Ketika hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya, aku di sini dilanda kesejukan yang separa maksima. Ku melangkah kaki menuju ke pantry dan membancuh secawan kopi panas untuk mengurangkan rasa sejuk pada diri.
Hakikatnya, aku tidak gemarkan kopi susu, tapi ku telan jua kerana aku sendiri tidak mempunyai stok milo 3 in 1. jadi apa sahaja rezeki di depan mata tidak ragu-ragu lagi untuk ku sambar. sambil mengunyah-ngunyah goreng pisang yang dibeli oleh Puan I , ku borak-borak kosong menemaninya menjamah nasi yang dibeli oleh suami tercinta.
Tatkala pabila En Z datang ke pantry untuk sama-sama menghabiskan pisang goreng itu, aku mengangkat kaki ke meja sendiri. mungkin segan berdepan dengan lelaki itu. huahuahua..takdo kono mengono.
Menyudahkan beberapa kerja yang tak sudah. Menyelak-nyelak laman web yang perlu ditokok tambah dan melihat susun atur jadual sendiri dengan list-list yang bertanda. Siap. tapi ade 3 perkara yang perlu disuarakan kerana aku seorang manusia yang serba kekurangan mengenai hal-hal kerja di SL ini. tapi melihatkan En. Ad kesibukan di sebelah, ku padamkan niatku untuk bertanya.
Melihat to do list, ade kerja yang perlu diselesaikan…tapi perlukan kepastian dari En. Ad kita. Takpe..kubiarkan dulu sebab dia pun tak beri apa-apa maklum balas untuk menyudahkan tugasanku itu.
Sementara menunggu waktu Asar berkumandang (time ni dah masuk waktu pun) ku coretkan kata hati di diari hidupku ini. Kualunkan jari jemari menekan punat berbentuk empat segi di atas ini dengan pelbagai tanda huruf dan tanda aras dan tanda-tanda yang sewaktu dengannya. Maka terhasilnya entry ini.
Sebenarnya sebelum tadi aku baru sahaja berjalan-jalan di alam maya melihat perkembangan mengenai Israel yang kejam menyerang kapal Mavi Marmala yang dalam usaha menghantar bantuan ke Gaza. Lebih menyedihkan apabila rakyat Malaysia juga terbabit di dalam misi itu. Allah sedang menguji hamba-hambaNya di dunia. semoga umat Islam lebih berwaspada dan selamat dari sebarang penindasan terhadap agama mulia kita ini.

Nampaknya akan kembalilah isu memboikot barangan Israel lantaran kekejaman mereka berterusan dan melibatkan negara kita.Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah SWT. sama-samalah kita berdoa. maaf, coretan terhenti di sini.
sekilas : En. H sudah selesai solat, tiba giliran saya




