Posts Tagged ‘ kaunselor ’

Encik,

Saya merupakan seorang perempuan yang baru je tamat belajar 6 bulan lalu. Mungkin 6 bulan rasa macam dah lama. tapi bagi saya ia macam baru semalam je berlaku. sebabnya sehingga sekarang saya tiada lagi pekerjaan tetap.

Saya anak bongsu daripada 5 orang adik-beradik. Semua adik beradik saya dah berkahwin dan beranak pinak kecuali saya yang baru berusia 25 tahun. Sekarang saya tengah keje kontrak kat gomen ni. dan bulan ni bulan terakhir, (ada 2 hari je lagi). Lepas ni saya tak tahu saya nak keje mana? saya dah apply banyak tempat tapi tiada rezeki untuk saya. tak mengapa.

Encik, yang saya nak cerita ini bukanlah tentang pekerjaan saya. Tapi masalah yang saya hadapi sekarang ni ialah macam mana saya nak plan perbelanjaan saya. Saya rasa saya sangat boros tapi bila saya check2 balik takde satu barang berharga pun yang saya beli. bila dapat gaji saya berjaya beri pada mak, beri pada kakak saya sket sebab tumpangkan saya rumah dia yang besar tu, kemudian saya simpan sket dalam bank saya yang kemudiannya saya amek balik sebab tak cukup duit bila ujung bulan. saya juga guna untuk bayar bil tepon saya. semuanya ke arah kebaikan.

Lepas tu, saya tengok baki akaun saya tingal 200. bila saya dah buat belanja makan, habis. Saya ada juga beli baju. tapi gaji lepas tu tak beli pun. kenapa saya punya duit habis? kenapa? sekian sahaja masalah saya. di harap encik dapat membantu selesaikan kemelut saya ini. Sebab saya nak beli kete dan nak kawen ni. macam mana saya nak menyimpan dan mengumpul aset kalau duit asik takde je dalam bank.

 

yang benar,

saya.