saya sayang kamu!

kepada PTPTN…sabarlah…aku belum kerja dengan stabil lagi untuk bayar duit ko…

kepada muslimin dan muslimat..semoga hidup kita diberkati Allah dan dijauhi segala seksa.

sekilas : selamat malam sayang!

Posted in cinta, friends, me - Tagged hujan, panas, rahmat

Jengka, Here i Come.

Feb13
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

entry ini memang sedang ditulis pada jam 7.15 pagi pada 13 Februari 2010. muahaha….

kejap lagi…aku nak gi Jengka,Pahang. Kawan baik aku bertunang…So rombongan cik kiah pada hari ini diketuai oleh Mr. Akii…diikuti bakal co-pilot…Aku sendiri…bersama owner kereta Jun dan anaknya Hanan. dan bersama penumpang jemputan Linda.

Now, aku tengah tunggu ketibaan ketua rombongan dengan owner kereta la kan..tapi aku tak siap lagi. linda tengah mandi..hahaha…okeyla….jumpa di lain entry..doakan pemergian kami pergi dan kembali dalam keadaan selamat hendaknya….Amin.

sekilas : mungkin akan berjalan-jalan selepas itu..mau ikot??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in cinta, friends, me - Tagged pertunangan

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Hari Kejadian
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • 4 Bulan Sebelum

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress